Skip to content

Fiqh Bukan Sekadar Hafalan

02/05/2009
tags:

Orang yang hanya menghafal nama-nama ubat di farmasi, tidak boleh dipanggil sebagai doktor. Menjadi doktor mestilah dengan mengikuti program perubatan secara formal di universiti-universiti. Membaca dan menelaah buku-buku perubatan yang tebal mesti menjadi hobi. Berani pula didedahkan dengan mayat untuk autopsi. Selepas segala teori dan asasnya dipelajari, barulah boleh dihadapkan dengan pesakit sebenar di peringkat klinikal.

Begitu juga ilmu fiqh. Ia bukan semudah menghafal hukum-hakam yang termaktub dalam kitab-kitab fiqh. Seseorang yang menghafal ribuan masalah fiqh pun tidak bererti dia seorang faqih. Kerana fiqh bukan sekadar hafalan. Tetapi meliputi penguasaan asas, dasar, dan prinsip yang membina ilmu ini. Atau lebih dikenali dengan Usul Fiqh.

Ilmu yang mengajar kita bagaimana sesuatu hukum dikeluarkan daripada nas Quran dan Hadis. Jika nas berbentuk perintah, hukumnya wajib. Jika nas berbentuk larangan, hukumnya haram. Ada juga nas yang bentuknya larangan, tetapi hukumnya harus. Bagaimana cara mengetahuinya?

Terdapat nas yang khusus, dan nas yang umum. Apakah bentuk-bentuk nas khusus dan umum? Bolehkah ayat Quran yang umum dikhususkan melalui Sunnah, atau sebaliknya? Perbahasannya panjang lebar.

Perbuatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pula, ada yang berbentuk ibadah, dan ada yang sekadar adat. Adakah perbuatan baginda secara asasnya wajib diikuti atau sunat diikuti? Bagaimana dengan perbuatan yang hanya khas kepada baginda sahaja, seperti kahwin melebih 4 orang dalam satu masa.

Terdapat nas yang dimansuhkan. Bagaimana cara mengetahui satu-satu nas dimansuhkan? Bolehkah Quran dimansuhkan dengan Sunnah, atau sebaliknya?

Jika terdapat dua nas bertentangan, bagaimana kaedah menyelesaikannya? Adakah digunakan kaedah nasakh dan mansukh? Atau kaedah menghimpunkan kedua-dua nas supaya tidak bercanggahan? Ataupun cukup dengan tawaqquf sahaja?

Perbahasan mengenai ijmak juga tidak kurang pentingnya. Iaitu kesepakatan ulama dalam suatu hukum. Apakah syarat keabsahan satu-satu ijmak? Mencipta pendapat ketiga, adakah dikira menyalahi ijmak?

Ini hanya secebis tajuk-tajuk yang dibahaskan dalam Usul Fiqh. Dan inilah yang diperlukan oleh seorang yang mahu menguasai fiqh. Supaya fiqh bukan setakat menghafal masalah-masalah fiqh. Dengan menghafal tanpa memahami, ilmu ini akan jadi beku dan jumud.

Faqih yang beku dan jumud dengan masalah-masalah yang dihafal, mana mungkin dapat menyelesaikan persoalan-persoalan terkini yang bercambahan dan bercabangan hari demi hari. Bagaimana dia mahu bertindak sebagai doktor jika dia hanya menghafal nama-nama ubatan.

Imam Syafie berkata: “Kami (fuqaha) adalah doktor, dan anda (ahli hadis) adalah ahli farmasi”. (Siyar A’lam Nubala 10/23).

Imam Ahmad juga mengungkapkan kata-kata yang sama, “Para fuqaha sebagai doktor-doktor, dan ahli hadis sebagai ahli farmasi. Lalu muncul Muhammad bin Idris (Imam Syafie) sebagai seorang doktor dan ahli farmasi”. (Tarikh Dimasyq 51/334).

Oleh itu, kuasailah ilmu Usul Fiqh, supaya tidak menjadi faqih yang sekadar menghafal, tetapi faqih yang bertindak sebagai doktor yang mampu merawat pesakit.

Advertisements
2 Comments leave one →
  1. ahchonx permalink
    04/05/2009 6:53 pm

    Jazakallahu khairan kathira’ ustaz.

    Banyak sekali post ustaz yang sangat bermanafaat termasuk post kali ini. Semoga Allah meramaikan orang yang faqih agama di dunia ini umumnya dan di negara kita khususnya.

  2. 06/05/2009 7:49 pm

    Salam Ustaz..

    Ana amat suka artikel ni. Memberi sedikit pencerahan buat ana yang juga minat ilmu Usul Fiqh.

What are you thinking?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: