Skip to content

Puasa Selepas Setengah Syaaban

05/08/2008

PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.

Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:

a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .

b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie

c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri.

Dalil

• Dalil Pendapat Pertama
Jumhur ulama berhujah dengan hadis di dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
لا يتقدّمنّ أحدكم رمضان بصوم يوم أو يومين، إلا أن يكون رجل كان يصوم صومه فليصم ذلك اليوم
Maksudnya : “Janganlah salah seorang kamu mendahului Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari. Kecuali seseorang yang berpuasa dengan satu puasa (adat kebiasaannya) maka berpuasalah pada hari itu”

Penjelasan dalil
Hadis tersebut melarang mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari. Ini bererti boleh mendahuluinya jika lebih daripada itu. Iaitu selepas setengah Syaaban.

• Dalil Pendapat Kedua
Mazhab Syafie pula berhujah dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
Maksudnya: “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”

• Dalil Pendapat Ketiga
Ibnu Hazm berhujah dengan hadis yang sama, iaitu larangan daripada puasa selepas setengah Syaaban.

Pendapat Yang Rajih

- Tidak ada larangan berpuasa selepas setengah Syaaban, kecuali dalam hadis Abu hurairah, “Apabila tiba setengah Syaaban, maka janganlah berpuasa”. Maka perlu kepada penyelidikan tentang kesahihan atau kedhaifannya.

- Hadis ini diperselisihkan pada kedudukannya. Ada yang menilainya sahih seperti: Imam Tirmizi, Al-Hakim, Ibn Hazm, Al-Tahawi, Ibn Abdil Barr dan lain-lain.

- Dan ada yang menilainya dhaif seperti Abdul Rahman bin Mahdi, Imam Ahmad, Abu Zur’ah, Al-Atsram, Abu Daud, Baihaqi, Nasai, dan lain-lain.

- Pendapat yang lebih sahih tentang hadis ini -Wallahu A’lam- ialah pendapat yang mendhoifkannya, kerana:

1) Mereka yang menilainya dhaif, lebih pakar dan mahir dalam ilmu hadis dan kecacatan hadis. Kata Ibn Rajab: “Hadis ini dinilai sahih oleh Tirmizi, Ibn Hibban, Hakim, Tahawi, dan Ibn Abdil Bar. Dan ia dipertikaikan oleh ulama yang lebih hebat daripada mereka”.

2) Hadis ini menyalahi beberapa fakta lain, antaranya:

i) Mafhum hadis sahih (Bukhari dan Muslim) iaitu hadis yang melarang berpuasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan. Ertinya jika lebih daripada dua hari, maka ia tidak dilarang. Maka menunjukkan puasa selepas 15 Syaaban diharuskan.

ii) Hadis Aisyah yang mengatakan Nabi berpuasa hampir keseluruhan Syaaban. Dalam hadis Bukhari dan Muslim, kata Aisyah: “Bahawa Rasulullah SAW berpuasa Syaaban keseluruhannya. Iaitu baginda berpuasa Syaaban kecuali sedikit”. Ini menunjukkan bahawa baginda berpuasa walaupun selepas 15 Syaaban.

Kesimpulan

- Mereka yang cenderung mengatakan hadis larangan puasa selepas 15 Syaaban adalah sahih, maka hukumnya makruh berpuasa kecuali ada kelaziman puasa.

- Mereka yang cenderung kepada mendhaifkan hadis tersebut -dan ia lebih tepat- hukum berpuasa adalah harus, tidak ada sebarang larangan samada haram atau makruh.
Wallahu A’lam.

About these ads
11 Comments leave one →
  1. sahabat madinah permalink
    11/08/2008 4:22 pm

    Bagus ilmu yg ustaz abu amir bawakan ni…. sekarang hanya tinggal untuk kita tanya iman kita… samada kita nak perbanyakkan posa sunat di bln syaban ni sepertimana yg Nabi junjungan saw kita buat atau hanya utk dapat maklumat dr ilmu2 sebegini.

    Ilmu yg bermanfaat ialah ilmu yg mebawa dan memudahkan kita utk beramal.

    Terima kasih ustaz.

  2. aaa permalink
    11/08/2008 11:07 pm

    Jazakumullahu khairan…mari kita hidupkan sunnah yang ditinggalkan ini…memperbanyakkan puasa sunat di bulan Sya’ban

  3. Ramlah Hussin permalink
    16/12/2008 2:42 am

    Alhamdulillah… sekarang dah jelas atas penerangan yang ustaz berikan…

    Terima kasih.

  4. 16/08/2009 7:51 am

    Assalamualaikum ya Akhi,
    Alhamdulliah.. dapat jugat update ilmu ibadat ni… berilmu dari sumber2 yang jelas kebenarannya..

    Ustaz…

  5. 16/08/2009 7:55 am

    Assalamualaikum Akhi,
    Terima kasih berkongsi Ilmu dari sumber yang jelas. Teruskanlah usaha2 membetulkan cara umat kita beribadat supaya tidak terjerumus ke dalam amalan bidaah yang terlarang..

    Rosdan.

    • 16/08/2009 8:28 am

      Waalaikumussalam…
      Terima kasih atas sokongan daripada sahabat-sahabat… Mudah2an usaha kerdil ini diterima Allah Taala..

  6. 17/07/2011 6:20 pm

    alhamdulilah ustazana Abu Umair, jazakumullah hu khair,

    ditaqdirkan ana juga telah menulis hal yg sama pada ramadhan 1431H, dengan huraian yg lebih teperinci sedikit berkenaan hadith tersebut, dijemput membacanya diisini: http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/07/penjelasan-status-hadith-apabila-tiba.html .

  7. atisya permalink
    08/07/2012 9:30 pm

    syukur..terlerai segala persoalan..syukran…

  8. Anna permalink
    17/07/2012 11:46 pm

    Assalamualaikum. adakah boleh jika menggantikan puasa ramadhan atas sebab was was seperti takut tidah sah puasanya. Bolehkah ia dilakukan pada hari syak? terima kasih.

Trackbacks

  1. Puasa selepas setengah Syaaban berlalu || Andaiku pergi…

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: