Skip to content

05-005 : Akhir Waktu Maghrib dan Isyak

Home - Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Saya mushkil mengenai waktu luput solat maghrib dan isyak. Adakah waktu maghrib hanya tamat apabila azan isyak berkumandang dan begitu juga dengan waktu isyak, adakah ia tamat bila azan subuh berkumandang, atau kedua2 waktu itu (maghrib dan isyak) tamat/luput lebih awal sebelum masuk waktu solat yang seterusnya…

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Akhir Waktu Maghrib
-hadis2 sahih menunjukkan waktu maghrib tamat dengan hilangnya mega merah (syafaq), iaitu bermulanya waktu isyak. jadi, bermulanya waktu isyak bererti berakhirnya waktu maghrib.

Dalil:
Hadis: “Waktu maghrib ialah selagi tidak hilang syafaq (mega merah)”. -HR Muslim.
Hadis: “Waktu maghrib ialah apabila terbenam matahari selagi tidak jatuh mega merah”. -HR Muslim.

Dan juga umum hadis: “Bukanlah kecuaian pada tidur. tetapi kecuaian ialah seseorang yg tidak bersembahyang sesuatu solat hingga MASUK WAKTU SOLAT LAIN”. -HR Muslim.

Memang ada pendapat mengatakan waktu maghrib luput lebih awal, iaitu: waktu maghrib ialah setakat waktu untuk bersuci, bersedia, dan solat termasuk qabliyyah dan baadiyyah. selepas itu, habis waktunya walaupun belum masuk waktu isyak. Inilah pendapat sebenar Imam Syafie dalam qaul jadidnya. tetapi pendpat ini ditinggalkan oleh muhaqqiqeen mazhab kerana bersalahan dgn hadis2 sahih.

Kata Nawawi: Apabila diketahui hadis2 sahih, maka WAJIBLAH berpegang pendapat ini secara pasti, ditambah dengan kaedah imam syafie: Apabila sahih sesuatu hadis, maka itulah mazhabku. Majmuk 3/30.

Akhir Waktu Isyak
Ada beberapa hadis sahih menunjukkan waktu isyak tamat apabila masuk sepertiga malam, atau seperdua malam.

Dalil satu pertiga malam:
-Hadis Jibril menunjukkan Nabi waktu akhir solat, iaitu Jibril solat Isyak pada hari kedua, ketika sepertiga malam. -HR Muslim.

Dalil seperdua malam:
-Hadis: “Waktu Isyak ialah sehingga setengah malam”. -HR Muslim.

walaubagaimana pun, sesetengah ulama mengatakan waktu akhir ini ialah waktu pilihan. Yakni, bukannya tamat waktu isyak. waktu Isyak tamat dengan masuknya waktu Subuh, berdalilkan umum hadis:
“Bukanlah kecuaian pada tidur. tetapi kecuaian ialah seseorang yg tidak bersembahyang sesuatu solat hingga masuk waktu solat lain”. -HR Muslim.

wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: