Bacaan iftitah mempunyai beberapa versi yang diriwayatkan daripada Nabi SAW.
Dalam amalan masyarakat kita, iftitah yang lazim digunakan adalah gabungan DUA hadis, iaitu (i) hadis Ibn Umar dan (ii) hadis Ali ibn Abi Talib.
(i) Hadis Ibn Umar r.a.
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
(ii) Hadis Ali bin Abi Talib.
وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا، وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ، إِنَّ صَلَاتِي، وَنُسُكِي، وَمَحْيَايَ، وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لَا شَرِيكَ لَهُ، وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Walau bagaimanapun, sebenarnya bacaan nombor (ii) itu lebih panjang daripada yang di atas, kerana masih terdapat sambungannya selepas itu dalam satu hadis yang sama, iaitu:
اللهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ، ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا، إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ، وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ، لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ، وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ، أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ، تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ
Jika kita berhajat untuk UPGRADE bacaan iftitah kita, terutamanya ketika solat bersendirian, solat-solat sunat atau solat malam, adalah baik untuk kita menghafal sambungan bacaan iftitah tersebut secara lengkap.
Imam Al-Shafi‘i dalam kitabnya Al-Umm membawakan bacaan iftitah no (ii) tersebut secara lengkap, lalu beliau menyatakan:
“Keseluruhan bacaan iftitah inilah, menurut pandanganku, yang aku perintahkan dan yang aku suka dibaca sebagaimana ia diriwayatkan daripada Rasulullah SAW, tanpa meninggalkan sedikit pun daripada lafaznya.
Jika seseorang menambah pada lafaz tersebut atau mengurangkannya, maka aku memandang perbuatan itu sebagai makruh.” (al-Umm).
Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan amal.
What are you thinking?