Skip to content

03-017 : Amalan Untuk Murah Rezeki

Home - Soal JawabZikir dan Doa

Soalan:

Assalamualikum,

Saya ada satu musykil tentang penggunaan surah-surah dalam al quran contohnya sural al insyiirah atau al qadar dalam bilangan-bilangan tertentu dan dibaca selepas sembahyang untuk menolong dalam mengatasi masalah rezeki atau kesusahan. Adakah dalil-dalil, nas-nas hadis tentang perkara ini. harap dapat penjelasan. terima kasih.


Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعـد

- Kami tidak menemui -setakat pencarian- dalil tentang amalan membaca dua surah tersebut dengan bilangan tertentu sebagai amalan untuk mengatasi masalah rezeki.

- Tetapi dimaklumi di dalam syarak terdapat galakan melakukan dan membaca doa-doa tertentu untuk diluaskan rezeki, antaranya:

1) Bertaqwa kepada Allah, kerana ia penyebab murah rezeki. Firman Allah:

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

Maksudnya: Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. (Al-Talaq: 2-3).

2) Membanyakkan istighfar, kerana Allah berfirman:

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا * يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَارًا * وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَارًا

Maksudnya: Sehingga aku berkata: Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai. (Nuh: 10-12).

3) Menjauhi maksiat. Kerana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

وإن الرجل ليحرم الرزق بالذنب يصيبه

MAksudnya: Sesungguhnya seseorang lelaki disekat rezeki dengan sebab dosa yang dilakukannya. Direkod oleh Ibn Majah (no: 4022). Dinilai sahih oleh al-Hakim.

4) Berdoa dimurahkan rezeki, seperti doa baginda pada waktu pagi selepas solat Subuh:

اللهم إني أسألك علما نافعا ورزقا طيبا وعملا متقبلا

Maksdunya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.
Direkod oleh Ibn Majah (no: 925).

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 163 other followers

%d bloggers like this: