Skip to content

06-003 : Maksud Nisab dan Haul Zakat

Home - Soal Jawab - Feqah: Zakat

Soalan:

Saya ada kemusykilan mengenai zakat terutama tentang haul dan nisab. Apakah maksud sebenar haul dan nisab?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

NISAB:
ialah kadar harta yg mewajibkan dibayar zakat padanya. contohnya:
-emas: 20 dinar
-perak: 200 dirham
-unta: lima ekor
-lembu: 30 ekor
-kambing 40 ekor
-tanaman: 300 gantang

manakala wang tunai yg ada sekarang ini: telah diputuskan dengan kesepakatan ulama ia mengambil hukum emas dan perak. apabila mencapai kadar salah satu daripada nilai emas atau perak, maka diwajibkan zakat padanya.

HAUL:
ialah jangka masa setahun bermula daripada cukupnya haul. contoh, pada bulan muharram 1426 duit kita mencapai kadar nisab, maka pada muharram 1427, dikira telah cukup satu haul.
ia dikira berdasarkan kalendar islam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: