Skip to content

Kemuliaan Hari Maulid?

05/02/2012

Kemuliaan satu-satu tempat dan satu-satu tarikh adalah disandarkan kepada ketentuan Syariat.

Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya dan tarikhnya, seperti peristiwa Haji. Syariat telah mengekalkan peristiwa bersejarah itu dan memrintahkan supaya bulan-bulan haji dan tempat manasik haji dimuliakan dan dijadikan perayaan sehingga akhir zaman.

Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya sahaja, dan tidak ada perintah supaya dimuliakan tarikhnya atau harinya. Contohnya peristiwa pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s, di mana Allah memuliakan tempat yang dinamakan Maqam, tetapi tidak memerintahkan supaya dicari dan dimuliakan tarikh pembinaan tersebut.

Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan harinya dan tidak memerintahkan supaya dimuliakan tempatnya. Contohnya Hari Asyura, yang mana disyariatkan supaya berpuasa pada Hari Asyura sebagai memperingati pertolongan Allah terhadap nabi Musa a.s daripada Firaun. Tetapi tidak ada pula arahan supaya dimuliakan tempat berlakunya peristiwa tersebut.

Jadi, peristiwa kelahiran Nabi S.A.W termasuk dalam bahagian manakah?

Adakah di sana arahan supaya dimuliakan tempat kelahiran baginda? Tidak, kerana tidak ada anjuran Syarak supaya dilakukan ibadah khas atau perayaan khas di rumah tempat baginda dilahirkan.

Adakah di sana arahan supaya dimuliakan tarikh kelahiran baginda? Juga tidak ada satu hadis pun memerintahkan supaya dimuliakan dan dirayakan tarikh kelahiran baginda saban tahun. Apatah lagi, tarikh kelahiran baginda pun terdapat perselisihan di kalangan ulama.

Yang ada perintah supaya dimuliakan ialah hari kelahiran baginda iaitu hari Isnin. Cara memuliakannya ialah dengan berpuasa sunat pada hari Isnin. Ini adalah sebagaimana hadis menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W ditanya tentang puasa pada hari Isnin. Lalu baginda menjawab, “Itu adalah hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan, dan hari aku diutuskan atau diturunkan wahyu ke atasku”. (Sahih Muslim).

Justeru, janganlah diiktikadkan bahawa tarikh 12 Rabiul Awal adalah satu tarikh yang dianjurkan supaya dimuliakan dan seterusnya dijadikan sambutan kelahiran Nabi S.A.W. Kerana ia sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh baginda ataupun mana-mana sahabat dan salaf.

Memperingati Rasulullah S.A.W juga adalah tidak wajar bermusim. Baginda wajar diingati oleh seseorang Muslim sepanjang waktunya, khasnya ketika nama banginda disebut seperti di dalam khutbah, di dalam azan dan iqamah, di dalam doa selepas wudhu’ dan seumpamanya. Juga sentiasa mengingati Nabi S.A.W setiap kali melakukan ibadah yang disyariatkan oleh baginda.

Sekian.

About these ads
38 Comments leave one →
  1. 10/02/2012 10:08 pm

    Kita umat Islam disuruh membesarkan dan memuliakan Nabi kita sepanjang masa dan setiap nafas kita. Apa silapnya kalau kita berkumpul untuk mendengar sirah Rasulullah, nasihat para ulama’ didalam satu majlis di bulan ini. Apakah ada larangan mengadakan majlis menyebut ahwal dan sirah Rasulullah di bulan RabiulAwal dalam keadaan masyarakat hanyut sepanjang tahun daripada Nabi mereka. Benar! Adalah satu yang amat tidak patut kita hanya mengingat Rasulullah hanya di bulan ini dan melupakannya sepanjang tahun.Kalaulah tidak kerana majlis yang berbentuk peringatan kepada Rasulullah pada bulan ini mungkin masyarakat langsung tidak mengingati Baginda. Bahkan menjadi adat adat para Ulama’ dan para Solihin mengadakan maulid sepanjang tahun.

    • emisar permalink
      14/12/2012 10:25 pm

      Apasal orang yang mebuat bidaah bermati-matian mempertahakan bidaahnya?

  2. ashraf permalink
    18/02/2012 8:20 am

    Objektif sambut maulid – memperingatkan diri kita, mendekatkan diri kita dan memuliakan Penghulu, Penjamin, dan Guru kita Saidina Rasulullah SAW. memang kita memuliakan Saidina Rasulullah SAW didalam azan, iqamah, solat dan byk lagi. tapi berapa ramai org yg sedar dgn apa yg mereka ucapkan, dan yg dapat menghadirkan menimbulkan perasaan cinta Rasulullah didalam hati mereka ketika itu? sambut maulid adalah satu lagi langkah untuk memuliakan Saidina Rasulullah SAW dan supaya perasaan cinta yg timbul pada ketika itu dapat dibawa ke sepanjang tahun. tatkala umat islam skrg sedang hanyut dan sesat dgn kehidupan bercorak kaum yahudi & nasrani (secara sedar dan tidak). jadi jgn menidakkan usaha golongan umat Saidina Rasulullah SAW yg cuba menghidupkan semangat cinta pada Rasulullah SAW. Sudah menjadi fitrah manusia, kita perlu ada satu hari untuk diperingati, untuk disambut (a milestone). dan kalau tidak kerana sambutan Maulid, kita akan lebih senang hanyut sebab hidup ini dan terutamanya waktu dunia skrg, terdapat terlampau banyak perkara yg boleh menghanyutkan kita. tolonglah. hentikan sebar soalan soalan kenapa perlu sambut maulid. saya yang fakir ini memang tak jumpa dalil suruh sambut maulid, tapi tidak juga saya jumpa dalil yang melarang sambut maulid. usaha ini usaha yg baik, dan dilakukan bukan kerana ianya satu tradisi, tapi ada objektif objektif nya. kita wajib memuliakan Saidina Rasulullah SAW dan jgn terperangkap dgn usaha halus pihak yg ingin melemahkan umat Nabi Muhammad SAW dgn menimbulkan persoalan kenapa perlu sambut maulid. kita ada byk lagi isu yg perlu ditangani seperti isu sekular, murtad, islamophobia (di kalangan org bukan Islam dan Islam sendiri) dan byk lagi. Ingin saya ketahui, apakah objektif dan niat golongan yg melarang sambut maulid?

    • Hamba Allah permalink
      13/04/2012 11:46 am

      klau sambutan Maulid dpt meningkatkan kecintaan terhadap Nabi melalui perarakan etc. sudah tentu para sahabah yg terlebih dahulu melakukannya,,,,,

    • Emisar permalink
      24/11/2012 12:53 pm

      Tutuplah pintu bidah maulud itu dan buka pintu sunnah besar besaran. Jangan membela bidah tak habis habis. Apakah mereka yang yang menolak maulud itu bidah dan adakan maulud itu sunnah. Common sense aja!

  3. Anonymous permalink
    22/02/2012 4:42 pm

    Saudara Asyraf

    Itulah tugas ulama. Semua perkara yang perlu diberikan peringatan mereka akan berikan peringatan

    Ketika Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam berperang melawan dua kuasa dunia (Parsi dan Rom) dan)menentang kesyirikan, Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam tidak pula meninggalkan peringatan tentang makan bawang yang tidak dimasak di dalam masjid.

    Objektif melarang adalah supaya manusia kembali kepada asal Islam.

    Masa yang digunakan untuk buat sesuatu yang Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam tidak buat boleh digunakan untuk membuat Sunnah yang pasti datang daripada Allah.

    Demi Allah, jika seseorang itu peruntukakan 24 jam masanya untuk buat semua Sunnah Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam, pasti dia akan dapati ada Sunnah lagi yang belum dilakukannya.

  4. Anonymous permalink
    24/02/2012 11:03 am

    setuju dengan dengan pendapat akhi….jangan jadikan adat itu sebagai syariat….Rasulullah tidak akan menangis jika kita tidak sambut maulid baginda tetapi baginda menagis dan sedih jika manusia ini meninggalkan syariat dan ajaran Islam…

  5. 07/03/2012 1:52 pm

    Islam, Dien yang haq yang mampu memecahkan problem-problem manusia. Dengan menerapkan sistem Islam yang kekal dan mabda’ (ideologi) Islam yang adil, maka kita pasti akan meraih kemuliaan. Tetapi apabila hal tersebut kita lalaikan dan telantarkan, maka kita tertimpa kehinaan dan akan dihina.

  6. 11/03/2012 1:16 pm

    Assalamu`alaikum..
    Saudara-saudara seIslam,
    Benarkah tanpa sambutan Maulid alr-Rasul manusia akan lalai dan hanyut sepanjang tahun? Benarkah sambutan tersebut begitu penting kepada iman dan taqwa seorang muslim? Benarkah sambutan itu dapat mengembalikan kasih sayang kita kepada al-RASUL? Insan yang paling sayang kepada Rasulullah ialah Abu Bakar, para khalifah, para sahabah, para tabi`in para salfussolih..tetapi kenapa mereka tidak menyambut maulid al-Rasul? Sudah tidak sayangkah mereka kepada al-Rasul? Sudah lupakah mereka kepada al-Rasul? Bagaimana nak mendapat kasih sayang Allah ikutlah Rasulullah. Bagaimana nak dapatkan kasih sayang Rasulullah ikutlah para sahabah dan salafussolih. Mereka lebih faham tentang Islam sebagaimana yang dikehendaki Rasulullah. Merekalah kekasih-kekasih Rasulullah yang sebenar..

    • 11/03/2012 10:24 pm

      Dan Sahabat tidak pula melarangnya.Kenapa kita pula melarangnya?

  7. 17/03/2012 6:56 pm

    Sahabat dan saudaraku Amin..
    Sahabah tidak larang kerana tak ada sahabah PUN YANG BUAT, bahkan tiada di kalangan mereka dan para salafussolih yang terfikir dan rasa PERLU BUAT. Kalau sambutan itu memberi kebaikan terhadap iman dan taqwa maka mustahil Rasulullah tidak pesan dan para sahabat tak TERLINTAS nak buat..kerana Rasulullah terlalu-lalu dekat di hati mereka. Lihatlah Abu Bakr..lihatlah Umar..betapalah mereka sangat menyayangi Rasulullah.. betapalah mereka sangat-sangat MERINDUI RASULULLAH..jauh terlalu jauh berbanding mereka selepas itu. Mereka lebih tahu bagaimana cara untuk tunjukkan kasih sayang pada rasulullah.
    Kita diminta dan dituntut ikut apa yang RASUL BUAT dan para sahabat pun ikut rasul. Ini kerana para sahabah sangat yakin bahawa mereka tidak perlu buat apa yang rasul tidak buat walau pun Rasulullah tidak larang..mereka tidak mencari-cari APA YANG RASULULLAH TIDAK LARANG..TAPI MEREKA SENTIASA MENCARI DAN BUAT APA YANG RASULULLAH BUAT.. Begitulah.. kita tidak dituntut sama sekali untuk mencari dan buat apa yang rasul atau sahabat TIDAK LARANG..tetapi kita disuruh buat apa yang rasul buat..itu pun banyak sangat lagi yang tak terbuat..marilah kita mencari-cari APA YANG DIBUAT.. daripada mencari-cari APA YANG TIDAK DILARANG..kerana itu pasti yang LEBIH BAIK DAN TERBAIK.

  8. Muhammad Al-Mukhtar permalink
    09/04/2012 2:27 pm

    Tak kenal maka tidak Cinta…benarkah kita mencintai Rasulullah? Atau hanya dibibir sahaja? Samakah ittiba’ dgn mahabbah? Apakah kualiti sesuatu perkara sama jika dilaksanakan melalui ittiba’ dan melalui mahabbah?

    Mereka yg ingkar kepada majlis maulid adalah disebabkan mereka tidak memahami tujuan maulid dan apa yg dilakukan didalam maulid. Maulid bukan perbuatan tradisi tetapi menjadi kerana kewajiban mengenal dan mencintai Nabi SAW adalah fardhu..wallahualam

  9. 12/04/2012 12:45 pm

    suatu masa nanti pasti tiada sambutan maulid.. atau mana mana sambutan yang lain

  10. Andre permalink
    12/04/2012 3:14 pm

    Di Singapura, ada yg sambut sampai sebulan sekali, tak puas dgn satahun sekali. Orang Nasrani pun kalah.

  11. fateh permalink
    27/05/2012 10:26 pm

    Kecintaan dan kerinduan pada Baginda Rasulullah Saw ini patut dibina dalam semua hati sanubari umat Islam di akhir zaman ini. Umat Islam sekarang ini bukan macam di zaman dulu , kita sudah terlalu jauh di tinggalkan olen Nabi kita. Kita seolah olah sudah tidak perlu lagi pada Nabi. Kecintaan dan kerinduan kita sudah tiada lagi pada Rasulullah ,keluarga dan para sahabat. Sepatut nya tiap2 hari kita perlu mengadakan majlis maulid ini , bukan nya setahun sekali . SUdah lah sambutan di buat setahun sekali itu pun ada puak yg mempertikaikan nya sebagai bidaah dan lain2 lagi. Apakah umat yg memang dah jauh dgn nabi nya ini hendak terus di hapuskan ingatan nya pada Rasulullah ? Sepatutnya kita galakan lagi program2 maulid ini di adakan lebih kerap. Sebulan atau seminggu sekali sekurang2nya. BUkan nya perlu di buat kan perarakan dan ceramah yg besar2 cukup saje dengan membaca mana2 sirah perjuangan baginda atau artikel2 yg boleh memberi kesedaran tentang perjuangan Baginda . Sepatutnya di masjid2 boleh dibuatkan program sebegini pada tiap malam Isnin. Apakah program sebegini juga di anggap bidaah???

  12. Ummuamin permalink
    19/06/2012 4:12 pm

    Perkara ini khlaf Ulama’. Membangkitkan kembali seolah-oleh menghancurkan kembali perbahasan ilmiah dalam persoalan maulid. Berulang perkara yang sama. Raikan sahaja khillaf ini.

  13. tookangtaip permalink
    02/08/2012 8:24 am

    Dalam konteks di Malaysia, selagi sambutannya tidak berlebihan, saya kira ia masih di tahap yg baik. Kita lihat dikebanyakan tempat di Masjid dan surau di Malaysia hanyalah dengan mengadakan ceramah agama dan bercerita tentang Rasulullah; dan disediakan juadah utk santapan jemaah yg hadir. Saya juga pasti ceramah agama di Malaysia ini subur sepanjang tahun memperkatakan tentang Rasulullah dan ajaran Rasulullah.

    Disebabkan bulan kelahiran Nabi, maka dinamakan sambutan Maulidur Rasul, tidak lebih dari itu. Diharapkan tidak ada yg memotong kek utk menyambut hari lahir Nabi di masa hadapan;semoga kita tidak disesatkan dengan pengaruh Nasrani ini.

    Tapi, saya juga lihat banyak juga kumpulan – kumpulan yg menyambut hari hol ulamak – ulamak tertentu. Saya agak keberatan utk menyokong amalan sebegini. Tidak pasti apakah hujjah untuk mewajarkan amalan ini.

  14. 09/08/2012 4:04 pm

    yelek2 bro…banyak lagi benda/amalan lain yg dpt kita buat untuk menunjukkn kecintaan pd NABI…xyah gadoh2 nk buat benda2 baru nie..yg dh sedia ada pn brape sngt je kite buat..please leee

  15. Anonymous permalink
    12/08/2012 8:38 am

    Orang nak buat maulid pun salah…x buat maulid pun salah…balik2 alasannye nabi dengan sahabat x buat jadi kita pun x payah buat maulid…lepas tu nabi x suruh pun belajar mustalah hadis, usul fiqh jadi x payah la belajar mustalah hadis dgn usul fiqh????

  16. Anonymous permalink
    12/08/2012 8:42 am

    kalau x nak buat, x payah la bising orang nak buat maulid….biar la kat orang nak buat maulid…kami ada hujah kenapa kami buat maulid….kalau x nak buat ikut suka la…kami hormat orang yang x nak buat maulid,,jadi tolong hormat orang yang nak buat maulid…kami tahu kamu semua geng2 salafi/wahabi ni mmg cinta sgt kat nabi…jadi kamu x payah la buat maulid…kami ni kurang lagi rasa cinta kat nabi jadi kami buat la maulid nabi…nak menambahkan rasa cinta lagi kepada nabi…

  17. Anonymous permalink
    12/08/2012 8:48 am

    HUKUM MENYAMBUT MAULIDUR RASUL
    Perkara ini sudah diselesaikan oleh para ulama’ dan mereka membolehkannya sejak dahulu lagi. Perayaan Maulidur Rasul ini sudah disambut di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Apakah seluruh ulama’ di dunia sejak dahulu sampai sekarang ini dikatakan sesat kerana membiarkan umat Islam menyambutnya? Tentunya perkara ini tidak boleh diterima oleh akal yang sihat.

    Kelahiran (Maulid) Nabi adalah sebesar-besar rahmat Allah kepada alam dan manusia keseluruhannya. Rahmat ini ada dalam aqidah, muamalah, akhlaq, malah dalam semua bidang kehidupan. Rahmat ini tidak hanya terbatas untuk manusia di zaman Baginda sahaja, tetapi ia meluas ke sepanjang sejarah manusia seluruhnya. Allah berfirman:

    وَآخَرِينَ مِنْهُمْ لَمَّا يَلْحَقُوا بِهِمْ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
    “Dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka (generasi sahabat) yang belum berhubungan dengan mereka.”

    Di dalam ayat lain, Allah berfirman:

    وَذَكِّرْهُمْ بِأَيَّامِ اللهِ
    “…dan ingatkanlah mereka kepada hari-hari Allah.”

    Artikel ini dinukilkan sepenuhnya daripada buku Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama’ karangan Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll, pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Pusat Asasi, UIA. Buku setebal 920 muka surat ini menjelaskan pandangan ulama’ mu’tabar tentang lebih 117 persoalan khilafiyyah dengan bersandarkan dalil Al-Qur’an, hadith dan sumber-sumber istinbath yang lain. Buku ini telah disemak dan diberi kata-kata aluan oleh Yg. Bhg. Dato’ Haji Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Sohib as-Samahah, Datu’ Haji Loling Othman bin Haji Alwi, mantan Mufti Negeri Sarawak, Fadhilah asy-Syaikh, Dato’ Haji Hashim Yahya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA, Fadhilah asy-Syaikh, Dato’ Haji Mohd Saleh Haji Mohd @ Ahmad, Timbalan Yang Di Pertua, Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Felo Kehormat Akademik, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, UIA dan Al-Fadhil Ustaz (Dr.) Muhammad Uthman El-Muhammady, pemikir Islam dan Fello Utama Akademik, Institut Pemikiran Antarabangsa dan Tamadun Islam (ISTAC), UIA. Ia juga telah disemak oleh 8 orang ustaz termasuklah dari JAWI, UIA, USIM dan pendakwah bebas. Buku ini baru sahaja berada di pasaran.
    Mulahazhah: Artikel ini diizinkan untuk disebar luaskan demi kebaikan dengan disebutkan sumber ambilannya untuk keberkatan ilmu.
    Surah Al-Jum’ah: 3.
    Surah Ibrahim: 5.

    Tidak diragukan lagi bahawa hari kelahiran Rasulullah termasuk di dalam hari-hari Allah.
    Memperingati, menyambut, merayakan dan membesarkan Maulidur Rasul adalah satu amal yang paling utama dan cara pendekatan diri kepada Allah di samping suatu ungkapan kebahagiaan dan kecintaan kepada Rasulullah . Haruslah diketahui bahawa cinta kepada Rasulullah adalah salah satu dasar dan rukun keimanan. Rasulullah bersabda:

    وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ
    “Demi Zat yang diriku berada di dalam kekuasaanNya, tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tua dan anaknya.”

    Di dalam hadith lain, Rasulullah bersabda:

    لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتىَّ أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِن وَالِدِهِ وَوَلِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
    “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya dan anaknya dan manusia keseluruhannya.”

    Ibn Rajab al-Hanbali berkata:
    “Cinta kepada Nabi termasuk prinsip-prinsip dasar iman. Cinta ini seiring dengan cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah dan kepada Nabi sering disebut bersama dan mengancam sesiapa sahaja yang lebih mengutamakan kecintaan kepada perkara-perkara lain yang sudah menjadi tabiat manusia seperti cinta kaum kerabat, harta benda dan tanah air lebih dari cinta kepada Allah dan Rasul (lihat Surah At-Taubah: 24).

    Ketika Sayyiduna Umar berkata kepada Nabi : Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri. Baginda bersabda: Tidak wahai Umar, sehingga aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri. Umar berkata: Demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri. Baginda bersabda: Sekarang (barulah sempurna iman kamu) wahai Umar.”
    Menurut Imam As-Suyuthi, Raja Al-Muzhaffar Abu Sa’id Kukburi ibn Zainuddin Ali ibn Baktakin (630H) adalah penguasa pertama yang menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran. Dikatakan lebih kurang 300000 dinar telah beliau gunakan tujuan tersebut. Tujuannya ialah tidak lain, hanyalah untuk membesarkan Rasulullah , mengingati sirah dan akhlak Baginda melalui pembacaan syair, qasidah dan tazkirah tentang ketinggian peribadi Rasulullah .
    Sebahagian ulama’ mengatakan isyarat menyambut Maulidur Rasul telah ada di zaman Rasulullah lagi. Buktinya Baginda sendiri menyambutnya dengan cara berpuasa setiap hari Isnin sebagai tanda mensyukuri kelahiran dan awal penerimaan wahyunya.

    Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
    Riwayat Al-Bukhari.
    Riwayat Al-Bukhari.
    Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/292.

    عَنْ أَبِي قَتَادَةَ اْلأَنصَارِي رضي الله عنه: أَنَّ رَسُولَ اللهِ سُئِلَ عَن صَوْمِ يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ، فَقَالَ: فِيهِ وُلِدتُّ وَفِيهِ أُنزِلَ إِلَيَّ

    “Dari Abi Qatadah al-Anshari RA, sesungguhnya Rasulullah pernah ditanya mengenai puasa hari Isnin. Rasulullah menjawab: Pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan kepadaku.”
    Memang secara umum para ulama’ Salaf menganggap perbuatan ini termasuk bid’ah tetapi termasuk Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik).

    Sahabat memuliakan hari kelahiran Nabi

    Pada zaman Nabi terdapat banyak penyair yang terkenal dan hebat datang kepada Rasulullah dan mempersembahkan kepada Baginda berhalaman-halaman syair yang memuji dan mengagungkan Baginda . Ini dibuktikan dengan banyaknya syair yang dikutip di dalam Sirah Ibn Hisham, Al-Waqidi dan lain-lain. Penyair-penyair terkenal mengagung-agungkan Rasulullah di hadapan Baginda dan para sahabat dan tidak dilarang oleh Rasulullah dan tidak ada para sahabat yang mencela atau mengatakan hal tersebut berlebih-lebihan (ghuluw).
    Rasulullah amat suka syair yang indah seperti yang diriwayatkan Bukhari di dalam Al-Adab al-Mufrad dan kitab-kitab lain.

    Rasulullah bersabda:
    “Terdapat hikmah di dalam syair.”

    Ayah saudara Nabi , Al-Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi . Di antara bait terjemahannya sebagai berikut:

    “Dikala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu,
    dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin”

    Ibn Kathir menerangkan di dalam kitabnya bahawa para sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi memuji nama dan nasabnya serta membaca syair mengenai diri Baginda semasa peperangan Hunain untuk menambah semangat para sahabat dan menakutkan para musuh .
    Hasan bin Thabit selalu melagukan dan membacakan syair-syairnya di depan Sayyidul Mursalin Muhammad dan di depan para sahabat Baginda . Tidak ada satu pun yang mencela atau mengatakan berlebih-lebihan (ghuluw). Tertera di batu nisan Hasan Ibn Thabit, beliau menulis mengenai Nabi :

    “Bagiku tiada siapa dapat mencari kesalahan di dalam diriku, Aku hanya seorang yang telah hilang segala derita rasa, Aku tidak akan berhenti daripada memujinya (Nabi ), kerana hanya dengan itu mungkin aku akan kekal di dalam syurga bersama-sama ‘Yang Terpilih’, yang daripadanya aku mengharapkan syafaat, dan untuk hari itu, aku kerahkan seluruh tenagaku ke arah itu.”

    Riwayat Muslim.
    kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat.
    Lihat Mustadrak ala ash-Shahihain, Husn al-Maqsid, Imam As-Sayuthi, ms. 5, kitab Maulid Ibn Kathir, ms. 30 dan Fath al-Bari.
    Lihat hadith riwayat Ath-Thobrani dan Al-Baihaqi dalam Dala’il an-Nubuwwah, ms. 5, Syarh al-Mawahib, 1/62, begitu juga hadith-hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmizi dan lain-lain.

    Menurut riwayat yang berasal dari Abu Bakar Ibn al-Anbari , ketika Ka’ab bin Zuhair dalam mendendangkan syair pujiannya sampai kepada sanjungan bahawa Baginda adalah sinar cahaya yang menerangi dunia dan Baginda laksana pedang Allah yang ampuh terhunus. Sebagai tanda kegembiraan Baginda , maka Baginda menanggalkan kain burdahnya (kain penutup punggung) dan diberikan pada Ka’ab. Mu’awiyyah bin Abi Sufyan pada masa kekuasaannya berusaha membeli burdah itu dari Ka’ab dengan harga sepuluh ribu dirham, tetapi Ka’ab menolaknya. Setelah Ka’ab wafat, Mu’awiyyah membeli burdah pusaka Nabi itu dari ahli waris Ka’ab dengan harga dua puluh ribu dirham.

    Banyak sekali hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat Nabi tentang bagaimana mereka memuliakan dan mengagungkan Nabi seperti Amr bin ‘Ash, Anas bin Malik, Usamah bin Syarik dan lain-lain. Semua pujian dan syair-syair ini tidak dilarang oleh Baginda Juga syair-syair tersebut boleh dilagukan dan diiringi dengan bermain gendang.

    Di dalam kitab Madarij as-Salikin, Ibn Qayyim menulis bahawa Nabi memberi izin untuk menyanyi pada hari perkahwinan dan membenarkan syair dipersembahkan kepada Baginda . Baginda mendengar Anas dan para sahabat memujinya dan membaca syair ketika Baginda sedang menggali parit semasa peperangan Khandaq dan mereka pernah berkata: “Kamilah yang telah memberi bai’ah kepada Muhammad untuk berjihad selama kami hidup.”
    Ibn Qayyim juga telah menceritakan mengenai Abdullah Ibn Rawaha membaca syair yang panjang memuji-muji Nabi Muhammad . semasa penaklukan kota Makkah, dan Nabi pun berdoa untuk Abdullah. Rasulullah juga pernah mendoakan untuk Hasan Ibn Thabit agar Allah sentiasa memberi bantuan kepadanya dengan roh suci selama beliau memuji-muji Nabi melalui syairnya. Nabi juga pernah meminta Aswad bin Sarih untuk mengarang syair memuji-muji Allah dan Baginda Nabi pernah meminta seseorang untuk membaca syair puji-pujian yang memuat seratus halaman yang dikarang oleh Umayyah Ibn Abi Halh.

    Menurut Ibn Qayyim lagi: ‘‘Aisyah ra selalu membaca syair memuji Baginda dan Baginda amat menyenanginya.”

    Ditulis juga oleh Ibn Qayyim di dalam kitabnya, Allah memberi keizinan kepada Nabi agar membaca Al-Qur’an dengan berlagu. Pada suatu hari Abu Musa al-Asy’ari sedang membaca Al-Qur’an dengan berlagu dan suara yang merdu dan ketika itu Nabi sedang mendengar bacaan beliau. Setelah dia selesai mengaji, Nabi mengucapkan tahniah kepadanya kerana bacaannya yang begitu merdu dan Nabi bersabda: “Engkau mempunyai suara yang merdu”, Baginda bersabda lagi bahawa: “Abu Musa al-Asy’ari telah dikurniakan Allah ‘mizmar’ (seruling) di antara mizmar-mizmar Nabi Daud.”

    Beliau ialah Abu Bakar Muhammad bin Al-Qasim al-Anbari. Antara kitabnya ialah Gharib al-Hadith. Meninggal pada tahun 328H.
    Beliau ialah Ka’ab bin Zuhair bin Abi Sulma al-Mazni dari keturunan suku Muzainah. Seorang sahabat Rasulullah dan seorang penyair ‘Mukhadram’ iaitu penyair yang hidup pada zaman Jahiliah dan sempat pula hidup pada zaman awal Islam. Meninggal pada tahun 26 H (645M) (ada pendapat yang mengatakan beliau meninggal dalam zaman pemerintahan Mu’awiyah bin Abi Sufyan).

    Abu Musa pun berkata: “Ya Rasulullah, jika aku tahu yang engkau sedang mendengarkan bacaanku nescaya aku akan membaca dengan suara yang lebih merdu dan lagu yang lebih enak lagi yang engkau belum pernah dengar lagi.”

    Ibn Qayyim menulis lagi, Nabi bersabda : ”Hiasilah Al-Qur’an dengan suara kamu, dan sesiapa yang tidak melagukan Al-Qur’an bukanlah dari kalangan kami.”

    Ibn Qayyim mengatakan juga: “Untuk menyenangi suara yang merdu adalah dibenarkan seperti juga kita menyenangi pemandangan yang indah, gunung-gunung, alam semesta ataupun harum-haruman dan wangi-wangian ataupun hidangan yang lazat selama semua itu tidak melanggar batas-batas syariat.”

    Seorang ahli hadith, Ibn ‘Abbad telah memberikan fatwa tentang hadith Rasulullah berikut ini: “Seorang wanita telah datang menemui Nabi di waktu Baginda baru pulang dari medan peperangan, dan wanita itu pun berkata; ‘Ya Rasulullah, aku telah bernazar jika sekiranya, Allah menghantarkan engkau kembali dalam keadaan selamat, aku akan bermain gendang di sebelahmu.’ Nabi pun bersabda; ‘Tunaikanlah nazarmu’ .”

    Masih banyak lagi kata-kata Baginda untuk dirinya. Sekiranya pujian-pujian ini semuanya dilarang, maka tidak akan diucapkan dari lisan orang yang paling taqwa dan mulia Rasulullah serta dari lisan para sahabat yang ditujukan kepada Baginda .

    Amalan menyambut Maulidur Rasul sudah disambut sejak dahulu lagi oleh para ulama’ besar Islam yang diakui keilmuan mereka dalam bidang aqidah, feqah, hadith dan Tasawwuf, bahkan umat Islam seluruh dunia sejak dahulu lagi melihat amalan ini sebagai sesuai yang sangat mulia dan baik. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi:

    مَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ حَسَنًا فَهُوَ عِندَ اللهِ حَسَنٌ، وَمَا رَآهُ الْمُسْلِمُونَ قَبِيحًا فَهُوَ عِندَ اللهِ قَبِيحٌ

    “Apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu amalan yangbaik, maka ia adalahbaik di sisi Allah, dan apa-apa yang dipandang oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu yang keji, maka ia adalah keji d isisi Allah.”

    Hukum dan Pendapat Ulama’:
    Guru Imam Nawawi, Imam Abu Syamah berpendapat:

    وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقَاتِ وَالْمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ، فَإِنَّ ذَلِكَ مَعَ مَا فِيهِ مِنَ اْلإِحْسَانِ لِلْفُقَرَاءِ مَشْعَرٌ بِمَحَبَّتِهِ وَتَعْظِيمِهِ فِي قَلْبِ فَاعِلٍ ذَلِكَ وَشُكْرًا لِلهِ عَلَى مَا مِن بِهِ مِنْ إِيجَادِ رَسُولِهِ الَّذِي أَرْسَلَهُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ.

    ”Termasuk perkara baru yang baik dilakukan pada zaman ini adalah apa yang dilakukan setiap tahun bertepatan pada hari kelahiran Rasulullah (merujuk kepada perayaan Maulidur Rasul ) dengan memberikan sedekah dan kebaikan, menunjukkan rasa gembira dan bahagia.

    Sesungguhnya semua itu termasuk bersikap lemah lembut terhadap fakir miskin adalah tanda kecintaan kepada Rasulullah dan penghormatan kepada Baginda dalam hati orang yang menyambutnya. Ia juga merupakan suatu tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutusnya Rasulullah kepada seluruh alam semesta.”

    Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi.
    Lihat dalil-dalil yang kuat dalam membolehkan puji-pujian ke atas Rasulullah di dalam Al-Qaul ash-Shahih fi Masyru’iyyah al-Madih, Syaikh Ahmad Abd al-Baqi Asy-Syaikh Daf’ullah ash-Sha’im Daimah, Al-Qahirah: Dar Jawami’ al-Kalim, t.t.
    Riwayat Ahmad dari Ibn Mas’ud.

    Sebagai umat Baginda , kita dianjurkan untuk bergembira atas rahmat dan kurniaan Allah kepada kita. Rahmat dan kurniaan yang terbesar ialah dengan kelahiran Nabi Muhammad . Allah berfirman:

    قُلْ بِفَضْلِ اللّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُواْ هُوَ خَيْرٌ مِّمَّا يَجْمَعُونَ

    “Katakanlah: Dengan kurniaan Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira dengan kurniaan Allah dan rahmatNya itu, adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.”
    Allah menyuruh manusia bergembira atas rahmatNya. Rahmat apakah yang paling besar ke atas manusia dan alam keseluruhannya, jika tidak rahmat kehadiran Rasulullah ?. Firman Allah :

    وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

    “Dan Kami tidak mengutusmu (Muhammad ) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.”
    Imam As-Suyuthi memberi pendapat tentang hukum perayaan Maulidur Rasul di dalam Al- Hawi li al-Fatawa dengan katanya:

    عِندِي، أَنَّ أَصْلَ عَمَلِ الْمَوْلِدِ الَّذِي هُوَ إِجْتِمَاعُ النَّاسِ وَقِرَاءَةُ مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ. وَرِوَايَةُ اْلأَخْبَارِ الْوَارِدَةُ فِي مَبْدَءِ أَمْرِ النَّبِيِّ وَمَا وَقَعَ فِي مَوْلِدِهِ مِنَ اْلآيَاتِ ثُمَّ يَمُدُّ لَهُمْ سِمَاطٌ يَأْكُلُونَهُ وَيَنصَرِفُونَ مِنْ غَيْرِ زِيَادَةٍ عَلَى ذَلِكَ مِنَ الْبِدَعِ الْحَسَنَةِ الَّتِي يُثَابُ عَلَيْهَا صَاحِبُهَا لِمَا فِيهِ مِن تَعْظِيمِ قَدْرِ النَّبِيِّ وَإِظْهَارِ الْفَرْحِ وَاْلإِسْتِبْشَارِ بِمَوْلِدِهِ الشَّرِيفِ.

    “Menurutku, asal perayaan Maulid Nabi , iaitu manusia berkumpul, membaca Al-Qur’an dan kisah-kisah teladan Nabi sejak kelahirannya sehingga perjalanan hidupnya. Kemudian dihidangkan makanan yang dimakan bersama, setelah itu mereka pulang. Hanya itu yang dilakukan, tidak lebih. Semua itu tergolong Bid’ah Hasanah (sesuatu yang baik). Orang yang melakukannya diberi pahala kerana membesarkan kedudukan Nabi, menampakkan kesukaan dan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad yang mulia.”

    Surah Yunus: 58.
    Surah Al-Anbiya': 107.
    1/251-252. Lihat juga Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 194.

    Beliau juga berkata:

    وَيُسْتَحَبُّ لَنَا إِظْهَارُ الشُّكْرِ بِمَوْلِدِهِ وَاْلإِجْتِمَاعُ وَإِطْعَامُ الطَّعَامِ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِن وُجُوهِ الْقُرُبَاتِ وَإِظْهَارِ الْمُسَرَّاتِ.

    “Dan disunatkan untuk kita menzahirkan rasa kesyukuran dengan kelahiran Baginda dan (disunatkan juga) berkumpul dan memberi makan dan yang seumpama itu yang termasuk dari jalan mendekatkan diri kepada Allah dan menzahirkan kesukaan.”

    Beliau berkata lagi:

    مَا مِن بَيْتٍ أَوْ مَحَلٍّ أَوْ مَسْجِدٍ قُرِئَ فِيهِ مَوْلِدُ النَّبِيِّ إِلاَّ حَفَّتِ الْمَلاَئِكَةُ أَهْلَ ذَلِكَ الْمَكَانِ وَعَمَّهُمُ اللهُ تَعَالَى بِالرَّحْمَةِ وَالرِّضْوَان.

    “Tidaklah ada dari rumah atau tempat atau masjid yang dibacakan dalamnya Maulidur Rasul , melainkan para malaikat akan menaungi (merahmati) penduduk tempat itu dan Allah meluaskan mereka dengan rahmat dan keredhaan.”

    Imam Sayuthi membantah orang yang berkata: “Aku tidak mengetahui hukum perayaan Maulid ini di dalam Al-Qur’an mahupun di dalam hadith”, dengan mengatakan: “Tidak tahu terhadap sesuatu bukanlah bererti tidak adanya sesuatu itu.”

    Imam Sayuthi juga menjelaskan bahawa Imam al-Muhaddithin, Ibn Hajar al-Asqalani telah menjelaskan yang dasar hukum menyambut Maulidur Rasul adalah dari sunnah .
    Beliau seterusnya mengatakan:

    “Kegiatan merayakan Maulid Nabi tidak bertentangan dengan Al-Qur’an, Sunnah, Athar mahupun Ijma’. Ini bermakna ia bukanlah perbuatan tercela seperti yang diungkapkan oleh Imam Syafi’e. Oleh itu, kegiatan itu merupakan perbuatan baik yang belum dikenal pada masa awal Islam. Kegiatan memberi makan yang terlepas dari perbuatan dosa adalah perbuatan yang baik. Dengan yang demikian, kegiatan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sulthon al-Ulama’, Syaikh Izz ad-Din bin Abd as-Salam.”

    (Di dalam kitab yang sama, Imam Sayuthi mengatakan:)

    “Dan berkata Al-Hafiz Syams ad-Din bin Nasiruddin ad-Dimasyqi (833H) di dalam kitabnya berjudul Maurid ash-Shadi fi Maulid al-Hadi: Telah shahih benar riwayat yang mengatakan Abu Lahab diringankan dari azab neraka pada hari Isnin kerana telah memerdekakan hambanya yang bernama Thuwaibah kerana gembira dengan perkhabaran dari hambanya itu tentang kelahiran anak saudaranya Rasulullah ”,

    Al-Hawi li Al-Fatawa, 1/196.
    Al-Wasa’il fi Syarh al-Masa’il, Imam Sayuthi.
    Husn al-Maqshid fi ‘Amal al-Maulid di dalam Rasa’il Hammah wa Mabahith Qayyimah, ms. 198.
    ibid, ms. 198.
    ibid, ms. 199-200.

    Kemudian dia (Al-Hafiz Syams ad-Din) bersyair:

    إِذَا كَانَ هَذَا كَافِرًا جَاءَ ذَمُّهُ بِتَبَّتْ يَدَاهُ فِي الْحَجِيمِ مُخَلَّدًا
    أَتَى أَنَّهُ فِي يَوْمِ اْلإِثْنَيْنِ دَائِمًا يُخَفَّفُ عَنْهُ لِلسُّرُورِ بِأَحْمَدَا
    فَمَا الظَّنُّ بِالْعَبْدِ الَّذِي طُولَ عُمْرُهُ بِأَحْمَدَ مَسْرُورًا وَمَاتَ مُوَحِّدًا ؟

    Kalaulah orang kafir ini (Abu Lahab) memang sudah ada celaan padanya
    Dibinasa kedua belah tangannya dan kekal dalam neraka Jahim di dalamnya
    Namun datang keistimewaan kepadanya hari Isnin sentiasa
    Akan diringankan azab kerana kegembiraannya dengan kelahiran Rasul mulia
    Maka apakah pendapatmu ganjaran kepada seorang yang sepanjang umurnya
    Sentiasa bergembira dengan Nabi Muhammad dan mati dalam tauhidnya yang sempurna?

    Mafhumnya, jika Abu Lahab yang bukan Islam pun mendapat keistimewaan sedemikian, maka orang Islam yang sentiasa bersyukur dan bergembira dengan rahmat kedatangan Rasulullah , akan lebih lagi mendapat keistimewaan yang sangat besar dari Allah .

    Imam Al-Baihaqi berkata, bahawa walaupun hadith ini hadith Mursal, tetapi ia boleh diterima kerana telah dinaqalkan oleh Imam Al-Bukhari hadith ini di dalam kitabnya. Para ulama’ yang telah disebutkan tadi, juga sependapat menerima hadith ini kerana perkara itu terdiri dari bab manaqib dan khasha’is (keistimewaan), Fadha’il (kelebihan) dan bukannya perkara berkaitan hal hukum halal dan haram. Para penuntut ilmu agama tentu sekali tahu perbezaan istidlal (pengambilan dalil) dengan hadith pada bab manaqib atau ahkam.

    ibid, ms. 206-207.
    Kisah ini diriwayatkan di dalam Shahih Al-Bukhari, Bab Nikah, dinukilkan oleh Ibn Hajar di dalam kitabnya Fath al-Bari, diriwayatkan oleh Imam Abdur Razak ash-Shan’ani di dalam kitabnya Al-Mushannaf (7/478), Al-Hafiz Al-Baihaqi di dalam kitabnya Ad-Dala’il, Ibn Kathir di dalam kitabnya, Al-Bidayah, bab As-Sirah an-Nabawiyyah (1/224), Ibn Ad-Daiba asy-Syaibani di dalam kitabnya Hada’iq al-Anwar (1/134), Imam Hafiz al-Baghawi di dalam kitabnya Syarh Sunnah (9/76), Ibn Hisyam dan As-Suhaili di dalam Ar-Raudh al-Unuf (5/192), Al-Amiri di dalam kitabnya Bahjah al-Mahafil (1/41) dan lain-lain.

    Imam As-Sakhawi (902H) berkata:

    لَمْ يَفْعَلْهُ أَحَدٌ مِنَ السَّلَفِ فِي الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَإِنَّمَا حُدِثَ بَعْدُ، ثُمَّ لاَ زَالَ أَهْلُ اْلإِسْلاَمِ مِن سَائِرِ اْلأَقْطَارِ وَالْمُدُنِ يَعْمَلُونَ الْمَوْلِدِ وَيَتَصَدَّقُونَ فِي لَيَالِيهِ بِأَنوَاعِ الصَّدَقَاتِ وَيَعْتَنُونَ بِقِرَاءَةِ مَوْلِدِهِ الْكَرِيمِ، وَيَظْهَرُ عَلَيْهِمْ مِن بَرَكَاتِهِ كُلَّ فَضْلٍ عَمِيمٍ.

    “Tidak pernah dilakukannya seorang dari golongan Salaf pada kurun ketiga. Ia hanyalah baru dibuat selepasnya. Kemudian orang Islam dari seluruh kampung dan kota sentiasa menyambut Maulid. Mereka bersedekah pada malam-malam Maulid dengan pelbagai sedekah dan mengambil berkat dengan pembacaan kisah kelahiran Baginda yang mulia. Dan terzahirlah ke atas mereka keberkatan Junjungan Mulia dengan kelebihan yang meliputi.”

    Di dalam kitab Al-Madkhal disebutkan:

    فَكَانَ يَجِبُ أَن نَزْدَادَ يَوْمَ اْلإِثْنَيْنِ الثَّانِي عَشَرَ فِي رَبِيعِ اْلأَوَّلِ مِنَ الْعِبَادَاتِ وَالْخَيْرِ شُكْرًا لِلْمَوْلَى عَلَى مَا أولاَنَا مِنْ هَذِهِ النِّعَمِ الْعَظِيمَةِ وَأَعْظَمُهَا مِيلاَدُ الْمُصْطَفَى.

    “Maka adalah wajiblah kita mempertingkatkan ibadah-ibadah dan kebaikan pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat yang besar kepada kita dan sebesar-besar nikmat itu ialah kelahiran Al-Musthofa.”

    Antara cara membesarkan kedudukan Baginda Rasulullah ialah seperti yang disebutkan di dalam kitab Ad-Durar as-Saniyah:

    وَمِن تَعْظِيمِهِ اَلْفَرْحُ بِلَيْلَةِ وِلاَدَتِهِ وَقِرَاءَةُ الْمَوْلِدِ.

    “Dan antara cara membesarkan Rasulullah ialah bergembira pada malam kelahirannya dan dengan membaca kisah kelahirannya.”

    Imam Muhammad Abd al-Baqi az-Zarqani menyebutkan:

    إِنَّ اتِّخَاذَ الْوَلِيمَةِ وَإِطْعَامَ الطَّعَامِ مُسْتَحَبٌّ فِي كُلِّ وَقْتٍ، فَكَيْفَ إِذَا انضَمَّ إِلَى ذَلِكَ الْفَرْحِ وَالسُّرُورِ بِظُهُورِ نُورِ النَّبِي فِي هَذَا الشَّهْرِ الشَّرِيفِ، وَلاَ يَلْزَمُ مِن كَوْنِهِ بِدْعَةً كَوْنُهُ مَكْرُوهًا، فَكَمْ مِن بِدْعَةٍ مُسْتَحَبَّةٍ بَلْ قَدْ تَكُونُ وَاجِبَةً.

    “Sesungguhnya mengadakan keraian dan memberi makanan adalah sunat pada setiap waktu. Alangkah eloknya jika dikaitkan kesukaan dan kegembiraan itu dengan lahirnya Nabi yang bercahaya pada bulan yang mulia ini. Dan tidaklah dilazimkan dari keadaannya perkara baru yang makruh, maka berapa banyak dari bid’ah yang sunat kadang-kadang menjadi wajib?”

    As-Sirah al-Halabiyyah, Ali bin Burhan ad-Din al-Halabi, 1/83-84.
    Al-Madkhal, 1/361.
    Ad-Durar as-Saniah, ms. 190.
    Beliau ialah Al-Allamah Muhammad bin Abd al-Baqi bin Yusuf az-Zarqani al-Mishri, penutup kepada sekalian muhaddithin di Mesir. Meninggal pada tahun 1099H.
    Syarh Al-Mawahib al-Ladunniyyah, Az-Zarqani.

    Di dalam Al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibn Hajar al-Haitami menulis:

    أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنقَلْ عَنْ أَحَدٍ مِنَ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُونِ الثَّلاَثَةِ، وَلَكِنَّهَا مَعَ ذَلِكَ قَدِ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا فَمَن تَحَرَّى فِي عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَ بِدْعَةً حَسَنَةً، وَإِلاَّ فَلاَ، وَقَدْ ظَهَرَ لِي تَخْرِيجُهَا عَلىَ ثَابِتٍ فِي الصَّحِيحَيْنِ مِنْ أَنَّ النَّبيَّ قَدِمَ الْمَدِينَةَ فَوَجَدَ الْيَهُودَ يَصُومُونَ يَوْمَ عَاشُورَاءِ، فَسَأَلَهُمْ فَقَالُوا: هُوَ يَوْمٌ أَغْرَقَ اللهُ فِيهِ فِرْعَوْنَ وَنَجَى مُوسَى فَنَحْنُ نَصُومُهُ شُكْرًا لِلّهِ تَعَالَى، فَيُسْتَفَادُ مِنْهُ الشُّكْرُ لِلّهِ عَلَى مَا مِن بِهِ فِي يَوْمٍ مُعَيَّنٍ مِنْ إِسْدَاءِ نِعْمَةٍ أَوْ دَفْعِ نِقْمَةٍ، وَيُعَادُ ذَلِكَ فِي نَظِيرِ ذَلِكَ الْيَوْمِ مِن كُلِّ سَنَةٍ، وَالشُّكْرُ لِلّهِ يَحْصُلُ بِأَنوَاعِ الْعِبَادَةِ كَالسُّجُودِ وَالصِّيَامِ وَالصَّدَقَةِ وَالتِّلاَوَةِ، وَأَيُّ نِعْمَةٍ أَعْظَمُ مِنَ النِّعْمَةِ بِبُرُوزِ هَذَا النَّبِيِّ نَبِيِّ الرَّحْمَةِ فِي ذَلِكَ الْيَوْمِ، وَعَلَى هَذَا فَيَنبَغِي أَن يَقْتَصِرَ فِيهِ عَلَى مَا يُفْهَمُ الشُّكْرُ لِلّهِ تَعَالَى مِنَ التِّلاَوَةِ وَاْلإِطْعَامِ وَإِنشَادِ الشَّيْءِ مِنَ الْمَدَائِحَ النَّبَوِيَّةِ الْمُحَرَّكَةِ لِلْقُلُوبِ إِلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَالْعَمَلِ لِلآخِرَةِ، وَأَمَّا مَا يَتَّبعُ ذَلِكَ مِنَ السِّمَاعِ وَاللَّهْوِ وَغَيْرِ ذَلِكَ فَيَنبَغِي أَن يُقَالَ: مَا كَانَ مِن ذَلِكَ مُبَاحًا بِحَيْثُ يَقْتَضِي السُّرُورُ بِذَلِكَ الْيَوْمِ لاَ بَأْسَ بِإلْحَاقِهِ بِهِ، وَمَا كَانَ حَرَامًا أَوْ مَكْرُوهًا فَيُمْنَعُ، وَكَذَا مَا كَانَ خِلاَفَ اْلأَوْلَى.

    “Asal amalan menyambut Maulid adalah perkara baru yang tidak diambil dari seorang pun di kalangan Salafus Soleh dari kurun yang ketiga. Akan tetapi, ia mengandungi kebaikan dan tidak menyalahinya. Maka sesiapa yang meluaskan dirinya beramal segala kebaikan dan menjauhi yang dilarang, adalah ia Bid’ah Hasanah. Jika tidak, bukanlah ia Bid’ah Hasanah. Dan sesungguhnya telah zahir kepadaku dalam mentakhrij hadith tentangnya atas apa yang thabit di dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim dari sesungguhnya Nabi datang ke Madinah, lalu mendapati orang Yahudi sedang berpuasa pada hari Asyura’ (10 Muharram). Nabi lalu bertanya kepada mereka tentang perkara tersebut. Mereka menjawab: Ia adalah hari di mana Allah menenggelamkan padanya Fir’aun dan menyelamatkan Musa. Lalu kami berpuasa pada hari ini sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala. Maka apa yang boleh diambil faedah daripada perkara ini ialah kesyukuran kepada Allah dilakukan pada hari tertentu kerana mensyukuri nikmat atau tertolaknya bala. Dan diulangi perkara tersebut kerana perkara itu pada setiap tahun. Dan berterima kasih kepada Allah boleh juga dengan mempelbagaikan ibadah seperti sujud, puasa, sedekah, membaca Al-Qur’an. Dan apakah nikmat yang paling besar pada hari itu dari nikmat-nikmat lain selain dari lahirnya Nabi ini, Nabi yang membawa rahmat? Atas dasar inilah sewajarnyalah untuk memfokuskan pada hari itu dengan kefahaman kesyukuran kepada Allah dengan membaca Al-Qur’an, memberi makan, melantunkan sesuatu dari puji-pujian ke atas Nabi yang boleh menggerakkan hati untuk berbuat kebaikan dan beramal untuk akhirat. Dan adapun yang dibuat ketika itu dengan pendengaran dan perkara sia-sia dan selain itu, maka sewajarnya dikatakan: Apa-apa yang ada dalamnya perkara Mubah (harus) di mana kegembiraan pada hari itu tidak mengapa kerana keterikatannya dengan hari Maulid. Dan apa-apa yang haram atau makruh, maka dilarang dan demikian juga apa-apa yang menyalahi khilaf yang utama.”

    Al-Fatawa al-Kubra, 1/196.

    Di dalam Fatawa Syar’iyyah disebutkan:

    إِنَّ إِحْيَاءَ لَيْلَةِ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ، وَلَيَالِي هَذَا الشَّهْرِ الْكَرِيمِ الَّذِي أَشْرَقَ فِيهِ النُّورُ الْمُحَمَّدِيُّ إِنَّمَا يَكُونُ بِذِكْرِ اللهِ تعالى وَشُكْرِهِ لِمَا أَنْعَمَ بِهِ عَلَى هَذِهِ اْلأُمَّةِ مِن ظُهُورِ خَيْرِ الْخَلْقِ إِلَى عَالَمِ الْوُجُودِ، وَلاَ يَكُونُ ذَلِكَ إِلاَّ فِي أَدَبٍ وَخُشُوعٍ وَبُعْدٍ عَنِ الْمُحَرَّمَاتِ وَالْبِدَعِ الْمُنكَرَاتِ، وَمِن مَظَاهِرِ الشُّكْرِ عَلَى حُبِّهِ مُوَاسَاةُ الْمُحْتَاجِينَ بِمَا يُخَفِّفُ ضَائِقَتِهِمْ وَصِلَةُ اْلأَرْحَامِ، وَاْلإِحْيَاءُ بِهَذِهِ الطَّرِيقَةِ وَإِن لَّم يَكُن مَأْثُورًا فِي عَهْدِهِ وَلاَ فِي عَهْدِ السَّلَفِ الصَّالِحِ إِلاَّ أَنَّهُ لاَ بَأْسَ بِهِ وَسُنَّةٌ حَسَنَةٌ.

    “Sesungguhnya menghidupkan malam Maulid Nabi yang mulia, dan malam-malam pada bulan yang mulia yang telah terbit padanya cahaya Nabi Muhammad hanyalah dengan tujuan mengingati Allah dan bersyukur kepadaNya kerana Dia telah memberi nikmat ke atas umat ini dengan kelahiran sebaik-baik makhluk ke alam wujud ini. Tidaklah akan dapat kelebihan padanya melainkan menyambut dengan adab dan khusyu’ serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang diharamkan dan bid’ah yang mungkar. Dan termasuk dalam tanda kesyukuran atas kecintaan padanya ialah membantu orang yang memerlukan dengan meringankan kesempitan mereka dan menyambung silaturrahim. Dan menghidupkannya dengan cara sebegini, walaupun tidak ada pada zaman Baginda , dan tidak pula pada masa Salafus Soleh, akan tetapi ia sesungguhnya tidak mengapa dan ia adalah sunah yang baik.”

    وَإِكْرَامًا لِهَذَا الْمَوْلِدِ الْكَرِيم ِ ، فَإِنَّهُ يَحِقُّ لَنَا أَن نَظْهَرَ مَعَالِمَ الْفَرْحِ وَاْلإِبْتِهَاجِ بِهَذِهِ الذِّكْرَى الْحَبِيبَةِ لِقُلُوبِنَا كُلَّ عَامٍ، وَذَلِكَ بِاْلإِحْتِفَالِ بِهَا مِن وَقْتِهَا…

    “Dan memuliakan kelahiran Nabi yang mulia ini, maka sesungguhnya menjadi hak (tanggungjawab) kepada kita untuk menzahirkan tanda-tanda kegembiraan dan kesukaan dengan ingatan yang disukai ini ke dalam hati-hati kita pada setiap tahun dengan cara menyambutnya ketika sampai waktunya.”

    Fatawa Syar’iyyah, 1/131.
    Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami, ms. 295.

    Di dalam kitab Ala Ma’idah al-Fikr al-Islami ditulis:

    إِنَّ اْلإِحْتِفَالَ بِذِكْرَى الْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ الشَّرِيفِ أَصْبَحَ وَاجِبًا أَسَاسِيًّا لِمُوَاجِهَةِ مَا اسْتَجَدَّ مِنَ اْلإِحْتِفَالاَتِ الضَّارَّةِ فِي هَذِهِ اْلأَيَّامِ.

    “Sesungguhnya menyambut peringatan Maulid Nabi yang mulia menjadi wajib yang asas sebagai menghadapi dengan apa yang dibuat-buat dari perayaan-perayaan yang memudaratkan pada hari ini.”

    Imam Ibn Hajar al-Haitami berpendapat:

    وَالْحَاصِلُ أَنَّ الْبِدْعَةَ الْحَسَنَةَ مُتَّفَقٌ عَلَى نَدْبِهَا، وَعَمَلُ الْمَوْلِدِ وَاجْتِمَاعُ النَّاسِ لَهُ كَذَلِكَ، أَيْ بِدْعَةٌ حَسَنَةٌ.

    “Dan kesimpulannya, sesungguhnya Bid’ah Hasanah (yang baik) diittifaqkan atas sunat melakukannya. Dan perbuatan Maulid dan berkumpulnya orang ramai untuk menyambutnya begitu juga, iaitu ia adalah Bid’ah Hasanah.”

    Dalam Madarij ash-Shu’ud Syarh al-Barzanji disebutkan, Rasulullah bersabda:
    “Siapa menghormati hari lahirku, tentu aku berikan syafaat kepadanya di Hari Kiamat.”
    Sayyiduna Umar Ibn Khattab secara bersemangat mengatakan: “Siapa yang menghormati hari lahir Rasulullah sama ertinya dengan menghidupkan Islam!”

    Syaikh Mutawalli Sya’rawi berkata: “Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran Baginda dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jin Islam bergembira di atas kelahiran Baginda , kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran Baginda ?.”

    Ketika menjawab persoalan tentang sambutan Maulidur Rasul , Syaikh Ali Jum’ah, Mufti Besar Mesir menjawab:

    “Kita merayakan kelahiran Nabi Muhammad kerana kita mencintai Baginda . Dan bagaimana kita tidak mencintai Baginda , sedangkan seluruh alam semesta mengenali dan mencintai Baginda . Ingatlah hadith tentang sebatang pohon kurma yang tak bernyawa, betapa ia menyayangi dan mencintai Nabi serta rindu untuk selalu dekat dengan Nabi yang mulia, malah menangis sebanyak-banyaknya kerana rindu kepada Nabi .”

    Al-Mausu’ah al-Yusufiyyah fi Bayan Adillah ash-Shufiyyah, ms. 141.
    ibid, 139.
    Kitab Maulid al-Barzanji adalah antara kitab yang sangat masyhur nama dan keberkatannya. Di Malaysia dan alam Melayu khususnya, kitab ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama asal kitab ini ialah ‘Iqd al-Jawahir (ertinya kalung permata). Nama Barzanji diambil dari nama pengarangnya iaitu Syaikh Jaafar al-Barzanji bin Husin bin Abd al-Karim, berasal dari sebuah tempat di Kurdistan, Barzinj. Kitab ini disusun untuk menceritakan tentang kehidupan Nabi Mulia, Rasulullah , silsilah keturunannya, masa kehidupan dari kanak-kanak, remaja, pemuda, sehingga diangkat menjadi Rasul. Ia juga mengisahkan sifat-sifat mulia yang dimiliki Baginda untuk dijadikan teladan umat manusia.
    Lihat kitab beliau Maidah al-Fikr al-Islamiyyah, ms. 295.
    Lihat Al-Bayan al-Qawim li Tashhih Ba’dh al-Mafahim, ms. 33. Hadith tentang diriwayatkan oleh ramai para ulama’ dan Huffaz umpama diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Al-Bukhari, At-Tirmizi, Ibn Majah, Ad-Darimi, Ibn Hibban, Ibn Abi Syaibah, Ath-Thobrani dan Abu Ya’la.

    Beliau mengatakan lagi dalam kitabnya Al-Bayan lima Yasyghal al-Azhan:

    “Dan mengadakan sambutan peringatan Maulid Nabi termasuk daripada amalan yang paling afdhal dan qurbah yang paling besar, kerana sesungguhnya sambutan itu adalah manifestasi atas kegembiraan dan kecintaan kepada Baginda . Dan mahabbah (cinta) kepada Nabi adalah satu dasar daripada dasar-dasar iman. Dan sesungguhnya telah shahih yang sesungguhnya Nabi telah bersabda: “Demi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari ayah dan anaknya.” Dan sesungguhnya, Baginda bersabda: “Tidaklah (sempurna) iman seseorang daripada kamu sehinggalah Aku lebih dicintainya dari anak, ayah dan manusia seluruhnya.”
    (Syaikh Ali Jum’ah juga menyebutkan:)

    “Dan sejumlah para ulama’ dan fuqaha’ telah menulis tentang bolehnya menyambut Maulidur Rasul yang mulia dengan dalil-dalil yang shahih tentang sunatnya perkara ini. Oleh itu, orang yang berakal, mempunyai kefahaman dan pemikiran yang benar tidak akan mengingkari apa yang telah dibuat oleh para Salafus Soleh yang menyambut majlis peringatan kelahiran Nabi . Di dalam kitab Al-Madkhal, Ibn Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan-keutamaan Maulidur Rasul dan mengemukakan huraian yang penuh manfaat yang membuat hati orang-orang yang beriman menjadi lapang dan tenang. Perlulah diketahui bahawa beliau sendiri menulis kitab tersebut dengan tema mencela perkara-perkara bid’ah yang diada-adakan yang terkeluar dari dalil Syariat.”

    Oleh kerana beliau memuji dan memuliakan Maulidur Rasul dalam buku yang sama, ia tidaklah termasuk dalam perkara bid’ah (Dhalalah) mengikut Ibn Hajj.

    Syaikh Yusuf al-Qardhawi menyebutkan di dalam ceramahnya:

    تُذَكُّرُ النَّاسِ لِلْمَعَانِي الطَّّّيِّبَةِ وَلِلسِّيَرِ الْفَاضِلَةِ هَذَا أَمْرٌ مَحْمُودٌ، وَلاَ يَنبَغِي أَن يُذَمَّ، وَلِذَلِكَ لاَ مَعْنىَ لأَن يَقُولَ بَعْضُ النَّاسِ: إِنَّكُمْ تَبْتَدِعُونَ حِينَمَا تُحْيُونَ ذِكْرَ مَوْلِدِ رَسُولِ اللهِ ، فَنَحْنُ نُذَكِّرُ النَّاسَ بِنِعْمَةِ رِسَالَةِ رَسُولِ اللهِ ، بِهَذِهِ الرِّسَالَةِ الَّتِي وَصَفَهَا اللهُ بِقَوْلِهِ: (( وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ ))
    “Mengingatkan manusia kepada makna-makna yang baik dan perjalanan sirah yang terpuji, ini adalah suatu perkara yang dipuji, dan tidak sepatutnya dicela. Oleh itu, tidak ada faedah sesetengah orang yang berkata: “Sesungguhnya kamu melakukan bid’ah ketika kamu menghidupkan (menyambut) majlis memperingati Maulidur Rasulullah .”

    Al-Qahirah: Al-Maqthum li An-Nasyr wa at-Tauzi’, Cetakan Pertama, 1425H/ 2005M, ms. 164.
    Rujuk Al-Bayan lima Yasyghalu al-Azhan, ms. 165.

    Kita mengingatkan manusia dengan suatu nikmat risalah Rasulullah , yang dengan risalah inilah, yang disifatkan oleh Allah dalam firmanNya: (Mafhumnya): ““Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (Surah Al-Anbiya’: 107).”

    Syaikh Yusuf Khator menyebutkan:

    اِعْلَمْ أَنَّ مِنَ الْبِدَعِ الْمَحْمُودَةِ عَمَلُ الْمَوْلِدِ الشَّرِيفِ مِنَ الشَّهْرِ الَّذِي وُلِدَ فِيهِ.

    “Ketahuilah bahawasanya di antara Bid’ah yang dipuji ialah amalan menyambut Maulid Nabi yang mulia dari bulan yang dilahirkan Baginda padanya.”
    (Beliau menyebutkan lagi:)

    فَاْلإِجْتِمَاعُ لِسِمَاعِ قِصَّةِ صَاحِبِ الْمُعْجِزَاتِ عَلَيْهِ أَفْضَلُ الصَّلَوَاتِ وَأَكْمَلُ التَّحِيَّاتِ مِنْ أَعْظَمِ الْقُرُبَاتِ لِمَا يَشْمَلُ عَلَيْهِ مِنَ الْمُعْجِزَاتِ وَكَثْرَةِ الصَّلَوَاتِ.

    “Maka perkumpulan untuk mendengar kisah yang empunya mukjizat (Rasulullah ), ke atasnya seafdhal-afdhal selawat dan sesempurna tahiyyat adalah termasuk dalam perkara taqarrub (mendekat diri kepada Allah) yang terbesar kerana ia mencakupi mukjizat-mukjizat dan banyaknya selawat.”

    Di dalam kitab I’anah ath-Tholibin disebutkan:

    وَمِنْ أَحْسَنِ مَا ابْتَدَعَ فِي زَمَانِنَا مَا يَفْعَلُ كُلَّ عَامٍ فِي الْيَوْمِ الْمُوَافِقِ لِيَوْمِ مَوْلِدِهِ مِنَ الصَّدَقََاتِ وَالمَعْرُوفِ وَإِظْهَارِ الزِّينَةِ وَالسُّرُورِ.

    “Dan termasuk yang terbaik dari apa yang dibuat pada zaman kita ialah apa yang disambut setiap tahun yang bertepatan dengan hari kelahiran Rasulullah dengan bersedekah dan berbuat kebaikan serta menzahirkan perhiasan dan kesukaan.”

    Guru dan sahabat Al-Faqir, Al-Fadhil Ustaz Abu Muhammad menulis:

    “Maulid Barzanji telah masyhur di rantau sebelah kita. Amalan membacanya telah menjadi tradisi masyarakat kita di alam Melayu ini. Ketibaan bulan kelahiran Junjungan Nabi memeriahkan lagi majlis-majlis pembacaan kitab Maulid Barzanji dan alhamdulillah ianya masih berkekalan sehingga ke saat ini, walaupun dikecam dan disesatkan oleh puak kaum mudah. Sungguh menghairankan bila membaca kitab sirah yang sarat dengan mahabbatur Rasul (cinta kepada Rasulullah), tiba-tiba hendak diharamkan sebab kononnya bid’ah, kononnya ada unsur pengagungan yang berlebihan, kononnya ada syirik, sedangkan apa yang didakwa syirik dan berlebihan itu hanyalah kesalahan mereka dalam memahami kata-kata Imam Ja’far al-Barzanji akibat kail mereka yang hanya sejengkal untuk menduga lautan dalam …Allahu … Allah. Syukurlah, amalan bermaulid, bermarhaban dan membaca Barzanji telah mendapat sokongan dan dokongan para ulama’ kita antaranya seperti di Sarawak ini oleh almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji Abdul Kadir Hassan. Datuk Kadir Hassan dalam fatwanya menyatakan:-

    • Anonymous permalink
      15/08/2012 2:57 pm

      Salam, saudara. Adakah kecintaan seseorang itu kepada Rasulullah boleh diukur hanya dengan menyambut Maulud Nabi? Dan adakah seseorang itu dikatakan tidak cinta dan sayang kepada Nabi sekiranya dia tidak menyambut Maulud Nabi? Benarkah semua ulama di dunia ini membenarkan kita menyambut/meraihkan Maulud Nabi?

    • Anonymous permalink
      15/08/2012 3:40 pm

      Agama dan adat/tradisi adalah berbeza. Masalah umat Islam pada hari ini ialah tidak boleh membezakan agama dengan adat. Adat/tradisi dianggap sebagai agama sedangkan agama itu sepatutnya bersandarkan kepada Quran dan Sunnah. Cinta dan sayang kepada Rasulullah adalah berbeza dengan menyambut Maulud Nabi. Saya cinta dan sayang kepada Nabi. Oleh itu, saya sentiasa selawat kepada Nabi dan saya mencuba sedaya upaya saya untuk berpegang kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda. Saya juga mencuba sedaya upaya untuk mengamalkan Sunnah Nabi. Namun saya tidak menyambut Maulud Nabi. Wallahu’alam.

      • Aisyah muhammad permalink
        08/03/2013 8:45 am

        kalau cinta dan sayang kepada Nabi kenapa tidak suka bila ada sambutan memuliakan Nabi s.a.w?
        Kalau smbut maulid bida’ah, nabi dan sahabat xbuat, mcm mana dgn hidup kita skarang yg penuh dgn perkara yg nabi tak buat..
        saudara bila keluar rumah, nak pergi tempat kerja naik apa? Kalau saudara naik kereta atau bas, atau motor, maka saudara dh buat bidaah sbb nabi tak pernah naik kereta, bas atau motor..

        Bidaah ada yg baik dan ada yg buruk.

        Selagi mana content/ isi kandungan dlm majlis maulid tu tdk bercanggah dgn syariat islam, maka ia dibenarkan..

        Dalam mjlis maulid, dibacakan sirah nabi s.a.w..salahkah?
        juga dibacakan ayat suci al-quran.. salahkah?
        ada majlis zikir dan tzkirah.. ini pun salah?
        solat jamaah xpayah nak cerita, psti ada juga..salahkah?
        dan ada pemberian makanan oleh pihak penganjur..
        umat islam dpt mengeratkan silaturrahim..bukankah nabi menganjurkan silaturrahim? ini pun salahkah?
        fikirlah guna akal, xsemua perkara yg nabi tidak buat, maka kita tdk dibenarkan buat..

        inti daripada sambutan maulid nabi adalah menanamkan kecintaan kpd nabi.. memuliakan semulia2 makhluk di alam ini.. adakah salah?
        sahabat nabi memang tdk menyambut maulid tapi mereka memuliakan nabi…
        maka dgn smbutan maulid ini, ia adalah salah satu cara untuk memuliakan nabi.. tapi, kami tdk menafikan, memuliakan nabi juga dgn cara brselawat, mengamalkan sunnah..itu smua ada trkumpul dlm satu majlis ilmu..

        “Apabila kamu melalui majlis2 ilmu, maka bersenang2lah didalamnya dan ambillah bekal drpd majlis ilmu itu”

        Kalau benar cinta kepada Nabi, sepatutnya kita gembira melihat orang lain menyambut kelahiran “ORANG YANG KITA CINTAI”..

        wallahua’lam

    • Anonymous permalink
      15/08/2012 3:44 pm

      Bagaimana kita boleh menyambut Maulud Nabi sedangkan tarikh kelahiran Rasulullah pun masih lagi belum disepakati oleh para ulama? Manakah nas/dalil yang menunjukkan/membuktikan Rasulullah S.A.W dilahirkan pada 12 Rabi’ul Awal?

    • Anonymous permalink
      15/08/2012 3:51 pm

      Bida’ah itu lebih dasyat daripada perkara-perkara yang haram. Orang yang melakukan maksiat masih mempunyai harapan untuk bertaubat kerana mereka tahu maksiat yang mereka lakukan itu adalah Haram. Sebaliknya orang yang melakukan bida’ah pula sentiasa merasakan bahawa amalan/perbuatan bida’ah mereka betul. Maka mana mungkinkah mereka bertaubat. Sedang dalam hadith Muslim, Nabi kata bida’ah itu tempatnya dalam neraka. Wallahu’alam.

      • Anonymous permalink
        08/03/2013 8:51 am

        naik kereta, bidaah kan? sebab nabi xpernah naik kereta…
        habislah, semua org masuk neraka.. wal’iyazu billah

        xsemua bidaah tu buruk..

  18. zaul permalink
    12/08/2012 8:49 am

  19. Husni permalink
    19/08/2012 12:16 am

    Sape pulak kata kecintaan seseorang itu kepada Rasulullah boleh diukur hanya dengan menyambut Maulud Nabi??? Kami x pernah kata macam tu pun. Jangan nak buat benda ‘bidaah’ pulak. Kami x ada masalah langsung kalau kamu semua x nak sambut maulid. Jadi, kamu semua x payah la membidaahkan maulid ni. Kamu semua x suka kalau org lain panggil kamu wahabi. Kami pun x suka kamu panggil kami ahli bidaah. Kami ada hujah kenapa kami buat maulid. Kamu pun ada hujah kenapa kamu x nak buat maulid. Kami hormat kamu semua x nak buat maulid. Jadi hormat kami yang nak buat maulid ni. Hentikan timbul perkara yang timbulkan pepecahan umat islam. Banyak lagi kemungkaran yang memang betul bidaah yang ada yang kamu boleh cegah. Hormatilah pendapat org lain. X guna kalau kamu belajar agama tapi kamu x reti hormat org lain. Kami boleh hormat org2 salafi kalau kamu semua hormat kami. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa.

  20. Husni permalink
    19/08/2012 12:21 am

    Jawapan Kepada Golongan Yang Mempertikaikan Maulid
    Alhamdulillah. Setinggi pujian kita rafa`kan ke hadrat Allah Rabbul Jalil di atas limpahan nikmatnya kita dipertemukan dan dapat melalui hari-hari bulan Rabi` al-Awwal tahun ini yang menyuburkan ingatan dan ikatan kasih kita dengan kekasihNya, Nabi kita, Sayyiduna Muhammad SAW. Nampaknya sambutan umat Islam di serata pelusuk dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat. Masih banyak lagi majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabi` al-Awwal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita. Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

    Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid. Pada tahun ini, suara-suara ini turut ‘menumpang’ isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di salah sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara, yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama, yang mempermasalahkan, mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid. Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadhilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud Bid`ah yang sesat). Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan. Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan. Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

    Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi. Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita sikapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

    Malangnya, sebahagian suara-suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar. Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya. Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah `Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.

    Kerangka Fikir Menolak Maulid

    Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut mempermasalahkan dan berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah. Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama :

    Pertamanya : fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep Bid`ah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan Bid`ah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua Bid`ah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan Bid`ah ini.

    Kedua : mereka terlalu menekankan sikap Ittiba` (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba` dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta`dzim (mengagungkan), Tasyaffu` (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

    Ketiga : mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

    Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil-kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana Umat. Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurangpun dikira sebagai Bid`ah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut,

    “Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku.”

    ( Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)

    Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba`, Hubb, Ta`dzim, Tasyaffu`, Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

    Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti Umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Aqidah/Tauhid, Shariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawwuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik. Para pemuka ulama Umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma` Sukuti (ijma` senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.

    Keinsanan Rasulullah SAW

    Dalam kehangatan kita cuba mendaulatkan dan menyanjung Nabi SAW di musim Maulid tahun ini, seorang penulis kolum telah memilih untuk membahaskan isu keinsanan para Rasul AS mengikut fahaman yang tersendiri. Pemilihan masa dan cara penulisan tulisan tersebut nampaknya cuba menghantar beberapa mesej yang bercanggah dengan sambutan Maulid Nabi SAW. Antara mesejnya adalah, keinsanan Nabi SAW ditonjolkan agar tumpuan diberikan terhadap al-Quran dan bukan diri Nabi SAW. Mukjizat yang berkaitan dengan diri Nabi SAW cuba dikecilkan kononnya untuk mengelakkan pelampauan dalam memuji Nabi SAW. Olahan sebegini terhadap mukjizat peribadi Nabi SAW turut dimaksudkan untuk mempermasalahkan keistimewaan yang boleh dikurniakan oleh Allah SWT kepada insan-insan pilihannya yang lain seperti Irhas dan Karamah.

    Seperti biasa, kolumnis tersebut membawa beberapa dalil al-Quran dan Hadis untuk mendokong `tesis’nya itu. Cuma, jika diperhalusi, kesemua dalil-dalil ini telah ditafsirkan dan diletakkan dalam kerangka yang sesuai dengan kecenderungan penulis. Misalnya, ketika memetik ayat 110, Surah al-Kahfi yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku…” penulis tidak pula menegaskan bahawa walaupun Nabi SAW itu insan, tetapi sebagai insan yang menerima wahyu Baginda SAW bukanlah sama dengan insan biasa. Menerima wahyu adalah tugas berat dan istimewa dan Rasulullah SAW telah dipilih serta dipersiapkan lebih awal untuk proses itu. Setelah Baginda SAW menerima wahyu pula, Baginda SAW terus-menerus meningkat keistimewaannya dan tidak sama sekali boleh di samakan dengan insan biasa.

    Penulis turut menukilkan ayat-ayat yang menegaskan bahawa mukjizat Nabi SAW hanya berlaku dengan izin Allah SWT. Isu ini tidak pernah dipertikaikan oleh mereka yang mengagungkan Nabi SAW. Dalam menjulang Nabi SAW, para ulama dan umat Islam arus perdana tetap melakukannya dalam kerangka tauhid. Mereka tetap mengembalikan segala keistimewaan Baginda SAW kepada izin, ketentuan dan iradah Allah SWT.

    Kolumnis ini juga memetik hadis dimana Baginda SAW melarang kita daripada memujinya berlebihan seperti orang Kristian memuji Nabi Isa AS. Tetapi beliau tidak menyatakan pandangan para ulama yang rata-rata memahami hadis tersebut sebagai larangan bersyarat. Dilarang memuji Nabi SAW, jika pujian tersebut sampai ke tahap mengatakan Nabi Muhammad SAW sebagai anak Allah dan lain-lain dakwaan melampau Kristian tentang Nabi Isa AS. Adapun pujian setinggi manapun, selagi tidak sampai ke tahap itu, memang layak dan sesuai dengan ketinggian dan keistimewaan Nabi Muhammad SAW disisi Allah SWT.

    Kolumnis tidak pula membawa dalil-dalil al-Quran dan Hadis yang menjulang dan memuji Nabi SAW. Tidak juga merujuk kepada sikap dan perbuatan para Sahabat RA dalam memuliakan dan membesarkan Nabi SAW. Para Sahabat RA, merupakan generasi yang paling memahami dan menjiwai al-Quran dan Sunnah tetapi apa yang mereka lakukan dalam memuliakan Nabi SAW adalah jauh melebihi apa yang kita lakukan di dalam atau di luar majlis-majlis Maulid yang kita anjurkan.

    Seperti beberapa tulisan sebelum ini, kolumnis ini juga memberi gambaran yang buruk terhadap hubungan antara murid dan guru dalam dunia kerohanian Islam. Beliau mengajak pembaca untuk menilai dunia yang begitu dimuliakan oleh para ulama Islam ini dengan merujuk kepada fenomena yang berlaku dalam kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang menisbahkan diri kepada dunia Tasawwuf dan Tarekat. Ini bukanlah sikap yang jujur mahupun ilmiyyah dalam menilai ajaran dan fahaman arus perdana dalam dunia tersebut.

    Sebenarnya kecenderungan memperkecilkan mukjizat dan khususiyyah Nabi SAW serta Karamah para ulama-awliya’ pewaris Baginda SAW, adalah suatu percubaan meletakkan semua orang di martabat yang sama dalam Islam. Tindakan menyamaratakan (levelling) semua orang dalam Islam ini adalah jelas bercanggah dengan ajaran Islam bahkan dengan fitrah alam. Ia akan mengakibatkan hilangnya autoriti dalam Islam yang akan menghakis keutuhan keseluruhan Islam itu sendiri. Akhirnya sesiapa sahaja boleh cuba bercakap bagi mewakili Islam. Sikap menafikan keistimewaan mereka yang benar-benar istimewa dalam Islam ini adalah lebih buruk dan bahaya jika ia merupakan strategi licik untuk menggantikan tempat para tokoh-tokoh ikutan muktabar umat selama ini dengan ikutan terhadap tokoh-tokoh aliran dan kelompok sendiri.

    Sikap Yang Sepatutnya

    Latarbelakang isu ini adalah perasaan kasih dan membesarkan Nabi SAW yang dikongsi dan disepakati semua. Oleh itu, rasanya dalam isu yang satu ini, hasil perbincangan ringkas di atas, tidaklah sepatutnya begitu sukar untuk mereka yang tidak terlalu keras sikapnya untuk bersama-sama bersikap positif terhadap sambutan Maulid Nabi SAW.

    Bagi mereka yang selama ini memang mendokong Maulid, mereka sewajarnya lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh meraikan dan menyambutnya. Tinggal lagi mereka harus sentiasa mempertingkatkan tahap kefahaman dan penghayatan mereka dalam sambutan Maulid yang mereka amalkan. Kaedah dan caranya harus dimuhasabah agar benar-benar berkesan serta diberkati agar matlamat-matlamat tertinggi di sebalik sambutan Maulid dapat dicapai dan dijelmakan.

    Bagi segelintir orang-orang agama yang cenderung menentang dan alahan kepada Maulid, kita mencadangkan kepada mereka bahawa sudah ada banyak hujah dan asas ilmiyyah untuk membolehkan mereka melunakkan sikap mereka dalam bab Maulid ini. Kalaupun mereka masih enggan menyambutnya, ambillah serendah-rendah sikap yang terhormat dengan menganggapnya sebagai isu yang masih khilaf didalam Islam. Maka tidaklah wajib malah dilarang bagi mereka untuk mengingkari pandangan yang berbeza dalam mana-mana isu khilafiyyah. Adalah lebih terlarang untuk mengingkari Maulid jika ia akan menimbulkan ketegangan dan memecahkan kesatuan umat. Jika kebetulan mereka ini turut merupakan orang-orang politik yang bergerak di gelanggang politik pilihanraya, adalah terlebih wajar mereka melunakkan sikap dan tidak terlalu alahan terhadap Maulid. Bersikap keras terhadap Maulid hanya akan mengurangkan keyakinan umat Islam terhadap kepimpinan mereka.

    Bagi muslimin-muslimat yang dari kalangan awam yang masih keliru dan ragu-ragu dengan perbahasan yang kita kemukakan disini kita menyeru agar mereka terus mengkaji dengan saksama, bersyura dan beristikharah. Rujuklah tulisan dan pandangan ulama muktabar yang lebih terperinci berkenaan isu ini. Kita akui bahawa tidak sesuai di ruangan ini untuk kita menulis secara terlalu terperinci mahupun terlalu berterus-terang. Inilah sekurang-kurangnya yang wajib mereka lakukan kalau mereka mahu turut terjun ke gelanggang urusan para ulama dan mereka yang mengkhusus dalam ilmu-ilmu Islam. Itu pun dengan menjaga adab-adabnya dan dengan tetap akur bahawa isu-isu agama adalah satu bidang yang kepakaran yang menuntut pengkhususan seperti bidang-bidang pengkhususan yang lain. Jika mereka tidak sanggup dan memangpun mereka tidak dituntut mengkaji seperti para ulama mengkaji, maka mereka sepatutnya mengikut pandangan muktabar sama ada yang telah diangkat sebagai fatwa rasmi ataupun tidak. Itu adalah sikap yang lebih selamat dan sejahtera bagi agama mereka.

    Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

    Sumber : http://Bahrusshofa.Blogspot.Com

  21. Husni permalink
    19/08/2012 12:23 am

    Jika ada mereka yang bertanyakan mengapa menyambut maulidul rasul. Maka jawapannya begini :

    1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

    فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)

    Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.

    (Surah al A’raf 157)

    Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.

    ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَيۡتُمُ ٱلزَّڪَوٰةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِى وَعَزَّرۡتُمُوهُمۡ وَأَقۡرَضۡتُمُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنً۬ا لَّأُڪَفِّرَنَّ عَنكُمۡ سَيِّـَٔاتِكُمۡ وَلَأُدۡخِلَنَّڪُمۡ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ

    Bahawa Aku adalah berserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanKu) dan kamu muliakan mereka dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.

    (Surah al Ma’idah ayat 12)

    Erti “azzartumuhum” ialah “memuliakan mereka” (Tafsir Tabari, juz VI halaman 151) Orang yang memuliakan Nabi akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan menyambut Maulid Nabi adalah dalam rangka memuliakan Nabi.

    2. Saya ingin menyemaikan perasaan cinta kepada RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam. Di kala ramai orang yang kini semakin jauh dari perasaan cinta kepada baginda. Bukankah rasuluLlah bersabda begini :

    “Belum sempurna iman seseorang dari kamu. kecuali aku lebih dikasihinya berbanding dengan keluarganya, dan hartanya dan manusia keseluruhannya.”

    (Riwayat Muslim juz 11, hlm 15)

    Ahh.. bukankah kita sendiri meraikan ulang tahun kelahiran sendiri ? Ibu dan ayah. Bahkan ada pula golongan yang meraikan kelahiran ‘mujaddid’ mereka sendiri ? Jika kita sendiri pun menyambut hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir diri dan juga orang lain. Mengapa kita tidak menyambut hari kelahiran manusia agung yang pengutusannya ke muka bumi ini memberi rahmat kepada sekalian alam ?

    Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata kepada Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam :

    “Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri”. Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata : “Tidak, wahai Umar. Sampai aku lebih kamu cintai daripada dirimu sendiri.” Saidina Umar radiyaLlahu ‘anhu berkata, “Demi Allah subahanahu wa ta’ala, engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Baginda sallaLlahu ‘alaihi wasallam berkata, “Sekarang wahai Umar.”

    (Hadith Riwayat Bukhari, Sohih Bukhari, vol 6 hlmn 2445)

    3. Maulidul Rasul itu tidak pernah dibuat oleh RasuluLLah dan ia bid’ah sesat ?

    Ada dalil umum bagaimana RasuluLlah sendiri pernah menyebut mengenai hari-hari kebesaran contohnya :

    Bahawasanya Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam datang ke Madinah, maka Baginda sallaLLahu ‘alaihi wasallam mendapati di situ orang-orang Yahudi berpuasa pada Hari Asyura iaitu hari 10 Muharram, maka Nabi bertanya kepada orang Yahudi itu: Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura ?

    Jawab mereka : ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Fir’aun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami puasa kerana bersyukur kepada Tuhan. Maka RasuluLlah bersabda : Kami lebih patut menghormati Musa dibanding kamu”

    (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

    Banyak sebenarnya perkara yang tidak pernah dibuat oleh RasuluLlah tetapi dilakukan oleh sahabat dan para salafussoleh melalui ijtihad mereka dalam perkara ibadah contoh yang senaraikan oleh bekas Mufti Iraq iaitu Sheikh Abdul Malik Abdul Rahman as Sa’adi :

    1. Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam pernah menyamakan (qiyas) hukum menunaikan haji dan berpuasa untuk seorang yang telah mati dengan hutang terhadap hamba ALlah yang ia wajib tunaikan. (Fath al Bari, jld 4, m.s 64)

    Walaupun ini tidak dianggap hukum yang telah ditetapkan oleh qiyas tetapi dengan nas, kerana RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam diberi kebenaran untuk mengeluarkan hukum, tetapi ini sebenarnya baginda telah membuka satu peluang atau laluan atau pintu kepada umatnya secara umum akan keharusan menggunakan qiyas. Terutama di dalam persoalan ibadah khusus kerana haji dan puasa adalah di antara bentuk ibadah.

    2. Saidina Umar berpendapat bahawa tidak batal puasa seseorang yang berkucup dengan isterinya, kerana mengqiyaskan dengan berkumur-kumur ketika berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al Baihaqi).

    3. Dalam menetapkan satu miqad baru iaitu Zatu Irq bagi jemaah Haji atau Umrah yang datang dari sebelah Iraq, Saidina Umar mengqiyaskannya dengan tempat yang setentang dengannya iaitu Qarn al Manazil. Sedangkan RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam hanya menetapkan empat tempat sahaja sebagai miqat tetapi Saidina Umar menambah satu lagi iaitu Zatu Irq (menjadi lima). (Lihat al Mughni, jld 3, m.s 3 258 dan Fath al Bari m.s 389)

    4. Saidina Uthman mewujudkan azan dua kali (pertama dan kedua) pada hari Jumaat diqiyaskan dengan azan 2 kali pada solat subuh dengan alasan bahawa azan yang pertama pada Solat Subuh disyariatkan pada zaman RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur, maka begitu juga azan yang pertama pada solat Jumaat untuk mengingatkan mereka yang sedang sibuk berniaga di pasar dan yang bekerja (Nailul al Authar : 3/322)

    5. Jumhur ulama mengharuskan dua solat sunat yang bersebab pada waktu yang makruh diqiyaskan dengan solat sunat selepas Zohor yang diqadha’ oleh RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam selepas Solat Asar ( Lihat al Nawawi, Syarah sahih Muslim: 6/111)

    6. Sebilangan besar pada ulama berpendapat, menyapu tangan sampai ke siku ketika tayammum adalah wajib diqiyaskan dengan membasuh kedua tangan ketika berwudhuk. (Lihat Mughni al Muhtaj:1/99 dan al Mughni: 1/204)

    7. Bagi ulama yang berpendapat bahawa solat sunat sebelum Solat Jumaat adalah sunat muakkad mengqiyaskan dengan solat sunat sebelum Zohor. Manakala sebilangan ulama lain di antaranya Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim berpendapat bahaya ia adalah sunat (sunat mutlak bukannya sunat muakkad) mengqiyaskannya dengan solat sunat hari raya yang tidak ada solat sunat (muakkad) sebelum solat tersebut. ((Al Fatawa: 24/194)

    8. Sesetengah ulama bermazhab Hanafi mengqiyaskan air yang banyak yang tidak terjejas apabila jatuh najis ke dalamnya dengan air laut dari segi banyaknya. (al Mushili, al Ikhtiyar: 1/14)

    9. Para ulama bermazhab Hambali mengharuskan ganti dengan memberi makanan sebagai kaffarat bunuh (yang tidak sengaja), kerana mengqiyaskannya dengan kaffarat zihar dan kaffarat jimak pada siang hari Ramadhan (Al Mughni: 8/97)

    10. Menurut Imam Ahmad dalam satu riwayat daripadanya, dibasuh setiap benda yang terkena najis sebanyak tujuh kali, salah satunya dengan air tanah, kerana beliau mengqiyaskannya dengan sesuatu yang terkena najis anjing atau babi (Al Mughni: 1/54-55)

    11. Menurut Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, diwajibkan berdiri sekadar yang termampu bagi sesiapa yang tidak mampu berdiri dengan sempurna ketika solat samada kerana ketakutan atau kerana atap hendak roboh diqiyaskan dengan hukum berdiri seorang yang bongkok. (Al Mughni: 2/144)

    12. Imam Malik berpendapat, diharuskan melewatkan solat bagi mereka yang ketiadaan air diqiyaskan dengan seorang perempuan yang kedatangan haid yang diharuskan melewatkan solatnya (al Mughni: 1/250)

    13. Imam Abu Hanifah dan Imam asy Syafie berpendapat, sah tayammum bagi seorang yang berhadas besar dengan niat mengangkat hadas kecil diqiyaskan dengan sahnya wudhuk selepas membuang air kecil atau besar (walaupun tanpa niat untuk mengerjakan solat). (Al Mughni: 1/267)

    14. Imam Malik membolehkan qadha’ solat malam yang terluput, iaitu dikerjakannya selepas terbit fajar sebelum solat Subuh diqiyaskan dengan solat witir. Tetapi ini adalah salah satu pendapat Imam Malik berhubung dengan masalah ini. (al Mughni:2/120)

    15. Imam Abu Hanifah, Ath Thauri dan Al Auza’ie membolehkan lewat solat bagi mereka yang tidak menemui air dan tanah sehinggalah menemuinya, kemudian mengqadha’nya diqiyaskan dengan melewatkan puasa bagi wanita yang kedatangan haid (Al Mughni: 1/267)

    Ini hanya sebahagian kecil daripada sebilangan besar persoalan ibadah yang dikeluarkan hukumnya berdasarkan kaedah qiyas. Qiyas ini adalah ijtihad dan pandangan. Oleh itu, sesiapa yang melarang menggunakan qiyas di dalam ibadah secara mutlaq, maka pendapatnya tidak dapat diterima sebagaimana yang dinyatakan tadi.

    Ibnu Umar radiyaLlahu anhu berpendapat, solat Sunah Dhuha tidak digalakkan di dalam syariat Islam melainkan bagi mereka yang tiba dalam permusafiran. Beliau hanya mengerjakannya ketika tiba di Masjid Quba. Ini diriwayatkan oleh Al Bukhari daripada Mauriq katanya :
    “Aku pernah bertanya kepada Ibnu Umar RadiyaLlahu ‘anhu.” Adakah kamu bersolat Dhuha? Beliau menjawab “Tidak”, Aku bertanya lagi “Adakah Umar mengerjakannya?” Beliau menjawab “Tidak”. Aku bertanya lagi ” Abu Bakar?” Jawabnya: “Tidak” Aku bertanya lagi: “RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam?” Jawabnya “Aku tidak pasti”.

    Menurut al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani:

    “Sebab tawaqqufnya Ibnu Umar pada masalah itu kerana beliau pernah mendengar daripada orang lain bahawa RasuluLlah sallaLlahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakannya tetapi beliau tidak begitu mempercayai perkara itu daripada seorang yang menyebut kepadanya.”.

    Maka, beliau menganggap solat Dhuha adalah di antara bid’ah yang baik sepertimana yang diriwayatkan oleh Mujahid daripada beliau (Ibnu Umar).

    Menurut Al A’raj:

    “Aku pernah bertanya Ibnu Umar berkenaan Solat Sunah Dhuha? Beliau menjawab: “Ia adalah bid’ah dan sebaik-baik bid’ah”

    . (Fath al Bari: 3/52)

    Sepertimana yang telah dinyatakan daripada Ibnu Umar tadi, membuktikan bahawa perkara-perkara yang baharu diwujudkan dalam ibadah memang berlaku dan diakui oleh pada sahabat RadiyaLlahu ‘anhum sendiri.

    4. Adakah contoh para salafussoleh yang menyambut maulidul Rasul ?

    Prof Dr Ali Jum’ah iaitu Mufti Mesir menjawab begini :

    Telah menjadi kebolehan (keharusan) dan tradisi di kalangan salafussoleh sejak abad ke 4 dan ke 5 merayakan peringatan maulid nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam yang agung. Mereka menghidupkan malam maulid dengan pelbagai ketaatan dan ibadah pendekatan kepada Allah seperti memberi makan fakir miskin, membaca al Quran, berzikir, melantunkan puisi-puisi dan puji-pujian tentang rasuluLlah. Hal ini ditegaskan oleh sebilangan ulama seperti : Al Hafizh Ibnu Jauzi, Al Hafizh Ibnu Katsir, Al Hafizh Ibnu Dihyah, al Hafizh Al Hebatusi, Al Hafizh Ibnu Hajar dan Penutup Huffazh (para penghafaz hadith dalam jumlah yang sangat banyak) Jalaluddin Al Suyuthi.

    5. Ulamak lain yang membenarkan ?

    Dalam kitab al Madkhal, Ibnu Hajj menjelaskan dengan panjang lebar tentang keutamaan yang berkaitan dengan perayaan ini dan dia mengemukakan huraian penuh manfaat yang membuat lapang hati orang yang beriman.

    Imam Jalaluddin al Suyuthi dalam bukunya ‘Husnul Maqshid fi Amalil Maulid’ memberikan penjelasan tentang Maulid Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam :

    Menurutku, bahawa hukum dasar kegiatan maulid yang berupa berkumpulnya orang-orang yang banyak, membaca beberapa ayat-ayat al Quran, menyampaikan khabar-khabar yang diriwayatkan tentang awal perjalanan hidup Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam dan tanda-tanda kebesaran yang terjadi pada waktu kelahiran Baginda, kemudian dihidangkan makanan untuk mereka dan emreka pun makan bersama, lalu mereka pun berangkat pulang, tanpa ada tambahan kegiatan lain. Adalah termasuk bid’ah hasanah dan diberikan pahala bagi orang yang melakukannya. Imam para hafizh Abu Fadhl Ibnu Hajar telah menjelaskan dasar hukumnya sunnah.

    Imam Abu Syamah berkata :

    Suatu hal yang baik ialah apa yang dibuat pada tiap-tiap tahun bersetuju dengan hari maulud Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam memberi sedekah, membuat kebajikan, maka hal itu selain berbuat baik bagi fakir miskin, juga mengingatkan kita untuk mengasihi junjungan kita Nabi Muhammad sallaLlahu ‘alaihi wasallam membesarkan beliau, dan syukur kepada Tuhan atas kurniaanNya, yang telah mengirim seorang Rasul yang dirasulkan untuk kebahagiaan seluruh makhluk

    (I’anatut Tholibin, juzu’ III, halaman 364) – Imam Abu Syamah adalah seorang ulamak besar Mazhab Syafie dan merupakan guru kepada Imam An Nawawi.

    Ya Allah jadikanlah kami senantiasa menyintai Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam

  22. naimMD permalink
    25/09/2012 10:08 am

    bandingkan dengan abu bakar dan umar, dengan kite? suatu perbandingan yang tidak adil
    mereka dapat bersama2 rasulullah…. melihat rasulullah, mendengar suara rasulullah..
    subhanallah beruntungnya mereka….
    kita tak dapat tgk…tak dapat dengar… hanya baca quran, hadis, sirah nabi dll…
    maulid nabi adalah suatu tektik utk menghangatkan lagi cinta kepada rasulullah..
    sepatutnya cinta pada rasul ni setiap masa lah… tp tak sah cong la…
    kite ni tahap orang awam… sekejap kite ingt… banyakkkk kite lupa…

  23. Emisar permalink
    24/11/2012 1:05 pm

    Ciri yang sangat mudah di kenali dari pembela bidah ialah mereka mengetahui dan mengakui sesuatu itu bukan datang dari alquran atau rasul s.a.w. tetapi nafsu mereka sangat suka kepada ciptaan sendiri. Kalau orang lain ingkar akan di label sebagai anti kebaikan mereka, niat baik, tujuan mereka dsb.Timbullah gelaran tertentu untuk menakutkan penyokong mereka. Maknanya tujuan menghalalkan cara! Mereka bercelaru yang manakah ibadat dan yang manakah adat. Mereka jadikan ianya seperti rojak.

  24. 26/01/2013 12:11 pm

    Adakah pada masa hidupnya nabi dulu sahabat2 merayaikannya setiap tahun seperti mana yang kita buat pada masa kini? Kalau itulah syariatnya kenapa nabi x suruh? Adakah nabi terlupa atau menyembunyikan syariat? Sedangkan kita tahu sahabat2 adalah orang yang paling menyintai nabi lebih dari harta benda dan segala2nya dalam dunia ini. Tidak akan menitis air wuduk nabi kecuali akan habis disambut oleh para sahabat. Sampai2 air ludah nabi pun begitu juga.
    Tapi setelah nabi wafat adakah mereka memperingati seperti mana yang kita buat. Apa yang kita buat sebenarnya dilarang oleh nabi kerana menyerupai amalan kaum nasrani pada 25 Disember tiap2 tahun (anggapan mereka. Allahlah yang lebih mengetahui tarikh yang sebenarnya).
    Amalan itu diterima Allah bila menetapi 2 syarat iaitu ikhlas kerana Allah dan sesuai dengan petunjuk nabi shallahu alaihi wassalam.
    Nasihat saya kepada semua termasuk diri saya sendiri, belajarlah mengetahui agama kita sendiri lebih dari hal2 yang lain malah tingkatkan keinginan kita itu lebih daripada keinginan kita terhadap makan dan minum kita sendiri. Semoga Allah permudahkan.

  25. umi permalink
    26/03/2013 12:40 pm

    kenapa nak bertelagah tentang isu ini.. umat Islam sekarang suka pertikai perkara remeh..orang lain dok bertepuk tangan tengok kita dok bertelagah..pada saya selagi apa yang kita buat tidak bertentangan dengan Islam go on..kenapa nak pertikaikan…lagipun kita tau banyak kebaikannya…tambah-tambah dalam keadaan umat Islam sekarang..betul kita memang kasihkan rasulullah sepanjang masa..amalkan sunnahnya sepanjang masa..insyaallah memang itu yang kita amalkan untuk diri kita selama ini…tapi perlu diingat majlis ini diadakan untuk mengingatkan lagi dan meningkatkan lagi kecintaan kepada baginda…tak perlu perarakan… yang penting pengisian ilmunya…kalau anda menentang perarakan saya sokong…tapi kalau menentang pengisian ilmunya adalah tak patut…kita sebenarnya memang sentiasa diperingatkan tentang rasulullah sepanjang masa melalui ceramah, tazkirah, usrah dan sebagainya…cuma nak bagi nampak istimewanya maka diberi nama khusus majlis sambutan maulidurrasul supaya orang lebih tertarik lagi untuk hadir terutamanya bagi orang yang di majlis-majlis biasa tu tak pernah nak hadirkan diri..bidaah hasanah tak salah kan… bertindak mengikut keadaan selagi tak bertentangan dengan syariat tak salah kan…yang baik itu dari Alllah dan yang kurang itu dari diri saya sendiri…moga diampunkan oleh Allah kiranya pandangan saya salah.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: