Skip to content

03-019 : Kaifiyat Doa Menolak Bala

Home Soal JawabZikir dan Doa

Soalan:

Salam ustaz..
ne nak tanya sikit.harap ustaz leh tolong jawablah. ne masalah ranting dan remeh tapi pening bila masyarakat melayu jadikan isu.
tahun lepas ana solat witir selepas tarawih. semasa doa qunut, imam ada baca doa tolak bala (Allhomma idfa’ annal bala’ wal waba’…). dengan serta merta para jamaah mentelingkupkan tangan seolah-solah menolak sesuatu. ana tidak pula buat begitu.
lepas solat, adalah yang menegur kenapa tak buat mcm tu..soalannya ustaz, adakah nas yang membenarkan buat demikian?ana cuba cari jawapan tapi tak jumpa.semoga ustaz dapat bantu.
Syukran.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Amalan menelengkupkan tangan ke bawah ketika doa menolak bala, di sisi ulama yang berpendapat demikian bersandarkan perbuatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika doa Istisqa (minta hujan ketika kemarau).

Di dalam Sahih Muslim, direkodkan bahawa Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melakukan istisqa (doa minta hujan), lalu mengisyaratkan dengan belakang tangannya ke langit. (Sahih Muslim no: 2112).

Kata Imam Nawawi, “Berkata sekumpulan dari kalangan ulama kami dan selain mereka, bahawa sunnah dalam setiap doa menolak bala seperti kemarau dan seumpamanya ialah dengan cara mengangkat dua tangannya dan menghalakan belakang tangannya ke langit”. (Syarah Sahih Muslim 6/190).

Ada ulama yang memahami hadis dengan cara berbeza. Iaitu, baginda bukan sengaja menghalakan belakang tangannya ke langit, tetapi ia terjadi kerana ketika doa istisqa, baginda mengangkat tangan terlalu tinggi sehingga belakang tangannya menghadap ke langit.

Kata Ibn Taimiyyah, “Sesiapa menyangka bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, ketika mengangkat tangan dalam keadaan biasa baginda menghalakan belakang tangannya ke langit, maka dia telah silap. Begitu juga siapa menyangka bahawa baginda sengaja menghalakan wajah dan belakang tangannya ke langit, maka dia tersilap”.

Kesimpulannya, perbuatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menghalakan belakang tangannya ketika doa, hanya warid dalam doa istisqa (minta hujan). kita maklumi bahawa baginda mengangkat tangan tinggi ketika doa istisqa hingga kelihatan putih ketiak baginda. Dan doa dengan kaifiyat ini dilakukan oleh baginda bukan di dalam solat, tetapi di atas minbar ketika khutbah istisqa.

Wallahu A’lam.

%d bloggers like this: