Skip to content

06-018 : Zakat Yang Diterima Diberi Kepada Orang Lain

Home - Soal Jawab - Feqah: Zakat

Soalan:

Apakah kita dibenarkan memberikan atau menghadiahkan item yg kita terima dari zakat (e.g: beras) disebabkan terlampau banyak jumlah yg diterima? Makcik akak menerima beras dalam jumlah yg banyak lalu diberikan pada saudara maranya.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Pemberian zakat kepada asnaf adalah secara pemilikan. Bermakna dengan penyerahan zakat kepada mereka, mereka bebas sepenuhnya terhadap harta tersebut. Contohnya, dengan beras yang mereka perolehi, mereka boleh memakannya, menjualnya atau memberi hadiah kepada orang lain sekalipun kepada orang kaya. (Al-Istizkar 6/70)

Di dalam satu hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyebut bahawa sedekah (zakat) tidak halal kepada golongan kaya kecuali kepada lima golongan. Sabda baginda:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِىٍّ إِلاَّ لِخَمْسَةٍ لِغَازٍ فِى سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ لِعَامِلٍ عَلَيْهَا أَوْ لِغَارِمٍ أَوْ لِرَجُلٍ اشْتَرَاهَا بِمَالِهِ أَوْ لِرَجُلٍ كَانَ لَهُ جَارٌ مِسْكِينٌ فَتُصُدِّقَ عَلَى الْمِسْكِينِ فَأَهْدَاهَا الْمِسْكِينُ لِلْغَنِىِّ

Maksudnya: Tidak halal sedekah (zakat) kepada orang kaya kecuali kepada lima orang; orang berperang di jalan Allah, orang yang menjadi amil zakat, orang yang berhutang, orang yang membeli harta zakat itu, ataupun orang yang mempunyai jiran yang miskin lalu dia memberi sedekah kepada simiskin itu kemudian simiskin itu memberi hadiah kepada jirannya yang kaya”.
Direkod oleh Ahmad (no: 11538), Abu Daud (no: 1637), Ibn Majah (no: 1841).

Dan tersebut dalam hadis sahih, bahawa Barirah telah menghadiahkan daging kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, di mana daging itu disedekahkan kepadanya. Lalu baginda bersabda:

هو لها صدقة ولنا هدية

Maksudnya: Ia adalah sedekah kepadanya (Barirah) dan hadiah kepada kami. Direkod dalam Sahih Bukhari (no: 2438) dan Muslim (no: 1074).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: