Skip to content

02-034 : Hadis ‘Lima Perkara Perlu Disegerakan’

Home - Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Ana try cr kat al-ahkam ni tak jmpe pasal bende nih. Nak tanye, taraf hadith ni ape:

Dari Hatim Al-Asom :

“Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullaah saw

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat, bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

Banyak jmpe dalam internet tapi tatau dia pnye taraf hadith dan diriwayatkan oleh sape.

Jazakumullah

Wassalam

Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Kata-kata di di atas disebut oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya, dengan menyandarkan ia kepada kata-kata Al-Asam, dan beliau tidak mengatakannya hadis. (Ihya 2/16).

- Yang didapati dalam kitab-kitab sunnah ialah beberapa hadis yang memberi makna yang hampir sama, seperti:

الأناة من الله والعجلة من الشيطان

Maksudnya: “Ketenangan itu dari Allah, dan terburu-buru itu dari syaitan”.
Direkod oleh Tirmizi (no: 2012), dan dinilai dhaif oleh beliau, Imam Iraqi, dan Albani.

التُّؤَدَةُ فِى كُلِّ شَىْءٍ إِلاَّ فِى عَمَلِ الآخِرَةِ

Maksudnya: “Berhati-hati (berlewat) dalam setiap perkara, kecuali dalam amalan akhirat”.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4812). Dinilai sahih oleh Hakim dan juga Albani.

ثلاث لا تؤخرها الصلاة إذا أتت والجنازة إذا حضرت والأيم إذا وجدت لها كفوءا

Maksudnya: “Tiga perkara, janganlah dilewatkannya; Sembahyang apabila sampai waktunya, jenazah apabila datang, dan wanita janda apabila mempunyai kufu”.
Direkod oleh Tirmizi (no: 1075) dan beliau menilainya dhaif dan mengatakan tiada sanad yang bersambung.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: