Skip to content

Budaya Membaca

30/06/2008
tags: ,

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari?

Hasil ‘Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia’ yang dibuat oleh Perpustakaan Negara pada 1996 merumuskan secara amnya rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku sepanjang tahun. Kajian ini juga mendapati, bahan bacaan yang paling digemari ialah komik, diikuti majalah, buku dan surat khabar. Satu statistik yang amat memeranjatkan!!

Hasil kajian ini mendedahkan bahawa budaya membaca rakyat negara kita jauh masih ketinggalan berbanding negara-negara maju lain.

Sebagai orang Islam, kita mesti peka dengan kekurangan ini. Kerana Islam menggalakkan mencari ilmu, dan mewujudkan budaya membaca. Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah: “Bacalah…”.

Sejarah kehidupan sarjana awal Islam mendedahkan mereka adalah masyarakat yang banyak membaca. Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani (wafat: 852H) ketika berada di Syam dalam ekspedisi ilmunya, mampu membaca kitab hadis ‘Mukjam Saghir’ karya Imam Tabarani dalam masa beberapa jam, antara waktu Zohor dan Asar. Kitab tersebut mengandungi lebih seribu hadis.

Fairuz Abadi (wafat: 817H) dalam pengembaraan ilmunya ke Damsyiq pernah menghabiskan bacaan kitab Sahih Muslim dalam masa tiga hari sahaja. Hadis-hadis dalam Sahih Muslim mencapai angka 7,000 hadis.

Imam Syafie (wafat: 204H) dikatakan apabila beliau membaca satu-satu kitab, ketika membaca muka surat sebelah kanan, beliau akan menutup muka surat sebelah kiri dengan tangannya. Apabila membaca muka surat sebelah kiri, beliau menutup muka surat sebelah kanan dengan tangannya. Tujuannya untuk menghadkan penglihatan matanya supaya tidak terlalu cepat membaca.

Begitulah budaya minat membaca yang tersemai dalam diri sarjana Islam satu ketika dahulu. Bagaimana pula dengan kita? Marilah sama-sama kita menghitung berapa buah bukukah yang kita baca dalam seminggu, atau sebulan atau setahun. Selamat membaca!!

About these ads
9 Comments leave one →
  1. 01/07/2008 12:22 am

    Salah seorang pensyarah yang bertugas sebagai pengetua kolej di salah sebuah universiti Malaysia pernah menceritakan kepada saya, beliau pernah melakukan “spot check” ke bilik-bilik pelajar di sini dan amat terkejut bila mendapati, buku yang paling banyak ditemui ialah majalah-majalah hiburan, komik, majalah picisan. Sangat kurang pelajar yang mempunyai buku-buku motivasi, ilmiyyah dan akademik. Ini adalah situasi pelajar IPTA Malaysia. Bagaimana pula masyarakat awam di luar sana?

  2. sahabat madinah permalink
    01/08/2008 5:17 pm

    Ustaz abu umair, boleh anta kongsi pengalaman anta di sini, sudah berapa ratus buku yang anta baca dan khatamkan? Dan apa nama buku2 tu.

    Bukan apa…. sajer untuk bangkitkan semangat ana untuk mebaca dan supaya ana tahu kitab2 apa yang anta baca sehingga menjadikan anta lebih hebat dari mufti2 di Malaysia :-)

  3. abuumair1 permalink*
    01/08/2008 5:31 pm

    Syeikh sahabat madinah..

    Tak payahlah ana cerita diri ana yg serba kekurangan. Sebab cerita diri ana tak layak dijadikan panduan orang lain. Sebagai ganti, ana cerita kisah ustazuna Dr Zulkifli Mohammad Bakri.

    Sewaktu beliau datang umrah, selama berada di Mekah dalam seninggu, beliau memberitahu sempat khatam sebanyak lebih kurang 10 buah kitab.

    Dan ketika di Madinah, beliau sempat membaca kitab Muzakkirah Syeikh Syanqiti dan khatam di hadapan seorang anak murid Syeikh Amin, dalam masa 3 hari sahaja.

  4. sahabat madinah permalink
    01/08/2008 5:39 pm

    MasyaAllah, hebat tu. Semoga Allah swt pilih kita untuk menjadi lebih hebat dari tu.

    Iqrak wa rabbukal akram…. bacalah dan Tuhan kau paling mulia….. Tuhan yang paling mulia akan memberi kemulian kepada yang selalu membaca lagi dan lagi. Sesiapa yang metadabbur ayat ni pasti akan jumpa rahsia yang ajaib di sebalik ayat ni.

    wa man yuktal hikmata faqod uutiya khairon kathiiraa

  5. umaralkhattab permalink
    30/07/2009 9:47 am

    Terima kasih saudara…ana amat berminat dengan pandangan anta….bolehkah anta jelaskan bagaimanakah kita hendak meningkatkan budaya membaca dikalangan generasi muda selain:1.mewujudkan suasana ilmu dalam keluarga (seperti kata syed Naqaib Al Attas) 2. mengalakan orang cintakan ilmu suka membaca (memberikan galakan dengan memperbanyakan bahan bacaan untuk mereka) 3. Mewujudkan perpustakaan di rumah 4. Selalu ke kedai-kedai buku..dan membelikan buku0buku yang sesuai…apa pandangan anta…tq

    • 13/11/2011 1:21 am

      Assalamualaikum saudara..mohon kebenaran untuk memetik pandangan anta tentang cara meningkatkan budaya membaca untuk dimuatkan dalam karangan ana..pandangan yang bernas..terima kasih..

  6. Anonymous permalink
    29/03/2010 3:04 pm

    this is not a karangan

  7. 30/03/2010 1:25 pm

    Ingin saya berkongsi cerita tentang anak saya.
    Apabila dia masuk darjah 1, memang dia langsung tidak boleh membaca, walaupun satu patah perkataan pun. Keadaan ini berterusan selama 7 bulan. Tapi, saya yakin dia mampu membaca tetapi pada masa yang dia sendiri mempunyai keinginan untuk membaca. (memang saya sediakan terdahulu persekitaran yang memupuk budaya membaca dalam keluarga saya)

    Sejurus selepas dia melalui hari jadinya yang ke-7, saya masuk ke ruang tamu dan terkejut anak saya sedang asyik membaca…sebuah buku ensiklopedia! Dia tidak belajar membaca melalui buku belajar membaca seperti BAWAL atau Ladybird Peter and Jane. Anak kedua saya pun begitu.

    Bagi saya, budaya membaca buku pengetahuan (berbanding dengan komik, majalah) di kalangan kanak-kanak tidak/ jarang wujud kerana anak-anak dipaksa belajar membaca untuk tujuan utama iaitu memenuhi syarat kemasukan sekolah rendah. Jadi, mereka tidak belajar meminati membaca buku kecuali dalam keadaan terpaksa e.g. bersedia untuk periksa, ulang kaji.

    Ibubapa, guru serta mereka yang terlibat dalam pendidikan harus mengubah cara mereka memperkenalkan budaya membaca ini kepada anak-anak dan menjadikannya sesuatu yang seronok dan bermanfaat dan tidak memaksa.

  8. epi permalink
    26/06/2010 9:05 am

    pupuk semngt mmbaca dalam diri,insya-Allah,dengan izin-NYA yg pemurah lagi maha mengasihani…

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: