Skip to content

Forex: Keputusan Muzakarah JAKIM

02/06/2011

Kelmarin 31 Mei 2011, saya bersama beberapa penyelidik lain dari ISRA telah diamanahkan untuk membentangkan satu kertas kerja di Muzakarah Penasihat Syariah yang dianjurkan oleh JAKIM-ISRA. Kertas kerja tersebut bertajuk:

“Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik: Satu Sorotan dari Sudut Syariah”.

Setelah pembentangan kertas kerja tersebut bersama dua kertas kerja lain tentang forex, Muzakarah telah memutuskan bahawa perdagangan FOREX yang dijalankan oleh individu melalui platform internet adalah bertentangan dengan hukum Syarak dan juga undang2 Negara.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang sudi menjadi pendiskusi bagi kertas kerja kami, yang sudah pasti telah memberikan banyak lontaran idea dalam memantapkan hasil kajian ini. Ulasan beliau boleh dilihat di sini. Ulasan tentang Muzakarah tersebut boleh juga dibaca di rencana Utusan Malaysia.

About these ads
5 Comments leave one →
  1. 23/07/2011 11:10 pm

    Salam Ustaz,

    Bagaimana pula dgn perdagangan emas melalui platform elektronik. Adakan hukumnya sama seperti Forex ?

    • 24/07/2011 7:14 am

      Waalaikumussalam.
      Perdagangan komoditi seperti emas melalui platform elektronik pun bermasalah dari sudut syarak.
      Pertama, masalah leverage. Sama seperti forex.
      Kedua: masalah ketiadaan qabd (serahan) komoditi yang diniagakan, samada qabd hakiki atau konstruktif .
      ketiga: isu mengambil posisi short (jual) sesuatu yang belum dimiliki.
      Selain ada beberapa isu lain yg juga bermasalah.
      Wallahu A’lam.

  2. husin permalink
    23/09/2013 10:56 pm

    salam tuan..bagaimana pula dgn short selling dlm FCPO?
    adakah kita dibenarkn menjual dahulu sedangkn kite tidak memilikinya?

    • 25/09/2013 6:21 am

      salam…
      Setakat kefahaman saya, samada dalam forex, ataupun FCPO, short selling adalah tidak diharuskan kerana syarak melarang jualan suatu yang tidak dimiliki. Wallahu A’lam.

      • husin permalink
        30/09/2013 9:17 pm

        salam..
        terima kasih tuan kerana menjawab..
        saya diberitahu bahawa majlis penasihat syariah suruhanjaya sekuriti membenarkan short selling..adakah ianya benar?jikalau ianya benar bagaimana boleh terjadi sedemikian?

        berdasarkan apa yang saya pelajari,urusniaga FCPO ialah dengan melakukan urusniaga Open dan Close sebelum tempoh kontrak matang. bukankah cara sama dengan forex dimana ada open dan close?bagaimana FCPO boleh diharuskan?mohon penjelasan tuan..

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: