Skip to content

04-012 : Hukum Anjing Masuk Surau

Home Soal JawabFeqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi

Soalan:

assalamualaikum.
surau di tempat saya telah dimasuki beberapa ekor anjing liar.
1.apakah yang perlu saya lakukan?(berdasarkan dalil-dalil yang sahih)
2.bagaimanakah cara penyuciannya berdasarkan keempat-empat mazhab?(berdasarkan dalil-dalil yang sahih)
3.mengikut imam syafie,pembahagian anjing itu najis apabila ia kering atau basah.sila terangkan dengan lebih lanjut.(berdasarkan dalil-dalil yang sahih).
sila nyatakan sekali rujukan anda.
terima kasih

Jawapan:

Kemasukan anjing ke dalam rumah, surau atau masjid tidak menajiskan tempat tersebut. Kecuali jika anjing-anjing itu meninggalkan najisnya di dalam tempat itu, maka hendaklah disucikan.

Dalam Sahih Bukhari (secara ta’liq), daripada Ibn Umar:

كانت الكلاب تبول وتقبل وتدبر في المسجد في زمان رسول الله صلى الله عليه وسلم فلم يكونوا يرشون شيئا من ذلك

Maksudnya: Anjing-anjing kencing dan masuk keluar ke dalam masjid pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka tidak merenjiskan sesuatu pun daripada yang demikian. (no: 172)

Maka setakat anjing itu masuk ke dalam masjid, ia tidak menajiskan tempat.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net