Skip to content

Apa Ada Pada 27 Rajab

30/07/2008

Hari ini 27 Rajab 1429. Satu tarikh yang cukup popular di kalangan orang Islam. Dikatakan pada tarikh ini Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit bertemu Allah Taala. Kemudian, difardhukan satu ibadah paling utama dalam syariat iaitu sembahyang fardhu sebanyak lima waktu. Lantaran keagungan peristiwa Israk dan Mikraj ini, sebahagian umat Islam menjadikan tarikh 27 Rajab sebagai tarikh bersejarah. Tarikh yang perlu diingati oleh umat sepanjang zaman. Lebih dari itu, diadakan pula sambutan peristiwa Israk dan Mikraj pada hari ini.

Begitulah agungnya tarikh 27 Rajab dalam kalendar dan diari sebahagian umat Islam. Tarikh yang diletakkan sebaris dengan 12 Rabiul Awal, 15 Syaaban (Nisfu) dan yang sewaktu dengannya. Tetapi pernahkah kita mempersoalkan tentang kesahihan fakta ini? Di sebalik sambutan peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rajab, ada dua persoalan yang mesti dirungkai;

Pertama: Adakah tarikh 27 Rajab sebagai tarikh berlaku Israk dan Mikraj diakui sebagai fakta yang disokong oleh bukti-bukti yang sahih? Jika dirujuk tulisan para sarjana Islam, kita mendapati penetapan tarikh ini tidak bersandar kepada bukti-bukti yang dipercayai.

Al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan kata-kata Ibn Dihyah, “Disebut oleh sesetengah tukang cerita, bahawa Israk berlaku pada bulan Rajab. Katanya: Ia satu pendustaan”.

Ibn Taimiyyah pula membuat satu kesimpulan tentang tarikh Israk Mikraj dengan ujarnya, “Tidak ada dalil yang dimaklumi tentang tarikhnya, samada tentang bulan apakah ia, pada sepuluh awal atau pertengahan atau akhir kah ia, dan juga pada penetapan tarikhnya sendiri. Malahan nukilan-nukilan tentangnya terputus dan bercanggahan”.

Jelasnya, tidak ada kata putus tentang tarikh tepat berlakunya Israk dan Mikraj. Hatta menetapkan bulan Rajab juga dipertikaikan.

Kedua: Andaikata ada orang yang mahu berpegang juga kepada tarikh ini sebagai tarikh Israk dan Mikraj, maka persoalannya adakah terdapat dalil yang menyuruh tarikh ini dijadikan sambutan tahunan oleh umat Islam?

Selepas berlakunya Israk dan Mikraj, Nabi SAW hidup selama beberapa belas tahun. Satu tempoh yang agak lama. Dalam berbelas-belas tahun itu, pernahkah Nabi SAW menyambut tarikh 27 Rajab itu sebagai peristiwa Israk dan Mikraj? Ternyata tidak pernah, walaupun sekali. Kalaulah sambutan Israk dan Mikraj suatu yang baik di sisi syarak, saya yakin Nabi SAW lah orang yang pertama menunggu tarikh ini setiap tahun untuk menyambutnya. Dan sudah pasti baginda akan memberitahu kepada sahabat-sahabatnya tentang kelebihan tarikh ini.

Selepas kewafatan baginda juga, tidak dinukilkan oleh mana-mana sejarawan Islam bahawa salah salah seorang khalifah-khalifah Islam menyambut kedatangan 27 Rajab sebagai tarikh Israk dan Mikraj. Yang pasti ia hanya bermula pada zaman yang terkemudian. Benarlah ungkapan syair:

Dan setiap kebaikan ialah pada ikutan orang salaf,
Dan setiap keburukan ialah pada rekaan orang khalaf.

Kesimpulan, mereka yang mahu merayakan sambutan Israk dan Mikraj pada 27 Rajab perlu menjawab dua persoalan; tentang fakta sejarah bilakah berlakunya peristiwa itu, dan tentang dalil apakah yang menuntut supaya ia disambut secara tahunan.

Wallahu A’lam

Madinah,
27 Rajab 1429 H
30 Julai 2008 M

About these ads
5 Comments leave one →
  1. 30/07/2008 9:59 pm

    JKK for this enlightening article.

  2. sahabat madinah permalink
    01/08/2008 4:39 pm

    Apa ada pada 27 Rajab?

    Jawapannya adalah… sudah bermula kefahaman dan amalan syiah menular dalam masyarakat Malaysia dan umat ahli sunnah wal jamaah yang lain.

    Sila lihat laman2 web syiah untuk membuktikan bahawa mereka yang menetapkan 27 Rajab adalah tarikh Israk mi’raj. Sebagai contoh sila lihat laman web http://www.sahibalhassani.net/index_frame.html

    Semoga Allah swt memberi taufiq dan hidayah kepada kita dan mereka untuk menuju ke jalan yang lurus.

    Jangan lupa bahawa kita bukan sahaja wajib dakwah mereka, tetapi mesti menangis di malam hari di hadapan Allah swt supaya Tuhan yang menguasai hati2 manusia membukakan hati2 tersebut untuk hidayat.

    Ini tugas kita:

    Ya ayyuhal muddathir, qum fa anzir!!!

    Ya ayyuhal muzzammil, qumillaila illa qoliilaa!!!

  3. abuumair1 permalink*
    01/08/2008 5:41 pm

    Jazakumullah khair, syeikh sahabat madinah.. atas tambahan maklumat yang berguna.

  4. Anonymous permalink
    16/06/2012 11:51 pm

    salam perbahasannya bukan bila-bilanya tapi peristiwa ini ada disebut dalam Al quran dan tiada pula larangan secara khusus untuk mencegah menyambut majlis ilmu tafsir Al quran dan hadith2 yg berkaitan isra’ dan mi’raj maka jangan cepat meletakkan satu hukum kerana peristiwa ini termasuk sirah nabi bukan sejarah nabi yg tidak boleh diambil iktibar yg asasnya pengajaran dan perlaksanaannya bukan bila2nya sehingga menghalang kerja dakwah untuk menyampaikan apa kehendak peristiwa ini dan yg pastinya ianya sudah berlaku dan bukannya perkara yang baru…

  5. Anonymous permalink
    16/06/2012 11:58 pm

    tarikh bukan satu asas untuk membincangkan satu amalan itu terus ditolak seperti bila tarikh kelahiran nabi terdapat khilaf maka kita tidak boleh menafikan mengingati Nabi SAW juga perlu ditolak

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: