Skip to content

04-009 : Haid 15 Hari, Adakah Suci Juga 15 Hari?

Home - Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

asslamualaikum.

Tempoh haid saya pada urufnya adalah 15hari..kebiasaannya haid saya akan datang semula selepas 13 hari suci..adakalanya hari ke-12 dan ada juga pada hari ke-11.
soalan saya disebabkan tempoh haid saya 15 hari adakah saya perlu mengira tempoh suci saya juga 15 hari? Bermakna haid saya yg datang sebelum tempoh suci hari yg ke-15 itu tidak dikira haid.

Harap ustaz dapat menjawab beserta dalil. Terima kasih

Jawapan:

Pertama, berkenaan dengan sekurang-kurang tempoh haidh, sebanyak-banyak tempoh haidh, dan sekurang-kurang tempoh suci, semuanya tidak ada dalil daripada nas-nas yg sahih dan jelas.

Yang dipelajari dalam mazhab Syafie (contohnya), iaitu sekurang-kurang tempoh suci adalah 15 hari dan sebanyak2 tempoh haidh adalah 15 hari, ia adalah berdasarkan kajian ulama terhadap kebiasaan wanita-wanita pada zaman mereka. Bukan diambil dari mana-mana nas yang sorih dan sahih.

Oleh itu, kami melihat tidak boleh terlalu tasyaddud (berkeras) dalam perkara ini, dan wajar melihat juga kepada pendapat lain-lain ulama yang juga berdasarkan kepada istiqra’ (kajian).

Kembali kepada masalah anda:

Jika berlaku adat kebiasaan anda, dan berulang-ulang keadaan seperti itu, iaitu haidh berlaku 15 hari, dan suci selama 13 atau 12 hari atau 11 hari, maka kami melihat bahawa itulah adat untuk diri anda. Maka anda hendaklah berpegang kepada kebiasaan tersebut, dan tidak perlu kembali kepada masalah istihadhah.

Pendapat ini -walaupun bukan pendapat rajih dalam mazhab Syafie- ia adalah pendapat sebahagian ulama mazhab Syafie.
Imam Haramain berkata: Ia adalah pendapat beberapa golongan dari kalangan ahli tahqiq, antaranya Abu Ishaq al-Isfirayini, dan al-Qadhi Husain.
Kata Imam Nawawi: Pendapat ini juga dipilih oleh Al-Darimi dalam Istizkar dan Pengarang kitab Al-Tatimmah. (Majmuk 2/381).

Tambahan pula, tempoh 15 hari sebagai sekurang-kurang suci, bukanlah suatu yang disepakati.
– Ibn Munzir (ulama tersohor mazhab Syafie) berkata: Ada segolongan berpendapat, tiada had dalam tempoh haidh. Jika keluar darah, maka ia haidh. jika tiada darah, ia dikira suci.
– Berkata Ishaq: Menetapkan tempoh sekurang-kurang suci adalah 15 hari adalah batil.
– Diriwayatkan Imam Ahmad juga berpendapat: Tiada had dalam sekurang-kurang suci. Selama mana tidak keluar darah, maka itulah tempohnya.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 164 other followers

%d bloggers like this: