Skip to content

07-030 : Adakah Nabi SAW Puasa Ketika Perang Badar?

Home - Soal JawabFeqah: Puasa

Soalan:

A’kum,

Soalan yang mushkilkan saya, adakah perang Badar berlaku pada waktu malam dalam bulan Ramadhan. kalau siang, adakah Nabi dan sahabat puasa pada ketika perang tu?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Sejarawan Islam mencatatkan bahawa Peperangan Badr al-Kubra berlaku pada bulan Ramadhan, tahun ke-2 Selepas Hijrah (Tarikh Islam Zahabiy 2/50).

Dan kefardhuan puasa Ramadhan juga bermula pada Ramadhan tahun ke-2 Selepas Hijrah. Bererti Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sepanjang hidupnya berpuasa sebanyak sembilan kali Ramadhan (Zaad al-Maad 2/69).

Fakta ini menunjukkan sewaktu berlaku Peperangan Badr, sudah difardhukan puasa Ramadhan.

Berkenaan adakah para sahabat berpuasa atau tidak sewaktu peperangan, diriwayatkan atsar daripada Umar bin al-Khattab, katanya:

“Kami berperang bersama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pada bulan Ramadhan sebanyak dua kali, iaitu: Badr dan Fath. Lalu kami berbuka dalam kedua-dua peristiwa itu”. (Zaad al-Maad 2/52).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: