Skip to content

04-024 : Hukum Sideburn Wanita Ketika Wudhuk

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

Betulkah ‘sideburn’ wanita iaitu rambut2 yg tumbuh di tepi telinga juga anggota wuduk? Kalau wanita berambut panjang, maknanya kena tarik keluar basahkan ?


Jawapan 1 (Oleh Ustaz al-jawhar al-ahkam)

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Rambut tidak termasuk dalam anggota wudhuk yang perlu dikenakan air terhadapnya.Ini kerana anggota wudhuk pada tempat tersebut sebenarnya adalah kepala , dan Islam menyuruh kita untuk menyapu / membasuh kepala , bukannya rambut sebagaimana yang disalah fahami oleh sebahagian masyarakat .

Dalilnya , firman Allah swt dalam surah al-Maidah , ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فاغْسِلُواْ وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُواْ بِرُؤُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَينِ

Maksudnya : Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki

Ini bermakna , sekiranya seseorang perempuan itu mempunyai rambut yang panjang , ianya tidak perlu dikeluarkan.Cukup dengan hanya menyapu dibahagian kepalanya sahaja sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di atas.

Jawapan 2 (Oleh Penulis)

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Jazakallah atas jawapan syeikh al-jawhar. Cuma sedikit tambahan:

– Jika yang dimaksudkan di dalam soalan ialah: ketika membasuh muka, adakah bulu-bulu yang dipanggil sideburn juga mesti dibasuh?

– Maka jawapannya, ulama telah menentukan bahawa sempadan MUKA yang wajib dibasuh ialah: yang berada di antara dua telinga (telinga tidak termasuk).

– Kawasan yang tidak ditumbuhi bulu yang terletak antara telinga dan pipi, juga termasuk dalam sempadan muka yang wajib dibasuh. Lihat kawasan yang ditunjuki anak panah di dalam gambar: http://www.saaid.net/rasael/wadoo/3.JPG

– Begitu juga bulu yang tumbuh di atas tulang yang berdekatan dengan telinga juga adalah termasuk dalam sempadan muka yang mesti dibasuh.

– Manakala, bulu sideburn yang tumbuh di kawasan atas daripada tulang yg berdekatan dengan telinga, maka ia termasuk dalam sempadan kepala, yang tidak perlu dibasuh ketika membasuh muka.

Wallahu A’lam.

rujukan:

– Majmuk 1/377
– Fatwa IslamWeb 93899
– Syarah Mumti’ Syeikh Uthaimin.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: