Skip to content

04-010 : Was-Was Ketika Basuh Najis Anak

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

Ketika mencebok (membasuh najis) anak, kadang-kadang terpaksa pegang najis yang melekat pada punggung misalnya. Selalu saya akan basuh berkali-kali, untuk pastikan bau hilang saya gunakan sabun cecair, kerana bau wanginya kuat. Masalahnya kadang-kadang bau masih tak hilang pada punggung, kadang-kadang pada tangan saya, dan sabun tu memang ada rasa lendir sedikit yang susah untuk hilang kalau tak gosok berkali-kali. (Sabun buku pula mmg lagi susah nak hilangkan bau tahi anak yang dah melekat)

Sesekali setelah angkat anak dan lap towel, terbau tangan sendiri spt masih busuk.wlaupun setelah berkali2 menggosok/sabun/meggosok balik (selalu sy buat 2-3 kali), masih berbau. Saya letakkan dahulu anak di luar bersama towel yang saya tak pasti sudah terkena tangan saya yang berbau dan semestinya basah tu untuk masuk balik tandas dan cuci tangan sekali lagi. Rupa-rupanya yang berbau bahagian atas jari-jari yang mungkin saya tak gosok betul2 bagi hilang sabun dan bau.

Soalannya: Macam mana ya? Saya timbul rasa was-was, adakah apa-apa, seperti towel, badan anak saya, yang mungkin terkena bahagian atas jari-jari saya tu juga sekarang bernajis? Saya tahu bahagian atas jari-jari saya yang berbau, dan mungkin ada sedikit rasa sabun yang belum hilang. Itu pasti, tapi yang tak pasti samada badan dan towel anak terkena tangan sya yang basah dan berbau tu, walaupun secara `ainnya memang tak nampak bernajis.

Mintak dijelaskan samada najis boleh berjangkit jika zat dan warna sudah hilang, tetapi bau masih ada. Perkara ini amat merungsing dan menyusahkan kerana saya rasa seperti semua yang dah terkena towel perlu dilap, semua towel perlu dibasuh walaupun tiada bau najis. Inikah najis hukmi?

Juga adakah tindakan saya megelap segala-gala yang saya tahu telah terkena towel itu sikap berhati-hati atau was-was? Ia menggangu fikiran dan mengambil masa saya. Tolonglah perjelaskan kepasa saya yang kurang berilmu ini agar tidak mudah diganggu syaitan.

Jazaakimullahu khairan katheera

Jawapan:

Jika najis yang terkena tangan anda adalah najis yang kesannya (warna atau bau) PAYAH dihilangkan, maka sekiranya anda sudah membasuhnya secara bersungguh-sungguh, tetapi masih ada kesan bau, atau kesan warna, maka ia dimaafkan.

Oleh itu, tangan anda dihukum suci setelah anda berusaha membersihkan najis itu, walaupun masih ada kesan bau.

Apabila dihkum suci, maka tidak timbul lagi masalah adakah tangan anda akan menajiskan benda2 lain yg dipegang. Maka tidak perlu anda gusar lagi sehingga akhirnya jatuh dalam penyakit was-was yang tercela.

Tetapi kalau najis itu boleh dihilangkan kesannya, maka anda perlu berusaha keras menghilangkannya, kerana sifat bermudah-mudah juga adalah suatu yang tercela. Wallahu A’lam.

Rujukan:
-Majmuk 2/593-594
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: