Skip to content

03-014 : Nabi Ajar Ali Zikir ‘Lailaha Illallah’

Home - Soal JawabZikir dan Doa

Soalan:

Assalamualaikum,

Saya mendapati ada orang berhujjah dengan dalil Nabi S.A.W mengajar Saidina Ali R.A zikir “Laa Ilaha IllalLah” dengan lafaz:

“Ya Ali, apabila kamu menyebut ‘Laa’, tumpukan pada pusatmu, kemudian apabila menyebut ‘Ilaha’, toleh kepalamu ke kiri, dan apabila menghabiskan dengan ‘IllalLah’, habiskan dengan kepala kembali ke pusat”

Adakah hadis ini sah?

Jazak AlLah.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

- Tatacara menyebut zikir Lailahaillallah seperti yang tersebut -setakat pengetahuan kami- tidak ada dalam sunnah Rasulullah SAW. Kaifiyyat seperti ini banyak diajar di kalangan pengamal-pengamal tarekat. Bagaimanapun, kaifiyyat tersebut tidak ada asas daripada sunnah.

- Dalam kitab-kitab sunnah seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan kitab-kitab hadis lain terdapat banyak ajaran tentang zikir. Ia sudah mencukupi bagi orang Muslim. Tidak perlu kepada penambahan yang tidak bersumber.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 161 other followers

%d bloggers like this: