Skip to content

Hajar Aswad Super Conductor?

28/06/2013

Beberapa hari lepas saya terbaca satu ‘fakta ajaib’ berkenaan dengan Kaabah dan Hajar Aswad. Ia tersebar dengan agak meluas melalui media-media sosial seperti Facebook, WhatsApp, blog-blog, dan lain-lain. Sebaran tersebut adalah seperti berikut:

NY Times menulis:

“Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini”

Ini adalah kerana pusingan dari Super Konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.”

Menurut hasil penelitian dari 15 University:

Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari baja yang ada.

Beberapa astronout yang berada di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah, Mekah.

Super konduktor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi umpama mikrofon yang sedang menyiarkan gemanya dan dimana jarak yang dilontarkan mencapai ribuan million jangkauan siarannya.

Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:

“Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam.
Solat, tawaf dan dilakukan mengikut ketepatan waktu telah menjaga Super Konduktor itu.”

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Tawaf Haji dan Umrah.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.

i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.

ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“

Komentar saya tentang ‘fakta’ tersebut adalah seperti berikut:

1) Adalah suatu yang disepakati oleh sekalian orang Islam bahawa peredaran langit dan bumi adalah sepenuhnya di bawah kekuasaan Allah Taala. Dialah yang menciptakan bumi dan Dialah yang mengkehendaki ia beredar dan berputar menurut hukum alam.

Firman Allah Taala:

إِنَّ اللَّهَ يُمْسِكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ أَنْ تَزُولَا وَلَئِنْ زَالَتَا إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِنْ بَعْدِهِ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menahan dan memelihara langit dan bumi supaya tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya dan jika keduanya (ditakdirkan) berganjak maka tidak ada sesiapapun yang dapat menahannya daripada berlaku demikian selain dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Fatir: 41).

2) Mengaitkan faktor atau sebab tertentu dalam peredaran bumi memerlukan kepada pembuktian hujah. Sesiapa yang mendakwa bahawa bumi ini beredar dan berputar selagi mana Kaabah yang terletak padanya Hajar Aswad ditawaf, dan ia akan berhenti berputar jika Kaabah tidak ditawaf, hendaklah membuktikan kata-katanya dengan hujah. Kerana dalam disiplin ilmu syarak, mengaitkan suatu faktor atau sebab perlulah dibuktikan melalui ilmu.

Kaedah dalam mengaitkan faktor atau sebab adalah, “Tidak harus mempercayai bahawa sesuatu perkara adalah sebab kepada sesuatu kecuali dengan berdasarkan ilmu. Sesiapa yang menetapkan suatu sebab tanpa berdasarkan ilmu atau secara menyalahi syarak, maka dia melakukan kebatilan”. (Majmu’ Fatawa: 1/104).

3) Dari sudut syarak, tidak ada nas -setakat pengetahuan saya- yang mengaitkan peredaran bumi dengan perlakuan tawaf di Kaabah dan kewujudan Hajar Aswad di sana.

Malah terdapat hadis yang mengkhabarkan bahawa pada akhir zaman Kaabah akan dirobohkan dan selepas itu ia tidak lagi diimarahkan. Tidak kedapatan pula sebarang isyarat bahawa ketika itu bumi akan berhenti berputar seperti kebiasaan.

4) Dari sudut sejarah, yang dapat dipastikan ialah Kaabah mula-mula dibina oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam. Bererti sebelum baginda bersama-sama dengan puteranya Ismail membina Kaabah, manusia belum lagi mengenal di mana Kaabah apatah lagi mengimarahkan Kaabah dengan solat dan tawaf.

Jika mengambil pandangan sesetengah ahli riwayat bahawa Kaabah mula dibina oleh Adam Alaihissalam, kewujudan bangunan Kaabah adalah untuk satu tempoh tertentu sahaja kerana ia lenyap daripada muka bumi ketika berlakunya taufan besar pada zaman Nabi Nuh Alaihissalam. Kemudian ia tidak diimarahkan sehinggalah Allah menunjukkan kepada Nabi Ibrahim tapak Kaabah untuk ia dibina semula.

Ketiadaan manusia yang mengimarahkan Kaabah dengan tawaf dalam tempoh yang panjang tersebut, sepatutnya membawa kepada terhentinya putaran bumi, menurut ‘fakta’ di atas. Tetapi ia tidak berlaku.

5) Mengaitkan Hajar Aswad dengan ‘keajaiban’ yang didakwa juga amat melucukan. Memang benar Hajar Aswad adalah batu yang mulia, yang mempunyai kisah dan sejarah yang tersendiri dalam Islam. Namun, sejarah mencatatkan bahawa Hajar Aswad pernah dicuri dan dilarikan daripada Kaabah oleh kaum Qaramitah ke negara mereka selama 22 tahun iaitu dari tahun 317H – 339H.

Dalam tempoh yang lama tersebut, tidak ada Hajar Aswad di Kaabah kerana ia dilarikan oleh Qaramitah ke tempat mereka, dan pernah dibawa ke Kufah serta digantung di sana.

Dalam tempoh 22 tahun tersebut, pernahkah kita mendengar cerita bumi ini berhenti berputar kerana Super Konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik, kerana tidak ada manusia yang mengelilinginya?

Jelas sekali bahawa dakwaan di atas adalah rekaan semata-mata, tidak bersandarkan kepada syarak, sejarah, akal dan kenyataan. Orang Islam tidak sepatutnya mudah percaya dengan fakta karut marut seperti yang di atas. Saya mengesyaki bahawa ia ditulis dengan tujuan memperbodohkan pemikiran orang Islam.

Wallahu A’lam.

Abu Umair.

28 Jun 2013.

16 Comments leave one →
  1. 28/06/2013 10:59 am

    alhamdulillah..penerangan yang baik..walau pe2 pn kita semua kena ingat allah yang maha berkuasa atas segala-galanya..jangan menduakan allah..tak kirala kaabah atau pe3 pn..moga2 kita semua dijauhkan dari sifat syirik kepada allah..

  2. Anonymous permalink
    15/07/2013 4:42 am

    Setuju

  3. Anonymous permalink
    16/07/2013 6:02 am

    http://membongkar-hoax.blogspot.com/2012/11/hajar-aswad-adalah-superkonduktor.html

    Hajar Aswad Mempengaruhi Rotasi Bumi?

    Beberapa bulan terakhir beredar informasi yang menyebutkan bahwa Hajar Aswad (batu hitam yang ada di dekat Ka’bah) merupakan superkonduktor dan menjadi penentu rotasi bumi.

    Sebagian dari kutipan informasi tentang hajar Aswad yang banyak di-copy paste para blogger (tanpa riset dahulu terhadap sumber) adalah sebagai berikut.

    “Encyclopedia Americana menulis : “…Sekiranya orang2 Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun shalat di muka bumi ini, niscaya akan terhentilah perputaran bumi kita ini, karena rotasi dari super konduktor yg berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

    Menurut hasil penelitian dari 15 Universitas : menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yg mempunyai kadar logam yg sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yg ada.“
    Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis : “…Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, shalat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu…

    Sejumlah Pertanyaan

    Hal yang mengundang pertanyaan dari kutipan tersebut adalah:
    Pada halaman berapa dan edisi tahun berapa dari Encyclopedia Americana kutipan tersebut berada?
    Apa itu superkonduktor, dan apa hubungannya denagn rotasi bumi?
    Bagaimana membuktikan bahwa tawaf dan solat berhubungan dengan rotasi bumi?
    Apa saja 15 Universitas yang melakukan penelitian tersebut? Siapa penelitinya? Bisa diperoleh di mana buku hasil penelitian tersebut?
    Siapa Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple? Di buku apa atau di mana dia menuliskan kutipan di atas?
    Tidak ada satu pun postingan blog yang menjelaskan pertanyaan-pertanyaan di atas.

    Encyclopedia Americana

    Karena saya tidak punya buku Encyclopedia Americana maka saya belum bisa mengecek kebenaran kutipan tersebut.

    Superkonduktor dan Hubungannya dengan Rotasi Bumi

    Saya belum riset untuk masalah ini.

    Prof Lawrence E Yoseph

    Mengenai nama Prof Lawrence E Yoseph, saya coba googling, dan tidak mendapati nama yang persis seperti tersebut (kecuali tentu saja dari blog-blog yang menyebarluaskan info di atas).
    Adapun nama yang mirip yang saya dapatkan ada 2:
    Lawrence Joseph, seorang Profesor di bidang Hukum yang juga terkenal sebagai penyair. Cek di wikipedia: Lawrence Joseph
    Lawrence E. Joseph, seorang penulis dan pengisi di berbagai media. Di biografinya tidak tertulis bahwa dia seorang profesor. Silakan cek di website resminya lawrenceejoseph.com. Dia adalah pengarang buku “Apocalypse 2012”.

    Fl Whiple

    Saya menduga, yang dimaksud adalah F.L.Whipple. Untuk nama F.L.Whipple, hasil googling yang saya dapatkan adalah Fred Lawrence Whipple, astronom yang meninggal tahun 2004. Cek di wikipedia: Fred Lawrence Whipple.

    Hajar Aswad adalah Meteorit?

    Saya tidak punya kapabilitas untuk menjelaskan tentang batu-batuan. Untungnya, Pak Rovicky, ketua IAGI (Ikatan Ahli Geologi Indonesia) telah menjelaskan mengenai status hajar aswad di blognya. Berikut postingan di blog beliau: Hajar Aswad – Batu Apakah Kalau Bukan Meteor?

    Pak Rovicky tampaknya mengamini apa yang ditulis oleh Pak Ma’rufin Sudibyo bahwa Hajar Aswad bukanlah batu meteor. Kutipan tulisan Pak Ma’rufin Sudibyo ada di web Kafe Astronomi, berikut ini linknya: Hajar Aswad batu meteor? Hoax!

    Kesimpulan sementara:

    Informasi tentang status Hajar Aswad sebagai superkonduktor yang mempengaruhi rotasi bumi tidak diketahui sumbernya
    Status hajar aswad sebagai meteorit dipertanyakan. Seorang pakar geologi Indonesia menolak Hajar Aswad adalah meteori. Seorang pakar astronomi Indonesia menyebutnya sebagai hoax.

  4. yuli permalink
    31/07/2013 12:09 pm

    Subhanallah, beritanya sangat menakjubkan, Agar tidak menyesatkan akan lebih baik disertai sumber sumbernya yang dapat diakses dengan mudah

  5. 06/09/2013 12:03 pm

    Setiap penciptaan Allah SWT ada hikmahnya. MasyaAllah..

  6. tio soerjaatmadja permalink
    29/09/2013 8:37 am

    Kurang akurat, kurang memuaskan. Lebih terasa kepada mengecilkan arti Allah.
    MasyaAllah

  7. saya permalink
    03/10/2013 8:29 am

    ada manusia ingin memperbodohkan agama kita.
    mereka kafirin sebenarnya tertanya-tanya kenapa bumi berputar dari awal lagi.
    mereka membohongi diri mereka mengatakan bumi berputar kerana angular momentum.
    sedangkan semua yang bermomentum sentiasa berhenti apabila telah terlalu lama..apatah lagi tidak wave bulan sentiasa melawan gerak bumi..ini semua permainan kafir dan iman gelap mereka yang mereka ada-adakan.
    mudah-mudahan mereka jumpa cepat apa yang mereka dahulu dustakan.

  8. Anonymous permalink
    25/11/2013 1:58 pm

    Satu lagi agenda untuk memesongkan akidah Islam.

  9. 30/11/2013 4:27 pm

    saya berpendapat, muslim mengidap “inferior syndrome” sehingga mereka mudah sekali percaya dengan berita bohong kemukjizatan yang mendompleng Islam padahal tujuannya adalah untuk mendangkalkan akidah dan membodohi muslim

  10. Rico permalink
    11/02/2014 9:53 am

    Berdasarkan Al Hadits, Hajar Aswad adalah Batu dr surga, yg kalau saya tidak salah, turun bersamaan dgn Nabi Adam dan Siti Hawa. Dulunya berwarna putih. Namun seiring dgn Dosa- dosa manusia, maka lalu berubah jadi hitam. Jadi dia bukanlah meteorit. Mengenai Pernyataan2 diatas, saya setuju bahwa itu adalah hoax. Bagaimana bisa para ahli mnyelidiki hajar aswad hingga bisa berkesimpulan bahwa itu adalah meteorit dan superkonduktor? Mereka semua adalah non muslim, bgmn bisa masuk mekkah? itu yg pertama. Yg kedua, tdk mungkin Raja Saudi mau mengambil hajar aswad utk di kirim ke lab hanya gara2 mau diselidiki oleh org non islam?

  11. Anonymous permalink
    31/10/2017 10:31 pm

    Pak Saptomo terimakasih pencerahannya sy setuju ap yg bp tuliskan. Banyak pendapat s3rupa menyatakan pembodohan

  12. Syarifin permalink
    31/10/2017 10:39 pm

    Sekali lagi terimakasih p.Saptomo

  13. Rafi Ali permalink
    27/04/2019 7:30 am

    bumi adalah pusat benda langit beredar, seperti bulan, bintang dan matahari. bukan bumi yg berputar mengelilingi matahari, ini fahaman yg salah.

  14. Mohmad Noh Sairi permalink
    16/03/2021 6:00 pm

    Pencerahan yg sangat memberi manfaat ramai. Saya suka.
    Pemikiran yg rasional dan hujah2 yg logik dan ada sumber rujukan yg sohih…
    BAGUS!

  15. Muhammad Anas Muhammad Othman permalink
    15/09/2021 9:40 am

    i need an authentic source to the original article. a simple google search would have been found but this article is no where on the internet.

  16. Muhammad Anas Muhammad Othman permalink
    15/09/2021 9:42 am

    please stop sharing something if it is not authentic. it can gives a huge impact to the muslim world.

What are you thinking?