Skip to content

12-003 : Berkenaan Penama di Tabung Haji

Home Soal Jawab Feqah: Wasiat Dan Pusaka

Soalan:

Saya ada menyimpan di Tabung Haji dan telah menamakan anak sebagai pewaris pertama dan isteri sebgai pewaris kedua.
Soalannya, selepas kematian, wang Tabung Haji adakah perlu difaraidkan walaupun ada penama?

Sekian. Terimakasih.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– “Borang Pemegang Amanah” yang diisikan padanya dua nama pewaris BUKAN sebuah wasiat. Oleh itu pewaris yang diletakkan sebagai penama dalam “Borang Pemegang Amanah” Tabung Haji, BUKAN penerima wasiat. Penama hanyalah ‘pemegang amanah’.

– Maka, Penama tidak mempunyai hak mutlak ke atas wang yang diterimanya. Ia mesti dibahagikan menurut hukum faraidh.

– Tujuan borang tersebut ialah bagi membolehkan Tabung Haji mengeluarkan wang pendeposit yang meninggal dunia kepada pemegang amanah yang dinamakan dengan cepat untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: