Skip to content

Profil

Nama: Lokmanulhakim Bin Hussain

Kelahiran:

Tahun: 1979

Tempat: Kampung Geliga, Kemaman, Terengganu

Pendidikan:

  1. Sekolah Kebangsaan Kuala Kemaman, Terengganu.
  2. Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
  3. Sarjana Muda (Syariah) : Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.
  4. Sarjana (Feqah) : Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Keluarga:

Isteri: Ummu Insyirah, B.A of Landscape Architecture, UIAM.

Anak:

1) Insyirah (2006)

2) Umair (2008)

Jawatan:

Penyelidik, International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Ahli Panel Pemikir Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Penasihat Syariah, Deutsche Bank (Malaysia) Berhad.

Hasil Penyelidikan:

  1. Lokmanulhakim, Fairooz, Bahroddin, and Apnizan (2012) “Analisis Syariah Terhadap Produk-produk Pelaburan Emas di Malaysia”, paper presented at Muzakarah Ahli-ahli Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia ke-8, organized by JAKIM, PICC Putrajaya, 29th May 2012.
  2. Dr Said Bouheraoua, Lokmanulhakim, Beebee Salma, Shabana (2012) “Isu-isu Syariah Dalam Sukuk Ijarah Muntahiyah Bi al-Tamlik Dan Sukuk Ijarah Mawsufah Di al-Dhimmah: Satu Analisa”, paper presented at Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-6, organized by ISRA, The Rizqun International Hotel, Brunei Darussalam,  16-17th May 2012.
  3. Lokmanulhakim (2012) “Penyelarasan Fatwa di Malaysia: Kewajaran dan Kekangan”, paper presented at Muzakarah INFAD, USIM, 15th March 2012.
  4. Ashraf and Lokmanulhakim (2012) “Parameter Perdagangan Forex Oleh Individu Melalui Platform Elektronik”, paper presented at Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-98, Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, 14th February 2012.
  5. Ashraf and Lokmanulhakim (2011) “Parameter Pelaburan Emas” paper presented at Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-96, Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Setar Kedah, 14th October 2011.
  6. Ashraf and Lokmanulhakim (2011) “Isu Jaminan Mudarib dalam Konteks Mudarabah: Rujukan Khusus Terhadap Industri Kecil & Sederhana” paper presented at Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-5, organized by ISRA, Phuket Greaceland Resort and Spa, Thailand, 14-15 September 2011.
  7. Marjan, Lokmanulhakim, Md Som Sujimun, Wan Norhaziki (2011) “Operasi Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platform Elektronik: Satu Sorotan Dari Sudut Syariah” paper presented at Muzakarah Ahli-ahli Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam Malaysia ke-7, organized by JAKIM, PICC Putrajaya, 31 May 2011.
  8. Shabana, Ashraf Hashim, Lokmanulhakim (2011) “Cost of Funds – Is It Part of Actual Loss (Ta’widh)?”. ISRA International Journal of Islamic Finance, Vol. 3, June 2011, pg. 125-133.
  9. Ashraf Hashim and Lokmanulhakim (2011) “التمويل بعقد المضاربة للمنشآت الصغيرة والمتوسطة: مسألة ضمان المضارب”   paper presented by Prof Dr Ashraf Md Hashim at the 3rd Shari’a Seminar: Musharakah (“Partnership”), organized by Abu Dhabi Islamic Bank, Abu Dhabi, UAE, 19-20 January 2011 (in Arabic).
  10. Fairooz, Marjan, Ashraf Hashim, Said Bouheraoua, Lokmanulhakim, and Imran Iqbal (2010) “Parameter Hiyal Dalam Kewangan Islam” paper presented by Mohamed Fairooz at Muzakarah Cendikiawan Syariah Nusantara, organized by ISRA, Putrajaya, 10-11 November 2010.
  11. Lokmanulhakim (2010) “Qawaed Fiqhiyyah in Relation to Medical Fiqh” paper presented by Nusaibah Parid at Seminar of Fiqh and Usul Fiqh In Contemporary Medical Practice, CUCMS, Cyberjaya, 11 Dicember 2010.
  12. Lokmanulhakim (2011) “Feqah Puasa” paper presented at Seminar 1001 Persoalan Ramadhan, International Islamic College (IIC), Batu Caves, Selangor, 23 July 2011.

Contact:

118 Comments leave one →
  1. 19/05/2008 3:00 pm

    Masya’Allah, mabruk dah ada mauqi’ abu umar, risalah dah munaqasyah ke belum?

    Syeikhana al-fadhil.. Blog ana ni bukanlah serius sangat. Baru percubaan je. Dah 8 bulan ana taslim risalah, 2 munaqisyeen masih tak bersedia nak munaqasyah lagi. Lambat…

  2. albaruhiyy permalink
    20/05/2008 4:03 pm

    Salam ya akhina al-fadhil…
    Tahniah buat blog baru..
    moga sentiasa berjaya dunia akhirat..

  3. Ummu Insyirah permalink
    23/05/2008 3:47 pm

    Dear hubby…
    Mudah mudahan secebis usahamu ini ada ganjaran disisi Nya…Amin..

  4. 25/05/2008 12:02 pm

    1979 tu alamat rumah @ tahun kelahiran?
    kalo tahun kelahiran tu kiranya muda lagi la ye…

    Akhi Najmi al-syarqi, 1979 tu tahun kelahiran ana. Bukan alamat rumah :)

  5. kamin permalink
    27/05/2008 2:42 am

    Mabruk Ustaz Abu Umair diatas blog ini……

  6. ahchonx permalink
    27/05/2008 10:47 pm

    Tahniah Ustaz atas kelahiran blog ini. Kalau tak keberatan, letak lah gambar ustaz sekali. Teringin benar nak lihat wajah orang yang saya ambil ilmu secara tak lansung.

    akhi ahchonx..
    Buat masa sekarang, rasanya tidak perlu kot letakkan gambar. Walau apapun, terima kasih atas kunjungan ke blog ini.. Wassalam

  7. ahchonx permalink
    30/05/2008 4:34 pm

    Takpe ustaz, sekadar teringin aja. Teruskan menyumbangkan ilmu. Saya kagum dengan ustaz.

  8. 31/05/2008 2:29 pm

    ya benar,

    saya juga antara orang yang menyenangi penulisan anda, insyaAllah penulisan secara tak langsung ini akan terus menyerikan wacana ilmiah islamik di Malaysia khususnya dan merata dunia umumnya..

  9. 06/06/2008 1:27 am

    Salam perkenalan juga dari ana buat ustaz.

  10. al-ansar permalink
    09/06/2008 4:46 am

    mubarak syeikhuna aba umair…
    semarakkan keilmuan di bumi malaysia..

  11. cixadax permalink
    18/06/2008 7:35 am

    Terima kasih atas jawapan soalan haji di Ahkam net. ttg niat hj di Jeddah.Apakah ada apa yg perlu di lakukan selepas kami selesai membayar dam seekor kambing seorg dgn agen wakil hj umrah di Malaysia.

    Kesalahan tersebut hanya menuntut supaya dibayar dam sahaja. Tidak ada tuntutan lain. Semoga mendapat haji yang mabrur. Wassalam..

  12. hafiz yop permalink
    21/06/2008 2:12 am

    salam,,tahniah abu umair,ana baru seminggu tahu nta ada blog, mudah2an ramai yg mendapat manfaat dan anta di ganjari pahala yg banyak..

  13. acai permalink
    22/06/2008 5:17 am

    salam
    bila balik malaysia tahun ni?
    balik ganu ke kelate?
    lama tak jumpa, mesti dah banyak berubah…hehehe

    salam..
    tak tau lagi balik msia ke tak balik saifi ni. Ihtimal balik tu dalam 50%. Marilah jalan umah ana sblum balik cuti….

  14. mawar86 permalink
    30/06/2008 3:13 am

    assalamualaikum ustaz..
    ana baru kenal blog ustaz.. tu pun atas maklumat sorg sahabat d sana.. insyaAllah, semoga usaha yg baik diganjari Allah hendaknya..
    wassalam wbt

  15. shariah banker permalink
    30/06/2008 11:01 am

    salam
    Moga Allah kurniakan yg terbaik buat abg luqman dlm meneruskan pengajian yg penuh dgn tribulasi d sana
    Ana amat respect your stand and style which didnt intermidate people@ depan2 OK,belakang lain cerita when bercakap on politik

    Waalaikumussalam..
    Doakan agar usaha kecil dan tak seberapa ini ada kebaikan di sisi Allah Taala.

    shariah banker, Hijjaz ke? Semoga sumbangan anta dalam perbankan Islam memberi banyak manfaat untuk semua..

  16. al-ansar permalink
    02/07/2008 5:08 am

    rasanya shariah banker ni mmg sah al-akh hijaz ramli…nanti antuma berdua bergabung utk tulis mengenai kewangan Islam,muamalat dll…

  17. abu naufal permalink
    03/07/2008 5:58 am

    assalamualaikum

    tahniah ustaz luqman dah 2 orang anak rupanya senyap-senyap je dah 2 anak…tahniah juga krna anta buka blog sendiri masyaalh
    وأدعو الله أن ينفعنا بعلمك الغزيز وجزاكم الله خيرا في الدارين الدنا والآخرة
    nak tanya bait syair tentang madinah dah lama siap ke bagi kat ana boleh tak atau kalu ada bait syair yang baru ke..ana tak pandai a’arudh jadi nak karang bait syair tak pandai lah….rasa dah siap kot dulu tengah buat msti dah siap..أخوكم في الله أبو نوفل

    Waalaikumussalam…
    Syeikh Abu Naufal.. anta Basyas ke? Ana agak-agak je. Kalau sudi, perkenalkan diri ya?

    Seingat ana, bait syair tentang Madinah ana tak bagi tau kat orang pun. Syair tu pun biasa-biasa je, dan tak sempat habis pun… sekerat jalan je..

  18. abu naufal permalink
    03/07/2008 7:31 am

    ye ker takpe lah ingat dah siap boleh bagi kat ana..firasat anta memang baik masyaallah ana basha…lama tak jumpa anta..

  19. acai permalink
    05/07/2008 3:52 pm

    akum, ustaz
    ana pun baru buat blog.
    kalu bertandang, komen2 lah yang budak baru belajar ni.
    visit me @
    al-madiny.blogspot.com

    Mabruk, ust Faizal.. dah ada blog ‘Serambi Masjid Terapung’. Ana dah link url blog anta di sini. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dakwah. Terutama kefahaman dalam akidah. Wassalam.

  20. 05/07/2008 5:43 pm

    Assalamu’alaikum…

    Semoga ALLAH memberi kekuatan buat ustadz untuk terus berkhidmat di jalan ALLAH, khususnya di AAN, amin…

    Waalaikumussalam… Amin… In Sya Allah, ana akan tetap bersama AAN selagi diperlukan. Semoga kita semua diberi kekuatan.

  21. sup permalink
    10/07/2008 3:54 am

    Salam..ustaz..saya begitu tertarik dengan pegisian dalam blog ini..saya harap ianya diteruskan dengan memberi info yang boleh dimanfaatkan oleh para pengunjung blon ustaz…jazakallahu khair..

  22. abu naufal permalink
    10/07/2008 7:19 am

    salam luqman ana nak tanya suami isteri melakukan pemanian berhadas adakah kedua-duanya wajib mandi? atau bagaimana…

    Salam.
    – Bagi wanita, cara yang digunakan untuk pengeluaran telur ialah laparoskopi, iaitu jarum khas yang dimasukkan melalui lubang melalui abdomen. Maka tidak perlu mandi wajib.
    – Bagi lelaki, jika air mani dikeluarkan melalui cara biasa, maka wajiblah mandi. Bagi yang bermasalah, mungkin menggunakan kaedah sperm aspiration (menyedut sperma dari testis). Maka cara ini tidak mewajibkan mandi.
    Wallahu A’lam.

  23. abu naufal permalink
    10/07/2008 10:05 am

    bagaimana pula proses memasukan air mani dalam rahim wanita melalui faraj adakah itu menyebabkan wajib mandi . ada masaalah ini sama dengan jika ada air mani suami keluar dari faraj setelah selesai mandi wajib atau bagaimana?
    أفيدوني جزاكم الله

    Tidak ada sebab untuk mengatakan proses memasukkan telur yang telah disenyawakan ke dalam rahim, menyebabkan wajib mandi. Kerana, tidak berlaku jimak dalam proses tersebut. Wallahu A’lam.

  24. abu naufal permalink
    11/07/2008 2:55 am

    masaalah seterusnya ialah : jika air mani lelaki asing bukan suami wanita tersebut di masukkan ke dalam rahimnya adakah ianya ianya di kata zina, adakah tertakluk kepada hukuman zina atau bagaina, sedang wanita tadi tidak melakukan zina dengan mana-mana lelaki..adakah ianya satu sbubhah.

    ia tak termasuk hukum zina. Zina mesti ada ilaj. Tetapi haram dilakukan kerana menyebabkan percampuran nasab

  25. abu naufal permalink
    12/07/2008 3:51 am

    jazakallah khairan bila dh munaqoshah balik msia ke atau sumbung PHD plak..

  26. Nubli permalink
    14/07/2008 3:58 pm

    Assalamualaikum Syeikh Lokman, ana ada kemusykilan. Apa hukum kita menulis novel tentang perjuangan sahabat nabi. Di dalam penulisan novel, ia akan dipenuhi dengan dialog-dialog. Boleh tak kita mereka dialog berdasarkan kepada fakta cerita sahabat tersebut? Harap Syeikh Lokman membantu ana.

  27. hormat kawan permalink
    16/08/2008 4:46 pm

    Salam, ana terpanggil untuk menulis perkara ini apabila terbaca ada yang kawan lama kita hanya menggunakan panggilan “loqman” untuk syeikh loqman kita.

    Ana harap tuan rumah mesti dimuliakan… walaupun dia kawan dan sahabat lama kita yang dulunya bermain dan bergurau bersama2… tetapi dalam blog yang ditatapi di seluruh dunia ini mestilah beliau dipanggil dengan panggilan “ustaz / syekh / dsb”. janganlah sebut loqman sahaja… walaupun dia kawan lama tapi anda pun berharap kepada ilmunya, maka anda mesti menghormati ustaz anda.

    Rasanya pelajar dan bekas pelajar universiti islam madinah yang sempat bertemu dengan ustaz loqman pasti mengkagumi ilmu dan perwatakan beliau yang wara’. Oleh itu tidak seharusnya orang alim yang sebegini hanya dipanggil nama. Perkara itu diharuskan berlaku jika datang dari orang jahil atau badwi, tetapi dari org berilmu dan bertamadun tidak harus berlaku.

    Semua sahabat panggil Nabi saw dan khulafaurrasyidiin dengan pangkat mereka kecuali orang2 badwi atau a’rab. Abu Bakar yang sebagai kawan lama dan BAPA MERTUA kepada Nabi saw pun panggil Nabi “ya rasulullah” dsb, sedangkan Muhammad saw adalah anak menantu beliau.

    Harap kita sebagai bekas pelajar universiti yang melahirkan ramai ulamak dapat menghayati akhlak ulamak salaf lebih2 lagi para sahabat.

    “luhum ulamak masmumah”.

  28. Abul Harith permalink
    30/08/2008 4:40 am

    As-Salamua’laykum, Syeikh Abu Umair.

    JazakALLAH atas ziarah Ustaz ke blog ana http://fiqhmedic.wordpress.com. Ana rasa syukur mengenali tuan Ustaz yang juga lulusan Madinah. Sebelum ini, ana banyak mengambil Istifadah ilmu dari Ustaz lulusan Madinah seperti Ustaz Bakhtiar Yaacob & Ustaz Fathulbari, termasuk juga Ustaz Ismail Omar & Rabitah Kiblahnya. Jadi ana rasa dekat sedikit dengan golongan Asatizah seumpama Ustaz.

    Ana memohon agar Ustaz sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat & teguran sepanjang ana menulis & mengendalikan blog agama seumpama ini. Ana juga sentiasa ingin dapatkan peningkatan ilmu dalam hal ini.

    Ana juga ingin memohon kebenaran Ustaz untuk copy beberapa soal jawab Ustaz yang berkaitan dengan perubatan , fiqh & hadith untuk dikongsi di blog ana.

    Ana mendoakan agar ALLAH memberi peluang untuk ana berjumpa berkenalan dengan Ustaz suatu hari nanti. BarakALLAH.

    Wassalam.

  29. abuumair1 permalink*
    30/08/2008 2:49 pm

    Waalaikumussalam, Dr Abul Harith..
    Terima kasih menziarahi blog tak seberapa ini. Dan ana cukup menghargai kewujudan blog feqah medic tuan Dr. Semoga ia memberi faedah kepada masyarakat Islam. Ana sendiri banyak menemui maklumat-maklumat yang sangat berguna dalam blog tersebut. Semoga blog tuan Dr berterusan menyediakan artikel-artikel berfaedah dalam dunia feqah medic.

    Sekian

  30. Abul Harith permalink
    31/08/2008 7:49 am

    Salam. Ustaz Abu Umair,

    Ana membaca banyak soal jawab Ustaz. Ada sesetengahnya melibatkan fiqh medic terutamanya soal wanita mengandung, haidh & istihadah sewaktu Ramadan ini. Jadi sempena bulan Ramadan ini, ana memohon untuk memaparkan beberapa soal jawab Ustaz di blog ana untuk perkongsian kepada visitor lain. Ana akan nyatakan sumbernya dari site ini. Harap dapat diberi keizinan. Syukran.

  31. abuumair1 permalink*
    31/08/2008 8:02 am

    Salam, ya Dr Abul Harith,
    Sejak awal kewujudan blog ini lagi, ana memberi keizinan untuk copy & paste apa-apa yang dilihat berfaedah dari blog ini, dengan tujuan penyebaran ilmu. Tidak ada sebarang halangan dari pihak ana. Wa Barakallahu Fiikum.

  32. ibnu_mohd permalink
    08/10/2008 12:02 pm

    ustaz,kalu boleh nie nak tnye skit..
    saya nie pelajar maahad tahfiz al-quran negeri terengganu,
    saya ade mintak universiti madinah nie,tapi saya hantar melalui pos laju,pastu macam mane nak tau sampai ke tak sampai ke jamiah tu?pastu nak tnye ustaz,tazkiah siape lagi yang saya boleh ambil sekitar terengganu?mungkin kenalan2 ustaz dapat membantu…wassalam

  33. abuumair1 permalink*
    08/10/2008 3:22 pm

    al-akh ibnu mohd,
    – Nama-nama pelajar yang diterima akan diiklankan oleh Univ Islam Madinah, kebiasaannya sekitar bulan 6-7.
    – Untuk sessi 1429/30, nama-namanya adalah seperti dalam artikel http://abuumair1.wordpress.com/2008/09/08/pelajar-baru-universiti-islam-madinah
    – Di Trg, saudara boleh mendapatkan tazkiyah daripada:
    i) Ust Halim Awang. (Timbalan Mufti Trg)
    ii) Ust Syed Nazmi Tuan Taufiq (Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Trg)
    Kedua-dua mereka adalah lepasan Univ Islam Madinah.
    Jika mahu dapatkan no mereka, sila emailkan pada saya.
    Sekian.

  34. 26/10/2008 6:25 am

    Assalamualaikum ustaz….

    Ustaz ana nak bertanya berkaitan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah, bagaimanakah kelulusan yang diambil???benarkah kita perlu pergi ke sana untuk bertemuduga.

    di Kelantan saya nak ambil tazkiah dengan siapa???

    Bila pula pengambilan terdekat untuk ke Madinah..
    Selain Madinah adakah universiti di Arab sauid mengambil pelajar Malaysia. boleh bagi maklumat TAk??saya harap benar dapat melanjutkan pelajaran ke sana…

  35. abuumair1 permalink*
    30/10/2008 6:51 am

    Waalaikumussalam,

    Akhi sisyahid,

    – Untuk peringkat ijazah, mesti ada sijil Thanawi atau STAM dan yang setaraf dengannya, yang diiktiraf oleh Univ.

    – Kalau ada SPM sahaja, boleh juga tetapi perlu masuk Thanawi selama setahun di Univ.

    – Di Kelantan, boleh dapatkan Tazkiyah daripada Dr Johari Mat, Dr Najib, Dr Abd Basit. Mereka adalah lulusan Arab Saudi.

    – Selain Madinah, boleh cuba memohon ke Univ Ummul Qura di Makkah atau Jamiah al-Imam di Al-Riyadh.

    http://www.uqu.edu.sa/ (Ummul Qura)

    http://www.imamu.edu.sa/Pages/default.aspx (Jamiah Imam)

    Sekian

  36. meorsoleh permalink
    15/11/2008 1:32 am

    wahabi ramai kat madinah?

  37. abuumair1 permalink*
    15/11/2008 11:01 am

    al-akh meorsoleh,

    Wahabi? Siapakah Wahabi? Dapatkan jawapannya di: http://al-ahkam.net/home/index.php?module=htmlp&func=display&pid=8

    Sekian

  38. alang permalink
    17/11/2008 5:54 pm

    Ust,

    saya berminat untuk baca buku usul fikh…tapi ada orang kata kalau nak belajar kena ada cara.

    apa kitab yang saya perlu baca dengan syarahnya?

    mcm mana?

  39. abuumair1 permalink*
    22/11/2008 9:22 am

    al-Akh alang,

    Kalau mengikut tertib mengaji kitab-kitab Usul Feqah, mungkin boleh dimulakan dengan;

    – Matan Waraqat
    – Syarah Waraqat
    – al-Luma’

    Kemudian, barulah beralih kepada kitab-kitab yang lebih besar seperti; Mustashfa atau Raudhah al-Nazhir.

    Elok juga mendapatkan kitab-kitab Usul yang ditulis pada zaman kemudian, seperti: Muzakkirah Syeikh Muhammad al-Amin.

    Untuk hafalan, boleh ambil kitab Waraqat, atau Nazm Waraqat. Atau yang lebih panjang Maraqi Su’uud.

    Wallahu al-Muwaffiq

  40. 16/12/2008 2:45 am

    salam ustaz, ana nak bertanya tentang soalt sunah taubah..

    benarkah tiada dalil wujudnya solat sunnah taubah…..

  41. 16/12/2008 4:30 am

    Waalaikumussalam,

    Akhie sisyahid,

    – Solat Taubat disebut dalam hadis Abu Bakr, bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Tidak ada seorang hamba melakukan satu dosa, lalu dia bersuci, dan bersolat dua rakaat, kemudian beristighfar kepada Allah, melainkan Allah mengampuninya”. (Abu Daud no: 1523).

    – Kata Ibn Taimiyyah, “Begitu juga solat taubat, apabila seseorang membuat dosa, maka wajib bertaubat. Dan digalakkan bersolat dua rakaat, kemudian bertaubat, sebagaimana dalam hadis Abi Bakr al-Siddiq”. (Majmuk Fatawa 23/215).

    Wallahu A’lam

  42. abu_salman permalink
    01/01/2009 6:16 pm

    assalamualaikum,

    utz,sy ade pnah dengar satu ceramah ,tapi sy x brp ingat..ceramah dia lebih kurang maksud dia mcm ni,syeikh salih uthaimin pada awalnya mengharamkan bergambar,tapi dia sempat tarik balik fatwa dia sebelum dia meninggal,dengan alasan jikalau dia letak tangan kat mesin fotostat,bukan dia yg lukis tangan itu.adakah benar apa yg sy dengar?

  43. nsi permalink
    01/01/2009 11:42 pm

    tahniah ust

    tp nak mohon pandangan ust? mcm mana nak menguasai fikh?

    ada cara tak?

    kemudian, macam mana ust pilih satu pandangan daripada byk2 pandangan?
    tq

  44. 02/01/2009 11:01 am

    Waalaikumussalam,

    akhie abu_salman,

    Syeikh Utsaimin memang berfatwa bahawa mengambil gambar fotografi tidak dinamakan sebagai ‘Taswir’ yang tersebut dalam hadis yang melarangnya. Ia lebih menyamai mesin fotostat.

    Cuma hukumnya dilihat kepada objek dan tujuan mengambil gambar. Jika tujuannya halal, hukumnya halal. Jika tujuan atau objek yang haram, maka hukumnya haram.

    Dalam fatwa yang sama, beliau mengatakan gambar manusia untuk kenang-kenangan adalah haram. Maka haram jugalah mengambil fotografi untuk kenangan.

    Jadi, kesimpulannya tidak ada percanggahan antara fatwa lama dan baru beliau. Dan natijahnya sama dengan fatwa Syeikh Bin Baz dan lain-lain.

    Untuk rujukan, ini fatwa beliau yang dikatakan mengharuskan fotografi. http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_1205.shtml

    Wallahu A’lam.

  45. 02/01/2009 11:06 am

    Salam,

    Akhie nsi,

    Soalan mudah, tetapi jawapannya amat sukar. Secara ringkasnya, untuk menguasai feqah,

    – Belajar satu kitab mazhab yang ringkas dengan guru, untuk memahami keseluruhan feqah.

    – Selalu membaca buku kesepakatan ulama, seperti ‘Al-Ijmak’ Ibn Munzir, dan ‘Maratib al-Ijmak’ Ibn Hazm. Supaya kita tahu masalah2 yang tidak ada khilaf.

    – Setelah memahami feqah secara keseluruhan, baca kitab-kitab khilaf yang berdalil. Seperti: Majmuk, Mughni, Istizkar, dll.

    – Disamping itu, jangan ditinggalkan ilmu qawaed feqah, usul feqah.

  46. abu_salman permalink
    03/01/2009 4:09 pm

    assalamualaikum,

    1)utz,jwpn utz agak kontra sdikit drpd jwpn panel al-ahkam mengenai hukum bergambar.manakah pendapat yg lebih tepat utz?

    2)syeikh salih uthaimin mengatakan pkataan “taswir” dlm hadis tidak sama dengan “taswir@foto” drpd kamera. jadi,mengapakah beliau mengharamkan mengambil gambar walau untuk kenang-kenangan?

    jzkk kpd utz atas jwpn yg diberikan,bnyk manfaat drpd blog ini.teuskan usaha.

  47. 03/01/2009 4:32 pm

    waallaikumussalam,

    akhie abu_salman,

    1) Apa yang saya sebut ialah merujuk kepada fatwa syeikh utsaimin, dan bagaimana memahami fatwa-fatwa beliau yang dikatakan bercanggah, atau dikatakan ada dua pendapat; lama dan baru. Bukan bererti saya mengikut pendapat beliau.

    2) Apabila perbuatan mengambil fotografi tidak dinamakan taswir secara syar’ie, maka tukang ambil gambar fotografi tidak sama hukum dengan pelukis potret. Di mana melukis potret adalah satu dosa besar, kerana ancaman berat di akhirat.

    Hukum photographer tidak sama. Ia haram bukan kerana asal perbuatan itu sendiri. Tetapi ia boleh menjadi haram jika kerana ia wasilah kepada perkara haram.

    Syeikh Utsaimin berpendapat menyimpan foto kenangan juga dilarang, kerana ia adalah gambar, dan dalam hadis disebut: Malaikat tidak masuk rumah yang ada gambar.

    Wallahu A’lam

  48. abu_salman permalink
    03/01/2009 5:31 pm

    jzkk atas jwpn yg dberikan.harap utz dpt wjudkn ruangan soal jwb dlm blog utz ini.

    fi amanillah..

  49. 16/03/2009 5:51 pm

    Assalaamu`alaikum warahmatullah

    Maaf, ana tak perasan ustaz student master di UIM. Ilmu ustaz luas . Insha ALLAH kalau ustaz masih ada lagi di Madinah ana nak jumpa ustaz pada 26. nanti dan seterusnya ana nak ustaz jadi tour guide jamaah ana sewaktu lawatan di sana nanti. Harap ustaz tidak keberatan.

    Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

    • 17/03/2009 3:23 am

      Waalaikumussalam,

      Ust Nasir,

      Ahlan Wa Sahlan Bikum. In Sya Allah, kalau ana masih di Madinah, boleh kita bersua di sini, nanti. Bolehlah orang lama macam ustaz kongsi pengalaman dan petua sebagai panduan.

      Barakallah fikum.

  50. 16/03/2009 5:52 pm

    maaf pembetulan . Ana akan berada disana pada 26.4, insha ALLAH

  51. 02/04/2009 9:26 am

    salam. sesunguhnya Allah itu di Arasy.blh berikan bukti di dlm Al-Quran supaya sy
    blh memberi hujah kepada kawan saya supaya membaiki akidah mereka.
    terima kasih

  52. Ammar permalink
    06/04/2009 3:54 am

    Salam..Ust org trg, apa pandangan ust pasal laman TKO -tranungkite online?

    • 06/04/2009 5:08 am

      Salam,
      Apabila sesebuah website tidak menjaga adab islami dalam forum2nya, atau tidak menapis artikel dan komen-komennya, saya merasakan forum sebegini tidak ada keberkatan dan keburukan lebih banyak daripada kebaikan. Moga Allah memberi taufiq kepada mod2 tko untuk mengawal forum mereka. “Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu dipertanggungjawab atas kepimpinannya”.

  53. Hameem permalink
    06/04/2009 7:20 am

    Nape ustaz promo utusan tu..seme org boikot..Ustza promo lah harakahdaily , siasah ke ? suara keadilan pun ok gak .. Maaf ustaz.Salam ziarah.

  54. cempaka permalink
    07/05/2009 7:03 am

    salam…tahniah di atas usaha awak…saya bangga dengan awak. semoga allah membalas segala ilmu yang awak telah curahkan.:)

  55. 12/05/2009 7:40 am

    assalamualaikum…
    tahniah atas blog yg ust kendalikan ini.semoga dpt membantu menyelesaikan masalah yg di hadapi.sy ada bbrp masalah :
    a)berkaitan dgn zakat pendapatan.adakah telah ditetapkan jumlah pendapatan tertentu utk mewajibkan kite keluar’ zakat?
    b)bagaimana pula dgn duit KWSP yg telah kite keluarkan?adakah dikenakan zakat?

    • 13/05/2009 9:47 am

      Waalaikumussalam,

      a) Zakat pendapatan juga mempunyai nisab. Nisab semasa ialah RM 8000. Jika pendapatan kasar setahun ditolak dengan perbelanjaan kasar setahun melebihi nisab, maka dikenakan zakat 2.5 %.

      jika pendapatan tahunan = RM 24,000 dan perbelanjaan tahunan = RM 10,000 maka zakat pendapatan ialah: 2.5% daripada 14,000.

      b) Wang KWSP selagi tidak diterima oleh pencarum adalah harta milikan tidak sempurna. Jadi, pencarum tidak wajib mengeluarkan zakat selama tidak menerimanya. Apabila wang itu dikeluarkan, wajib dizakatkan sebanyak 2.5 % daripadanya.

      Wallahu A’lam.

  56. 22/05/2009 3:40 am

    assalamualaikum…
    a)adakah perbelanjaan tahunan tersebut termasuk perbelanjaan utk sewa rumah dan bayaran kereta?
    b)bgmn dgn barang kemas…..brp zakat yg perlu dikeluarkan.

    • 22/05/2009 5:40 pm

      Waalaikumussalam..
      a) rumah dan kereta adalah keperluan dan sudah pasti termasuk dalam perbelanjaan tahunan.
      b) barang kemas yang disimpan (tidak dipakai) dikenakan zakat dengan sepakat ulama, apabila cukup nisab dan haul. Kadarnya 2.5 %.
      Manakala yang sedang dipakai, ada khilaf. Jumhur tidak mewajibkan zakat.
      Wallahu A’lam.

  57. Rosdan Ismail permalink
    11/06/2009 11:46 am

    Assalamulaikum Ustaz Loqman.
    lama tak dengar berita dan jumpa ustaz. Rindu rasa nak jumpa kawan2 smaasza dulu..
    Ustaz dok ingat doh saya rasanya… Budak Sains.. Kita satu dorm dulu masa ustaz Thanawi 1.. sekali dengan Ustaz Haris, Ustaz Jamsari… dan sorang lagi tuu.. lupa dah nama…

    Mujur ada teknologi gini… boleh laa contact ustaz untuk meminta tujuk ajar dan khidmat nasihat.

    Rosdan

  58. Rosdan Ismail permalink
    11/06/2009 11:48 am

    my contact : sedang@yahoo.com
    Tinggal di kerteh; Sebalah Masjid Tg Mizan.
    Bila balik geliga tu … bagitahu ek… nak jumpa….

    • 11/06/2009 12:04 pm

      Waalaikumussalam…

      Akhie Rosdan..

      Ingat lagi… ingat sangat-sangat lagi…. Sahabat sebilik, mana boleh lupa.

      Alhamdulillah, dalam dua tiga hari ni, ramai betul dapat jumpa sahabat-sahabat smaasza dulu.

      Oh, rosdan duduk kerteh ke? dekat sangat lah.. Bila balik Msia nanti, insya Allah boleh lah kita jumpa. Pakat temu ramai2 sahabat smaasza dulu. Masing2 kena pakai nametag, takut2 tak kenal dah.

      Ada email tu, boleh lah contact lagi lepas2 ni…. Salam ukhuwah..

  59. 22/06/2009 7:09 am

    salam ziarah, tahniah blog yang sangat bermanfaat..
    ana ingin membantu ustaz didalam mencari sumber rujukan ilmiah..
    kini perpustakaan hanya dihujung jari.. kami sediakan untuk ustaz ..
    ustaz mampu memilikinya.. untuk keterangan lanjut sila lawati blog ana..

  60. alifah permalink
    13/07/2009 5:06 am

    assalamualaikum w.r.t
    sy ingin tanyakan berkaitan dgn pembelian insuran…adakah dibenarkan dlm Islam?
    jika dibolehkan,blh ust senaraikan beberapa jenis insuran yg menjlnkan perniagaan ini mengikut syariat Islam. wassalam

    • 13/07/2009 7:42 am

      Waalaikumussalam

      1- Kebanyakan ulama secara amnya berpendapat operasi insurans tidak menepati syarak.

      2- Majmak Feqah Islami yang diasaskan di bawah Rabitah al-Alam al-Islamiy (Muslim World League) di dalam Persidangan di Makkah pada 10 Syaaban 1398H, telah membuat keputusan secara sepakat ahli panel (kecuali Syeikh Mustafa Zarqa) bahawa kontrak perniagaan insurans dalam semua jenisnya adalah haram.

      3- Begitu juga Majmak Feqah di bawah Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang bersidang pada 22-28 Dis 1995 di Jeddah memutuskan pengharaman kontrak insurans.

      4- Kerana operasi insurans yang diamalkan oleh syarikat-syarikat insurans terdapat unsur-unsur gharar, perjudian, dan riba yang membawa kepada haram dan batalnya akad seumpama ini.

      5- Kecuali insurans yang bukan bertujuan perniagaan dan keuntungan. Iaitu yang berkonsepkan ta’awuni. Wallahu A’lam

  61. alifah permalink
    21/07/2009 5:10 am

    ASSALAMUALAIKUM W.R.T
    Blh ust terangkan konsep ta’awuni. Bgaimana dgn insuran takaful ikhlas?adakah menepati syarak?

    • 24/07/2009 2:37 pm

      Waalaikumussalam

      Konsep Insuran ta’awuni ialah: ia tidak berobjektifkan keuntungan. Tetapi objektifnya ialah kebersamaan dalam menanggung musibah atau kemalangan.

      Contohnya mewujudkan satu komuniti yang mengutip wang dari setiap ahli, dan disalurkan kepada mana-mana ahli komuniti yang ditimpa musibah.

      Insuran jenis ini juga dikenali dengan insuran tabaduli.

      Berkenaan Takaful Ikhlas, saya belum berkesempatan meneliti konsep yang digunakan. Mungkin saudari boleh merujuk web UZAR, pakar muamalat Islamiyyah.

  62. 03/08/2009 11:53 pm

    Assalamualaikum… Ustaz nak tanya pasal senarai nama pelajar nama baru madinah.. dah keluar ke belum?

    • 04/08/2009 9:24 am

      Waalaikumussalam.

      Sehingga hari ini belum dikeluarkan nama-nama pelajar yang terpilih. Untuk Jamiah Al-Imam, Riyadh, ada dua pemohon dari Malaysia yang diterima untuk Matrikulasi Bahasa Arab.

  63. Ibnu Tasyami permalink
    07/09/2009 10:17 am

    Salam,kalau ust. x keberatan,bleh x sy minta tazkiah dengan ust.?Sy pun tinggal di Terengganu..Semoga mndapat pertimbangan yg baik drpd ust.Jazakallah…

    • 08/09/2009 3:04 am

      Wsalam..
      Kebetulan saudara tinggal di Terengganu, saya syorkan saudara mendapat tazkiyah daripada beberapa ustaz lepasan Madinah yang mempunyai nama di Jabatan Mufti Negeri, iaitu:
      – Ust Abdul Halim (Timbalan Mufti Trg)
      – Ust Syed Nazmi (Pegawai Istinbat di Jabatan Mufti Trg)
      Kedua-dua mereka adalah lepasan Madinah.

      In Sya Allah mereka tidak keberatan untuk memberinya.

  64. lisa permalink
    06/11/2009 6:03 am

    lokmanulhakim, ex-classmate (3A1) aku masa smaasza batu buruk ni eh..
    ustaz keje mana le ning

    • 06/11/2009 7:23 am

      Ya.. 3A1 smaasza dulu. Sekarang masih lagi di Madinah, KSA. Baru abis belajar..

  65. lisa permalink
    14/11/2009 8:57 am

    Askum,ada kemusykilan yg saya nak ustaz lokman jawap coz saya kesian mak saya kena ‘hentam’ ngan tok guru dalam majlis ilmu dia setiap jumaat. Setiap kali balik majlis ilmu tuh mesti mak saya bercerita dengan anak2 akan kemusykilannya. saya nak jawap pun ilmu kurang.

    Masa kita tawaf kat mekah pd musim haji, bersentuh kulit dengan bukan mahram, adakah batal wuduk kita?Saya pernah terbaca dlm buku tp saya terlupa. kalu tak silap saya tak batal kan ustaz?betulkan saya kalau sy silap.

    Lagi satu, jika bahu kita beralih semasa sedang tawaf, adakah kita perlu berundur atau teruskan berjalan untuk melakukan semula tawaf yg terbatal?Rasanya mmg tak mungkin untuk berundur memandangkan jumlah jemaah yg berasak2. Tetapi ustazah yg menyampaikan ilmu itu mempertahankan pendapatnya yg mengatakan perlu berundur untuk memulakan semula tawaf dan perlu mengambil wuduk semula jika tersentuh bukan muhrim semasa tawaf.

    Satu lagi, semasa solat berimamkan imam dr mazhab berbeza di Mekah,kita perlu ikut imam kan?tak kisahla apa mazhabnya kan?ke macamana ustaz?keliru plak sy bila ustzah tuh kata kita kena ikut mazhab kita.
    ustaz tolong jawap.perbetulkan kekeliruan ini

    • 14/11/2009 4:18 pm

      Waalaikumussalam..

      1- Masalah batal wudhuk atau tidak jika bersentuh dengan bukan mahram, ada khilaf. Memang mazhab Syafie kata batal. Tetapi majoriti ulama mengatakan tidak batal. Tidak salah mengikut mazhab lain asalkan kita tahu siapa ulama yang kita ikut.

      2- Syarat tawaf ialah mengelilingi Kaabah dengan bahu kiri di sebelah arah Kaabah. Tetapi tidak pula kita dapati syarak terlalu memperincikan perkara ini hingga bahu beralih barang sedikit pun menyebabkan batal tawaf. Yang penting, kita berjalan secara normal, bukan mengiring macam ketam, dan bukan mengundur. Allah tidak membebankan seseorang hamba kecuali dengan kemampuannya.

      3- Berbeza pendapat tidak bererti berpecah belah. Berbeza pendapat boleh, berpecah belah dilarang agama. Tidak semestinya berbeza mazhab menyebabkan tidak boleh berjamaah bersama-sama. Para sahabat masing-masing mempunyai pendapat feqah yang berbeza. Kerana ramai kalangan mereka mujtahid. Tetapi mereka tidak pernah berpecah dalam solat jemaah semata-mata berbeza pendapat.

      Wallahu A’lam

  66. lisa permalink
    14/11/2009 9:01 am

    Mak saya ikut panduan dari kursus haji yg dihadirinya serta tunjuk ajar dari ustaz2 tabung haji semasa di Mekah. Ustazah tuh kata org tabung haji pun tak betul…sekarang sape yg betul dan tak betul?
    tlong terangkan ye

  67. lisanur permalink
    14/11/2009 9:26 am

    ustaz,betui ke damia maksudnya berdarah? biar betul!saya tgk dlm buku panduan nama anak, Damia maksudnya-bijak.
    mana satu betui ni

  68. iwan permalink
    14/12/2009 1:08 pm

    assalamualaikum ustaz..
    maaf mengganggu..
    saya nak tanya..
    kita di malaysia ni mengamalkan fahaman ahli sunnah wal jamaah kan?
    dimana kita berlandaskan al quran sunnah dan hadis kan?
    lagi satu, berkenaan sunnah nabi seperti berjanggut, bersugi, berbekam adalah sunnah kan ustaz? kalo kita buat dapat pahala, n if tak buat tak berdosa kan ustaz?
    satu lagi ustaz, saya nak tanya..apa yang membezakan maksum?

    • 20/12/2009 10:22 pm

      Waalaikumussalam..

      – Ya, Ahli Sunnah Wal Jamaah mengambil dasar-dasar Akidah daripada Al-Quran dan Sunnah, melalui kefahaman para salaf soleh.

      – Berjanggut adalah sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Bersugi juga sunnah baginda. Manakala berbekam, ada ulama mengatakan sunnah, dan ada ulama mengatakan harus.

      – Soalan tentang yang membezakan maksum, saya tidak faham maksudnya.

      Wallahu A’lam.

  69. محمد permalink
    20/12/2009 6:49 pm

    فتحت هذا الموقع رجاء الانتفاع ، فإذا هو لك !!! بارك الله فيك ورزقك علماً نافعاً انتفع الناس به

    • 20/12/2009 10:16 pm

      آمين.. وشكرا على مروركم على مدونتي. وفيكم بارك الله

  70. Ibn Tasyami permalink
    31/12/2009 10:39 am

    Assalamualaikum ust,maaf kerana mengganggu,ana nk tnye,ble diiklankan senarai pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke jami’ah untuk tahun1431/1432 H ?

    • 31/12/2009 1:28 pm

      Waalaikumussalam..

      Kebiasaannya senarai nama-nama pemohon yang terpilih akan diiklankan pada bulan Julai atau Ogos.

  71. Ibn Tasyami permalink
    30/01/2010 12:39 pm

    Assalamualaikum,maaf kerana mengambil masa ustaz,ana nak tanye,kalau kita hantar di antara 23 Oktober hingga 20 Januari mengikut apa yang dinyatakan dalam borang permohonan UIM,contohnya ana hantar pada 28 Disember 2009,permohonan ana ni untuk pengambilan tahun 2010 atau 2011?Mohon penjelasan..Syukron..

    • 30/01/2010 2:04 pm

      Waalaikumussalam
      Permohonan yang dihantar dalam tempoh tersebut jika diterima, selewat-lewatnya untuk pengambilan sessi 1431-1432. Senarai nama akan keluar sekitar bulan 6-8 tahun 2010.

  72. Radzuan permalink
    21/02/2010 9:48 pm

    Assalamualaikum Ust,
    Anak saya sekarang di tingkatan 3 (Sek Kebangsaan), ingin saya menghantar belajar ke pusat pengajian Islam selepas PMR. Minta pandangan Ust kat mana yang lebih baik agar anak saya dapat mendalami ilmu Islam yang sebaiknya.Terima kasih.
    Dari Kuantan.

  73. hasan permalink
    02/06/2010 9:11 am

    salam,
    ust sy nak tnye …ble kluar kputusan prmhonan ke universiti madinah bgi sesi 2010….dan srat sokongn tu kne bgi mse dah dpat twaran ke…
    wassalam,

  74. hillmee rifin permalink
    23/06/2010 3:04 am

    salam ust, ana hillmee, maaf kerana ambil masa ust..saya ingin bertanya mengenai keputusan pelajar yg dapat ke universiti madinah.. setahu saya uni al-imam sudah keluar senarai namanya, boleh ust beritahu bila uni madinah akan keluarkan senarai namanya? sekian ust, maaf dan terima kasih

    • 23/06/2010 5:29 am

      Waalaikumussalam,
      Setakat ini saya belum mendapat apa-apa maklumat tentang senarai pelajar yang diterima untuk mendaftar di Uni Islam Madinah, bagi tahun ini.
      Jika ada maklumat, -In Sya Allah- saya akan menghebahkan di blog ini.

  75. Shaffiq permalink
    20/07/2010 5:00 pm

    Assalamualaikum Ustaz,

    Nak bertanya kalau pelajar SPM apakah syarat paling Minima yang diperlukan untuk belajar di Universiti Islam Medinah untuk Lulusan Al-quran dan Hadith.

  76. amran mahmood permalink
    14/09/2010 5:56 pm

    Salam ustaz.,
    Saya nak bertanya sikit lagi pasal fotografi…diatas ustaz dah jelaskan pendapat Sheikh Utsaimin..dan ada hadis yang menyebut malaikat tak masuk rumah yang ada gambar..
    Cuma dengan kecanggihan teknologi skrg…bagaimana pula jika ada orang yang ambil gambar kemudiannya menyimpan gambar2 tersebut dalam komputer tanpa menggantungnya didalam rumah…kalau siarkan di facebook tu rasanya dah banyak ustaz2 yang bg pendapat dan tegur. harap ustaz dapat jelaskan dgn harapan ianya tak menjadi perbahasan di kalangan yg bukan ahli agama dan akhirnya timbul fatwa2 yg tidak merujuk kepada ilmu sebaliknya berdasarkan agak2 atau rasa2 saja. Terima kasih ustaz atas sumbangan dan perkongsian ilmu didalam blog ustaz ini. Semoga Allah memberi rahmat dan berkat. Amin.

  77. AQIL permalink
    15/09/2010 5:15 pm

    asskum….saya nk tanya….kalau pergi dengan sijil STAM…kena dapat MUMTAZ ke?…dan camne nk membuat permohonan untuk belajar di sana>>>online ke?….

  78. Meor Rosharul Hadi Bin Shaari permalink
    07/10/2010 12:46 am

    salam.mcm mane care nak m’mohon utk bljr di UIM?

  79. Anonymous permalink
    18/11/2010 6:13 pm

    Assalamualaikum ustaz..
    Berkenaan dgn Kuiz Ramalan Nasib di Facebook, mcm mana pula dngan ramalan kaji cuaca..? ramalan tentang tsunami, gempa bumi, gunung berapi?dan juga kajian Dr. Fadilah Kamsah selama 25 thn tentang sifat manusia mengikut bulan kelahiran. adakah ini dikira sebagai ramalan y boleh memesongkan akidah?

  80. farid azmi permalink
    27/11/2010 12:26 am

    assalamualaikum.
    trima ksih di atas prkongsian ilmu dlm blog saudara ni.
    bnyak info yg sya dpt.
    minta izin utk copy info trtntu.
    smoga kita umat islam sma2 diredhai Allah.

  81. alifah permalink
    10/01/2011 6:36 pm

    assalamualaikum…
    sy ada sedikit mslh dan persoalan….setiap pagi sy berulang alik ke tmpat keje yg terpaksa melalui kwsn2 kampung.yg menjadi mslh sy kdg2 sy terserempak dgn babi @ anjing yg telah dilanggar dan mmg keadaan yg gelap waktu pagi itu menybbkan sy x sempat mengelak dan tpaksa melanggar bangkai tersebut. kdg2 bangkai2 tu msh baru dan kdg2 isi bangkai tu dah bersepah atas jln.jd persoalan sy adakah tayar kereta sy perlu disamak krn sy akan parking kereta tersebut di porch di rumah.terima kasih atas penjelasan ust….

  82. mohamad lutfi bin mohd zuki permalink
    17/02/2011 3:31 am

    assalamualaikum ust,saya sekarang sedang belajar di kolej universiti insaniah dalam bidang diploma pengurusan perniagaan.tidak lama lagi saya akan tamat pengajian saya disini.saya ingin sangat hendak sambung pengajian saya di universiti madinah ni.boleh ust tolong bagi panduan kepada saya?

  83. 15/05/2011 11:09 am

    SALAM,saya nak ke universiti Madinah..macam mana kelayakannya…dan bagaimana nak kesana…?

    • 13/08/2011 5:16 pm

      Wsalam.
      Saudara boleh mendapat maklumat tersebut di post saya bertajuk: Peluang Belajar Di Universiti Islam Madinah.

  84. muhammad permalink
    12/08/2011 9:55 pm

    assalamualaikum ustaz abu umair..saya nak tanye,bilakah senarai pelajar baru universiti madinah sesi 2011/12 akan keluar?

  85. Sharifah Faridah permalink
    16/08/2011 10:41 pm

    Assalamu’alaikum ustaz,

    Bolehkah saya nak share catatan Ustaz ke fb ?Mdh2an mendapat keizinan daripada ustaz…semoga bermanfaat adanya..

    • 17/08/2011 7:51 am

      Waalaikumussalam.
      Tidak ada halangan untuk share kandungan blog ini, untuk tujuan sebaran ilmu dan dakwah. Sekian

  86. hafishussain1 permalink
    31/12/2011 4:55 pm

    asalamualaikum ustaz

    saya nak tanya tentang syarat-syarat kemasukan universiti madinah?
    adakah perlu seseorang itu menghafaz 30 juz Al -Quran ?
    minta ustaz jelaskan…

    • 09/02/2012 11:26 pm

      Waalaikumussalam.

      Tidak disyaratkan menghafal 30 juz al-Quran kecuali calon yang ingin mamasuki Kuliah al-Quran. Sekian.

  87. hafishussain1 permalink
    24/03/2012 6:57 pm

    Assalamualaikum ustaz, saya merupa pelajar lepasan SPM 2011, Allhamdulillah saya beroleh 8A2B. saya sangat berminat untuk ke universiti Madinah. Saya sangat berharap agar ustaz dapat menceritakan kepada saya secara jelas tentang perjalanan dari awal untuk mememohon kemasukan universiti Madinah dari sudut apa yang perlu saya laksanakan. saya berminat untuk mengambil bidang syariat di sana. Saya bercita-cita untuk menjadi mufti negeri yang menegakkan agama Islam. Doakan saya ustaz. MUDAH-MUDAHAN JASA BAIK USTAZ DIBALAS OLEH ALLAH.

    • 25/03/2012 7:32 am

      Waalaikumussalam…
      Saudara boleh mendapatkan malumat tentang syarat dan caranya di sini: abuumair1.wordpress.com/2011/02/28/peluang-belajar-di-universiti-islam-madinah-arab-saudi/
      Sekian.

  88. aimran permalink
    06/06/2012 11:10 pm

    assalamualaikum
    “saya ada masalah besar,minta ustaz tolong bantu:
    semasa saya remaja, sy agak liar dan gemar beronani (astaghfirullah), apabila sya dpt sdikit hidayah, saya berazam utk tggalkan tabiat sya itu..jadi SAYA TELAH BERNAZAR UNTUK BERPUASA SEHARI JIKA SAYA BERONANI, maksudnya sekali beronani=1 hari puasa…niat saya untuk jadikannya sbgai kifarah dosa sya…persoalannya :
    1.ADAKAH NAZAR SAYA ITU SAH?
    2. PERLUKAH SAYA TUNAIKAN NAZAR SAYA ITU JIKA SAYA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI TERSEBUT?
    3. APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN SEKARANG (mgkin ada sbrang kafarah,etc)
    terima kasih ustaz…saya takut umur sya x pnjang sblum sya setelkan masalah sya ini..”

  89. achik permalink
    14/06/2012 3:00 pm

    assalamualaikum ustaz, betul ke maksud damia berdarah ?

  90. Mohamed Feroz Ismail permalink
    03/10/2012 9:44 am

    Assalamualaikum Ustaz,,

    Ana berminat sangat belajar bahasa arab di Madinah. Ana berumur empat puluh tiga tahun seorang jurutera. Adakah ana layak belajar di universiti Madinah. Jika tidak bolehkah ana belajar di Kolej ataupun Institute bahasa disana yang tidak mensyaratkan had umur Alfadil Ustaz. Ana berharap sungguh agar Ustaz dapat menberi sedikit cahaya petunjuk dgn izin Allah

  91. 12/02/2013 4:21 am

    I would like to show some appreciation to the writer just for rescuing me from this particular predicament.
    Because of researching through the search engines and finding principles
    which were not powerful, I figured my life was done.
    Being alive minus the answers to the problems you have fixed
    by way of your entire write-up is a crucial
    case, and ones which may have badly affected
    my career if I had not encountered your blog post.
    Your good natural talent and kindness in touching the whole thing was very useful.

    I don’t know what I would’ve done if I hadn’t come upon such a step like this. I can also at this time relish my future. Thanks a lot very much for this high quality and results-oriented help. I won’t be reluctant to propose
    your web site to anyone who desires tips about this subject matter.

  92. norliza permalink
    21/09/2013 3:06 pm

    Assalamualaikum…

    Saya mempunyai seorang anak lelaki yang sedang belajar di SM IMTIAZ KT..tahun ini akan menduduki SPM…Anak saya ini menyimpan hasrat untuk melanjutkan pelajarannya di university of madinah sebaik sahaja habis SPMnya….Bolehkah tuan membantu saya untuk mengetahui cara-cara memohon peluang belajar di university of madinah ini..Jasa baik tuan sangat saya hargai…terima kasih…

  93. 09/06/2014 10:31 pm

    Many thanks for posting this. I’ve been interested in like this specific. Fantastic information I most certainly will check back for just about any information related to a Lentil soup Eating plan.

Trackbacks

  1. Panduan Berinteraksi dengan Khilaf Ulama’ « Blog Usrah Ali, Doha
  2. Agih Zakat kepada bukan Islam « Blog Usrah Ali, Doha

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: