Skip to content

Sambutan Hari Ibu

10/05/2011

Hari Ibu di Malaysia dan juga beberapa negara lain disambut pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Pada tahun ini ia jatuh pada 8 Mei baru-baru ini. Berikut adalah sedikit ulasan saya tentang Hari Ibu:

1. Di dalam Islam, penghormatan terhadap kaum ibu adalah suatu yang diiktiraf dan tidak dihadkan pada bulan tertentu, minggu tertentu atau hari tertentu. Beberapa ayat al-Quran memerintahkan secara qat’ie supaya berbuat baik terhadap ibu dan bapa, hatta jika mereka bukan beragama Islam. Beberapa hadis yang sahih menunjukkan bahawa berbuat baik terhadap ibu adalah lebih didahulukan berbanding dengan bapa.

2. Jika sekiranya Hari Ibu disambut dalam bentuk perayaan, maka dalam Islam perayaan tahunan yang diiktiraf hanyalah dua perayaan, iaitu Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha. Ini jelas daripada hadis Anas r.a. bahawa ketika Nabi SAW sampai di Madinah dan melihat dua perayaan disambut oleh orang Jahiliyyah, lalu bersabda, “Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-duanya dengan dua perayaan yang lebih baik daripadanya; Hari Raya Fitri dan Hari Raya Adha”. (Direkod oleh Abu Daud dan Nasai).

3. Apakah maksud ‘perayaan’ dan adakah Hari Ibu dianggap sebagai satu perayaan? Perayaan ialah apabila sesuatu himpunan didakan secara berkala samada setiap tahun, setiap bulan, setiap minggu, atau seumpamanya. (Iqtidhaa’ al-Siraat al-Mustaqiim 1/441). Jika sekiranya tujuan diadakan sesuatu yang berkala itu untuk ibadah, penghormatan disertai dengan harapan mendapat ganjaran, ataupun meniru perbuatan orang-orang kafir, maka ia termasuk dalam Bida’ah yang dilarang. (Fatawa Lajnah Daimah 3/59,61).

4. Mungkin ramai yang berkata, Hari Ibu langsung tidak dianggap sebagai perayaan ibadah, atau perayaan yang diharapkan ada pahala khas padanya. Tetapi bagaimana pula dengan meniru orang kafir? Beberapa sumber yang saya temui mendakwa bahawa Hari Ibu dahulunya disambut oleh orang-orang Greece sebagai pernghormatan terhadap Rhea yang dikatakan ibu kepada Tuhan mereka. Begitu juga dikatakan ia disambut oleh orang Kristian sebagai penghormatan terhadap Mother Mary (Maryam), iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s yang dianggap Tuhan oleh mereka. Kalaulah benar asal-usul Hari Ibu adalah daripada agama lain, bagi saya ia cukup sebagai hujah untuk orang Islam tidak merayakannya.

5. Mungkin ada yang berkata, “Saya tidak berniat untuk meniru orang-orang kafir”. Perlu difahami bahawa larangan meniru orang kafir tidak semestinya dengan niat. Jika sesuatu perbuatan menyerupai perbuatan khusus orang kafir, ia dilarang walaupun tidak diniatkan menyerupainya. Kerana seorang sahabat bertanya Nabi SAW bahawa dia bernazar menyembelih unta di Buwanah. Lalu baginda bertanya, “Adakah di sana terdapat berhala daripada berhala-berhala Jahiliyyah yang disembah?” Jawab mereka, “Tidak”. Baginda bertanya lagi, “Adakah di sana terdapat suatu dari perayaan mereka?” Jawab mereka, “Tidak”. Lalu baginda menyuruhnya menyempurnakan nazar tersebut. (Direkod oleh Abu Daud).

6. Melalui hadis tersebut, Nabi SAW menyuruhnya menunaikan nazar setelah baginda berpuas hati bahawa tidak akan ada unsur persamaan dengan perbuatan Jahiliyyah samada dari sudut tempat dan juga waktu. Kita yakini bahawa sahabat Nabi SAW tidak mungkin sengaja mahu menyerupai orang-orang Jahiliyyah. Tetapi baginda tetap memastikan perbuatannya tidak ada unsur penyerupaan dengan mereka.

7. Sebagai Muslim, adalah lebih wajar dan mulia jika kita berbangga dengan ajaran agama kita sendiri, menjadi ikutan kepada orang lain dan bukannya pengikut orang-orang agama  lain, bercukup dengan ajaran yang sedia ada dan tidak menambah atau mengurang dalam urusan keagamaan. Sesungguhnya perempuan yang bernama Ibu wajib dihormati dan diberikan ihsan serta kebaikan untuknya, tanpa dikhususkan satu hari dalam setahun.

Apa yang saya utarakan di sini hanya catatan yang boleh jadi benar dan boleh jadi tidak.

Sekian.

10 Mei 2011

About these ads
20 Comments leave one →
  1. 10/05/2011 10:21 pm

    Islam di Malaysia ini sgt sekular dan tidak praktikal. Sedangkan hari ibu di sebarkan betapa kafirnya hari ini di facebook dan laman lain.

    Sekiranya benda-benda universal seperti ini di bangkitkan dan dinyatakan dari perspektif Islam adalah sesuatu yang di larang ataupun bidaah, tidakkah kita berfikir bahawa melalui perspektif sedemikian akan memburukkan lagi pandangan bukan Islam terhadap agama ini.

    Bukan ingin melawan Al-quran,tetapi dalam Islam sendiri juga ada istilah Fiqh Al-’Awlawiyyat. Di mana ia berkonsepkan rasionaliti. Di manakah bila datang dua kejahatan,maka baiklah kita memilih jahat yang sedikit.

    Dalam kes hari ibu ini,menyambutnya lebih banyak kebaikannya dari keburukan. Patutkah kita,sebagai makhluk dan Islam,memboikot hari ini,dan menyebarkan betapa kafirnya hari ibu ini? Jika kita setuju,maka kita hanya Islam pada nama,dan Islam ini tidak diasimilasi secara betul dalam kehidupan kita sesama manusia.

    • 10/05/2011 10:56 pm

      Terima kasih atas komen.

      Bagi saya, tidak ada celanya jika kita tidak merayakan Hari Ibu dan dalam masa yang sama kita menggalakkan suatu yang lebih baik, iaitu mengiktiraf dan menghormatinya sepanjang tahun. Sebagaimana tidak ada celanya kita tidak merayakan Maulid Nabi, dan dalam masa yang sama kita melaungkan bahawa kecintaan terhadap baginda perlu dirasai tanpa mengira hari.

      Kaedah yang saudara bawakan iaitu apabila bertembung dua keburukan, maka kita memilih keburukan yang sedikit, tidak tepat dipraktikkan dalam isu ini. Kerana kaedah itu adalah dalam kes dua-dua kemudaratan tidak dapat dielakkan, dan kita terpaksa memilih salah satu.

      Wallahu A’lam.

      • Anonymous permalink
        11/05/2011 6:56 am

        saya cuma bersikap realis. sebab,kini kita kena ada hari untuk dijadikan sebab untuk menghargai sesuatu.ustaz juga cakap tidak ada celanya menyambut maulid nabi sedangkan masih ada pihak mengatakannya bidaah.

        Kalau tiada maulid nabi,adakah setiap hari kita,Islam,terutama sekali Islam negara sekular macam kita ini,akan mengingati Muhammad s.a.w.

        • 11/05/2011 8:08 am

          Bagi saya secara peribadi, tidak perlu diadakan satu hari khas untuk mengingatkan sesuatu. Apatah lagi, hari yang dipilih sama dengan yang dipilih oleh orang bukan Islam, iaitu Ahad kedua dalam bulan Mei. Kenapa hari Ahad? Dan kenapa dalam bulan Mei? Adakah kerana Ahad adalah hari perayaan Kristian?

          Tentang Maulid, kenyataan saya: “tidak ada celanya kita tidak merayakan Maulid Nabi”.

          Mengingat Nabi SAW bukan dengan cara merayakan hari lahir baginda. Tetapi dengan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian, berselawat dan banyak lagi yang baginda ajar.

          Yang merayakan hari perayaan Maulid nabi ialah Kristian yang merayakan Maulid Isa a.s.

  2. yasir permalink
    10/05/2011 10:30 pm

    baarakallahu feek Ustaz Abu Umair.
    saya ada kemusykilan. ada orang yg mengatakan hari ibu kini tidak lagi menjadi simbol khusus atau syi’ar org kafir, bahkan menjadi adat ramai manusia tanpa mengira agama dan bangsa, maka ketika ini, tidak lagi boleh dianggap tasyabbuh.

    mereka ‘berhujah’ dgn kalam ibn hajar dlm fathul bari seperti yg saya petik dari mausu’ah al-fiqhiyyah al-kuwaitiyyah:
    أن يكون التّشبّه في الوقت الّذي يكون اللّباس المعيّن شعارا للكفّار ، وقد أورد ابن حجر حديث أنس رضي الله عنه أنّه رأى قوماً عليهم الطّيالسة ، فقال :” كأنّهم يهود خيبر” ثمّ قال ابن حجر : وإنّما يصلح الاستدلال بقصّة اليهود في الوقت الّذي تكون الطّيالسة من شعارهم ، وقد ارتفع ذلك فيما بعد ، فصار داخلا في عموم المباح .

    kalam penuh ibn hajar boleh dirujuk dlm fathul bari (10/275 edisi shamela).

    apa pendapat ustaz tentang perkara yg merupakan syiar atau berasal dari org kafir tetapi dgn berlalunya zaman, ia tidak lagi menjadi syiar mereka? adakah ia masih diaangap tasyabbuh?

    zaadakumullahu ‘ilma, wa jazaakumullahu khair.

    • 10/05/2011 11:00 pm

      Wa Feeka Baarakallah…

      Memang benar apa yang akhie sebutkan, jika yang dimaksudkan ialah Tasyabbuh dalam pakaian.

      Tetapi jika tasyabbuh orang kuffar dalam perayaan, atau dalam peribadatan, maka ia adalah diharamkan tanpa melihat adakah ia masih diamalkan atau tidak.

      Di dalam Mawsu’ah Kuwaitiyyah pun disebutkan kata-kata Ibn Hajar tersebut dalam bab ‘tasyabbuh dalam pakaian’.

      Apapun, tasyabbuh kepada kuffar dalam isu Hari Ibu, perlu kepada tahqiq kepada asal-usulnya adakah benar sepertimana yang dikatakan dalam artikel.

      Wallahu A’lam.

      • yasir permalink
        11/05/2011 12:20 am

        terima kasih ustaz..
        adakah ustaz berpandangan sambutan hari lahir juga mengambil hukum yg sama dgn hari ibu?

        • 11/05/2011 8:11 am

          Sama-sama.
          Jika sekiranya sambutan hari lahir adalah dalam bentuk menyerupai perayaan, menyerlahkan kegembiraan, mengadakan jemputan, memotong kek dan meniup lilin, saya lebih cenderung dengan pendapat ulama yang mengharamkannya. Wallahu A’lam.

  3. 10/05/2011 10:38 pm

    alhamdulillah. lama ustaz tak update blog. AAN pun lama ustaz tak jenguk. :)

    • 10/05/2011 11:01 pm

      Alhamdulillah, ana masih menjenguk AAN saban hari. Cuma kurang menulis je. :)

  4. AreBus permalink
    11/05/2011 8:38 am

    Syukran ustaz…yarhamkallah….perkongsian yg bermakna..

  5. 01/06/2011 3:29 am

    salam. jazakALLAH kyr, thanks for sharing real nice

  6. SBM permalink
    28/06/2011 9:05 pm

    nama nye pun pun mother’s day…..orang melayu sekarang ni asal bole nak sambut perayaan….kadang² tu hari natal pun nak sambut….bole nak sambut kalau perayaan kaum(tahun baru cina) tapi kalau bersangkutan dgn agama da jadi lain…..
    Izinkan saya paste balik pepatah yg ade dlm salah satu artikel b4 this yg kiranya bole di guna pakai:Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

    papepun…tak perlu nak tunggu certain specific day(eg:mother’s & father’s day) utk melahirkan rasa penghargaan pada parents….u can do that everyday…..tak perlu jaga tunggu Maulidurrasul utk ingt kan Rasulullah sbb kita perlu ingt kat Rasul sepertimana baginda sentiasa ingtkn umat nye….ni nak tunggu Maulidurrasul jek beriya…after that…selalunye mmg jarang nak ingat(Na’udzubillahiminzaliq)
    Islam mmg agama mudah..tp jgn ambil mudah…dan niat yg baik tak kan menghalalkan yg haram…niat baik tapi kalau hukumnye haram tetap haram!

  7. noorliani hj mohd noor permalink
    28/04/2012 10:03 pm

    well…. dulu takder pulak mothers / fathers day and mcm2 day yg org create. walaupun dunia dah tambah modern and canggih but agama kita tetap ada peraturan yg dah allah bagi guide. memang tak salah nak sambut ape2 day pun cuma kita jgn terperangkap dgn dakyah kafir yg cukup licik nak pesong umat islam .. kerana islam mengajarkita agar sayangii bubapa kita setiap saat. nak sambut tu no problem tapi ikut cara islam..

  8. Anonymous permalink
    26/07/2012 2:04 pm

    org sekarang suka buat modifikasi …kereta yg dah cukup cun dari factory pun nak di modified….last last kena saman dgn JPJ….moral of the story dlm ugama pun sama dah cukup asli tak yah ada penambahan…..ugama yang rasulallah tinggalkan dah cukup perfect tak perlu nak modified dah…..

  9. Abdul Majid permalink
    16/05/2013 4:22 pm

    kalau ini penjelasan Ustaz…
    bagaimana pula Menyambut Perayaan Hari Kemerdekaan dan Maal Hijrah yang dibuat oleh pihak Kerajaan? adakah TIDAK BOLEH juga dan termasuk dalam penjelasan Ustaz ni?mohon pencerahan daripada Ustaz

  10. 18/09/2013 7:40 pm

    terimah kasih ustaz.

Trackbacks

  1. Hadith : Hukum Sambutan Hari Ibu — MohdYazid.Com

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: