Skip to content

02-025 : Sebab Turun Ayat 59 Surah Maryam

Home Soal JawabAl-Quran dan Hadis

Soalan:
Saya ingin tahu apakah sebab yang menyebabkan penurunan ayat 59 dari Surah Maryam yang bermaksud ” Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, ”

Terima kasih.

Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Di dalam perbahasan ulum al-Quran, disebut bahawa ayat-ayat al-Quran terbahagi kepada dua kelompok:
1) Yang diturunkan secara permulaan tanpa didahului oleh satu sebab atau peristiwa khas atau soalan para sahabat.
2) Yang diturunkan selepas sesuatu sebab khas atau peristiwa atau soalan.

Berkenaan ayat yang saudara ajukan, setelah kami merujuk beberapa kitab khas tentang sebab-sebab penurunan ayat seperti Kitab Asbab Nuzul oleh Imam Wahidi, dan Lubab al-Nuqul oleh Imam Suyuti, dan beberapa kitab tafsir yang muktabar, kami tidak mendapati sebab khas diturunkan ayat 59 surah Maryam tersebut.

Wallahu A’lam

rujukan:
-al-Itqaan oleh Imam Suyuti 1/87

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Advertisements
%d bloggers like this: