Skip to content

Pelaburan Future Barrel

22/10/2013

ISU: Adakah pelaburan futurebarrel halal atau sebaliknya.

PENJELASAAN: Merujuk kepada senarai laman web/produk pelaburan/ syarikat yang tidak diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, didapati bahawa syarikat yang menawarkan pelaburan futurebarrel adalah termasuk dalam senarai tersebut. Lihat: http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/

Oleh itu, pelabur dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pelaburan melalui syarikat yang tidak dilesenkan atau yang tidak diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Manakala dari sudut syariah pula, skim pelaburan futurebarrel mempunyai beberapa keraguan seperti berikut:

Kewujudan fizikal minyak mentah yang diniagakan tidak dapat dipastikan. Sekiranya urus niaga tersebut hanya berasaskan kepada harga minyak mentah dunia sedangkan tidak berlaku urus niaga jual beli minyak mentah secara sebenar, maka skim ini secara hakikatnya adalah pelaburan berasaskan riba.

Jika sekiranya urus niaga tersebut berlaku terhadap minyak mentah yang sebenar dan bukan setakat urus niaga terhadap harga, terdapat juga isu syariah di sana, kerana minyak mentah yang dibeli oleh pelabur akan dijual balik, sebelum berlakunya penyerahan komoditi kepada pelabur. Perkara ini tidak dibenarkan oleh syariah kerana Nabi S.A.W bersabda:

مَنْ ابْتَاعَ طَعَاماً فَلا يَبْعَه حَتَّى يَقْبِضَهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang membeli satu makanan maka janganlah dia menjualnya sehingga dia melakukan qabd (pegangan) terhadapnya”. (Hadis riwayat Bukhari, 3/68, no: 2133; Muslim, 3/1160, no: 1252).

Dalam situasi tersebut, pelabur dikira mengambil keuntungan terhadap suatu urus niaga tanpa mengambil risiko terhadap pegangan komoditi yang dibelinya. Ini bercanggah dengan prinsip syariah yang tidak membenarkan mengambil keuntungan terhadap urus niaga yang tidak ada risiko, sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis:

لا يَحِلَّ سَلَفٌ وبَيْعٌ وَلا شَرْطَانِ في بَيْعٍ ولا رِبْحُ مَا لَمْ يُضْمَنْ ولا بَيْعُ مَا لَيْسَ عِنْدَكَ
Maksudnya: “Tidak dibenarkan hutang dan jual beli, dan (pengenaan) dua syarat dalam satu (transaksi) jual beli, dan (mendapat) keuntungan (daripada) sesuatu yang tidak dijamin, dan jual beli sesuatu yang engkau tidak miliki”. (Hadis riwayat Tirmizi, 5/527, no: 1234; Abu Daud, 3/283, no: 3504; Al-Nasaie, 7/288, no: 4611).

Justeru, pelabur Muslim dinasihatkan supaya memastikan terlebih dahulu bentuk pelaburan yang ditawarkan sebelum menyertainya, selain perlu memilih syarikat-syarikat yang dilesenkan oleh Kerajaan.

Wallahu A’lam.

 

Jawapan asal Penulis di: https://www.facebook.com/fatwamalaysia/posts/494625350635281

46 Comments leave one →
  1. Anonymous permalink
    16/12/2013 8:05 pm

    Tak dapat lagi ooo….rm….

  2. Anonymous permalink
    17/12/2013 10:29 pm

    fbc penipu!!!!aku pun x dpt lg duit aku

  3. 18/12/2013 1:51 pm

    babi tol fbc ni!!!!duit aku x dpt2 lg,member yg tlong rekeman bnda ni pun mcm sial col x dpt2!!!

  4. man permalink
    19/12/2013 8:28 am

    memang tipu ni..
    kalau nak join minyak, cari yang ada lesen.
    aku ada buat siap ada BG dari bank. dan kekuatan nya macam FOREX. kerajaan x leh kacau..minat email kat aku.. mula baru bulan 8 tahun ini.baru 4 bulan dah ada sorang jutawan….

  5. Anonymous permalink
    19/12/2013 9:41 pm

    Alhamdulillah…sy join http://www.saudiaramcotrade.com Alhamdulillah dh dpt income mggu2 syukur nk tau lbh lnjut cal jamil 0173855207/0126660459 kak pah tq

    • norhayaty binti hasan permalink
      30/12/2013 12:16 pm

      want to know more info

  6. 26/12/2013 1:27 pm

    Fbc = fuck cibai babi…

  7. Anonymous permalink
    30/12/2013 8:22 pm

    pm

  8. nazeli permalink
    02/01/2014 3:51 pm

    memang penipu sial haram jadah

  9. mokira permalink
    03/01/2014 12:01 pm

    Haha,nasib aku tak masuk.daftar ja tp x bank in duit.dah tau bisnes gini mana boleh percaya.pengasas pun macam gaya bukan npk gaya seorang datuk.

  10. Anonymous permalink
    10/01/2014 1:03 pm

    datok penipu.melantun kluar dr lubang kubur ko tu nanti datok..bertaubatlah.baik ko plgkan duit aku & org2 yg dah ko makan…

    • Anonymous permalink
      25/01/2014 11:05 am

      nama sebenar dia si dato osman ialah abdul mudtalib bin ismail

  11. Anonymous permalink
    11/01/2014 6:34 am

    Biz Janis ada kominsen mmg menipu

  12. 19/01/2014 1:45 am

    Jgn tipu la. Kwn aku ramai dah terkena. Pulangan dpt sekali je. Pastu senyap terus. x balik modal langsung. Sblum join ckp kalu nak refund duit bleh dpt 100% modal. Bile nak refund skrg pandai kelentong kena charge 20% plak. Mmg penipu. Jgn join. Kalu nak join jugak. Mmg anda akan ditipu hidup. Celah mana dtg minyak mentah pun x tau. Kalu btul untung byk. Knape x sruh org2 kaya melabur skal ni nak attack org2 melayu yg nak cpat kaya je. Kesian org2 kita duot abis tergadai.

    • Anonymous permalink
      16/02/2014 8:33 pm

      Duit aku pun dia byr 2x je..itu pun katanya duit yg aku bank in dibayar balik.kesian bini aku duit dia dekat 4k lgsung x dpt apa..ramai yg dh trtipu baik kita buat laporan polis kita cari spi ke lubang cacing si penipu tu

  13. Anonymous permalink
    23/01/2014 4:38 pm

    man….. i want ti know more …..my email elangege@yahoo.com

  14. Anonymous permalink
    25/01/2014 11:02 am

    mmg penipu fbc ni

  15. Anonymous permalink
    25/01/2014 11:04 am

    nama tipu dato osman.nama sebenar dia ABDUL MUDTALIB BIN ISMAIL.mmg org ni penipu besar….

    • Anonymous permalink
      17/02/2014 3:51 pm

      tak pijak syurga org menipu macam tu……….

    • 06/05/2014 11:49 am

      nama cantik tapi penipu,cari dia sampai lubang cacing,kaseh potong sama dia!!!!!!!!!!!!!!!

  16. Anonymous permalink
    19/02/2014 1:23 pm

    Pm 0145321781

Trackbacks

  1. Pelaburan Future Barrel – Alrawdhah

Leave a reply to Anonymous Cancel reply