Skip to content

01-001 : Menyebut ‘Wahai Nabi’ Membawa Kepada Syirik?

Home Soal JawabAkidah dan Asas Islam

Soalan:
Ada ustaz mengatakan bahawa syirik hukumnya jika menyebut “yaa(wahai)” kepada orang yang sudah meninggal/wafat seperti “yaa rasulullah,” “yaa nabi” kerana itu namanya menyeru orang yang sudah mati/wafat, dan menyeru orang yang sudah mati/wafat hukumnya syirik. Benarkah apa yang dikatakan oleh ustaz tersebut? Jika benar, mohon disertakan hujah dan dalilnya.

(p/s: agak ramai juga orang kita yang menyebut “yaa rasulullah/yaa nabi” terutama sekali sebahagian orang kampung dan sebahagian orang yang menyanyi lagu nasyid)

Sekian, terima kasih.

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

meletakkan hukum secara am, iaitu siapa sebut “Ya Rasulallah” selepas baginda wafat adalah syirik, adalah TIDAK TEPAT, kerana di sana perlu diperincikan masalah ini:

i- Jika menyebut dengan niat meminta pertolongan, seperti “Ya Rasulallah, berilah kesihatan padaku, atau leraikanlah kesusahanku”, maka ini satu bentuk SYIRIK, kerana menyeru seseuatu yang tidak berkuasa ke atasnya melainkan Allah Taala. Dimaklumi, berseru jenis ini adalah satu ibadah, maka meletakkan ibadah kepada selain Allah adalah syirik.

ii- Jika menyebut dengan niat tawassul, seperti: “Ya Rasulallah, berilah syafaat kepadaku”, adalah TIDAK HARUS, kerana tawassul jenis ini hanya dibolehkan semasa hayat baginda sahaja.

iii- Jika menyebut kerana mahu mengucapkan salam kepadanya, maka ini diharuskan, malahan digalakkan. seperti: “Al-Solatu Wassalam ‘Alaika Ya Rasulallah”.

iv- Jika menyebut dengan niat NUDBAH (menyeru si mati dengan menyebut kebaikannya), contohnya: “Ya Rasulallah, engkaulah penyelamat ummah!!” maka hukumnya: HARUS, tetapi jangan sampai tahap meratap-ratap.

Wallahu A’lam

rujukan:
– Fatwa Islamweb: http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=14616&Option=FatwaId
twaId

Jawapan asal penulis di al-ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: