06-006 : Menetap di Luar Negara, Zakat Agih Kepada Siapa?
Home – Soal Jawab – Feqah: Zakat
Soalan:
Saya bekerja di luar negara dan ingin membayar zakat (fitrah/harta etc). Mana lebih afdal, bayar di tempat saya seperti di negara barat (yg mgkn tak ada orang Islam yg agak miskin) atau Malaysia atau negara islam yg lebih miskin seperti Palestine, Sudan, Mauritania dan sebagainya?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Jika di tempat anda terdapat asnaf2 yang layak menerima zakat, maka hendaklah dikeluarkan di tempat anda menetap. Tidak harus dipindahkan ke negeri lain mengikut pendapat yang kuat. Kerana sabda Nabi SAW: “…diambil daripada orang-orang kaya mereka, dan diberikan kepada orang2 miskin mereka”.
Jika tiada seorang pun yang layak menerima zakat, maka wajiblah dipindahkan zakat itu kepada asnaf2 di tempat2 lain. Sebaik2nya di negeri yang paling hampir dengan tempat anda menetap.
Majmuk 6/225, Fatwa Lajnah Daemah (no: 1449).
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net