Skip to content

16-002 : Adakah Rasuah Musuh Satu Negara?

Home Soal Jawab Pelbagai

Soalan:

salam,

1]bolehkah kita isytihar bhw rasuah itu musuh no 1 negara?

2]saya adalah peminat kpd ezam dan perjuangan GERAK,bolehkah saya bantu perjuangannya?

3]kalau ikut fahaman sunnah,adakah rasuah itu musuh no 1 islam?
tuan boleh sertakan dalil-dalilnya?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


1) -Jika dikatakan musuh no 1 negara secara hakiki, adalah tidak tepat, kerana di sana ada banyak lagi musuh negara dan musuh Islam yg lebih bahaya dan besar daripada rasuah.
-Tetapi jika dikatakan musuh no 1 negara secara nisbi, mungkin boleh diterima. maksud nisbi: seperti kita mahu memberi keutamaan untuk memerangi rasuah pada masa ini, lalu kita pun kata ia musuh no 1. Atau pertubuhan kita khas untuk memerangi rasuah, maka kita isytihar ia sebagai musuh no 1 secara nisbi, bukan hakiki.

2) Anda mahu MEMBANTU saudara ezam sebagai saudara seISLAM, dan membantu apa yg baik daripadanya, adalah suatu yg digalakkan.
Malahan Islam menyuruh sesama umat bantu membantu, hatta terhadap orang yg melakukan kezaliman.
Dalam hadis Anas bin Malik, Nabi bersabda:
Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi“.
lalu sahabat bertanya: “Aku akan menolongnya jika dia dizalimi. Tetapi bagaimana aku menolongnya jika dia yang zalim?”
Nabi menjawab:”Kamu menghalang dia daripada kezalimannya. Itulah bentuk pertolongan kepadanya“.
(HR Bukhari dan Muslim)

3) -Allah mengisytihar dalam surah al-Maidah ayat 82:
Kamu akan mendapati bahawa orang yang paling dasyat permusuhan mereka dengan kamu ialah orang-orang Yahudi dan orang2 yg syirik...”.
Permusuhan Yahudi terhadap Islam adalah permusuhan yg berkekalan sampai hari qiamat.

-Walaupun gejala rasuah adalah suatu yg dimurkai ALlah, dan dihukum laknat, tetapi di sana ada lagi dosa2 besar lain yg lebih dasyat daripada rasuah, sebagaimana sabda Nabi SAW:
Jauhilah 7 dosa besar: Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan, dan menuduh zina terhadap wanita yg baik“. (HR Bukhari Muslim).

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: