Skip to content

06-013 : Kelapa Sawit Dikenakan Zakat Tanaman?

Home Soal Jawab Feqah: Zakat

Soalan:

Hasil kebun sawit kena zakat tanaman ke? 1/10 atau ada jumlah lain?

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Zakat pertanian dikenakan ke atas makanan asasi yang mengenyangkan ke atas sebuah negeri. Hasil tanaman yang wajib dizakatkan adalah bijirin-bijirin dari jenis makanan asasi yang mengenyangkan dan tahan lama jika disimpan seperti padi, kurma, jagung, gandum dan sebagainya.

Oleh itu, tidak dikenakan zakat pertanian ke atas hasil tanaman yang bukan asasi seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, tebu, koko dan lain-lain.

Di dalam e-fatwa di bawah tajuk: ZAKAT KOMODOTI UTAMA SEPERTI : KELAPA, KELAPA SAWIT, GETAH, LADA HITAM, NENAS DAN LAIN-LAIN, membuat keputusan berikut:

Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti mengikut hukum yang muktabar di dalam Islam dan keputusannya adalah seperti berikut :

“Bahawa komoditi utama seperti kelapa, kelapa sawit, getah, lada hitam, nenas dan lain-lain adalah tidak diwajibkan zakat kerana tidak ada nas dan dalil-dalil yang mewajibkan hasil-hasil tersebut dikeluarkan zakat. “

Rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_s … keyID=1146

Cuma, jika komoditi tersebut diniagakan, maka ia dikenakan zakat perniagaan.

Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Advertisements
%d bloggers like this: