Skip to content

05-002 : Dicuit Orang Ketika Solat, Kena Undur?

Home - Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

masa solat jamaah baru2 ni, saf pertama penuh kiri ke kanan hingga ke dinding masjid. saya berada di hujung sebelah kanan. ada sorang hamba Allah ni masbuk datang pada rakaat ke-2, dia cuit bahu saya,mintak saya ke belakang teman dia dlm saf.

nak undur ke tidak ni…? undur nampak mcm pelik, tapi pernah dengar ustaz mengajar pasal ni. tapi tidak berapaa pasti caranya. tengah2 konfius tu, baca fatihah pun habis, imam pun rukuk. terus jelah sampai tahiyat akhir.

apakah saya bersalah?
apakah pahala jamaah masbuq tadi kurang sebab solat seorang satu saf di belakang?
ada seoorang ustaz lagi cakap, jangan kacau orang masa solat. just takbir aje dekat dia, untuk ambik dia sebagai imam. cuit2 bahu tu mengganggu kekhusyukan orang masa solat. ada yang siap tepuk n garu bahu sekali. mau tak teperanjat
saf ni, bukan kena mula dr tengah blkg imam ker?


Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه  أما بعد

HUKUM MENARIK ORANG KE BELAKANG;
apabila seorang masuk masjid dan didapati saf telah penuh, dan tiada org lain untuk dibuat saf baru, ada pendapat mengatakan sunat menarik seorang dari saf dan bersembahyang bersamanya.
pendapat ini berdalil hadis:

إن جاء رجل فلم يجد أحدا فليختلج إليه رجلا من الصف فليقم معه فما أعظم أجر المختلج

Maksudnya: Apabila datang seorang lelaki, lalu tidak mendapati org lain (unt membuat saf baru), maka hendaklah dia tarik seseorang dari saf kepadanya, dan bersembahyang bersamanya. Alangkah besarnya pahala orang yg ditarik itu.
Direkod oleh Baihaqi dalam Sunan Kubro (no: 4993). Tetapi ia adalah hadis mursal daripada Muqatil bin Hayyan. Maka ia tidak sahih.

Maka pendapat yang sahih, TIDAK BOLEH menarik orang lain ke belakang, kerana tiada dalil sahih tentang perkara ini. Tambahan lagi, ia menyebabkan:
1) mengubah tempat orang lain dari tempat yg afdhal kepada tempat yg kurang afdhal.
2) mengganggu solat orang yg ditarik itu.
3) menyebabkan berlaku kekosongan dalam saf tersebut. Ditakuti ia termasuk perbuatan memutuskan saf yg dilarang dlm hadis.
4) mengganggu orang2 lain dalam saf itu kerana mereka terpaksa beranjak-anjak unt memenuhi ruang kosong itu.

Jadi, apa yang perlu dilakukan?
jawapan: Bersembahyanglah berseorang di belakang saf. walaupun terdapat hadis2 sahih melarang bersembahyang di belakang saf, tetapi dalam keadaan uzur seperti ini, dikecualikan daripada umum larangan itu. sebagaimana jika seorang perempuan bersembahyang di belakang saf lelaki, sah sembahyangnya dengan ijmak, kerana ia terkecuali daripada umum larangan itu.

Soalan: Apa kata kalau dia tidak menarik orang ke belakang, dan tidak pula bersembahyang berseorangan, sebaliknya menunggu ada orang lain datang.
jawapan: Tidak digalakkan juga demikian, kerana ia memungkinkan terluputnya rakaat. dan mungkin boleh terluputnya solat jemaah.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: