Skip to content

07-028 : Sedut Habuk Membatalkan Puasa?

Home - Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

Adakah jika niat utk sedut habuk, kemudian disedut udara tanpa habuk yang jelas batal puasa?

Adakah dikatakan niat jika tidak bersungguh-sungguh?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


– Habuk dan asap adalah jirim yang membatalkan puasa jika disedut dengan sengaja. Kerana itu para ulama memasukkan perbuatan merokok membatalkan puasa.

- Tetapi jika tidak sengaja, seperti habuk di jalanan atau lalat masuk ke mulut, maka tidak batal puasa. Malahan, tidak perlu menyusahkan diri menutup mulut ketika lalu di kawasan berhabuk atau berasap. (Majmuk Nawawi 6/327).

- Berkenaan soalan saudara, iaitu seseorang niat sedut habuk tetapi tak ada habuk masuk mulutnya, maka tidaklah membatalkan puasa.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: