Skip to content

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

04/03/2010

Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. 

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

Pertama: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

Kedua: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh. Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.

About these ads
112 Comments leave one →
  1. farah permalink
    04/03/2010 7:23 pm

    salam ustz,sy nk tnye klao kte uplod gmbr yg smmgnye x mendedahkan aurat iaitu pakai tudung, xpakai baju ketat2 dn seumpamanya adakah berdosa? berdosakah kita klao gmbr2 itu blh dilihat oleh sape2 je..saya musykil sbb ada teman mngatakan yg kita perlu jaga semua 2 spaya org lain (terutama lelaki) xleh tgk kita sewenang2 nye dn perlu jd pmpuan yg sukar di dekati dgn tidak menayangkan gmbr kita..berdosakah kita bile ade lelaki yg tgk gmbr2 tersebut?

    • Abu 'Aisyah permalink
      05/03/2010 2:47 am

      Salam. Dalam surah An Nur: 30 dan 31, Allah menyuruh agar laki laki mukmin dan wanita mikminah agar menjaga pandangan. Dalam lingkungan menjaga pandangan termasuklah menjaga diri agar tidak di pandang oleh orang lain. Ini kerana islam bukan hanya melarang sesuatu kemungkaran, bahkan islam tidak membuka ruang/jalan ke arah kemungkaran tersebut. Sebagai contoh yang mudah, Allah berfirman, la taqrabuz zina… yaitu, jangan mendekati zina… maka segala apa perbuatan yang menuju kepada terjadinya penzinaan (dalam jangka masa pendek mahupun panjang) adalah dilarang.

      Dapat di fahami disini bahawa segala perbuata atau tindakan yang menuju atau mengarah kepada kemungkaran atau membuka pintu pintunya adalah terlarang sama sekali. Maka, Dengan menunjukkan atau mempamerkan gambar (mahupun menutup aurat) – baik laki laki mahupun perempuan – adalah tidak wajar dan membuka ruang bagi laki laki untuk melihat perempuan dan perempuan melihat laki laki.

      Wallahu a’lam.

      • 07/03/2010 12:24 pm

        Jazakumullah khairan, atas jawapan..

      • farzana zahidah fadzil permalink
        03/04/2010 7:35 pm

        syukran ….diatas jawapan…

        • 09/12/2010 1:09 pm

          Salam..dh lama ana tertanya2, sma ad blehkah seseorg prmpuan/wanita menayangkan gmbrnya walaupun dlm keadaan mnutup ‘aurat…
          syukran jazilan…

    • aiman permalink
      05/04/2010 11:03 pm

      pendapat saye..
      bergantung kepada tujuan..
      ade kah tujuan kite letak gambar tuu nak beri keinsafan kepada org??
      atau cume nak memperaga kan diri kite??
      kite boley je nak kate yg kite x bg org tgk..
      tp ade kah org boley utk x tgk..
      pikir2 kan..

      cadangan..
      yahudi mengambil kesempatan utk melebarkan empayar yahudi nyee dgn benda2 nii..
      soo..ape kate kite lak mengambil kesempatan terhadap yahudi..
      dgn care kite gune kan fb nii sebagai medan sebar dakwah..
      medan perbincagan isu..medan bersoal jawab agama..
      dan byk lg..
      x ke begituu ustaz??

      • Abu 'Aisyah permalink
        06/04/2010 7:59 am

        Apa yang dimaksudkan dengan “ade kah tujuan kite letak gambar tuu nak beri keinsafan kepada org??”??

        Diharap tuan aiman dapat memberi sedikit huraian atau contoh agar dapat difahami. Maaf kerana tidak dapat memahaminya.

        Bukankah dengan mempamirkan atau memaparkan gambar kepada awam bererti kita merelakan dan meredhai gambar tersebut untuk dilihat oleh semua tanpa ada batas? Jika tidak mahu gambar dilihat maka simpanlah ia dan tidak diletakkan di dalam akaun facebook. Wallahu a’lam.

        Berkenaan cadangan menggunakan facebook untuk da’wah dan perbincangan isu agama memang sangat disokong.

        • azfar permalink
          29/04/2010 5:59 pm

          assalamualaikum.
          mungkin apa yang dimaksudkan oleh aiman ialah men”tag” gambar2 yang bukannya berupa figura manusia atau yang sepertinya tetapi poster-poster yang menampalkan kalimat suci, gambar-gambar wallpaper yang mengandungi mesej kebaikan dan seumpamanya.

          tetapi apa yang diperbincangkan dalam konteks penulisan di atas ialah men”tag” gambar-gambar manusia. tidakkah begitu?

    • 02/12/2010 11:36 pm

      ustaz saya dulu pernah juga letak gambar x pakai tudung . tp sejak mak dan ayah saya marah saya letak gambar saya pakai tudung .
      soalanya : 1 . x mengapa ker saya pakai tudung dan org lain tgk gmbg saya
      2. gambar org lain saya letak tanpa tudung dosakah saya ?

  2. 04/03/2010 10:54 pm

    Setuju dengan isu yang diketengahkan oleh ustaz. Ada saya menulis sedikit nasihat kepada para muslimah terutamanya, mengenai isu bergambar-gambar ini. Ini petikannya:

    Sejak akhir-akhir ini, ramai muslimah menghadapi dilema, gambar-gambar mereka dipaparkan tanpa izin mereka. Semudah “tag” di Facebook sahaja, gambar2 sama ada berupa candid mahupun posing, dipaparkan di profile sendiri mahupun di profile orang lain. Walaupun ada muslimah yang mempunyai kesedaran meng-private-kan profile masing-masing, namun gambar yang diupload oleh rakan-rakan tetap masih ada di profile rakan-rakan mereka…….

    http://leokid.wordpress.com/2010/02/26/sesungguhnya-kamera-itu-juga-bermata/

    Sungguh, dunia internet ini tanpa batasan. Yang mana menjadikannya sebagai “dunia” yang cukup berbahaya. Semoga Allah melindungi kita dan para muslimah kita.

    Wallahua’lam. Salam ziarah dari Nizhny Novgorod.

  3. 05/03/2010 10:05 am

    Astaghfirullah…

    Ya, hal ini pernah terjadi pada seorang muslimah yang ditag oleh ahli keluarganya. Hasilnya, gambar beliau telah dilihat tanpa menutup aurat oleh komuniti di Facebook.

    Saya berhasrat ingin menulis hal ini, tapi tertangguh. Alhamdulillah, tulisan ustadz lebih komprehensif dan saya akan kongsikan dengan yg lain, insyaALLAH.

    http://www.muzir.wordpress.com

    • 07/03/2010 12:22 pm

      Terima kasih atas komentar. Artikel tuan tentang isu ini dengan ilustrasinya, sangat menarik dan mudah difahami.

    • aiman permalink
      05/04/2010 11:07 pm

      so..ape hukum nyee ekk..

  4. farah permalink
    05/03/2010 4:21 pm

    time kasih ustaz…skarang saya rs jelas akan kemusykilan sy sebelum ini =)

  5. Abu 'Aisyah permalink
    05/03/2010 5:16 pm

    Maaf kepada tuan ustaz empunya blog kerana saya mendahukui tuan ustaz dalam menjawab persoalan yang diajukan oleh sis farah. dan maaf juga kepada sis farah kerana saya mendahului tuan ustaz menjawab soalan sis farah.

    • 05/03/2010 5:24 pm

      Tidak perlu minta maaf. Kerana pengunjung blog ini dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan dan jawapan kepada apa-apa komentar pertanyaan di sini. Terima kasih, Ustaz Abu ‘Aisyah.

      • farah permalink
        06/03/2010 5:52 pm

        time kasih byk2 ustz abu ‘aisyah dan ustaz abu umair…=)

  6. yasir permalink
    06/03/2010 9:44 am

    soaljawab dari AAN-

    soalan:
    apakah hukum seseorang wanita meletakkan gambarnya di dalam laman sesawang sosial mcm myspace,friendster dan sekutunya,meskipun ia masih menutup aurat…. ::?

    asif
    syukran kathiran

    jawapan:
    Bismillahi wal hamdulillah

    Sebarang perkara yang dibimbangi boleh membawa kepada perbuatan maksiat dan keji yang lebih besar , secara kaedahnya hendaklah dielakkan.

    Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.

    Ini kerana , melalui raut wajah wanita itu , sudah cukup untuk membuatkan orang yang melihatnya merasa tertarik dan sebagainya.

    Maka , untuk menutup jalan-jalan yang boleh membawa kepada kemaksiatan dan kemungkaran yang lebih besar , adalah lebih baik tidak diletakkan gambar tersebut…..Allahu A’alam..

    WA

    http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?sid=124354bcb3519c9c0e2ce4bf11db775e&lastaction=login&f=102&t=37643

  7. wkeyta permalink
    06/03/2010 12:15 pm

    ust..izinkan saya masukkan artikel ni dlm blog dan facebook saya…tq

    • 07/03/2010 12:18 pm

      Waalaikumussalam,
      Tidak ada halangan untuk dikongsi di laman lain, demi sebaran dakwah dan ilmu.
      Sekian

  8. 06/03/2010 1:47 pm

    Pelik orang-orang sekarang. Habis semua mahu dikongsinya. Dulu kalau nak dapat gambar rakan sekolah perempuan, punyalah susah dan mungkin tak dapat. Ditazkirahnya adalah. Tapi sekarang, sangat mudah dan boleh pula dibuat koleksi. Game,gift2 barang, kuiz2 ramalan semua yang ada pada FB tu, toksahlah layan. Berpada-padalah.

  9. iqa permalink
    06/03/2010 4:12 pm

    assalamualaikum,
    ustat nak tanye,,
    kalo letak gamba walaupun ada muka je tu memg salah,,
    camne kalau grup2 nasyid perempuan,,
    apa hukum dy,,
    walaupun dyorg sebarkan dakwah tp dyorg akn disolek cantik pada muke n myb akan menarik pandangan org trutame lelaki,,
    adakah suara perempuan itu aurat?
    time kaseh ustat,,
    sy budk skolah je,,

    • 07/03/2010 12:17 pm

      Waalaikumussalam,
      Perbuatan kumpulan-kumpulan nasyid wanita yang memperagakan wajah mereka yang di khalayaklelaki, dan memperdengarkan alunan suara merdu mereka di khalayak lelaki, adalah termasuk perkara dilarang dalam agama.
      Banyak nas yang memerintahkan supaya lelaki menundukkan sebahagian pandangan, dan melarang wanita memerdukan suara di hadapan lelaki. Walaubagaimana pun, suara wanita bukan aurat menurut pandangan yang sahih.
      Wallahu A’lam.

      • aliyah permalink
        07/05/2010 8:49 am

        assalamualaikum..bagaimana pula suara wanita yang mengalunkan ayat2 suci ALQURAN di khalayk ramai…saya masih lkeliru berkenaan aurat suara wanita…

        • Adeline permalink
          09/03/2011 9:50 pm

          setahu sy yg ini ada perdebatan. ada ulama’ yg mengharamkan. ada yg mengharuskan. maaf sy x dpt sertakan dalil. mgkin netters lain boleh tambah

  10. nur'afifah permalink
    07/03/2010 5:35 am

    assalamualaikum..
    sy nk tanya ustaz, kalau kita main kuiz2 yg ada dlm fb hanya skdr niat suka2 dan mmg lansung tidak mmpercayainya…adkh ia jg trmasuk dlm dosa?

  11. nur'afifah permalink
    07/03/2010 5:39 am

    dan adakah salah kalau bg gift2 kt kwn2 kita d fb, walau brlainan jantina?
    sy dalam kekeliruan…
    terima kasih diatas penjelasan ustaz..

  12. syahida permalink
    07/03/2010 7:00 am

    salam alaik ustaz…
    saya mohon mengambil isi artikel ini
    utk dikongsi bersama-sama rakan saya..
    ye..saya jga sedar akan masalah ini…
    memang sukar dibendung krn perkara ini sangat berleluasa dlm fb..
    masing-masing pengguna ada kebebasan sendri utk melakukn apa shj..
    ksedaran yg lahir dari hati sememangnya akn m’bendung mslh ini..
    syukran ustaz :)

    • 07/03/2010 12:14 pm

      Waalaikumussalam,
      Tidak ada halangan untuk dikongsi di laman lain, demi sebaran dakwah dan ilmu.
      Sekian.

  13. Saufi alex permalink
    12/03/2010 12:46 am

    Assalamualaikum….

    saya tertarik ngan soalan yang menanyakan tentang kumpulan nasyid wanita….
    maksud ustaz, terlarang bagi kumpulan nasyid wanita muncul di dalam television? walaupun ada pandangan yang sahih menyatakan suara itu bukan aurat tetapi wajahnya tetap ditontonkan di khalayak ramai. kerana di Malaysia mahupun di Indonesia, banyak juga kumpulan nasyid wanita.

    -sekadar meminta penjelasan-

    • 12/03/2010 6:56 am

      Walaaikumussalam..
      Ya, maksud saya berkaitan dengan alunan nasyid kumpulan wanita. Walaupun suara bukan aurat, tetapi syarak melarang melembutkan suara di hadapan lelaki ajnabi. Lihat ayat 32 surah al-Ahzab, dan tafsiran ulama tentangnya.
      Wallahu A’lam

  14. syauqi permalink
    15/03/2010 7:46 am

    asssalamualaikum..ustaz..

    izinkn sy utk b`tya pd ustaz..sy ckp jelas dgn penerangan ustaz ttg wanita yg meletkkn gmbr dlm fb tapi macamana dgn lelaki yg meletakkan gmbr dlm fb dengan berbagai posing yg hnya untk comment??adakah blh seseorg lelaki itu meletakkan gmbr hya utk dikenali oleh kwn2 yg lme??

    -mnta pnjlsn-

    • 20/03/2010 6:08 pm

      Waalaikumussalam,
      -Wallahu A’lam- tidak salah lelaki meletakkan gambarnya yang sesuai untuk tatapan umum, supaya dikenali oleh rakan-rakannya.

  15. nur shuhada~ permalink
    16/03/2010 1:22 pm

    salam ..sy br 1st tyme bkak web ni..mnarik.em.nk tny la jgk psl tag photo kat fb 2..
    mcm mne kalau ade org laen tag gmbo2 kt mse kcik,,xbtudung pulak 2..ape hukumnya? boleh ke..ble sy tgur,,katenye xpe..mse kcik2..watpe nk mlu..????tlg.trima kasih.

  16. Anonymous permalink
    19/03/2010 12:12 am

    assalamualaikum..

    saya nk tya. dosa atau tidak sekiranya seseorang itu mletakkan gambarnya swaktu kanak2(blum akil baligh) yang tidak menutup aurat?

    cnthnya gambar2 nya sewaktu di sekolah rendah yang tidak memaskai tudung.
    adakah itu dianggap berdosa?

    sekiaan, terima kasih

  17. 19/03/2010 11:45 am

    Izin copy paste artikal tuan masuk dalam blog saya sebagai tazkirah buat kita semua.. syukran tuan..

  18. Ummu Ayyash permalink
    20/03/2010 2:26 pm

    Assalamualaikum wbt

    Alhamdulillah, suatu peringatan yg cukup jelas dgn bahasa yg lembut tetapi tegas…
    Mohon dikongsikan post ini…

    Jazakallahu khaiyr, moga terus diberi kekuatan utk terus saling ingat-mengingati.
    Ameen.

    • 20/03/2010 6:11 pm

      Waalaikumussalam wbt

      Tidak ada halangan untuk dikongsikan artikel ini. Sekian

  19. syahida permalink
    23/03/2010 10:52 am

    salam alaik…
    setahu saya..gamba kita ketika kecil..
    yg BELUM AKIL BALIGH xpe diletakkan dlm fb atau sebagainye..
    mohon betulkan jika saya salah
    syukran..

  20. 25/03/2010 9:31 am

    ana memang dari awal tak setuju facebook ni.. agenda yahudi pun..

    • 27/04/2010 4:33 pm

      walaupun ianya agenda Yahudi, gunakanlah kearah kebaikan…tiada benda moden di atas dunia hari ini tidak berkaitan dengan Yahudi..cuma cara kita mengunakannya sahaja menjadi salah atau betul

  21. Ibn marpa permalink
    27/03/2010 9:33 am

    Salam ustaz, ana mohon copy tuk diletakkn dlm fb ana, moga2 ramai shbt2 dan muslimin diluar sana mndapt manfaat dr artikel ustaz yang betul2 padat dan jelas ini..

  22. hawa permalink
    27/03/2010 1:53 pm

    salam..syukran ats artikel yg menarik..x pernah terfikir pon pasal effect letak gmbr kt fb w’p0n menutup aurat…artikel ini sangat bagus supaya kite lebih berhati2..ustz x jwb p0n pasal gmbr ketika kecil..mohon penjelasan..

  23. biasajer permalink
    27/03/2010 6:06 pm

    Ler take a chill pill lah….dalam lazim yer, org tak hingin pun tgk….perasan cantik tul ….

  24. acespiretribe permalink
    30/03/2010 11:07 am

    Assalamualaikum.
    Saya diminta oleh peserta program serta kawan-kawan untuk membuka akaun Facebook, untuk tujuan ‘keep in touch’. Setelah lama jugak, akhirnya saya buka akaun, terdahulu berdoa agar saya dilindungi dalam menggunakan FB.

    Tidak sampai 3 bulan, saya sudah menyesal membuka akaun Facebook, kerana:
    1) komen saya di salah anggap oleh orang yang saya tidak kenali/tidak mengenali saya

    2) saya terpaksa melihat/membaca komen,tindakan rakan FB saya yang tidak sesuai (sebagai seorang muslim) dan saya sebagai kawan, terpaksa pula menegur tindakan/komen mereka dan ini menimbulkan syak wasangka/hasad

    3) saya menerima permintaan ‘add to friends’ dari lelaki yang saya tidak kenali, setelah mereka melihat gambar profile saya (saya terus tukar ke gambar bunga selepas itu)

    Hati, jiwa dan minda saya mendesak saya membuat keputusan menutup akaun Facebook seminggu yang lepas. Alhamdulillah, ia adalah keputusan yang terbaik kerana sejak itu, hidup saya kembali tenang dan jelas (tiada kerisauan tentang hasad, menyinggung perasaan etc)

    Bagi rakan-rakan yang lain pula, mereka dibekalkan email saya jadi mereka tidak perlu risau untuk ‘keep in touch’ dengan saya di masa akan datang.

    • anayilz permalink
      20/04/2010 3:37 am

      salam. ana pun bersetuju dengan ukhti. awal ‘pembabitan’ fb adalah kerana mengikut trend semasa. konon2 je. setelah beberapa bulan, ana menyesal membuka akaun fb, walau ramai kawan2 sekolah dan matrikulasi ana ‘jumpa’ dalam fb, itu dari sudut positifnya. tapi ana tetap merasakan negatifnya lagi banyak dari positif, terutama photo tagging & request2. akhirnya ana membuat keputusan untuk memadam akaun fb, sama macam ukhti. kini hampir 3minggu hidup ana tenang tanpa fb. huhu.

      • mencari hidayah permalink
        13/06/2014 12:24 pm

        Saya hampir setahun meggunakan fb,mula2 sya rsa agk sronok kerana sering dipuji,apabila memasukan gmbr,dan rmai yg add sya..sya jgk blh jumpa rkan2 skolh sy yg terdahulu..tp bila sya pkir scra logik,mgapa sya hrapkn pujian org,timbul perasaan riak dihati sya apabila org memuji,sya rsa berdosa dgn tuhan dn rasa menyesal sgt2 wlupun gmbr yg dipost menutup aurat..sya bru sj tutup akaun fb dn berasa lega dan tenang,slama ni saya bnyak mghabiskn masa dgn fb dan lalai dgnnya…

  25. humaira permalink
    01/04/2010 9:13 am

    assalamu’alaikum..
    kdg2 keliru jgak.
    tp mmg btul ape yg dbncngkan diatas.
    rse menyesal pon ade
    tp kdg2 ssah jgak nak membuang perasaan x nak dah fcebook tu..
    sedihnye..
    cmne ni…

    • anayilz permalink
      20/04/2010 3:39 am

      salam saudari. mujahadah itu pahit kerana syurga itu sangat indah & manis. selamat bermujahadah. ^_^

  26. Abu 'Aisyah permalink
    01/04/2010 10:25 am

    Assalamu’alaikum…

    Berkenaan dengan gambar sewaktu kecil atau sebelum akil baligh, perlu diingatkan di sini, sebelum meletakkan gambar tersebut, apakah di sana ada sebarang manfaat kepada diri dan kepada agama kita atas perbuatan tersebut, yakni dengan meletakkan gambar sewaktu kecil itu, apakah akan lebih mendekatkan diri dengan Allah, atau mendatangkan apa apa kebaikan bagi kita di dunia atau hanya sekadar suka suka? Kadang kala perkara yang pada mulanya sedikit dan kecil, lama kelamaan menyebabkan kita terjerumus lebih dalam. Janganlah kita melakukan sesuatu yang sia sia dan tiada manfaat.

    “sesungguhnya yang halal itu jelas dan sesungguhnya yang haram itu jelas dan diantara keduanya adalah perkara yang samar samar, kebanyakan manusia tidak mengetahuinya, maka barang siapa menjaga dirinya dari yang samar itu bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya, dan barang siapa terjerumus dalam wilayah samar samar maka dia telah terjerumus ke dalam wilayah yang haram……..” hadith riwayat Al Bukhari dan Muslim. (matan hadith ini diambil awalnya sahaja, boleh rujuk kepada kitab hadith 40 oleh imam Al Nawawi, hadith ke enam).

    Setiap perkara di ukur pada niatnya. Tujuan meletak gambar agar diketahui siapa kita adalah kurang relaven, kerana andai benar untuk sahabat (sama jantina) mengetahui siapa kita, cukup sekadar menghantar gambar yang sopan melalui email (jika benar benar perlu). Adapun dengan menayangkan gambar kepada awam adalah tidak wajar. Jika benar ingin berkongsi kenangan dan gambar bersama rakan, cukup sekadar menghantar melalui email.

    Apa apa juga yang kita guna, baik facebook baik selainnya, hendaklah digunakan atas kadar yang tidak melanggar syariat dan bersederhana. Elakkanlah dari membuka jalan kepada kemungkaran kerana Islam tidak sekadar melarang kemungkaran, Islam juga melarang jalan kearah kemungkaran tersebut. Sebagai contoh yang mudah, kita lihat hukum berkenaan zina, Allah menyatakan “janganlah kamu mendekati zina” (al Isra': 32), bukan sekadar jangan lakukan, malah apa sahaja yang menuju kearah tersebut, baik berpacaran, berdua duaan, dan sebagainya adalah haram.

    Sungguh jika ditanya berkenaan sesuatu secara umum tanpa pengkhususan, maka tidaklah dapat diberi sebarang jawapan yang khusus melainkan yang umum. Kita lebih mengetahui niat dan perbuatan kita, maka nilailah ia sewajarnya. Ukurlah segala perbuatan dengan kayu ukur yang benar, bukan sekadar mengikut kehendak hati dan ber ala kadar. Segala perbuatan kita samada akan menjadi hujjah keatas kita, atau menjadi hujjah bagi kita di akhirat kelak.

    Wallahu a’lam. Sebarang kelemahan diatas komen ini harap dapat di tegur dan di perbetulkan.

    • 03/04/2010 7:10 am

      Terima kasih Ust Abu Aisyah, atas perkongsian jawapan. Saya menghargai musyarakah ustaz di blog ini. Jazakumullah khairan.

    • anayilz permalink
      20/04/2010 3:40 am

      jazakillah khair atas pencerahan…=)

    • muslim permalink
      03/08/2010 3:17 am

      sy stju dgn rumusan commnt ustz yg berbunyi “Kita lebih mengetahui niat dan perbuatan kita, maka nilailah ia sewajarnya.” yg penting adalah niat kita.. baik mahupun buruk..

  27. fast permalink
    03/04/2010 10:33 am

    slm.ustaz.izinkn sy copy artikel ni.syukran =)

  28. nur permalink
    07/04/2010 10:13 pm

    salam..saya ada satu soalan, kalau gambar akhawat itu dalam keadaan sopan,ramai2,,muka riak biasa,boleh tak ustaz?atas alasan letak sbg nak kenang memori bersama,,alhamdulillah artikel yang sgt baik untuk sy, minta izin untuk share artikel ustaz dkt fb dan blog saya,

    • Abu 'Aisyah permalink
      21/04/2010 2:07 pm

      Salam. Saya rasa jawapan soalan ini ada dalam komen saya di atas. Wallahu a’lam..

  29. ammar permalink
    16/04/2010 11:58 am

    mnx izin copy paste ye ustaz…ingin send kpd rakan2…

  30. ananymous permalink
    17/04/2010 5:09 am

    salam, ustaz…ana mintak kbnaran ustaz tuk copy artikel ni,ye?? syukran jazilan…

  31. Anonymous permalink
    18/04/2010 6:48 am

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Assalamualaikum buat semua insan2 yg x jemu2 dalam mencari RedhaNya..InsyaAllah..ana telah membaca semua comment sahabat2..Alhamdulillah,semuanya sedar akan permasalahan yg berlaku kini dari FB dan merupakan salah satu daripada agenda Yahudi..Alhamdulillah,kalian adalah insan yg sedar,maka tanggungjawab dlm amar ma’ruf,nahi mungkar telah diletakkan diatas bahu kalian,gunakan Fb sbg medan da’wah dan utk mendekati mad’u,bukan dgn menolak terus,bgaimana pula dgn nasib shbat2 kita yg masih x faham,jgn jadikan diri kita sbg org yg berada didalam agenda Yahudi,dan kita perlu sedar agenda mereka adalah untuk melalaikan,melekakan dan pelbagai lg rencana jahat terhadap umat Islam..jgn biarkan saudara seislam kita terus terleka dgn agenda mrk,maka disinilah peranan kita..Gunakan platform yg disediakan oleh Yahudi ini utk menjatuhkan mereka juga..maaf,ini hanya dari sudut pandangan ana kerana dgn Fb ini juga ana dpt menjejaki sahabat lama ana yg telah lama terputus hubungan dan pelbagai ragam manusia..gunakan peluang ini untuk mendekati mereka,sebarkan keindahan Islam,beri kefahaman kpd mereka,langsaikan hutang2 kita pd sahabat2 lama yg dulu kita jarang untuk memberi nasihat,tazkirah kerana kelak kita akan dipersoalkan semula..Semoga Allah memelihara kita semua dari fitnah dunia dan teguh dalam mghadapi cabaran dan ujian dariNya..Waallahualam..maaf,andai ada sbrg kekhilafan..

  32. ayu permalink
    21/04/2010 6:49 am

    kalau kite tag gmbr2 berkaitan agama x ape kn??

    • Abu 'Aisyah permalink
      21/04/2010 2:08 pm

      Apa yang dimaksudkan dengan gambar berkaitan agama? Gambar program kah? Minta penjelasan. Terima kasih.

    • Insan permalink
      11/05/2010 10:57 am

      Assalamualaikom, saudara2 saudari yang dimuliakan.
      Teruja saya menyuarakan pandangan setelah membaca permasalahan yg di lontarkan dan jawapan para ustaz2 yang tak jemu2 menerangkan walau soalan yg sama berulangkali.
      Duhai saudaraku segala nya mudah saja. Berbalik kepangkal, ketampok asal…. Rujuk kembali hukum yang nyata yg telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwataala, yg telah disampaikan oleh para nabi dan Rasul. Semak kembali…yg mana wajib, yang mana harus yg mana haram.Jangan sesekali kita mengubah hukum Allah kerana nak mensesuaikan dengan kehendak kita. Sesungguhnya azab Allah itu amat pedih. Jangan lah sesekali kita meringankan/mengubah hanya kerana ingin memenuhi kehendak nafsu kita walau apa jua alasan. Haram tetap haram. Jangan lah sesekali diubah melainkan akan memudaratkan. Terlalu banyak kaedah dan ruang untuk kita berdakwah. Insyallah usaha murni allah sj yg mengetahui dan membalasnya. Insyallah.Wallahualam.

  33. Anonymous permalink
    29/04/2010 3:36 am

    Saya terjumpa artikel ini dan ingin berkongsi. Nampaknya lebih banyak data peribadi kita boleh tersebar meluas di Internet.

    http://orwellsdreams.wordpress.com/2010/04/28/facebook-ceo-mark-zuckerberg-doesn%E2%80%99t-believe-in-privacy/

  34. firdaus permalink
    12/05/2010 3:28 pm

    “Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.”

    Salam Ustaz,
    Saya ada kemushkilan.

    Apa hukumnya jikalau penjual kedai buku menjual buku-buku/majalah/surat khabar yang mengandungi gambar-gambar yang mendedahkan aurat? Adakah penjual tersebut membantu dalam perkara maksiat?

    Adakah haram jikalau saya upload gambar-gambar majlis di dalam blog (mengandungi pendedahan aurat, seperti wanita tidak memakai tudung) untuk memberi gambaran ketika majlis itu? Niat saya bukan untuk menunjukkan aurat tersebut tetapi pada zaman kini, ramai wanita tidak memakai tudung. +_+

    Saya harap ustaz mempunyai lapand untuk menjawab persoalan ini. =D

    • 13/05/2010 3:58 am

      Walaikumussalam..

      Berkenaan menjual bahan-bahan bacaan yang mengandungu unsur-unsur haram, boleh kita bahagikan kepada dua:

      1) bahan-bahan bacaan yang kebanyakannya isi kandungannya adalah maksiat, contohnya majalah hiburan yang memperagakan artis-artis dengan pakaian seksi, buku-buku lucah, dan seumpamanya.

      Hukumnya membeli, menjual, menyebarkannya adalah haram. Kerana termasuk dalam amalan tolong menolong dalam maksiat.

      2) bahan bacaan seperti surat khabar, majalah-majalah kekeluargaan, majalah pendidikan, kemasyarakatan, dan lain-lain yang memberi faedah. Tetapi tidak terlepas dari gambar-gambar yang membuka aurat.

      Hukum membeli, menjual, dan menyebarkannya adalah boleh. Kerana hukum asal jual beli adalah halal. Dan unsur-unsur pendedahan aurat dalam bahan bacaan tersebut dimaafkan, kerana meraikan kaedah umum balwa. Kerana pada zaman sekarang, tidak mungkin kita mampu melepaskan diri dari unsur2 itu dalam kehidupan. Kecuali orang yang dijaga oleh Allah Taala. Mudah2an Allah mengampunkan kita semua…

      Wallahu A’lam

      Adapun soalan kedua berkenaan upload gambar mendedahkan aurat hingga dapat ditatap oleh umum, maka ia adalah satu bentuk saham dalam menyebarkan kemungkaran. Walaupun niat saudara bukan untuk menunjukkan aurat, niat yang betul tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah.

      Wallahu A’lam.

      • faridah permalink
        23/10/2012 9:50 pm

        assalamualaikum ustaz, yg psal kedua klu kita berkongsi ilmu ttg sesuatu penyakit dan terdptlah gmbr penyakit tersebut adakah salah kita tnjukkan gmbr tersebut sdgkan kita nak mmberitahu ttg sesuatu pnyakit itu dgn telus?

  35. hmbe ALLAH permalink
    03/06/2010 7:20 pm

    assalamualaikum….saya nak tanye bagaimana pula kalau orang alin yang masukkn gambar kita ke dalam akaun facebooknye tnpa pengetahuan kita?adakah kita akan mendapat dose juga?teima kasih…:)

    • 07/06/2010 5:38 pm

      Mengikut kaedah dalam agama, seseorang tidak menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.

      Pun begitu, jika ada orang masukkan gambar kita, dan tagkan kita dalam gambar itu, dan gambar itu tidak sesuai untuk tatapan umum, kalau kita boleh minta tuan punya gambar itu deletekan gambar itu, itu yang terbaik.

      Atau sekurang-kurangnya kita remove kan tag kita pada gambar tersebut, bagi mengurangkan tahap penyebaran gambar itu. Itu sahaja yang kita mampu.

  36. 04/06/2010 7:16 am

    assalamualaikum..

    baru2 ni saya ada upload gambar2 saya masa pegi umrah kat facebook. jd salah ke kalau saya upload gambar2 tu walaupun menutup aurat?

    seperti kata saudara Yasir “Meletakkan gambar seorang wanita (sekalipun menutup aurat) untuk tontonan ramai adalah perbuatan yang boleh membawa kepada fitnah.Hukumnya adalah sama dengan seorang wanita yang bersanding di hari perkahwinannnya untuk ditonton oleh para jemputan , sekalipun wanita tersebut memakai pakaian yang menutup aurat.”

    • 07/06/2010 5:42 pm

      Walaaikumussalam…

      Bagi saya, kaum wanita tidak elok meng upload gambarnya ke laman-laman web sosial untuk tatapan umum tanpa mengira lelaki atau perempuan. Memang boleh menimbulkan fitnah.
      Wallahu A’lam,

  37. 20/06/2010 3:33 pm

    sangat setuju dgn tuan, sesetengah pengguna tidak begitu kisah dgn privasi. privasi gambar-gambar sebenarnya amat penting dan semuanya itu boleh di set.

  38. rahimah permalink
    10/07/2010 7:43 am

    salam,ust mnt izin unt kongsi artikel di fb

  39. shahril permalink
    01/08/2010 7:42 pm

    benar…terima kasih kerna mmprigati…

  40. 09/08/2010 9:52 am

    salam
    sy minta izin untuk copy artikel ini

  41. Qalbu permalink
    10/08/2010 2:02 pm

    Salam ustaz…uztaz pon ade facebook ke?…maaf sy tegor…facebook diasaskan oleh seorang yahudi…apabila seseorang register facebook…ini bermakna sseorang itu menyokong usaha seorang yahudi…sehingga yahudi ini menjadi jutawan yg agk paling muda di dunia…kita tidak tahu ke mana wang yg dia guna kn…ada kah dia guna kn utk mnyokong tentera yahudi utk mmbunuh suadara kita di Palestin?…pkir2 kn lah…

    • RON7 permalink
      24/08/2010 12:19 pm

      adakah ada bukti wang daripada facebook ni digunakan utk tujuan sedemikian? jika ada maka berdosalah kita..tapi jika tak ada, sepatutnya tak ada masalah..sedangkan Nabi sendiri berurus niaga dengan orang Yahudi..

  42. Jiah permalink
    14/08/2010 1:50 pm

    Assalamualaikum Ustaz dan slmt bpuasa.saya nak tanya kalau dalam FB ada org upload gambar orang2 yg mbeli di baazar Ramadan utk tatapan umum mslhnya yg membeli bukan smua btudung dan tutup aurat walhal muslim..jd apakah hukumnya kpd si pengupload?? adakah dikira berdosa???..
    Terima kasih

  43. Jiah permalink
    14/08/2010 1:56 pm

    Alamak saya dah baca komen Ustaz pada saudara Firdaus..hehe tak baca td..apa2pun saya dah faham TQ ye Ustaz..

  44. RON7 permalink
    24/08/2010 12:16 pm

    Ustaz, saya ingin meminta izin untuk berkongsi artikel ini di dalam blog saya..

    • syazwina permalink
      12/09/2010 10:06 pm

      Assalamualaikum ustaz…

      saya masih musykillah…sebenarnya suara wanita tu aurat ke tak?
      ada sesetengah tu yang mengatakan suara wanita tu aurat dan sesetengah
      lagi mengatakan suara wanita tu bukan aurat…..dan 1 lagi…bolehkah kita
      chatting dengan orang yang berlainan jantina?
      saya minta agar ustaz tolong berikan berjelasan….
      SYUKRAN….

      • SBM permalink
        23/01/2011 5:03 pm

        assalamualaikum..

        nak bg pendapat….
        setahu saya…suara mmg aurat wanita…..contoh terbaik…kalau pertandingan tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pun..tiada wakil dari negara Arab….saya tak pasti kalau ada sebab selain dari itu….

        kalau chatting tu tak mengundang/menjurus keburukan…malah memberi informasi berguna dan berdakwah…mengapa tidak :)

      • Adeline permalink
        09/03/2011 9:59 pm

        suara asalnya bukan aurat.
        tp ada nas yg melarang wanita melembut dan melunakkan suara bila bercakap dgn lawan jantina. jd menyanyi di khalayak hukumnya haram.
        berkenaan tilawah.. arab saudi & majority negara arab berpegang pada fatwa yg mengharamkna. malaysia ikut fatwa yg mengharuskan

  45. hafiz permalink
    25/10/2010 6:12 am

    sy memohon daripada utz utk mengmbil artikal gempa di padang dan juga mengenai faseboook

  46. azli chong permalink
    17/11/2010 8:35 pm

    salam ya akhi…ana minta kebenaran untuk berkongsi pendapat anta, ana share link di fb

  47. sayer... permalink
    24/11/2010 1:20 am

    saya kehilangan kwn hanya kerana perkara spt ini, bkn mudah utk menjaga hati smua org, bila cb menjaga maruah, privacy gmbr2 sy utk tatapan kwn2 prmpn shj dlm fb, akibatnyer ada yg remove sy from friend list…

    • Abu 'Aisyah permalink
      24/11/2010 1:31 am

      Itulah realiti orang yang beriman dan cuba menjaga imannya. Bukalah Surah Al Ankabut ayat 2. Bersabarlah atas ujian. Sesungguhnya itu yang terbaik. Jika mereka remove dari friend list, ianya tidak memudharatkan. Bahkan ia membawa kebaikan. Kita menginginkan kawan yang boleh membantu kita untuk kesyurga. Jika dengan mereka remove dari friendlist mendekatkan kita dengan syurga, Alhamdulillah. Jika dengan mereka remove kita maka kita jauh dari neraka, maka kita akan lebih dekat dengan syurga, maka Alhamdulillah.

      Semoga kita tetap diberi kekuatan dalam menjaga iman kita.

  48. 25/11/2010 11:40 am

    apakah hukum sebenar menggunakan fb??

    jika kita gunakan..seperti..chat dgn kawan lama wanita adekah salah?? dn apekah hukumnya?

    • SBM permalink
      23/01/2011 4:56 pm

      Assalamualaikum…

      just a thought/opinion…

      rasenye takde hukum…
      terpulang bagaimana pertimbangan minda & hati..
      Allah kurniakan manusia akal & fikiran utk fikir baik & sebaliknye..
      setiap yg ada/tiada mesti ada kebaikan dan sebaliknye sama ada ingin digunakan bagi tujuan yg baik atau sebaliknye…
      tepuk dada tanya minda…
      kenapa ada FB acc?nak menunjuk ke…atau nak berdakwah…berdakwah pun ada byk cara…dlm konteks nak megeratkan silaturrahim pun ade konteksnye…renung² kan lah…
      saya pun tak sempurna….tapi sama² kita kongsi & belajar..insyaAllah kalau niat baik..Allah bagi petunjuk..amin…

      wallahualam….

  49. 02/12/2010 11:38 pm

    ada 1 lg ! kalau saya letak gambar saya masa kecik2 dulu tanpa tudung dosa jugak ker ?
    sama dosa dengan tunjuk aurat ker ?

  50. 20/01/2011 8:28 am

    salam ya akhi..

    Penerangan yg baik dan manfaat. Tetapi ramai yg tidak sedari atau jahil yg lebih elok dikatakan kpd mereka yg tagging photo tanpa tutup aurat yg boleh dilihat oleh beribu mata…. mohon dan izin ana panjangkan dalam blog dan backlink ke blog ini…semuga Allah memberi balasan yg baik kepada mu. jazakallah khairan.

  51. Adeline permalink
    09/03/2011 10:10 pm

    Quoted from fb term:
    When you delete IP content, it is deleted in a manner similar to emptying the recycle bin on a computer. However, you understand that removed content may persist in backup copies for a reasonable period of time (but will not be available to others).

    mgkin x ramai yg semak fb terms&condition. sy pun browse hanya selepas 2 tahun menyertai fb. kesal tiada berguna lg. walaupun kita set album peribadi kita sbg “private”, wujud third party yg boleh mengaksesnya tanpa pengetahuan kita. malah third party ini boleh shj menggunakan photo atau apa2 shj butiran diri yg kita masukkan..walaupun kita telah memadamnya

  52. julia permalink
    09/03/2011 10:12 pm

    Quoted from fb term:
    When you delete IP content, it is deleted in a manner similar to emptying the recycle bin on a computer. However, you understand that removed content may persist in backup copies for a reasonable period of time (but will not be available to others).

    mgkin x ramai yg semak fb terms&condition. sy pun browse hanya selepas 2 tahun menyertai fb. kesal tiada berguna lg. walaupun kita set album peribadi kita sbg “private”, wujud third party yg boleh mengaksesnya tanpa pengetahuan kita. malah third party ini boleh shj menggunakan photo atau apa2 shj butiran diri yg kita masukkan..walaupun kita telah memadamnya

    • julia permalink
      09/03/2011 10:13 pm

      i never came across this..a lesson well learned act..BACA CONTRACT!!!

  53. iwan arshad permalink
    12/03/2011 3:58 pm

    saya stuju gan ustaz….tpi saya pn ade muskil bhwa apabila sesorang tu tag gmbr kpd org lain.kita akn prsan di pnjuru gmbr yg kit tag tu…di bhagian atas gmbr tu…(gmbr yg kita tag tu)..ade simbol seakan salib ataupn nazi….adkh d org sedar bnde ni….klu x cye leh try n tgk btul2…jelas klihtan..adkh scra kbtulan ataupn mmg propaganda yg di buat pngasas fb…ttapi itulh yg saya nmpk bila tag gmbr…boleh try n cuba tgk btul2….klu anggapan saya slh…mohon maaf..wallahualam…….skali lgi…cube tgk btul2 kt gmbr kita tag tu…bile kita klik…

  54. Umi permalink
    15/08/2011 8:09 am

    Minta izin copy artikel ni ye.
    sharing with the other muslimat out there.
    Terima kasih!

  55. fary permalink
    15/08/2011 4:02 pm

    terima kasih atas info

  56. Anonymous permalink
    11/11/2011 2:25 pm

    salam :D kalo letak gambo baby kite leh ker??

  57. NAK TANYA PLEASE JAWAB permalink
    03/05/2013 9:54 pm

    Boleh tak kalau kita share gambar kita yang tidak menutup aurat, sebelum baligh?..

  58. 03/06/2013 6:00 pm

    Subhanallahh …

  59. Anonymous permalink
    02/10/2013 6:53 am

    Ustaz..apakah hukum jika kita meletak gambar kekasih kita (berpakaian menutup aurat) menjadi wallpaper fon kita???

  60. Anonymous permalink
    07/05/2014 8:27 pm

    Assalamualaikum . ustaz , ape dosa letak gamba tutup aurat di laman sosial . sye keliru

Trackbacks

  1. Bahaya Fungsi Tagging di Facebook « muzir.wordpress.com
  2. BERFACEBOOKLAH DENGAN PERTIMBANGAN IMAN « Ustaz Norazamudin’s Blogs
  3. FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa « RON7.net
  4. Tazkirah Buat Teman di Facebook | Abu Anas Madani

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: