Skip to content

01-014 : Percaya Kepada Batu Ajaib

Home Soal JawabAkidah dan Asas Islam

Soalan:

Saya ingin tahu, ada seseorang ingin memberi saya batu yang kononnya dapat mengelakkan jin dan mampu menghalau jin. Bolehkah saya mengambilnya? Jika tidak boleh, sila beri dalil.
Sekian Terima Kasih.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Haram mempercayai bahawa batu tersebut boleh membawa manfaat atau menangkis mudarat, kerana ia termasuk dalam pergantungan kepada selain Allah, dan menjurus kepada syirik.

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً فَقَدْ أَشْرَكَ

Maksudnya: “Sesiapa menggantungkan tangkal, maka dia melakukan syirik”.
Direkod dalam Musnad Ahmad (no: 17422). Komentar Al-Haithami, “Perawi-perawi Ahmad adalah tsiqah (kepercayaan)” (Majmak Zawaid 8399) . Al-ALbani juga menilainya sahih. (Silsilah Sahihah 1/809)

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.net

%d bloggers like this: