Skip to content

Beberapa Pendapat Imam Syafie

29/04/2009
tags: ,

Apabila disebut nama Imam Syafie, rata-rata umat Islam mengenalinya. Apatah lagi di negara seperti Malaysia, yang majoriti umat Islam bermazhab Syafie. Pun begitu, ada pendapat atau pegangan Imam besar ini yang tidak popular di negara kita, atau sengaja tidak dipopularkan. Antaranya:

1) Imam Syafie berakidah Allah Taala berada di atas Arasy.

Imam Syafie berkata: “Pegangan dalam sunnah yang aku berada di atasnya, dan dipegang oleh mereka yang aku temui seperti Sufian, Malik dan lain-lain ialah menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar selain Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, dan Allah berada di atas arasyNya di langitNya, mendekati makhlukNya sebagaimana Dia kehendaki, turun ke langit dunia sebagaimana Dia kehendaki”. Al-Uluw oleh Al-Zahabi (hlmn: 165), Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah (hlmn: 165).

2) Imam Syafie menegaskan kewajipan beriman dengan segala sifat Allah, dan sifat Allah hendaklah dipelajari melalui syarak, bukan dengan akal.

Kata Imam Syafie: “Allah Taala mempunyai nama-nama dan sifat-sifat. Tidak boleh seseorang pun menolaknya. Sesiapa yang menyalahi selepas tertegak hujah di hadapannya, maka dia menjadi kufur. Manakala sebelum tertegaknya hujah, dia dimaafkan dengan alasan jahil. Kerana ilmu tentangnya tidak dapat diperolehi dengan akal, pandangan, dan fikiran”. (Fathul Bari 20/494)

3) Imam Syafie berpendapat pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya”. (Al-Najm: 39).
Ibn Katsir berkata, “Daripada ayat yang mulia ini, Imam Syafie -rahimahullah- dan mereka yang mengikutinya mengeluarkan hukum bahawa pahala hadiah bacaan (Al-Quran) tidak sampai kepada orang-orang yang mati”. (Tafsir Ibn Katsir: 7/465).

4) Imam Syafie melarang bersembahyang berimamkan orang Syiah.

Al-Buwaitiy (murid Imam Syafie) bertanya kepada Imam Syafie, “Bolehkah aku bersembahyang di belakang orang Syiah?”

Imam Syafie berkata, “Jangan bersembahyang di belakang orang Syiah, orang Qadariyyah, dan orang Murjiah”

Al-Buwaitiy bertanya pula tentang sifat-sifat mereka. Lalu Imam Syafie menyifatkan, “Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan Umar bukan imam, maka dia Syiah”. (Siyar A’lam Al-Nubala 10/31).

5) Imam Syafie mencela kumpulan sufi.

Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)

Kata beliau lagi: “Tidak ada seorang pun melazimi golongan sufi selama 40 hari, kemudian akalnya boleh kembali (seperti sediakala)”. (Talbis Iblis: 371)

Kata beliau lagi: “Seorang sufi tidak menjadi sufi melainkan ada padanya empat sifat:
– sangat malas
– banyak makan
– banyak tidur
– banyak cakap kosong”.
(Manaqib Al-Syafie 2/208).

Antara kata-kata Imam Syafie lagi tentang tasauf: “Tasauf diasaskan di atas kemalasan”. (Hilyatul Awliya).

Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. (Talbis Iblis: 447).

6) Imam Syafie mencela orang yang mendalami ilmu kalam.

Kata Imam Syafie: “Hukumanku terhadap ahli kalam ialah mereka hendaklah dipukul dengan pelepah-pelepah, diusung di atas unta, dan bawa mengelilingi kabilah-kabilah. Dilaungkan kepada mereka: Inilah balasan orang yang meninggalkan Kitab dan Sunnah, dan mempelajari ilmu kalam”. (Tawali al-Ta’sis: 64).

7) Imam Syafie mewajibkan tunduk kepada dalil, bukan taksub kepada imam.

Kata Imam Syafie: “Ulama telah berijmak (sepakat) bahawa sesiapa yang telah nyata baginya sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak halal dia meninggalkannya kerana mengikut pendapat seseorang”. (Madarij al-Salikin 2/335).

62 Comments leave one →
  1. stam_marpa permalink
    01/05/2009 1:50 pm

    Assalaamualaikum ustaz.. Ana selalu mengikuti blog ustaz ni, banyak ilmu dan benda yg saya dapt. Terima kasih ustaz. Saya ada sedikit kemusykilan ustaz…
    Boleh tak terangkan kenapa Imam Syafie melarang solat berimamkan orang Syiah dan mcm mana pula dengan solat kita kalau berimamkan dengan orang Syiah?

    • 01/05/2009 6:27 pm

      Waalaikumussalam..
      – Dalam Al-Umm, Imam Syafie menyatakan kemakruhan bersembahyang berimamkan orang fasik dan orang yang menzahirkan bidaah. Tetapi tidak menjejaskan kesahihan sembahyang.
      – Akidah Syiah termasuk dalam bidaah, dan bidaah iktiqad lebih teruk daripada kefasikan.
      Wallahu A’lam

  2. pening2 lalat permalink
    01/05/2009 3:46 pm

    Ustaz… yg no 5 tu… saya cadangkan ustaz huraikan baik2 supaya lebih adil dlm menghukum.

    Maaf… juzita khaira.

    • 01/05/2009 5:16 pm

      al-akh pening2 lalat,
      1) Nukilan saya terhadap kata Imam Syafie tidak bereti menghukum secara keseluruhan bahawa semua yang dinisbahkan kepada sufi adalah tercela. Saya beristighfar jika disilap fahami.
      2) Tetapi dimaklumi daripada Syafie bahawa beliau mencela sufi. Kata Ibn Taimiyyah, “Adapun Syafie, maka yang dinukilkan daripada beliau adalah celaan terhadap golongan sufi. Begitu juga Malik -pada sangkaan saya-“. (Majmuk Fatawa).
      3) Secara perincian, ada sudut yang dipuji dan ada yang dicela, sebagaimana ditahqiqkan oleh Ibn Taimiyyah.
      Wallahu A’lam.

      • Anonymous permalink
        03/01/2013 4:53 am

        Kalau tidak tahu,, tentang asal-usul….. maka jangan dinukilkan,, dan jangan sekali-kali menggunakan perkataan pada sangkaan saya,,,kerana Islam tidak terbina pada perkataan ,, sangkaan/tanggapan/pandangan, tetapi pada al-quran dan hadis

  3. 03/05/2009 5:54 pm

    Salam.. Ustaz, minta izin nak paparkan artikel yg baik ini di blog saya. Saya akan kreditkan ke link ustaz.

    • 03/05/2009 6:45 pm

      Wasalam, al-akh abu abdillah

      Tidak ada halangan untuk copy & paste artikel di blog ini untuk sebaran ilmu dan dakwah. Sekian.

  4. Anonymous permalink
    09/05/2009 5:07 pm

    assalamualaikum.yang kelima tu sepatut ustz datangkn juga huraian dari imam baihaqi sendiri.baru amanah dalam menyebarkan ilmu, lebih2 lagi itu kalam imam syafie kerana kalamnya tinggi bahkan kalam imam syafie menjadi hujjah dalam bahasa arab. imam baihaqi syarahkan kata2 td , imam syafie mencela orang-orang yg belagak sufi pada zahirnya sahaja . bukannya keempat2 sifat tdi adalah sifat ahli sufi .

  5. 09/05/2009 10:53 pm

    Anon 9may,,adakah dgn menaqalkan kata2 imam syafie dgn zahir nasnya itu tdk dianggap amanah dlm menyebarkan ilmu? fahamkah anon ttg sufi yg dimaksudkan oleh imam syafie? bagaimanakah sufi yg anon fahami? harap anon tidak emosi dgn pertanyaan2 ini, semoga kita semua mendapat taufiq dan hidayahnya,amin.

  6. abu_salman permalink
    10/05/2009 4:00 pm

    assalamualaikum,pada pandangan ana,tak perlulah menjadi ahli sufi..cukuplah mengikuti Rasulullah,confirm selamat segalanya..ikutilah tarikat Rasulullah,tak perlulah kepada mana2 tarikat lain..Rasulullah s.a.w. sudah mengajar segalanya,daripada hidup sampailah ke mati..

  7. Anonymous permalink
    10/05/2009 10:55 pm

    alhamdulillah kerana ana da merujuk kitab manaqib syafie itu , tu la ana sarankan agar ustz menaqalkan juga syarah imam baihaqi sendiri . pada hakikatnya imam syafie bukn mencela ahli sufi , tapi dia mencela orang2 yg belagak sufi . harap saudara pun rujuk kitb tu elok2 .

  8. 11/05/2009 5:30 am

    Assalamualaikum

    – Untuk no 5, saya update kan dengan menambah dua lagi kalam Syafie tentang tasauf. Semoga makin terang lagi bersuluh.

    – Imam Syafie tidak mungkin sekali-kali memaksudkan sufi dengan erti kata zuhud pada dunia, mengurangkan kelazatan dunia, dalam masa yang sama istiqamah atas jalan Quran dan Sunnah.

    – Antara faktor celaan Syafie kepada kumpulan sufi ialah kerana terlencong sebahagian mereka daripada jalan istiqamah, dengan amalan bidaah seperti taghbir (zikir dengan cara nyanyian dan tarian). Ucapan Syafie tentang perkara ini sangat masyhur.

    – Ada kalangan yang dinisbahkan kepada sufi tetapi dikecualikan daripada celaan Imam Syafie seperti Muslim Al-Khawwash. Rujuk kalam beliau yang paling akhir dalam no 5.

    – Beliau juga berkata: “Aku mendampingi golongan sufi selama tiga puluh tahun, aku tidak melihat seorang pun dalam kalangan mereka berakal kecuali Muslim Al-Khawwash”. Itu pada kurun ke-3, zaman salaf lagi. Bagaimana agak-agak sufi zaman kita, ye.

  9. bint_imran permalink
    17/05/2009 3:18 pm

    Assalamu’alaikum,ustaz.

    mahu bertanya, apa maksud ahli kalam (no.6)?
    maaf, saya budak baru belajar.

    terima kasih,ustaz.

  10. Anonymous permalink
    17/05/2009 3:26 pm

    salam.yg keenam tu , perlu di jelaskan siapa ahli kalam itu . kata2 ni diucap kepada muktazilah . jgn biarkn nukilan ust ni bw waham pd org awam .

    • 17/05/2009 4:34 pm

      Waalaikumussalam,

      – Celaan terhadap ilmu kalam bukan setakat oleh Imam Syafie sahaja. Kata Ibn Abdil Barr: “Ulama feqah dan atsar (hadis) dari semua pelusuk telah ijmak bahawa ahli kalam adalah ahli bidaah dan menyeleweng. Di sisi keseluruhan, mereka (ahli kalam) tidak dikira dalam rangkaian ulama. Ulama hanya ahli atsar (hadis) dan yang faqih di dalam hadis”.

      – Yang tercela hanya muktazilah? Nah, saya nukilkan kata-kata Ibn Khuwaiz Mindad, “Golongan hawa nafsu dan bidaah di sisi ulama kami ialah ahli kalam. Maka setiap ahli kalam adalah kalangan golongan hawa nafsu dan bidaah, samada bermazhab Aysaari atau bukan Asyaari“. (Tahrim al-Nazhar Fi Kutub al-Kalam, Ibn Qudamah m/s 42).

      – Kenapa ditanya Imam Syafie tujukan kata-kata itu kepada siapa. Kenapa tidak ditanya: Kenapa Imam Syafie mengucapkan kata-kata demikian. Kenapa Imam Syafie mencela ilmu kalam?

      – Imam Syafie telah menjawab: “Inilah balasan orang meninggalkan Kitab dan Sunnah dan mempelajari ilmu kalam”.

      • Abu Iman permalink
        19/05/2010 4:17 am

        Sangat bahaya saudara menaqalkan kata-kata Ulama’ tanpa syarah dan analisanya terhadap orang bawa. Boleh menjadi satu naqal yang berbentuk literal atau zahiri semata-semata.

        Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu kalam yang dicela.
        Ahli sufi itu dhobit ke naqal kata-kata ustaz. Maksud ahlul sufi itu adalah mereka yang mengaku zuhud, meninggalkan dunia tetapi nifaq dalam hatinya. Tidak beramal dengan sunnah.

        Inilah fahaman literalis/zohiri moden yang ditegur oleh Dr Yusuf Qardhawi.

        Berhati-hati wahai saudara. Bukanlah mengikut salaf dan beramal dengan Sunnah dan menjauhi bidaah jika mengambil kalam sekadar literal dan mengambil pendapat ulama’-ulama’ tertentu yang antum cenderung syarahnya yang ia juga adalah kalam Ijtihadi.

  11. Anonymous permalink
    17/05/2009 7:55 pm

    kalau faham ayat imam syafie secara halus , yang salahnya tinggal al-quran dan al-hadis dan hanya mengguna akal sahaja . adakah ulama’ asyaari tidak mengguna al-quran n al-hadis? fahamilah qodiyah zman imam syafie dlu . zman tu trsebar fahaman muktazilah , sebb tu imam syafie mencela mereka..halusilah dalm memberi fakta ustaz..takde salahnya ustz naqol kalam imam syafie tp jelasla sebaik2nya..

    • 17/05/2009 8:06 pm

      Jazakallah khaira

      – Adakah jika Muktazilah mendalami ilmu kalam, maka mereka tercela. Apabila Ahli Sunnah mendalami ilmu kalam, ia tidak dikira tercela?

      – Adakah jika Tuhan mencela perbuatan Ahli Kitab, maka mereka tercela, dan apabila orang Islam melakukan perkara sama, ia tidak dikira tercela.

      – Lihat pula bagaimana sesetengah ulama mazhab Syafie, seperti Imam Ghazali, Imam al-Razi yang mendalami ilmu kalam, kemudian bertaubat daripada ilmu kalam. Adakah mereka bermazhab Muktazilah? Mereka bukan bertaubat dari Muktazilah. Mereka bertaubat dari ilmu kalam.

      • Abu Iman permalink
        19/05/2010 4:20 am

        Saudara, saudara.

        Sampai bilakah antum tidak akan memahami siyaq (konteks) dan mahall khilfa persoalan ilmu Kalam.

        Beginlah jika membaca dan belajar tidak memahami siyaq bahasa dan ilmu mantiq.

        Membina Aqidah itu tidak boleh gunakan ilmu kalam.

        Ilmu kalam yang harus digunakan (bukan muktizilah dan greek2 sesat) HANYA untuk MELAWAN aqidah sesat i.e syiah, khawarij dan muktazilah.

        Ilmu kalam bukan membina aqidah TETAPI menjadi ilmu alat untuk melawan aqidah dan ajaran yang sesat.

  12. Anonymous permalink
    17/05/2009 9:18 pm

    soalnya ilmu kalam y dcela imam syafie tu kalau xbersandar al-quran dan al-sunnah..fahami ayat imam syafie tu baik2 ustaz..tggl al-quran dan al-hadis dan mempelajari ilmu kalam semata2..ulama’ asyaairah ade ke y xbpegang dgn al-quran n al-hadis??setahu ana ulama’ asyaairah ni meteod dia akal ni hnya menyokong al-quran n al-sunnah sahaja . adakah salah begitu? dimana letak akal kita? sedangkan bnyk ayt2 n hadis2 mnyuruh kita guna kan akal? takkanla ustz taknak ikt saranan al-quran n al-hadis?

    • 18/05/2009 12:18 am

      – Saya sudah nukilkan kalam Ibn Khuwaiz Mindad, Asyaariyyah atau bukan Asyaariyyah itu bukan persoalan.

      – Kalau kita merasakan ilmu kalam boleh mendekatkan diri kepada Allah, teruskanlah mendalaminya.

      – Kalau kita menjumpai para ulama salaf menggalakkan mempelajari ilmu kalam, pelajarilah ia.

  13. Anonymous permalink
    18/05/2009 10:32 am

    ana lebih tertarik untuk bahas teks imam syafie je . disegi pemahaman ana teks imam syafie tu sendiri telah jelaskan sifat ahli kalam yang macam mana yang dicela . yang dicelanya ahli kalam yang tidak berpegang dengan kitab dan sunnah. teks tu sendiri dah mentakhsiskan ahli kalam mana yang dimaksudkan . jadi ana sokong kalau ustaz kata ahli kalam yang tak berpegang dengan quran dan sunnah ia adalah dicela . manakala ahli kalam yang berpegang dengan quran sunnah dan hanya jdikan dalil aqli sebagai penyokong kepada quran sunnah tidak termasuk dalam celaan itu . jadi AHLI KALAM tu lafaz yang umum , tapi telah dikhususkan dengan ayat last tu INILAH BALASAN BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN KITAB DAN SUNNAH DAN HANYA MENGAMBIL ILMU KALAM SAHAJA . boleh ustaz setuju dengan pendapat ana?

    • 18/05/2009 12:01 pm

      – Benar, pada zaman Imam Syafie tersebar fahaman muktazilah. (pada waktu itu belum timbul mazhab asyairah).

      – Saya boleh bersetuju bahawa ilmu kalam yang tercela ialah ilmu kalam yang menyebabkan mendahulukan akal daripada Quran dan Sunnah, samada mereka muktazilah atau lain-lain.

      – Termasuklah perbahasan kalam yang menatijahkan tidak menerima hadis ahad dalam perkara aqidah sekalipun hadis ahad itu termaktub dalam Bukhari Muslim.

      – Termasuklah yang tercela ialah perbahasan ilmu kalam yang menyebabkan tidak menerima sebahagian sifat-sifat Allah (Ta’thil), kerana Imam Syafie berkata:

      “Janganlah menyibukkan diri dengan kalam. Kerana sesungguhnya aku telah mendapati daripada ahli kalam akan ta’thil”. (Siyar A’lam al-Nubala’).

      – Mana-mana kumpulan pun, jika ilmu kalam membawa kepada menolak sebahagian apa yang ditunjukkan oleh Quran dan Sunnah, maka ia tercela.

  14. sahabat madinah permalink
    18/05/2009 8:44 pm

    Bab-bab sensitif macam ni memang perlu dijelaskan sebaik2nya sebab perkara begini kalau disebut secara ringkas maka akan menjadi ‘bola tanggung’ yg mudah di smash.

    Tajuk-tajuk begini sama ada ditulis dengan detail (ringkas dan padat) atau ditangguhkan dulu siarannya ;-)

    Para pembaca bukan semua dari kalangan yg berilmu atau mempunyai latar belakang pengajian agama, jadi kalau mereka baca ringkas2 begini akan cepat menjauhkan diri dari manhaj yg sahih yg hendak dibawa dalam blog ni.

    Ana nasihatkan para pembaca yg tidak boleh menerima atau kurang menerima apa yg disiarkan di blog ni boleh bincang baik2 dengan ustaz abu umair di email beliau sebab apa yg ustaz abu umair nak sampaikan adalah poin2 penting3yg perlu kepada huraian yg hanya boleh difahami melalui muzakarah.

    Wallahu a’lam bissowaab.

  15. hambaALLAH permalink
    19/05/2009 2:27 pm

    ALHAMDULILLAH Ustaz Abu Umair……teruskan perjuanganmu. Ana amat tertarik dengan perbahasan dan bahan yang ada dalam website anta. Semoga ALLAH S.W.T memberi kekuatan dan keberkatan dalam menjalankan penyebaran ilmu ALLAH S.W.Tdan ajaran RASULULLAH S.A.W.

  16. ikhlas permalink
    22/05/2009 3:26 pm

    مناقب الشافعي 2 / 208 :
    سمعت الشافعي يقول: لو أن رجلاً تصوَّف من أول النهار لم يأت عليه الظهر إلا وجدته أحمق.

    قلت ( البيهقي ) : وإنما أراد به من دخل في الصوفية واكتفى بالاسم عن المعنى، وبالرسم عن الحقيقة، وقعد عن الكسب، وألقى مؤنته على المسلمين، ولم يبال بهم، ولم يرع حقوقهم ولم يشتغل بعلم ولا عبادة، كما وصفهم في موضع آخر . . . لا يكون الصوفي صوفيا حتى يكون فيه أربع خصال : كسول أكول نؤوم كثير الفضول.

    ( قال البيهقي ) وإنما أراد به ذم من يكون منهم بهذه الصفة، فأما من صفا منهم في الصوفية بصدق التوكل على الله عز وجل، واستعمال آداب الشريعة في معاملته مع الله عز وجل في العبادة، ومعاملته مع الناس في العشرة، فقد حُكي عنه أنه عاشرهم وأخذ عنهم.

    وذلك فيما أخبرنا به أبو عبد الرحمن السلمي قال: سمعت عبد الله بن الحسين ابن موسى السلامي يقول: سمعت علي بن أحمد يقول: سمعت أيوب بن سليمان يقول: سمعت محمد بن محمد بن ادريس الشافعي يقول: سمعت أبي يقول : صحبت الصوفية عشر سنين، فما استفدت منهم إلا هذين الحرفين: الوقت سيف ومن العصمة أن لا تقدر. اهـ

    آداب الشافعي ومناقب لابن أبي حاتم : صفحة 164:

    ثنا الحسين بن الحسن الرازي، ثنا عبد الله بن الحسن السجستاني: سمعت إسماعيل الطيان الرازي يقول: قدمت مكة، فلقيت الشافعي، فقال لي: أتعرف موسى الرازي؟ ما قدم علينا من ناحية المشرق أنزع لكتاب الله منه، فقلت له: يا أبا عبد الله، صفه لي، فقال: كهل قدم علينا من الري، فوصفه لي – فعرفته بالصفة، أنه أبو عمران الصوفي – فقلت: أعرفه، هو أبو عمران الصوفي، قال: هو هو. اهـ

  17. yasir permalink
    22/05/2009 10:48 pm

    فالقاعدة عندهم – كما قررها الرازي والجويني وغيرهما – (أن الدلائل النقلية لا تفيد اليقين) . و(أن الدلائل النقلية ظنية، وأن العقلية قطعية، والظن لا يُعارض القطع) .

    dan akidah di sisi mereka (ahli kalam) seperti mana yg diputuskan oleh Al-Razi (Fakhruddin Al-Razi) dan Al-Juwayni (Imam Al-Haramain) dan selain mereka berdua ialah: bahawa sesungguhnya dalil2 naqli (al-qur’an dan hadis) tidak membawa kepada keyakinan. Dan sesungguhnya dalil2 naqli itu (hanya) zhonniy, manakala dalil ‘aqli adalah qot’iy, dan perkara2 yg zhonniy tidak boleh melawan perkara2 qot’iy [rujuk ‘Usuluddin’ (halaman 24) oleh Al-Razi, dan ‘Al-Irsyad’ (halaman 25-37) oleh Al-Juwayni ].

    alhamdulillah, mereka berdua telah bertaubat sebelum wafat.

  18. rhythma permalink
    29/06/2009 6:13 am

    Salam semua,
    Isk rasa rndah diri la plak amik Usuluddin dulu.
    Ana x muyul mana, cuma amik yg benar lagi jelas. Nak minx komen dr sahabat2 semua psl ada sgolongan yg kata: berdasarkan hadis islam, iman & ihsan so paksi agama ini adalah dr feqah, aqidah & tasauf. ulama’ pwaris nabi. nabi waris syafie dll dlm feqah, asyaieroh dlm aqidah ahli sunnah wal jamaah, ehsan tu prlu amik dr ulama’ sufi(ulama’ bulu?) ana dh dengar lama mnde ni, tp x lyn mana. minx komen. (maaf font kecik, taip pakai hset)

    • 07/07/2009 9:31 am

      salam, al-akh rhythma..

      maaf ana tak perasan komen anta kat entry ni. Baru terbaca…

      ‘Al-Ihsan’ sudah ditafsirkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasallam:
      أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك

      Ketiga-tiga cabang ini: iman, islam dan ihsan mesti diambil daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat.

      Tidak diterima secara syar’ie dan aqlie bahawa ilmu feqah diambil hanya dari Syafie, aqidah dari Al-Asyaary, dan Ihsan daripada syeikh sufi.

      Malahan, ketiga-tiga cabang ini diambil dari Quran dan Sunnah. Mana-mana cabang (feqah, aqidah, akhlak) yang bertepatan dengan Quran Sunnah, maka ia menjadi ikutan kita.

      Wallahu A’lam.

  19. kunyiil permalink
    07/07/2009 9:03 am

    ada yg kata imam syafie ni amal tarekat naqsyahbandi dlm aliran tasauf betul ke?

    • 07/07/2009 9:19 am

      saudara kunyiil,

      Tarikat naqsyabandi diasaskan oleh al-syeikh Baha’uddin yang digelar Syah Naqsyaband. Beliau lahir tahun 717H, wafat 791H.

      Sedangkan Imam Syafie wafat pada 204H. Jauh lebih awal dari pengasas tarekat ini.

  20. rhythma permalink
    08/07/2009 5:12 am

    Syaikhana Abu Umair,
    Syukran atas pnjelasan. Jazakallah..

  21. ghazali permalink
    05/01/2010 5:05 am

    bagaimana pula ttg kata2 imam al-ghazali “barangsiapa tiada baginya ilmu dari kaum ini(tasauf).maka ditakuti baginya mati dalam suul khotimah(mati dalam maksiat kepada Allah).

  22. m.fater permalink
    16/03/2010 12:08 am

    salam…

    dr yg sy phmkn slme ni utz..ilmu tasauf merupakan lanjutan dr tauhid n akidah..objrktf utama dlam ilmu tasauf adalah utk mndpatkn cinta Allah…dan kbnyakan ahli2 sufi/tasauf dprsalahkn krn ada unsur2 dlm pngjian yg mnyerong dr kbnaran..baiklah..mmg diakui.,dlm ilmu tasauf msih ada yg mngamalkan @belajar dgn cara yg slah..sprti mne yg kte sume taw..

    SOALAN: bagaimana pula dgn ahli sufi/tasauf yg tdak mngamalkan ap2 bidaah@hal2 batil spt yg dtrangkn olh Imm Syfie?walhal..ilmu tasauf yg sbnar2 mngajak kte sume mengenal, mncintai dan mncari redha Allah semata2..hrap trangkan agar para pmbaca yg laen tdak branggapan serong pd ilmu tasauf..wassalam

  23. wasilahagugn permalink
    31/03/2010 9:43 pm

    assalamualaikum ustaz, saya musykil kat sini,, tarekat or sufi ni boleh di ikuti atau tidak….
    macam kata ustaz rasul dahri, ajaran tarekat n sufi ni tak wujud dalam nas , tak pernah thabit dari nabi, dia memakai semua hujah dr imam assyafie…

    tp ade orang cakap ustaz tu yang salah, sebab tu buku dia di haramkan….

    kalau tarekat / sufi ni x salah mengapa jakim banyak dah fatwakan kebanyakan aliran2 sufi ni haram….

    zikir diorang kalau ustaz penah join sekali , da berjoget2, x sedar zikir pun dah x dengar sebutan……kalau macam ni macam mana?

    adakah ada aliran sufi yang benar2 sahih dalam islam?

  24. badang bin biding permalink
    16/04/2010 7:09 pm

    slm,ustaz betul kan kebanyakan muslimin di Malaysia cara mereka bersolat tidak mengikut cara2 solat yang betul mengikut makhzab syafie hingga solat mereka selama bertahun2 tidak sah…maksud sy 13 rukun sembaahyang itu…contoh(1) bila takbir mengikut imam syafie hanya mengangkat tangan paras dada sahaja,tp kebanyak kan kita mengangkat tangan sama paras telinga. (2) Semasa berdiri dari rukuk tangan diluruskan kebawah tp apa yg dgr dr ceramah agama dari seorang penceramah yang namanye agak popular berkata mengikut makhzab syafie tangan kembali dakap didada seperti sebelum rukuk..tlg beri penjelasan kerana saya agak keliru..terima kasih

    • 20/04/2010 4:30 pm

      wsalam..
      Dua contoh yang saudara bawakan, bukanlah perkara rukun sehingga menyebabkan tidak sah sembahyang jika tidak dibuat. Ia adalah perkara sunat hai’aat, dan diperselisihkan pula caranya oleh ulama.
      Samada seseorang itu mengikut mazhab Syafie, atau lain-lain mazhab, dua perkara tersebut bukan rukun solat.
      Wallah A’lam.

  25. Miqdaad permalink
    20/04/2010 12:34 pm

    ustaz nak kata kat sini imam syafie salah ke apa? maaf jika soalan ini kasar sikit…..saya cuma nak tanya saja..

    • 20/04/2010 4:25 pm

      Tidak.. Maksud saya dari artikel ini: kita yang ramai mengaku mazhab Syafie, terkadang menyalahi pendapat imam Syafie sendiri dalam banyak perkara, bahkan dalam perkara yg lebih asas daripada furuk feqah. Imam Syafie yang salah, atau kita yang salah?

      • Abu Iman permalink
        19/05/2010 4:23 am

        Imam Syafie, ulama mazhab. Yang bertalaqqi dan merumuskan kitabnya adalah murid-muridnya. Hendak memahai matan, mesti memahami hasyiah dan seterusnya. Antum petik kitab Umm, faham atau tidak syarah dan maksud laras bahasa yang dimaksudkan oleh Imam Syafie.

        Sebab tu, bila hendak menekuni ilmu harus dan wajib dengan disiplin dan manhaj ilmu yang tersusun.

        Bahaya antum ni.

  26. Miqdaad permalink
    20/04/2010 12:59 pm

    saya nak tanya jugak betul ke allah berada diatas arash…?????

    • 20/04/2010 4:27 pm

      Akidah Allah berada di atas Arasy adalah aqidah ahlu sunnah, malah ia adalah sepakat para salaf al-soleh, berdasarkan nas-nas al-Quran, dan hadis-hadis yang banyak.

      • Abu Iman permalink
        19/05/2010 4:24 am

        Tidak. Bahkan ramai Ulama’ Salaf yang menolak.

        Itu pendapat antum.

        Ulama’ salaf berpegang kepada tafwidh.

  27. Muhajir permalink
    19/05/2010 2:27 pm

    Ustaz agak jelas menghentam akidah Asyairah dan Sufi. Di sisi imam Asy’ari, akal ialah khadam kpd al-Quran dan As-Sunnah.. dan bukannya penghukum.. bahkan meletakkan akal sbg penghukum bererti meletakkan tugasan yg salah kpd akal. Ulama asyairah x mendahulukan akal dan membelakangi Al-Quran. X timbul isu utamakan akal pun.

    Ulama Asyairah ialah jumhur ulama dan ummah. Kebanyakan ulama tafsir, fiqah, hadith, sirah, lughah ialah ulama Asyairah. Ini fakta yg x boleh dinafikan. Sebutkan siapa yg bukan Asyairah melainkan hanya sedikit yg dpt dinyatakan. Institusi pengajian Islam silam spt Al-Azhar di Mesir, Zaitunah di Tunisia, Qarawiyin di Maghribi semuanya bermanhaj akidah
    Imam Abu Hasan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi iaitu dua cara utk berdepan dgn nas-nas sifat :
    1-Tafwidh 2-Takwil apabila berhajat (dgn syarat2 yg tertentu)

    Inilah akidah sebenar Asyairah iaitu tafwidh dan takwil, bukan takwil semata.

    Tak mungkin saya datangkan satu persatu ulama2 Asyairah. Memadai dgn ulama yg kitabnya menjadi rujukan ustaz yg mulia dlm entri kali ini.

    Mereka ialah ulama Asyairah atau sekurang2nya bersetuju dgn akidah Asyairah dan tidak memusuhinya.

    -Ibnu Kathir : disebut dlm Ad-Durar Al-Kaminah bahawa beliau berterus terang beliau berakidah dgn akidah Asyairah, beliau juga ketua Masyikhah Darul Hadith al-Asyrafiyah yg mana org yg mewaqafkannya meletakkan syarat seseorang tidak boleh mengetuai Masyikhah itu kecuali dia Asyaari -Tobaqat Syafieyah Al-Kubra. Rujuk juga sbg contoh huraiannya terhadap Surah Al-‘Araf di dlm Tafsir al-Quran al-‘Azim, betapa tegasnya terhadap org yg berpegang hanya kpd zahir semata. Beliau juga mempunyai karya tentang Maulid dan tidak membidaahkan maulid.

    -Imam Ibn Hajar as-Asqalani : terlalu jelas akidahnya iaitu beliau seorang asyaari. Kitab Fath al-Bari, syarah terbaik bagi Sahih Bukhari bukti terbaik yg melakonkan akidahnya. Akibatnya, beliau dituduh muzabzab (goyah akidah) oleh sesetengah pihak semata-mata kerana mendatangkan 2 cara iaitu tafwidh dan takwil untuk berdepan dgn hadith2 sifat.

    -Imam Az-Zahabi : Beliau mengkritik gurunya Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dlm An-Nasaih az-Zahbiyah)

    -Imam Ibnul Jauzi: terlalu kuat menentang golongan mujassimah dan musyabbihah, jelas dalam kitabnya Daf’u Syubah. Memang beliau menghentam sufi di dlm kitabnya Talbis Iblis
    tapi bukan semua sufi hanya yg menyeleweng. Bahkan beliau juga mempunyai Mukhatasar kpd kitab Ihya ulumiddin iaitu Minhajul Qasidin. Ini bukti beliau tidak menghentam sufi secara keseluruhan tapi hanya yg sesat.

    -Imam Abu Nuaim al-Asbahani: beliau ialah generasi kedua pengikut Imam Asyaari iaitu satu generasi dgn Imam Al-Baqillani, Abu Ishak al-Isfirayini dan Al-Hakim.

    Adapun dakwaan bahawa Imam ar-Razi dan al-Ghazali bertaubat dr akidah Asyairah ialah satu tuduhan yg salah. Pada akhir hayatnya mereka cuma kembali kepada salah satu cara berdepan dgn nas-nas sifat iaitu tafwidh dan meninggalkan takwil sebab tidak berhajat. Bukankah akidah Asyairah itu menggunakan kedua-duanya? Jadi x timbul mereka bertaubat dari ilmu kalam.

    Saya tidak menyentuh isu pengajian sifat 20 di tanah air samada di masih relevan atau tidak tapi cuma ingin membela akidah Asyairah.

    Ilmu kalam yg tercela ialah yg mendahulukan akal seperti Muktazilah. Saya hanya menulis, terpulang kpd rakan-rakan utk menilai. Maafkan saya jika tersilap. Wallahu’alam.

    • 20/05/2010 2:45 pm

      Boleh berikan, ayat mana yang menunjukkan saya mengHENTAM akidah asyairah?

  28. hamba Allah permalink
    20/05/2010 1:15 pm

    “faqihan wa sufiyyan fa kun laysa wahidan
    fa inni wa haqqillahi iyyaka ansahu

    Be both a faqih and a sufi: do not be only one of them!
    Verily, by Allah’s truth, I am advising you sincerely.”

    Al-Shafi`i, Diwan, (Beirut and Damascus: Dar al-fikr) p. 47.

    Saudara, perlu adil dan menyeluruh bila memetik kalam ulama’ tentang istilah dan golongan tertentu. Lafaz umum dan khusus perlu di ambil kira. Baru boleh mendakwa mengikut salaf!

    • 20/05/2010 2:12 pm

      Saudara hamba Allah,

      – Sekali pandang, sudah jelas bahawa syair tersebut adalah palsu dan bohong terhadap Imam Syafie.

      – Kerana, dalam syair tersebut ada perkataan sumpah dengan Allah Taala, sedangkan sesiapa membaca riwayat hidup Imam Syafie akan menjumpai kata-katanya yang masyhur,”Aku tidak pernah bersumpah dengan Allah sepanjang hayatku samada dalam perkara benar atau bohong”. Kata-kata ini masyhur dan diriwayatkan dengan bersanad.

      – Wujudnya penambahan dalam syair-syair Imam Syafie, berlaku sejak zaman dahulu lagi. Syeikh Taqiyuddin al-Subkiy ada menyebut tentang perkara ini. Kerana dia pernah menjumpai bait-bait syair yang ditokok tambah dalam syair-syair Imam Syafie.

      – Akhir sekali, sila datangkan sanad bagi syair tersebut jika sekiranya ia benar.

      Wallahu A’lam.

  29. ibrahim permalink
    01/06/2010 10:41 am

    alhamdulillah,saya tidak melihat ustaz Abu Umair menghentam akidah Asyaairah krn ianya adalah akidah jumhur ummah daripada ahli hadis,fuqaha’,dan orang awam,sebagaimana mazhab yang empat sbg simbol kepada fiqh islami,bukhari dan muslim sbg simbol kpd ilmu hadis.ini jelas kalau kita membaca dan mengkaji sejarah islam dan ulamanya dengan berlapang dada dan ikhlas..

  30. syawal permalink
    01/06/2010 8:39 pm

    Assalamualaikum,

    Sy bermazhab Syafie,
    Sunnah dan Al- Quran rujukan kita.
    Syafie ibarat lautan ilmu. Syafie pengamal Sunnah Rasullalah S.A.W.
    jadi kita ikuti lah sunnah Rasullallah S.A.W.
    bkn fanatik mazhab tp bila kita didalam kecelaruan, kita ikut lah yg satu iaitu yg asal…
    igtlah jgn la kita berbalah sesama manusia tentang khilaf agama, sepatutnya org2 yg tidak menunaikan yg wajib itu kita bimbing mereka.

    Sy suka dan gembira apabila hadis2 sahih disampaikan.
    Kita mmpertikaikan kata2 yg dismpaikn syafie, tp pernahkah kamu bertanya pada diri kamu, adakah aku setanding imam syafie.?

    Sufi di tempat sy, berzikir berjoget, mengaku Allah ada di badan nya, melakukn majlis yg kita tahu para sahabat tidak pernah mendahului kita contohnya mengupah org mengaji di kubur dan pahala disampaikn kepada simati. ” jika ini berlaku, nescaya org kaya Masok Syurga”.

    Tarekat di tempat sy pula berzikir pada pagi smpai ke pg esok..
    sehingga mata lebam2. Adakah dengan ibadat dengan kadar yg banyak, ibadat kita diterima Mereka ckp kejar la akhirat sahaja.
    Dunia dibiarkan begitu sahaja.?
    Syafie sendiri kejar kedua2 nya, buktinya beliau menuntut ilmu untuk akhirat
    dan menyebarkan ilmunya kepada manusia kerana ada sifat tanggungjawab terhadap wasiat Rasullallah S.A.W. Penyebaran agama itu lah yg dikatakn untuk dunia. ini maknanya kedua2 nya sangat penting.

    apa bezanya SUFI & TAREKAT dahulu dan sekarang???
    kita sendiri faham, jika org dahulu tidak buat, dah tentu org skrg tdk akan buat.
    jika dikatakn SUFI & TAREKAT dulu lain dan SUFI & TAREKAT sekarang lain, maknanya, org2 sekarang telah menambah2 dlm sufi dan tarekat itu sendiri…

    tp mereka sendiri ckp jgn menambh2 pkara2 baru dlm agama….mereka sendiri dah tambah.
    mane ade Para Sahabat Selawat sambil Joget2 berdiri pulak 2… zikir terjerit dan mengaku tuhan ade di badan mereka… Tunjukkn sy mane tarekat yg berzikir dengan suara yg tidak keras.
    RASULALLAH S.A.W sendiri berzikir secara perlahan dan tidak meninggikan suara, kalau ada pun hanya sebentar, itu pun dengan tujuan untuk dipelajari oleh makmumnya.

    Mereka sendiri mengatakan pengamal sunnah dan ahli sunnah wal jamaah, sedangkan mereka sendiri dah langgar amalan sunnah itu sendiri. Kita manusia yg boleh menilai, jika kamu alami dengan mata dan kepala kamu sendiri, kamu akan mula berfikir dan tertanya2 seperti sy mengapa org2 ni buat mcm ni??

    Akhir kata, jika kita berasa was2, berpatah balik lah kita pada Al-Quran & Sunnah.
    jika rujukan kita berlainan dgn nas, hadis dan sunnah, tggalkn lah. berguru lah dgn pengamal Sunnah, kerana pengamal sunnah tidak akan memesongkan kita. tp pastikn sunnah yg kita ikut ada hadis yg sahih yg menceritakannya.

  31. muslimah solehah permalink
    12/11/2010 8:11 pm

    assalamualaikum…saya dapat tahu yang ahmadinejad adalah daripada golongan syiah..beliau orang yang selama ni membela umat islam dari sekutu jahat amerika..jd..adakah beliau sesat?..adakah salh bg umat islam menyokong beliau sebagai pemimpin islam??..beliau juga amat mempraktikan kehidupan berteraskan islam…sedangkan golongan syiah ini bole dikatekan jauh terpesong daripada ahli sunnah wal-jamaah…mcm mane ustaz???

  32. Anonymous permalink
    26/09/2011 7:47 pm

    INILAH BUKTI BAHAWA ORANG YANG BERAKIDAH YAHUDI : “ALLAH DUDUK” ADALAH KAFIR DISISI SELURUH ULAMA ISLAM BERDASARKAN KATA IMAM SYAFIE’.

    ابنُ المُعلِّم القُرَشيّ ترجَمهُ الحافظُ ابنُ حجرٍ في كتابِهِ الدُّرَرِ الكامنةِ في أعيانِ المائةِ الثامنة الجزءِ الرابع: ص 197 قالَ ما نصُهُ:

    محمدُ بنُ محمدِ بنِ عثمانَ بنِ عمرَ بنِ عبدِ الخالقِ بنِ حسنٍ القرشيُّ المِصريُّ فخرُ الدينِ بنُ مُحيي الدينِ المعروفُ بابنِ المُعلمِ ولدَ في شوالٍ سنةَ 660 هـ.

    وسمع منَ ابنِ عَلاق مجلسَ البِطاقةِ ومن ابنِ النَّحاسِ مَشيختَهُ تخريجَ منصورِ بنِ سليمٍ ومن عبدِ الهادي القَيسي والنَّجيبِ الحَرَّانيِّ وغيرِهم وحدَّثَ وكانَ فاضلاً حفظَ المقامات وَولِيَ قضاءَ بلدِ الخليلِ وأَذرِعات وأعادَ بالبادِرائية وكان جوادًا لهُ مُصَنَّفاتٌ ونَظمٌ وماتَ في جُمادى الآخرةِ سنة 725 هـ بدمشقَ.

    وفي كتابِ نجمِ المُهتدي لابنِ المُعلمِ القُرشيِّ ص 551: وهذا مُنتَظمٌ مَن كفرُهُ مُجمعٌ عليهِ ومن كفَّرناهُ من أهلِ القِبلةِ كالقائلينَ بخلقِ القرءانِ وبأنهُ لا يعلمُ المَعدوماتِ قبلَ وجودِها ومن لا يُؤمنُ بالقدرِ وكذا من يعتقدُ أن اللهَ جالسٌ على العرشِ كما حكاهُ القاضي حُسينٌ عن نصِّ الشافعيِّ.

    Terjemahan pada teks yang telah dihitamkan: ” Begitu juga kafir sesiapa yang berakidah Allah duduk atas Arasy berdasarkan teks kenyataan oleh Imam Syafie’ yang disebut oleh Al-Qodhi Husain”.

    وفي كتاب نجمِ المُهتدي لابنِ المُعلم القرشيِ ص 588: عن عليٍّ رضي الله عنه قال: “سيَرجِعُ قومٌ من هذه الأُمَّةِ عند اقترابِ الساعةِ كفارًا قال رجلٌ يا أميرَ المؤمنينَ كُفرُهُم بماذا أبالإحداثِ أم بالإنكارِ؟ فقال: بل بالإنكارِ يُنكرونَ خالقَهم فيصفونَه بالجسمِ والأعضاءِ”.

    القاضي حسينٌ من أكابرِ أصحاب الإمامِ الشافعي، قال الإمام عبدُ الكريمِ الرافعيُّ: كانوا يلقبونهُ حبرَ الأمةِ.

    فبعد هذا لا يلتفت إلى كلام بعض الشافعيين وغيرهم ممن لم يكفروا المجسّمة، وذلك لثبوت كفر المجسمة بدليل قوله تعالى {ليس كمثله شىء}. وكيف يسوغ لشافعي أن يخالف إمامَه (الذي كفّر من وصف الله بالجسم) في مسئلة إجماعيّة؟!

  33. Anonymous permalink
    26/09/2011 7:54 pm

    Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya..adakah pahala tersebut sampai kepada si mati ?

    Jawapan :

    Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-

    1) Amal Ibadah ‘Badaniah’ semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca al-quran dan lain-lain.

    2) Amal ibadah ‘Maliah’ : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.

    3) Amal ibadah yang mengandungi unsur ‘badaniah’ (dilakukan oleh tubuh) dan ‘maliah’ ( berbentuk harta) serentak ; ianya seperti Haji.

    Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-

    a- Para ulama ahli sunnah wal jama’ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut ( Rujuk : Hasyiah Ibn ‘Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 ) :-

    1- Sedeqah harta dan yang sepertinya.

    2- Doa & istighfar.

    3- Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)

    Antara dalil utama mereka adalah :-

    a) Erti firman Allah : “Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu , berdoa Ya tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman” ( Al-Hasyr : 10 )

    b) Firman Allah ertinya : “Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin” ( Muhammad : 19 )

    c) Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW: ertinya ” Ya Rasulullah SAW , sesungguhnya ibuku telah meninggal, adakah jika aku bersedeqah untuknya, maka pahala sedeqah ini dapat memberi manfaat kepadanya? , Nabi SAW menjawab : ” Ya” ( Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)

    d) Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya ” Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedeqahkan hartanya maka dosanya boleh terhapus ? Nabi menjwab : ya” ( riwayat Muslim , Nasaie , tirmidzi dan lain-lain)

    Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :

    * Doa muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam al-‘Iz bin Abd Salam “Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh” ( Qawa’id al-Ahkam , 1/135 ).

    * Amalan sedeqah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani ( w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha ( w 1354 H) berpendapat amalan sedeqah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedeqah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati. (Lihat Nayl awtar , 4/99).

    Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-

    1) Ijma’ , ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh ( w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir.

    2) Telah sabit dalam hadtih bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.

    b- Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk ‘badaniah’ semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, Para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : –

    * Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.

    Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut :-

    1) ((وأن ليس للإنسان إلا ما سعى ))

    Ertinya : “Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan..” ( An-Najm : 39 )

    2) ((ولا تكسب كل نفس إلا عليها , ولا تزر وازرة وزر أخرى ))

    Ertinya : “Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya , dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain” ( Al-An’am : 164 )

    3) Hadith Nabi SAW

    إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية , أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

    Ertinya : “Apabila mati anak adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedeqah jariah, Ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya”

    Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca al-quran, sedeqah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedeqah tidak semestinya dengan harta (al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)

    Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedeqahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.

    Imam ahmad mengatakan :

    ” وأي قربة فعلها وجعل ثوابها للميت المسلم نفعه ذلك إن شاء الله , والمسلمون في كل عصر ومصر يجتمعون ويقرأون القرآن ويهدون ثوابه إلى موتاهم من غير نكير ”

    Ertinya : Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati inshaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantahan” (Al-Mughni, 2/566)

    Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali ( w 620 H) berkata : ” sejak turun temurun di setiap zaman muslim berkumpul dan membaca al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal, Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh samapi kepada si mati..” (Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)

    Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah ‘badaniah’ semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka men ‘qias’kan kepada semua jenis ibadah.

    Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama’ah dalam tajuk ini, kesemua mereka sebagaimana yang dapat dibaca, berijtihad dalam memahami dalil-dalil ..maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat’ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak ( kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid’ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.

    Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : “Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedeqah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedeqah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh…. Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat dan puasa dan haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna.” (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)

    Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar. Wallahu’alam.

  34. Anonymous permalink
    26/09/2011 7:57 pm

    Penilaian Imam Asy Syafie Terhadap Sufi
    Dimasukkan oleh IbnuNafis
    Label: Soal Jawab Tasawuf
    Oleh : Thoriq

    Di beberapa tempat, Imam As Syafi’i telah memberi penilaian terhadap para sufi. Yang sering dinukil dari perkataan beliau mengenai sufi bersumber dari Manaqib Al Imam As Syafi’i yang ditulis oleh Imam Al Baihaqi.

    Di dalam kitab itu, Imam As Syafi’i menyatakan,

    “Kalau seandainya seorang laki-laki mengamalkan tashawuf di awal siang, maka tidak tidak sampai kepadanya dhuhur kecuali ia menjadi hamqa (kekurangan akal).”
    (Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)

    Beliau juga menyatakan,

    ”Aku tidak mengetahui seorang sufi yang berakal, kecuali ia seorang Muslim yang khawwas.”
    (Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)

    Beberapa pihak secara tergesa-gesa menyimpulkan dari perkataan di atas bahwa Imam As Syafi’i mencela seluruh penganut sufi. Padahal tidaklah demikian, Imam As Syafi’i hanya mencela mereka yang menisbatkan kepada tashawuf namun tidak benar-benar menjalankan ajarannya tersebut.

    Dalam hal ini, Imam Al Baihaqi menjelaskan,

    ”Dan sesungguhnya yang dituju dengan perkataan itu adalah siapa yang masuk kepada ajaran sufi namun mencukupkan diri dengan sebutan daripada kandungannya, dan tulisan daripada hakikatnya, dan ia meninggalkan usaha dan membebankan kesusahannya kepada kaum Muslim, ia tidak perduli terhadap mereka serta tidak mengindahkan hak-hak mereka, dan tidak menyibukkan diri dengan ilmu dan ibadah, sebagaimana beliau sifatkan di kesempatan lain.”
    (Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/208)

    Jelas, dari penjelasan Imam Al Baihaqi di atas, yang dicela Imam As Syafi’i adalah para sufi yang hanya sebatas pengakuan dan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya.

    Imam As Syafi’i juga menyatakan,

    ”Seorang sufi tidak menjadi sufi hingga ada pada dirinya 4 perkara, malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.”
    (Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)

    Imam Al Baihaqi menjelaskan maksud perkataan Imam As Syafi’i tersebut,

    ”Sesungguhnya yang beliau ingin cela adalah siapa dari mereka yang memiliki sifat ini. Adapun siapa yang bersih kesufiannya dengan benar-benar tawakkal kepada Allah Azza wa Jalla, dan menggunakan adab syari’ah dalam muamalahnya kepada Allah Azza wa Jalla dalam beribadah serta mummalah mereka dengan manusia dalam pergaulan, maka telah dikisahkan dari beliau (Imam As Syafi’i) bahwa beliau bergaul dengan mereka dan mengambil (ilmu) dari mereka.
    (Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)

    Kemudian Imam Al Baihaqi menyebutkan satu riwayat, bahwa Imam As Syafi’i pernah mengatakan,

    ”Aku telah bersahabat dengan para sufi selama sepuluh tahun, aku tidak memperoleh dari mereka kecuali dua huruf ini,”Waktu adalah pedang” dan “Termasuk kemaksuman, engkau tidak mampu” (maknanya, sesungguhnya manusia lebih cenderung berbuat dosa, namun Allah menghalangi, maka manusia tidak mampu melakukannya, hingga terhindar dari maksiat).

    Jelas, bahwa Imam Al Baihaqi memahami bahwa Imam As Syafi’i mengambil manfaat dari para sufi tersebut. Dan beliau menilai bahwa Imam As Syafi’i mengeluarkan pernyataan di atas karena prilaku mereka yang mengatasnamakan sufi namun Imam As Syafi’i menyaksikan dari mereka hal yang membuat beliau tidak suka. (lihat, Al Manaqib Al Imam As Syafi’i li Al Imam Al Baihaqi, 2/207)

    Bahkan Ibnu Qayyim Al Jauziyah menilai bahwa pernyataan Imam As Syafi’i yang menyebutkan behwa beliau mengambil dari para sufi dua hal atau tiga hal dalam periwayatan yang lain, sebagai bentuk pujian beliau terhadap kaum ini,

    ”Wahai, bagi dua kalimat yang betapa lebih bermanfaat dan lebih menyeluruh. Kedua hal itu menunjukkan tingginya himmah dan kesadaran siapa yang mengatakannya. Cukup di sini pujian As Syafi’i untuk kelompok tersebut sesuai dengan bobot perkataan mereka.”
    (lihat, Madarij As Salikin, 3/129)

    Imam As Syafi’i Memuji Ulama Sufi

    Bahkan di satu kesempatan, Imam As Syafi’I memuji salah satu ulama ahli qira’ah dari kalanagn sufi. Ismail bin At Thayyan Ar Razi pernah menyatakan,

    ”Aku tiba di Makkah dan bertemu dengan As Syafi’i. Ia mengatakan,’Apakah engkau tahu Musa Ar Razi? Tidak datang kepada kami dari arah timur yang lebih pandai tentang Al Qur`an darinya.’Maka aku berkata,’Wahai Abu Abdillah sebutkan ciri-cirinya’. Ia berkata,’Berumur 30 hingga 50 tahun datang dari Ar Ray’. Lalu ia menyebut cirri-cirinya, dan saya tahu bahwa yang dimaksud adalah Abu Imran As Shufi. Maka saya mengatakan,’Aku mengetahunya, ia adalah Abu Imran As Shufi. As Syafi’i mengatakan,’Dia adalah dia.’”
    (Adab As Syafi’i wa Manaqibuhu, hal. 164)

    Walhasil, Imam As Syafi’I disamping mencela sebagian penganut sufi beliau juga memberikan pujian kepada sufi lainnya. Dan Imam Al Baihaqi menilai bahwa celaan itu ditujukan kepada mereka yang menjadi sufi hanya dengan sebutan tidak mengamalkan ajaran sufi yang sesungguhnya dan Imam As Syafi’i juga berinteraksi dan mengambil manfaat dari kelompok ini. Sedangkan Ibnu Qayyim menilai bahwa Imam As Syafi’i juga memberikan pujian kepada para sufi.

    Dengan demikian, pernyataan yang menyebutkan bahwa Imam As Syafi’i membenci total para sufi tidak sesuai dengan data sejarah, juga tidak sesaui dengan pemahaman para ulama mu’tabar dalam memahami perkataan Imam As Syafi’i. Wallahu’alam…

    Rujukan:

    1. Manaqib Al Imam As Syafi’i, karya Al Baihaqi, t. As Sayyid Ahmad Shaqr, cet.Dar At Turats Kairo, th.1390 H.
    2. Madarij As Salikin, karya Ibnu Qayyim Al Jauziyah, cet. Al Mathba’ah As Sunnah Al Muhamadiyah, th. 1375 H.
    3. Adab As Syafi’I wa Manaqibuhu, karya Ibnu Abi Hatim Ar Razi, cet. Dar Al Kutub Al Ilmiyah, th. 1424 H.

  35. astaghfirullah permalink
    23/11/2011 2:18 am

    Imam Syafie berkata: “Kalau seorang lelaki bertasauf pada awal pagi, tidak sampai waktu Zohor kamu akan mendapati dia sudah menjadi bebal”. (Manaqib Al-Syafie 2/208)

    salam
    ini bermaksud, jika seseorang bertasawuf atau belajar ilmu tasawuf separuh jalan dan tidak sampai pada penghujungnya ( iaitu waktu zohor bermaksud waktu terang)….Maka bebal lah orang itu kerana tidak menghabiskan/menamatkan ilmu yang bermunafaat itu…..Maksudnya di sini adalah …belajarlah ilmu tasawuf sehingga jelas dan terang seumpama waktu zohor yang terang….terang di situ bermaksud DIRI yang di terangi hikmah.

  36. Tidak diketahui permalink
    10/02/2012 7:23 am

    Betul ke Allah berada di atas Arasy?… Kalau gitulah.. sebelum Allah cipta Arasy tu… Allah kat mana pulak ya?.. Kalau betul Allah duduk atas Arasy.. maksudnya nampak jelaslah bahawa saiz Arasy tu lagi besar daripada Allah.. betul tak? … Saya membantah yang Imam Syafi’i berkata demikian.. Imam Syafi’e tidak berakidah sesat sebegini.. Ini mungkin fitnah yang disebarkan oleh orang-orang yang membenci beliau..

    • 05/02/2013 10:39 am

      Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam. Al-A’raaf:54.
      Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan. Tiada seorang pun yang akan memberi syafaat kecuali sesudah ada izin-Nya. (Zat) yang demikian itulah Allah, Tuhan kamu, maka sembahlah Dia. Maka apakah kamu tidak mengambil pelajaran? Yunus:3.
      Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu. Ar Rad:2.
      Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia. Al-Furqan:59.

  37. 05/02/2013 10:58 am

    Pertanyaan كيْفَ. (seperti apa atau bagaimana) adalah pintu syaitan. Sedemikian berbahayanya pintu takyif sampai-sampai para ulama bersikap keras kepada mereka yang memiliki pikiran-pikiran ingin tahu dan kotor. Tercatat di antaranya Imam Malik bin Anas, pemilik Kitab Al-Muwatha’, menunjukan rasa marahnya saat seseorang bertanya –tepatnya mempertanyakan—bagaimana istiwa’nya (atau bersemayam dlm bahasa kita)Allah di atas arasy-Nya. Beliau rahimahulllah menjawab:
    al-istiwa’ adalah bukan (kalimat) yang asing, kaifiyah (bagaimana istiwa’nya Allah)nya adalah tidak mungkin diketahui, beriman terhadapnya adalah wajib dan bertanya tentangnya adalah bid’ah. Tidaklah aku melihat engkau kecuali orang yang sesat. Kemudian diperintahkan agar ia dikeluarkan dari majlisnya.

    Maksudnya bila kita jumpa sifat ini dan sifat2 yang di sebut dalam Al-Quran dan hadits nabi maka wajib bagi kita memenuhi syarat-syarat di bawah ini iaitu;
    1. Menerima lafadz dengan maknanya secara dhahir.
    2. Tanpa tahrif (penyimpangan makna).
    3. Tanpa ta’thil (penolakan sebagian maupun keseluruhan).
    4. Tanpa tafwidh (tidak mau menerjemahkannya secara dhahir dengan alasan menyerahkannya kepada Allah).
    5. Tanpa tasybih atau tamtsil, yaitu tidak menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya
    6. Tanpa Takyif, yaitu tidak menanyakan seperti apa dan bagaimananya.

    Kerana Allah sendiri telah mensifati dirinya didalam Surah Asy-Syura:11 iaitu “Tidak ada yang serupa dengan-Nya, dan Ia Maha Mendengar lagi maha Melihat.

    Wallahu a’lam

    • Anonymous permalink
      11/04/2024 4:20 am

      cara awak terang tu betul dah..cuma awak tambah dlm perkataan jgn tafwid dan menerima makna zahir ayat yg kita x setuju la…bahkan salafi sendiri x sebut pun mcm tu..iaitu syeikh utsaimin…klu mcm tu bkn kaedah tafwid dh..ia adalah tafwid kaif menyerah cara kepada allah..krn dgn cara ini meyakini allah ada cara semayan yg khusus klu istiwa itu diterjemah dgn julus atau dgn makna lain sekali pun…saya x tahu sama ada kata kata itu di copy paste ke atau ada susupan di dlm kata2 itu..krn imam malik x sebut pun istiwa tu dgn makna apa cuma ia mengatakan istiwa itu dimaklumi..sbnrnya bagi kami xde masalah ttg ayat2 mcm tu krn kami tahu ayat itu adalah ayat mutasyabihat bagi kelompok salafi saya tahu krn saya prnah bljr dan mengikuti salafi..dan salafi mengatakan ayat itu bkn ayat mutasyabihat dan ia ayat muhkamat yg jelas dan menjadi hukum sbb itu sesama salafi menjadi khilaf ttg sifat2 allah..krn ayat yg salafi pegang itu mrk menganggap ayat muhkamat tidak perlu ditakwil mahupun ditafwid akan maknanya krn salafi menyakini itu la maknanya sbb tu kaedah tafwid makna bgi salafi masing tdk bleh dipakai..saya bkn fitnah inilah realitinya sbb saya sendiri mendalami pegangan salaf dan tahu la sikit2 selok belok dan rujukkan imam2 salafi…dan kata2 ulama yg digunakan utk membenarkan akan firqah ini..sbb klu perasan rujukan salafi ni tdk byk…seperti kitab umm,kitab ghunya,kitab ibanah…dan kebanyakkan ulama yg dinaqalkan bg salafi ialah ibnu taimiyyah rahimullah,syeikh nasuruddin albani,syeikh utsaimin,syeikh abdul aziz bin banz klu yg masih hidup ialah syeikh soleh fauzan yg masyhur skrg ni..klu syeikh muhammad abdul wahab jrg disebut ttp byk mendpt pujian krn perjuangannya dalam membanteras syirik dan khurafat..klu dari segi aqidah yg dipegang biasanya hanabilah atau digelar atsari..krn mazhab ini adalah paling awal sebelum ibnu taimiyyah membina asas agama…satu pujian la kpd salafi adalah kerajinan mrk ini dlm mentakrij hadis iaitu menganalisi sanad perawi dari satu per satu…ttp utk mengatakan hanya salafi shj memegang hadis sahih smpai di situ tdk blh la asobiyah…sebagaimana mazhab2 4 yg muktabar kita tdk bleh kata mazhab kita paling benar..harap maaf la klu perkataan kita ni ada terfitnah ke…cuma tu la pada pandangan kita yg kita perasan perbezaan yg ketara ialah bagi sunni ayat2 yg ada unsur tasybih mrk ni menggunakan kaedah tafwid makna dan takwil..ttp bgi salafi ia berkeyakinan itu bkn ayat tasybih ttp ia adalah ayah muhkam itu la perbezaan kita tapi nk kata berlapang dada susah jgk la…klu mcm bab lain ni blh berlapang dada mcm qunut klu nk pertikai disebab xde hadis atau hadis lemah xpe la sbb tu pon ijtihad ulama krn masih ada ulama lain tidak mengatakan tidak sunat sisi imam2 lain..ttp klu bab ni sudah masuk usul aqidah bkn lgi furuq mahupun khilaf didalam fiqh..klu dlm furuq aqidah xpe la klu kita nk berbeza..so apa2 pon jgn la smpai jadi mcm isis tu je pesan kita…xpe la nk kata ahli bidaah atau quburiyyun mahupun ahli nujum atau ghuluw…cuma pesan kita jgn la taksub sampai menghalalkan darah hingga blh berlaku perbunuhan sesama manusia…sebagaimana kita blh duduk dgn org agama lain tapi kita saling menghormati…dan kepada pedebatan tu biar la mrk ahli2 agama yg uruskan dan tugas kita pula beribadat mcm biasa seperti yg termaktub dalam rukun islam..selagi kita beramal semua rukun islam zahir kita masih islam biar lah yg didalam ini allah yg menilai…kita kena sedar dari segi aqidah kita berbeza sbb tu pergaduhan ttg isu ini klu berdebat atau berdiskusi takkan abis krn msing2 ada rujukkan ada hujah walaupun dua2 berpegang dgn al quran dan al sunnah..so masing2 nk buktikan kumpulan kita paling benar di situ tidak akan menemukan titik temu..assalamualaikum..

  38. 10/04/2015 4:26 am

    see here for the top china sourcing partner around

  39. Anonymous permalink
    09/03/2024 8:31 am

    Tuduhan yg berat dan tidak berasas. Mohon supaya anda bertaubat dan mohon ampun dengan Allah dan para wali-Nya

Trackbacks

  1. kenali aqidahnya (jgn cuma ngaku2) « Learn something by Tomy gnt

What are you thinking?