Skip to content

05-015 : Mimpi Selepas Solat Istikharah

Home - Soal JawabFeqah: Solat

Soalan:

Apakah apabila kita bermimpi selepas solat Istikharah dan Tahajud, cthnya tentang seorang perempuan, maka dia adalah jodoh kita.

Maksudnya dalam solat tersebut jita memohaon doa pada allah supaya ditunjukkan jodoh kita.

Adakah memang itulah taqdir allah bahawa orang tersebut adalah jodoh kita dan itulah taqdir yang mutlak dan tidak berubah???

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


1) Ramai menyangka selepas istikharah, ia akan disusuli dengan mimpi, atau terasa cerah hati terhadap sesuatu perkara. Dan menyangka itu adalah pilihan yg ditentukan Allah. Ini satu sangkaan yg silap.

2) Sebenarnya, apabila seseorang membuat istikharah, dan mengambil segala sebab musabbab untuk menentukan pilihannya dengan cara bertanya atau mengkaji, kemudian dia memilihnya, maka pilihannya itulah yg paling baik, walaupun tidak bermimpi.

3) Jika anda istikharah utn cari teman hidup, dan melihat seorang wanita dalam mimpi, tidak semestinya itu pilihan yg terbaik. Kerana mimpi kadangkala disebabkan apa yg difikirkan pada siangnya, lalu bermimpi pada malamnya.

4) Pilihan terbaik ialah anda berusaha bersungguh2 mencari wanita yg solehah dan beragama, dari keturunan yg baik2, kemudian minta pandangan dan nasihat org2 soleh, dan beristikharah. tak perlu tunggu dia datang dalam mimpi.

5) Tetapi jika anda bermimpi, dan merasakan ia bukan mainan tidur, maka anda boleh bertanya orang alim lagi soleh untuk menta’birnya.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: