Skip to content

04-018 : Keluar Sisa Mani Selepas Mandi Wajib

Home - Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

as’kum

Saya remaja berumur 15 thn dan apabila air mani saya sudah terkeluar saya mesti mandi wajib. akan tetapi setelah saya mandi wajib saya mesti rasa ragu2 akan air mani itu terkeluar semula. dan apabila saya memeriksa semula tiba tiba ia terkeluar semula hampir 4 kali saya mandi wajib namun perkara sama berlaku.


Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Ulama menyebut 2 pendapat;

pertama:
Wajib mandi janabah setiap kali keluar sisa2 mani dari zakarnya. (mazhab Syafie).
Kerana hadis “Air (yakni: kewajipan mandi) adalah disebabkan air (yakni: keluar mani)”. HR Muslim (no: 343)
Hadis tidak membezakan antara keluar ketika syahwat, atau keluar sisa-sisa mani tanpa syahwat.

kedua:
Tidak wajib mandi janabah dengan sebab keluar sisa mani. (mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali).
Kerana yang dikira junub ialah bila keluar mani dalam keadaan syahwat.

Punca khilaf: Adakah dianggap berjunub jika berlaku junub dalam keadaan luar kebiasaan? Kerana, kebiasaan dan uruf ialah: keluar mani dalam keadaan syahwat. Tetapi, jika keluar bukan dalam keadaan syahwat, adakah dipanggil berjunub juga?

rujukan:
-Majmuk 2/139-140
-Bidayatul Mujtahid 1/34.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: