08-004 : Pelbagai Persoalan Haji
Home – Soal Jawab – Feqah: Haji dan Umrah
Soalan:
Askum,
Di sini, saya ada beberapa kemuskilan berhubung ibadat haji.
1-Di tempat2 berikut, apakah jenis solat yang patut dikerjakan mengikut sunnah ? Tamam ? Jamak ? Jamak + Qasar ?
i-Madinah
ii-Arafah
iii-Mina
iv-Mekah
v-Muzdalifah
2-Semasa saya di dalam ihram, adakah di bolehkan menggunakan sabun atau shampoo semasa mandi?
3-Adakah saya boleh mengutip batu di Arafah kerana bimbang tiadanya batu di Munzalifah atau Mina ?
4-Jika ditakdirkan ibu saya uzur untuk melontar , dan saya mewakilkannya bagi urusan melontar. Adakah ibu saya akan dikenakan dam kerana meninggalkan wajib haji itu ?
5-Katakan ibu saya melakukan saei dr Bkt Safa ke Marwah. Kemudian kami berehat kerana letih. Utk menyambung kembali saei tersebut, kami akan bermula dari Marwah ke Safa utk pusingan ke-2. Adakah betul tindakan kami ini ?
6-Insyallah, kami akan melakukan Haji Tamattuk. Bagi urusan pembayaran dam tamattuk, kami akan berurusan dengan TH dengan mengeluarkan wang dari akaun TH kami utk pembayaran dam. Adakah betul tindakan ini ?
Mohon pencerahan.
Syukran
Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
1. Madinah: seperti biasa
Mekah: seperti biasa
Arafah: jamak taqdim zohor dan asar (waktu zohor) dan qasar
Muzdalifah: jamak ta’khir maghrib dan isyak (waktu isyak) dan qasar
Mina: selama bermabit di sana solat qasar (zohor, asar, isyak), tetapi tidak jamak (hingga 13 zulhijjah)
2. Ada khilaf di kalangan fatwa moden. Puncanya, khilaf pada status sabun adakah ia: (i) wangian, atau (ii) bukan wangian cuma ada bauan wangi padanya.
Ada ulama yang mengharamkan sabun ketika ihram, sbb dikira wangian. malah, bau sesetengah sabun jauh lebih wangi dari bauan atar/ wangian. (pendapat lama Syeikh Uthaimin)
Ada yang kata bukan wangian, dalam fatwa2nya. Cuma ditinggalkan adalah lebih warak dan afdhal.(pendapat: Syeikh Bin Baz, dan pendapat baru syeikh Uthaimin)
Kesimpulan: Lebih afdhal dan warak meninggalkan sabun dalam beberapa hari semasa haji. Bukannya lama sangat, ihram start 8 Zulhijjah hingga 10 zulhijjah (3 hari sahaja). Inilah lebih selamat dan tenang di hati.
rujukan:
-Manasik Haji dan Umrah m/s 35
-Syarah Mumtik 7/211
3. Tidak di syaratkan batu itu berasal dari Muzdalifah. Boleh ambil mana-mana, hatta di Mekah, Madinah, atau di Malaysia. Yang penting: ia adalah batu.
Sebab, kemungkinan bas yang anda naiki tidak sempat berhenti dan menurunkan jemaah di Muzdalifah sebagaimana berlaku pada musim2 yang lalu.
Oleh itu, jika mudah dijumpai batu di Arafah, boleh ambil di sana, tetapi jangan lakukan pada waktu wuquf iaitu selepas Zohor hingga Maghrib.
4. tidak dikenakan dam
5. Tidak disyaratkan berterusan tanpa henti dalam amalan saie. Boleh berhenti terutama jika keperluan, seperti solat jemaah, keletihan, dll. Inilah mazhab Syafie dan Ahmad bin Hanbal.
Dalilnya perbuatan sahabat.
– Ibn Umar pernah saie, kemudian berhenti untuk wudhuk dan sambung balik.
– Saudah binti Ibn Umar pernah menghabiskan saie dalam masa 3 hari. (Said bin Mansur)
6. Boleh mewakilkan kepada mana-mana pihak yang dipercayai untuk menguruskan dam tamattuk anda. Cuma, untuk makluman, dam yg diwakilkan kepada TH biasanya disembelih agak lewat, selepas selesai musim haji. Sedangkan dam tamattuk mengikut fatwa kebanyakan ulama haramain wajib dilaksanakan sebelum habis hari tasyrik (13 zulhijjah).
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net