Skip to content

07-023 : Hidu Asap Rokok Membatalkan Puasa?

Home - Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

assalamualaikum..

Saya ingin bertanya: Adakah batal puasa jika menghidu asap rokok dengan sengaja.. terima kasih..

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


- Asap seperti asap rokok atau bukhur wangian yang berasap adalah perkara yang membatalkan puasa jika sengaja dihidu sehingga masuk ke bahagian rongga dalaman.

- Kerana, asap rokok adalah jirim yang boleh masuk ke dalam rongga samada melalui mulut atau hidung. Dan kedua-duanya adalah liang yang membawa ke dalam rongga dalaman.

- Syaratnya ialah jika dihidu dengan hidung atau disedut dengan mulut dengan sengaja. Jika tidak sengaja, maka tidak membatalkan.

rujukan:
Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimeen.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: