Skip to content

Asal Usul Bubur Asyura

26/12/2009

Esok, 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini  ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.

Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.

Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.

Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.

Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:

- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?

- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga

Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.

Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.

Wallahu A’lam.

Madinah Munawwarah,
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009M

About these ads
12 Comments leave one →
  1. 27/12/2009 8:30 am

    salam…kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni..syeikh abu umair,,kitab2 ni masih dijual ke di malaysia?

    teringin jugak baca kitab2 lama ni, syukran

    • 27/12/2009 9:32 am

      Rasanya kitab-kitab tu ada dijual di Malaysia, terutama di pondok. Sebab itu semua kitab masyhur. Nihayatul Zain, ana ada download dalam bentuk e-book. Memang ada cerita bahtera Nabi Nuh. Itupun pengarang menyebut dengan sighah tamridh وحكي ‘Dan dihikayatkan’.

      Wallahu A’lam.

      • Anonymous permalink
        27/12/2009 1:01 pm

        Jemput Sheikh Hafiz mari ngaji di Pondok Sungai Durian, ada kitab tu.

  2. khairi permalink
    27/12/2009 11:16 pm

    nak minta sheikh hafiz belajar pondok , baguslah sebab sheikh hafiz akan jadi tok guru kepada semua guruan pondok , terima kasih ust lokman , ana minta izin copy paste ke blog2 sahabat lain .

  3. 28/12/2009 8:56 pm

    Assalamualaikum. Bagusnya entri ni memberikan kelebihan dan info tentang bubur asyura. Takdelah kita tau buat je kan. Paling kurang tahu kebaikannya juga.

  4. shafifah permalink
    31/12/2009 7:51 am

    Program Syeikh Fuad Kamaluddin (SOLAT SUNAT GERHANA BULAN 1 JAN 2010) : http://wp.me/piAx4-11V

    Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Al Falah : http://wp.me/piAx4-11T

    Pencerapan Gerhana Bulan Separa @ Masjid Negara KL : http://wp.me/piAx4-120

    Program Solat Sunat Al Khusuf di Masjid2 sekitar KL: http://pondokhabib.wordpress.com/category/majlis-ilmu/

  5. salam=mak chili permalink
    01/01/2010 9:02 pm

    ustz lokman bila habis m.a?
    lama x jumpa ..semoga berjaya disana

    • 01/01/2010 9:45 pm

      Wsalam.. Pengajian m.a dah habis. cuma urusan-urusan sampingan yang belum dibereskan lagi.. Doakan kitorang di sini

  6. faizal permalink
    09/03/2010 6:08 am

    sunnahnya puasa 9 dan 1o muharam…bukannya buat bubur asyura seperti kata mufti kedah,syeikh badarudin…dah tu kacau bubur asyura aurat x tutup…kerana apa…ipar duai takpe, biras2 takpe..jahil hukum agama..nak kira mcmana tu…dah la buat takde dalil langsung..buat pulak campur halalharam…sedih! sedih!

Trackbacks

  1. Asal Usul Bubur Asyura | Abu Anas Madani

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: