Skip to content

02-016 : Hadis Tentang Boleh Berdusta

Home - Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Dari Ummu kaltsum binti Uqbah bin Abi Mu’aith – dia termasuk muhajirat yang pertama-tama berbai’at dengan Nabi SAW – mengatakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Tidak termasuk pendusta orang yang memperdamaikan dua orang yang berselisih, dia mengatakan yang baik lalu dia berhasil dengan baik.” Kata Ibnu Syihab, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah SAW membolehkan orang berdusta, melainkan dalam tiga hal (1) dalam perang. (2) dalam mendamaikan dua orang yang berselisih (3) berita suami kepada isterinya dan berita isteri kepada suaminya.”

Hadith Shahih Muslim.

Minta Panelis yg arif takhrijkan maksud hadith ini dari segi cara sebenar pengamalannya,

JKK

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله ةصحبه ومن والاه أما بعد

TAKHRIJ HADIS:
-Hadis Ummu Kalthum diriwayatkan oleh Bukhari (no: 2546), dan Muslim (no: 2605).

-Kata-kata Ibn Syihab disebut oleh Imam Muslim. Dan diriwayatkan secara marfuk kepada Rasulullah SAW dengan lafaz: “Tidak elok berbohong melainkan dalam tiga perkara…”
HR: Tirmizi (no: 1939).

MAKSUD HADIS:

-Antara dasar syarak ialah: HARAM BERBOHONG, dan ia salah satu ciri utama munafiqeen.

-Dikecualikan dalam beberapa situasi kerana maslahah. Antaranya:

i- untuk mendamaikan antara dua orang atau dua kumpulan. Contohnya: Ali dan Amhad bertengkar, lalu kita beritahu pada Ali bahawa Ahmad mahu berdamai, dan beritahu pada Ahmad bahawa ALi mahu berbaik dengannya.

ii- perbualan antara suami isteri dalam hal-hal yang boleh menambahkan kemesraan, dan kasih sayang antara mereka. Contohnya: Seorang yg berpoligami berkata kepada setiap isterinya, bahawa dialah isteri yang paling disayangi.

iii- dalam peperangan. Contohnya: pemimpin tentera menzahirkan bahawa dia mahu mengerahkan tentera2nya melalui laluan A, padahal sebenarnya dia mahu mereka melalui laluan B. Ini adalah kerana maslahah, supaya rahsia strategi peperangan tidak sampai ke tangan musuh.

Berkata al-Qadhi Iyadh: Tidak ada khilaf bahawa HARUS berbohong dalam 3 keadaan ini. Lihat: Syarah Sahih Muslim Nawawi 16/158.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: