Skip to content

Penentuan Nasab Melalui Pengesahan DNA

18/05/2008
tags: ,


Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulullah, Wa Ba’d.

Pendahuluan

Pada zaman mutakhir ini, terdapat satu penemuan baru dalam bidang biologi yang dikenali dengan ujian DNA, iaitu ringkasan kepada Asid deoksiribonukleik. Menurut Wikipedia, ia merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Oleh kerana penemuan ini baru dikesan dalam beberapa dekad yang lalu, kita tidak mendapati perbahasan tentangnya dari sudut feqah dan syariat dibahas oleh sarjana-sarjana Islam terdahulu. Tetapi melalui nas-nas yang umum, dan prinsip-prinsip asas serta kaedah-kaedah feqah, syariat Islam mampu untuk meletakkan hukum terhadap setiap masalah moden yang timbul. Termasuklah perbahasan tentang ujian DNA.

Secara prinsip, tamadun Islam mengiktiraf penggunaan sains dan teknologi kerana ia mampu menyelesaikan permasalahan umat manusia. Maka kita dapati para sarjana Islam zaman kini mengharuskan penggunaan DNA dalam urusan-urusan yang boleh digunakan kaedah ini. Cuma, penggunaannya mestilah berpandukan syarat-syarat dan prinsip-prinsip yang bertepatan dengan syarak.

Penetapan Nasab Melalui Pengesahan DNA

Antara aplikasi kajian terhadap DNA ialah untuk menentukan nasab. Atau dengan kata lain, menentukan siapakah induk (ibu bapa) kepada seseorang manusia. Rata-rata ulama hari ini menerima pakai penggunaan DNA dalam menentukan nasab.

Kata Dr Sulaiman al-Asyqar: “Yang jelas pada pandangan saya, malah hampir-hampir saya meyakini bahawa ia (penggunaan DNA) adalah satu kaedah yang betul dari sudut syarak untuk menentukan nasab”.

Kata Dr Umar al-Subayyil pula: “Menerima pakai DNA dalam bidang penentuan nasab adalah satu perkara yang jelas kebenarannya dan jelas keharusannya”.

Majmak Feqh Islami dalam persidangannya kali ke-15 pada tahun 1419H di Makkah telah membuat keputusan keharusan menerima pakai kaedah DNA dalam bidang menentukan nasab.

Selain itu banyak lagi fatwa-fatwa dari kalangan ulama moden yang mengharuskan penggunaan DNA, samada fatwa secara persendirian atau secara berkumpulan.

Kedudukan Kaedah DNA

Dalam Islam, terdapat tiga kaedah utama untuk menentukan nasab, iaitu:
i) Firasy
ii) Saksi
iii) Ikrar

Ketiga-tiga cara ini disepakati oleh seluruh ulama dan termasuk dalam perkara ijmak. Kerana ia telah sabit dalam nas-nas yang sahih samada Quran dan Hadis. Kebanyakan sarjana Islam hari ini meletakkan kedudukan kaedah DNA setaraf dengan al-Qiyafah. Al-Qiyafah ialah menentukan nasab oleh individu yang mahir dengan berpandukan kepada bentuk fizikal. Ia diambil kira oleh syarak, cuma kedudukannya tidak setaraf dengan tiga kaedah utama di atas.

Kata Dr Wahbah al-Zuhaili: “Kaedah-kaedah yang telah ditetapkan dalam syariat kita untuk menentukan nasab atau menafikannya, mestilah diambil kira terlebih dahulu sebelum penggunaan DNA”.

Maka rumusannya, kedudukan kaedah DNA adalah lebih rendah daripada tiga kaedah utama; firasy, saksi dan ikrar (pengakuan).

Lingkungan Penggunaan DNA Dalam Penentuan Nasab

Walaupun pada asasnya kita menerima penggunaan DNA untuk menentukan nasab, tetapi ia tidak wajar dilakukan secara berleluasa dan tanpa keperluan. Kerana syarak telah menentukan beberapa kaedah asas untuk menentukan nasab, sebagaimana disebutkan tadi.

Kerana itu, dibenarkan penggunaan DNA dalam kes-kes seperti berikut;
– Pertikaian terhadap siapakah yang berhak ke atas seseorang yang tidak diketahui nasabnya.
– Berlaku kesamaran dan percampuran antara bayi-bayi di hospital atau di pusat-pusat penjagaan kanak-kanak.
– Berlaku kehilangan kanak-kanak disebabkan suatu malapetaka, lalu dijumpai dalam keadaan yang tidak dapat dipastikan identiti mereka.
– Penemuan mayat-mayat yang payah untuk dicam oleh ahli keluarganya.
– Lain-lain yang seumpama ini.

Ini bererti, jika berlaku satu kes penentuan nasab, hendaklah digunakan kaedah asas terlebih dahulu iaitu firasy, saksi dan ikrar. Jika boleh ditentukan melalui ketiga-tiga cara ini atau salah satu daripadanya, maka hendaklah ditentukan dengannya. Jika tidak boleh, barulah digunakan kaedah DNA.

Wallahu A’lam.

- Madinah, KSA. 18 Mei 2008.

Rujukan:
– Al-Basmah al-Wiratsiyyah Wa Dauruha Fi al-Itsbat. Dr Wahbah al-Zuhaili.
– Al-Nasab Wa Mada Ta’tsir al-Mustajaddat al-Ilmiyyah Fi Itsbatih. Sufian B Umar.
– Itsbat al-Nasab Bi al-Basmah al-Wiratsiyyah. Muhammad Sulaiman al-Asyqar.
– Al-Basmah al-Wiratsiyyah Wa Mada Masyri’iyyat Istikhdamiha Fi al-Nasab Wa al-Jinayah. Dr Umar Subayyil.

About these ads
7 Comments leave one →
  1. 18/05/2008 11:20 pm

    Assalamu’alaikum wrt wbt

    Alhamdulillah tahniah atas website ini. Umi minta izin ambil artikel DNA ni dan letak di website umi bawah tajuk DNA dalam Islam. Umi akan letak juga di ukhwah.com. Harap diperkenankan.

    Wallahuta’ala a’lam bissawab

    ABU UMAIR: Waalaikumussalam wrt abt. Tidak ada sebarang halangan kepada sesiapa untuk copy dan paste artikel ini ke tempat lain, dengan tujuan penyebaran ilmu. Sekian.

  2. al-ansar permalink
    06/06/2008 7:01 am

    syeikhuna lokman…

    nak tanya kat anta skit, al-nasab wa mada ta’tsir al-mustajiddat al-Ilmiyyah tu buku ke kertaskerja ke apa ke?ana nak dapatkan se macammana? satu lagi, ana ada mintak Syeikh Mat Duan tolong tengok satu kitab iaitu Atsar al-Taqniah al-Hadisah fi al-Fiqh al-Islami oleh Dr.Hisyam bin Abdul Malik Aali Syeikh,pensyarah Ma’had al-‘Aliy lil Qadha’, Jami’ah al-Imam, Riyadh terbitan maktabah al-Rusyd bil Riyadh..ala kulli hal, nanti bgtau ana dehh…rindu la ngan madinah, syeh….

  3. abuumair1 permalink
    06/06/2008 7:15 am

    Salam, syeikh fakhruddin
    al-nasab wa mada ta’tsir al-mustajiddat al-Ilmiyyah tu kitab yang agak tebal. Tak silap mungkin lebih 700 halaman. Kitab itu pun ana baca di Maktabah Masjid Nabawi. Di kedai2 kitab, ana x pasti ada jual ke tidak.

  4. al-ansar permalink
    06/06/2008 8:36 am

    huhuhu…sama la macam buku yang ana sebut tadi tuh…lebih 900 halaman…tesis dukturaah…’ala kulli haal, jazakumuLLahu khairan atas info ni…satu lagi, tahniah atas usaha menulis melalui ruangan ini.juhdun masykur…نفع الله بعلومكم الإسلام والمسلمين

  5. ratu.islam permalink
    03/02/2009 6:16 pm

    assalamualaikum

    ana mohon izin jadikan artikel ustaz ni sbgai rujukan unt assaignment ana.ana akan quote kan blog ustaz as ana nyer rujukan.

    jazakallah..
    -ras-

  6. 04/02/2009 5:26 am

    Waalaikumussalam

    saudari ratu.islam,

    Artikel-artikel dalam blog ini diizinkan untuk digunakan sebagai rujukan dan lain-lain dengan tujuan penyebaran ilmu.

    Sekian.

  7. ratu.islam permalink
    04/02/2009 5:09 pm

    syukran..

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: