Skip to content

Wasiat Pertengahan Ramadhan

02/09/2009

Hari ini 12 Ramadhan. Bererti lebih sepertiga dari bulan mulia ini sudah berlalu. Walau masih banyak hari yang berbaki sebelum ketibaan Eidul Fitri, kita wajar menyedari bahawa sepertiga adalah satu angka yang besar. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Dan sepertiga itu banyak”.

Berlalunya 12 hari dari bulan Ramadhan, bermakna bulan berkat ini sudah menghampiri pertengahannya. Sebelum sampai pertengahan Ramadhan, mari kita sama-sama menghayati satu kata-kata wasiat Imam Ibnul Jauzi:

Bulan Ramadhan sudah sampai pertengahannya,
Separuh peluang untuk mendapat habuan sudah berlalu,
Dengan penuh kecuaian dan masa yang terbuang,
Tabiat menangguh-nangguh menghakis detik demi detik,
Sedangkan matahari dan bulan tetap dengan peredarannya,
“Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran”,
Duhai orang yang berdiri dalam kebingungan..
Adakah pada dirimu keazaman untuk berubah?
Sampai bilakah kamu rela menetap di kedudukan hina?

(At-Tabshirah oleh Ibnul Jauzi 2/96)

Sama-sama kita hayati kalimah wasiat Imam Ibnul Jauzi yang penuh hikmah. Agar segala azam dan tekad yang diikrar pada awal Ramadhan dapat dicapai pada penghujungnya. Jika ada kecuaian dan kelalaian pada hari-hari yang berlalu, jadikan ia sebagai pengajaran. Yang mendatang tetap diteruskan dengan penuh keazaman.

12 Ramadhan 1430H

About these ads
7 Comments leave one →
  1. 02/09/2009 11:06 pm

    Salam Ustaz,
    Ramadhan kareem

    Sempena bulan Ramadhan, apa pandangan ustaz tentang malam Lailatulqadar berdasarkan pandangan Al-Quran dan hadis nabi..
    Quran tidak menerangkan dengan jelas tentang perkara tersebut, manakala hadis pula berbeza-beza matan dan sanad’nya..apa pandangan ustaz ?

    Terima kasih

    • 02/09/2009 11:20 pm

      Salam, akhie Faizal

      – Benar apa yang disebutkan, banyak hadis dan banyak pula pendapat dalam menentukan Lailatul Qadr. Sehingga Ibn Hajar dalam Fathul Bari menukilkan 46 pendapat ulama dalam menentukan Lailatul Qadr.

      – Kesimpulannya, dan pendapat yang dipilih ramai ahli tahqiq ialah ia berlaku pada malam-malam ganjil pada sepuluh terakhir, dan ia bertukar-tukar tahun demi tahun. Bukan tetap pada malam tertentu.

      – Hikmah disembunyikan ialah supaya si hamba lebih memperbanyakkan ibadah dan sungguh2 mencarinya, tidak mengkhususkan pada malam tertentu sahaja.

      Wallahu A’lam.

  2. Abu Hatem permalink
    03/09/2009 7:43 am

    akhi lokman ana mintak izn untuk kopi ooo yee

  3. marpa permalink
    06/09/2009 5:43 pm

    Salam ustaz.. Boleh ustaz terangkan berapakah jumlah dalil-dalil yang tidak disepakati keselurahnya dan adakah ijma’ ahli al-Madinah dan ijma’ ahli al-Kufah termasuk dalam dalil-dali yang tidak disepakati… syukran jazilan khairan kasir

  4. 07/09/2009 7:57 am

    salam ustaz..

    saya dah lame tertanya hal nie, kenapa malam lailatur qadar boleh bertukar2 setiap tahun? mengapa tidak ada ketetapan?

    harap ustad berkelapangan menjawab..

    • 08/09/2009 2:39 am

      Wsalam, ajim..

      Seperti yang saya jawab dalam komen pertama, terdapat hikmah yang besar Allah Taala menyembunyikan dan menjadikannya berpindah-pindah antar tahun demi tahun. Hikmahnya:

      – Supaya ternyata dari kalangan hamba Allah, siapakah yang benar-benar bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadr.

      – Supaya menambahkan lagi amalan hamba-hamba Allah. Jika ditetapkan satu-satu malam, nescaya ramai yang menumpukan ibadah pada satu malam sahaja.

      Wallahu A’lam.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: