Skip to content

Hari Raya: Tuntutan dan Larangan

18/09/2009

Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu.

Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai dua perayaan yang disambut dengan penuh pesta dan permainan, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua perayaan yang lebih baik daripada dua perayaan mereka, iaitu Hari Raya Eidul Adha dan Hari Raya Eidul Fitri”. (Direkod oleh Abu Daud, Nasaie dan lain-lain).

Demikian Allah menggantikan perayaan Jahiliyyah yang dipenuhi permainan, dengan perayaan Islam yang dihiasi rasa perhambaan kepada Allah. Hari Raya adalah hari menyebut kebesaran Allah dengan bertakbir, dan hari melahirkan rasa syukur atas kurniaanNya.

Allah berfirman, maksudnya: “…. Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur”. (Al-Baqarah: 85)

Hari Raya sebagai hari ibadah, hari berzikir dan hari bersyukur, mesti disambut dengan cara yang bertepatan dengan kehendak syariat Islam. Ada tuntutan yang perlu dilakukan, dan ada larangan yang mesti dielakkan. Dengan memelihara hak-hak perayaan, mudah-mudahan Allah Taala menjadikan kita sebagai orang yang bersyukur.

TUNTUTAN DI HARI RAYA

1. Mandi Sunat Hari Raya.

Ulama mengatakan digalakkan mandi sunat pada pagi hari raya. Walaupun tidak didapati hadis yang marfuk dan sahih daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi terdapat atsar daripada para sahabat baginda berkenaan amalan ini.

Di dalam Sunan al-Baihaqi, direkodkan satu riwayat daripada Ali r.a, beliau ditanya tentang (galakan) mandi, lalu beliau berkata, “Hari Jumaat, hari Arafah, Hari Raya Korban, dan Hari Raya Fitri”.

Imam Malik meriwayatkan dalam Muwatta’ bahawa Ibn Umar r.a. mandi sebelum keluar ke musolla. Begitu juga direkodkan oleh Imam Syafie dalam Musnadnya melalui sanad gurunya Imam Malik.

Manakala waktu mandi sunat Hari Raya, ada kalangan ulama mengatakan selepas terbit fajar. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah waktunya bermula sebelum terbit fajar lagi. Jadi, boleh mandi sebelum Subuh. Bagi keluar daripada perselisihan, elok dilakukan selepas terbit fajar.

2. Sarapan Sebelum Keluar ke Musolla.

Bagi Hari Raya Fitri, digalakkan makan sedikit sebelum keluar untuk solat hari raya. Kerana berdasarkan hadis yang direkodkan dalam Sahih Bukhari, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak keluar pada Hari Raya Fitri sehingga baginda makan beberapa biji tamar, dan baginda makan dengan bilangan ganjil”.

3. Keluar Awal Ke Musolla atau Masjid.

Digalakkan keluar awal ke musolla atau masjid untuk menunaikan solat Hari Raya, kecuali bagi imam. Maka sunnah baginya keluar ke musolla atau masjid seketika sebelum menunaikan solat. Kata Imam Malik, “Telah berlalu sunnah bahawa imam keluar dari rumahnya sekadar apabila dia sampai ke musolla maka waktu sembahyang Raya sudah tiba. Manakala selain imam, sunat bersegera keluar dan menghampiri tempat imam (saf hadapan)”.

4. Bertakbir Ketika Berjalan Menuju Musolla.

Antara amalan sunnah ialah bertakbir dalam perjalanan menuju ke musolla. Bagi kaum lelaki, digalakkan menyaringkan suara mereka, manakala kaum wanita cukup dengan bertakbir secara perlahan.

Amalan takbir ketika ini disebut dalam hadis Ibn Umar r.a. “Bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam keluar pada dua hari raya bersama-sama Fadhl bin Abbas, Abdullah, Al-Abbas, Ali, Jaafar, Hasan, Husain, Usamah bin Zaid, Zaid bin Haritsah dan Aiman bin Ummu Aiman. Baginda meninggikan suaranya dengan tahlil dan takbir”. (Direkod oleh Baihaqi).

5. Solat Sunat Hari Raya.

Kebanyakan ulama mengatakan Solat Hari Raya adalah sunat muakkadah (yang sangat dituntut). Ada segelintir berpandangan wajib, dan dipilih oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Bahkan Ibn Taimiyyah mengatakan kewajipan solat Hari Raya lebih utama daripada solat Jumaat.

6. Kaum Wanita dan Kanak-kanak Juga Keluar.

Digalakkan juga bagi wanita dan kanak-kanak menghadirkan diri ke musolla, tanpa mengira samada tua atau muda, suci atau haidh, anak dara atau janda. Kecuali wanita yang diharamkan keluar rumah seperti wanita yang sedang dalam iddah.

Hadis Ummu Athiyyah menyebut, “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memerintahkan kami supaya mengeluarkan mereka (wanita-wanita) pada Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha, iaitu anak-anak dara yang sudah baligh, wanita-wanita yang haidh, dan perempuan-perempuan yang selalu berada di balik tabir rumah. Manakala wanita-wanita haidh hendaklah menjauhi tempat sembahyang, serta hendaklah menyaksikan kebaikan dan doa orang Muslimin”. (Direkod oleh Bukhari dan Muslim).

Begitu juga kanak-kanak, digalakkan dibawa keluar menyaksikan solat Hari Raya. Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya, “Bab: Keluar Kanak-kanak ke Musolla”.

7. Pulang Dari Musolla Melalui Jalan Berbeza.

Ramai ulama mangatakan sunat ketika pulang dari musolla selepas solat raya, dengan melalui jalan yang berbeza dengan jalan sewaktu pergi. Kerana di dalam Sahih Bukhari terdapat hadis bahawa Jabir r.a. mengatakan, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pada hari raya membezakan jalan (pergi dan balik).

Adapun sebab atau hikmah kenapa baginda menukar laluan antara pergi dan balik, terdapat banyak pandangan. Ibn Hajar mengumpul dan meringkaskannya sehingga melebihi 20 pendapat.

8. Ungkapan Sempena Hari Raya.

Menjadi amalan sebahagian salaf, mengucapkan ungkapan tahniah sempena hari raya. Iaitu dengan menyebut, “Taqabballahu Minna Wa Minkum”. Maksudnya, “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kamu dan daripada kamu”.

Dalam atsar Jubair bin Nufair, katanya, “Bahawa sahabat-sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam apabila mereka bertemu pada hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada sebahagian lain: Taqabballahu Minna Wa Minkum”. (Kata Ibn Hajar: sanadnya hasan).

9. Mengenakan Pakaian Yang Paling Baik.

Sunnah ini berdasarkan hadis bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengenakan pakaian berwarna merah pada hari raya. (Direkod oleh Tabarani dalam Mukjam Ausat).

Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim terdapat hadis bahawa Umar r.a. mencadangkan Rasulullah Sallallahu Alahi Wasallam memakai pakaian sutera pada hari raya. Walaupun baginda menolak kerana ia bukan pakaian lelaki Muslim, tetapi ia menunjukkan bahawa mengenakan pakaian yang baik sempena hari raya adalah satu amalan yang masyhur pada ketika itu.

LARANGAN DI HARI RAYA

Untuk larangan hari raya, saya menyebutnya secara ringkas:

1. Berpuasa pada hari raya. Sabit larangannya daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan hukum ini adalah ijmak (sepakat).

2. Menyerupai orang kafir dalam sambutan perayaan.

3. Wanita keluar ke musolla dengan pakaian yang menimbulkan fitnah, atau membuka aurat.

4. Lalai dari mengingati Allah, terutama mengabaikan sembahyang hari raya.

5. Percampuran bebas antara lelaki dan wanita yang bukan mahram, dan bersalam-salaman dengan mereka.

6. Pembaziran dalam penyediaan hiasan rumah dan pakaian.

Dengan menjaga hak-hak hari raya, iaitu memelihara tuntutan dan meninggalkan larangan syarak, mudah-mudahan hari raya yang disambut akan menjadi hari yang penuh keberkatan dan kebaikan.

Madinah,

28 Ramadhan 1430H
18 September 2009M


About these ads
6 Comments leave one →
  1. Abu Muslim permalink
    24/09/2009 1:34 am

    Salam ….persoalan dalam adat orang melayu hari ini….menziarah kubur ibu bapa setelah solat hari raya….adakah amalan ini pernah dibuat oleh Rasulullah dan salafusoleh?

    Pastu ada tak nas @ athar ziarah menzirahi berlaku pada hari raya pertama?

    Kalau kita lihat ucapan hari raya orng melayu didapati ader unsur2 minta maaf SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN….berlainnan ucapan TAQOBALallhu min na wa minkum…yg diamal oleh nabi dan sahabat….Apakah amalan melayu kita nie dianggap bidaah meninggalkan sunnah dan menggantikan yang lain….sebb mereka beramal ucapan yang tidak dibuat oleh Nabi dan sahabat….?

    • 24/09/2009 3:50 am

      Salam…

      – Tidak mengapa ziarah kubur hari raya jika memang pada hari raya kebetulan ada masa untuk ziarah kubur.

      -Yang silapnya ialah jika dipercayai bahawa ada fadhilat khas ziarah kubur pada hari raya. Kerana galakan supaya menziarahi kubur adalah umum tidak menetapkan hari-hari tertentu. (rujuk: fatwa Bin Baz http://www.binbaz.org.sa/mat/14188 )

  2. Abu Muslim permalink
    24/09/2009 1:39 am

    Adakah ucapan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ini boleh membawa bidaah dolalah @ bidaah yang tidak dapat pahala?

    Boleh tak kita katakan bawa Bidaah yang membawa kepada neraka yang pertama dan yang kedua bidaah yang amalnnya tidak diterima(tak dapat pahala) tetapi tidak masuk neraka….?

    • 24/09/2009 3:53 am

      Ucapan selamat hari raya seperti ini bukan dilakukan sebagai ibadah. Ia adalah perkara adat sahaja. Maka asal kepada adat ialah harus selagi tidak ada unsur2 dosa.

      Walaubagaimanapun, lebih aula mengikut tatacara salaf dalam lafaznya. Sekalipun tidak ada hadis marfuk yang sahih dalam bab ini.

      وسئـل الشيخ ابن عثيمين : ما حكـم التهنئة بالعيد ؟ وهل لها صيغة معينة ؟

      فأجاب :

      “التهنئة بالعيد جائزة ، وليس لها تهنئة مخصوصة ، بل ما اعتاده الناس فهو جائز ما لم يكن إثماً” اهـ .

      وقال أيضاً :

      “التهنئة بالعيد قد وقعت من بعض الصحابة رضي الله عنهم ، وعلى فرض أنها لم تقع فإنها الاۤن من الأمور العادية التي اعتادها الناس ، يهنىء بعضهم بعضاً ببلوغ العيد واستكمال الصوم والقيام” اهـ .

      Wallahu A’lam

  3. ananymous permalink
    17/04/2010 5:12 am

    salam ustaz, ana nk minta izin ustaz tuk copy artikel ni…untuk tugasan sekolah ana…

Trackbacks

  1. SyntesisCinta Ilahi | Syawal : tuntutan dan larangan

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: