Skip to content

11-001 : Suami Halang Isteri Beri Wang Kepada Ibubapa

Home Soal Jawab Feqah: Kekeluargaan

Soalan:

Assalamualaikum.

Saya mempunyai mertua yang masih bekerja dgn kerajaan malaysia (bergaji lebih kurang 3 ribu), tetapi agak boros dalam berbelanja.

Untuk pengetahuan, di awal perkahwinan dulu, mertua saya suka mengawal perbelanjaan kami suami isteri hinggakan seolah-olah segala urusan melibatkan ekonomi mestilah dirujuk kepadanya. Mengikut isteri saya, ayahnya takut kami tak mampu nak berikan wang lebih kalau dia tak kawal perbelanjaan kami.

Soalan saya, adakah saya ada hak untuk menghalang isteri saya yang bekerja sebagai jurutera yang bergaji lebih kurang RM2500 memberi ibubapanya wang yang saya rasakan ianya berlebihan yang kadang-kadang mencecah RM600-RM700 sebulan? Salam.

Jawapan:

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

– Seorang isteri berhak sepenuhnya pada harta bendanya, samada untuk memberi sedekah, hibah, hadiah, jual beli dan semua urusan kewangannya TANPA perlu mendapat keizinan suaminya. Inilah pandangan majoriti ulama, Hanafi, Syafie, dan Hanbali.

– Kerana, dalam urusan kewangan, syarak meletakkan wanita setaraf dengan lelaki tanpa kongkongan. Dalinya:

1) Dalam surah AL-Nisaa ayat 6, Allah memerintahkan supaya menguji anak yatim untuk melihat kematangannya dalam menguruskan kewangan. Apabila didapati pandai menguruskan kewangan sendiri, wajib diserahkan hartanya kepada dirinya sendiri. Ini menunjukkan dia bebas menguruskan kewangan tanpa arahan sesiapa.

2) Sabit dalam beberapa hadis, Nabi SAW bersabda “Wahai wanita-wanita, bersedekahlah…”. Nabi SAW tidak mensyaratkan mereka bertanya suami mereka dahulu, dan mereka juga terus bersedekah tanpa merujuk kepada suami masing-masing.

– Ada pendapat mengatakan wajib diminta izin suami dahulu sekiranya pemberian hibah atau sedekah MELEBIHI 1/3 hartanya. Ia didasarkan kepada satu hadis bermaksud:

“Tidak harus bagi seorang wanita memberi (hartanya) melainkan dengan izin suaminya”.
Direkod oleh Abu Daud (no: 3549) dan Nasai (no: 2540).

Walaubagaimanapun, pendapat pertama lebih kuat, kerana hadis yang melarang dipertikaikan kesahihannya. Kata Ibn Hajar: “Dalilnya daripada Kitab dan sunnah adalah banyak”. (Fathul Bari 5/218).

Kesimpulan: Suami tidak ada hak untuk melarang isteri memberi wang bulanan kepada ibu bapanya atau orang lain.

Wallahu A’lam

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

%d bloggers like this: