Skip to content

02-006 : Hadis Musalsal Berjabat Tangan

Home - Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Assalamualaikum kepada panel al-ahkam,

“Benar, dia ada komen tentang Hadis berjabat tangan (musalsal bil musofahah), tetapi hadis itu ada dua jenis. Ada hadis musalsal bil musofahah anasiyah dan ada hadis musalsal bil musofahah mu’ammariyah.

Adapun musalsal bil musofahah (berjabat tangan) anasiyah, maka hadisnya sahih. Tiada lagi persoalan tentangnya kerana diriwayatkan daripada orang-orang yang dipercayai”

quotation diatas daripada Ustaz Mukhlis

soalannya
1) bolehkan dengan jasa baik pihak Tuan untuk memberikan komen para ulama hadis yang muktabar berkenaan kedua2 hadis diatas?

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Yang dimaksudkan oleh muhadditheen dengan hadis musalsal bil musofahah al-Anasiyyah iaitu hadis yg diriwayatkan secara musalsal, iaitu setiap perawi bersalaman dengan gurunya sehingga kepada Anas bin Malik, dan Anas berkata:

ما مسست حريرا ولا ديباجا ألين من كف النبي صلى الله عليه وسلم ولا شممت ريحا قط أو عرفا قط أطيب من ريح أو عرف النبي صلى الله عليه وسلم

maksudnya: Aku tidak pernah menyentuh sutera dan pakaian sutera yg lebih lembut daripada tapak tangan Nabi saw. dan aku tidak pernah mencium bau yg lebih harum daripada bau Nabi SAW.

-Matan hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya 3368, tetapi tiada musalsal.
-Manakala musalsal secara bersalaman dalam hadis ini pula, banyak jalan dan riwayat yg berbeza2. tetapi kebanyakannya adalah lemah sebagaimana dinukilkan oleh al-Ayyubi dalam kitabnya: Al-Manahil Al-Silsilah (42).

Tetapi, musalsal bil musofahah dalam hadis ini pula, TIADA MENYEBUT TENTANG MASUK SYURGA. Cuma, perawi2 bersalaman antara murid dan guru sehingga akhir sanad. Itu sahaja.

Manakala Musalsal bil Musafahah al-Muammariyyah pula, selain daripada PALSU, terdapat kejanggalan dan keganjilan pada matannya, iaitu berkaitan dengan MASUK SYURGA.

2) bolehkah beramal dan menyebarkar hadis ini?

Hadis yg disebutkan diatas (hadis Anas) diriwayatkan oleh Bukhari, maka ia SAHIH. Maka setiap muslim digalakkan menyebarkan apa2 jua yg sahih daripada Nabi SAW. Cuma, riwayat secara musalsal, ia tidak memberi apa2 kesan jika anda mahu mengambilnya secara musalsal. Faedahnya: cuma mahu mentatbiqkan (praktik) salah satu jenis dalam ulum al-hadeeth.

wallahu a’lam.

rujuk:
al-Mabahith fil Hadith al-Musalsal 4/21

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 164 other followers

%d bloggers like this: