Skip to content

Bonus Awal Muharram

15/12/2010

Masuk sahaja bulan Disember, staf-staf di sebahagian jabatan-jabatan swasta mula bercakap soal bonus. Masing-masing mengharapkan majikan mereka mengumumkan bonus akhir tahun. Tidak kiralah berapa banyak bonus yang diberikan, sepuluh bulan gaji, 3 bulan gaji, atau sekadar sebulan gaji, asalkan dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan perbelanjaan yang biasanya bertambah sebelum masuk tahun baru.

Di sana terdapat satu bonus yang sangat besar ditawarkan oleh Allah Taala kepada hamba-hambanya setiap kali masuk bulan Muharram. Iaitu bonus pengampunan pahala sebanyak 12 bulan. Mereka yang layak mendapat bonus khas ini ialah mereka yang melaksanakan satu tuntutan sunnah iaitu puasa pada hari Asyura, 10 Muharram.

Kelebihan

Kelebihan berpuasa pada Hari Asyura, 10 Muharram ialah diharapkan Allah Taala memberi pengampunan dosa untuk setahun yang lepas.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

وصيام يوم عاشوراء أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله

Maksudnya: “Puasa pada hari Asyura aku mengharapkan kepada Allah supaya mengampunkan untuk setahun sebelumnya”. (Direkod oleh Imam Muslim no: 1162).

Sejarah

Sejarah pensyariatan puasa hari Asyura dijelaskan dalam satu hadis Ibn Abbas r.a. katanya:

قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم يوم عاشوراء فقال: (ما هذا). قالوا هذا يوم صالح هذا يوم نجى الله نبي إسرائيل من عدوهم فصامه موسى. قال: (فأنا أحق بموسى منكم). فصامه وأمر بصيامه

Maksudnya: Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam datang ke Madinah, lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura.
Baginda bersabda, “Apakah hari ini?”.
Jawab mereka, “Ini adalah hari yang elok. Ini adalah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka. Lalu Musa berpuasa pada hari itu”.
Baginda bersabda, “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”. Lalu baginda berpuasa dan memerintahkan supaya berpuasa.
(Direkod oleh Bukhari no: 1900, dan Muslim no: 1130).

 

Mudah-mudahan kita diberikan kekuatan untuk merebut satu bonus awal tahun yang diberikan oleh Allah Taala.

About these ads
2 Comments leave one →
  1. Azrol Abol permalink
    07/01/2011 10:07 am

    “Rasullah SAW membandingkan ketampanan Nabi Yusuf as adalah hanya sebahagian ketampanan Nabi Adam as. Manakala Hawa, adalah wanita tercantik di dunia.” Salam. Minta maaf sbb tinggalkan komen ini. Saya cuma nak pastikan sama ada ayat yg saya beri nanti adalah sahih atau tidak.Saya tak tahu kat mana nak tinggalkan komen tentang soal jwp Kisah Nabi Yusuf,jd saya tinggal kan kat ni jer lah..adakah fakta yg d atas itu sahih?

  2. 08/05/2012 9:48 am

    Bismillah,afwan akhi.. tolong data penerimaan belajar di madinah arab saudi di artikan pake bahasa indonesia…. jazaakumullahu khoiron katsiron

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: