Skip to content

04-007 : Kuning, Keruh, Kelabu, Hijau: Warna Haid?

Home - Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

asslamua’laikum..saya ingin btanya dlm tempoh 15 hari(tempoh maksimum haid)..biasanya dari hari pertama saya haid hingga ke hari 10 darah haid saya bwarna merah..bila tiba hari ke 11 hingga ke 15 ada keluar cecair kuning, kadang2 hijau dan kadang2 kelabu@keruh..adakah itu masih dikira haid..

utk pengetahuan panel dlm waktu suci pun saya mmg ada keluar cecair seperti warna di atas(kuning,hijau,kelabu @ keruh) kerana saya mengalami keputihan

utk pengetahuan panel juga saya sudah lama mengira uruf haid saya selama 15 hari kerana ada yg berkata jika keluar cecair kuning @ hijau @ keruh @ kelabu dlm tempoh 15 hari haid ia masih dikira haid..harap panel dapat menjawab berserta dalil..

Jawapan:

Jika tempoh period anda adalah 15 hari, maka darah yg keluar pada tempoh itu adalah haidh walaupun warnanya kuning, atau kelabu. Atau sebahagiannya merah dan sebahagiannya adalah kelabu atau kuning.

Dan jika warna kuning atau kelabu itu keluar bukan pada tempoh period, samada sebelum atau selepas, maka ia tidak dikira haidh.

Dalilnya: Hadith Ummu Atiyyah r.a. katanya: “Kamu tidak menganggap warna kelabu dan kuning selepas suci itu sesuatu pun (daripada haidh)” HR: Abu Daud (no: 307). Di dalam Sahih Bukhari tiada lafaz (selepas suci).

Mantuq hadis ini: Warna kelabu dan kuning yg keluar selepas tempoh suci tidak dikira haidh.
Mafhum hadis ini: Warna kelabu dan kuning yg keluar pada waktu period adalah dikira haidh.

Wallahu A’lam.

rujukan
-Majmuk 2/395-396
- http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=69452&Option=FatwaId

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: