04-017 : Sental Daki Ketika Mandi Janabah
Home – Soal Jawab – Feqah: Bersuci, Wudhu dan Mandi
Soalan:
Saya musykil apakah yg sebenar2nya dikehendaki dlm ‘meratakan air’ ketika mandi wajib. Sebarang kotoran yg boleh menghalang air drpd mengenai kulit mestilah dibuang/bersihkan terlebih dahulu, tetapi juga diberitahu bahawa tak perlu kita sental daki di badan. Walhal, daki juga merupakan benda yg boleh menghalang air drpd membasahi kulit sepenuhnya sbb selagi ada jisim daki itu dikulit, selagi itulah ia air tak telus ke kulit. Masakan tak perlu disental?
Jawapan:
بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Mandi wajib cukup dengan:
-niat, dan
-meratakan air ke seluruh badan
lihat: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33904
walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah malahan disunatkan untuk menyempurnakan lagi dengan cara menggosok2 dan menyental-nyental apa yang patut. Tetapi, jangan sampai berlaku was-was dalam mandi janabah.
Apabila syarak senyap (tidak menyebut) permasalahan daki, sedangkan para sahabat Nabi tidak terlepas daripada badan berdaki, maka ini menunjukkan ia adalah kemaafan daripada syarak.
Sabda Nabi SAW:
“Apa yang Dia (Allah) senyap, maka ia adalah dimaafkan”. HR Abu Daud (no: 3802).
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net