06-009 : Zakat Perniagaan Dikira Harga Modal Atau Harga Jualan Barang?
Home – Soal Jawab – Feqah: Zakat
Soalan:
Assalamualaikum.
Untuk pengiraan zakat perniagaan, adakah kiraannya diambil harga modal barang itu, atau harga jual?
Contoh-harga kos/modal barang ialah rm10,000.00. kalau harga jual semua barang itu ialah RM15,000.00, jadi zakat nak kira atas RM10,000 ni atau RM15,000?
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Ada khilaf di kalangan ulama, samada diambil kira harga modal, ataupun harga jualan. Kebanyakan ulama berpendapat: Diambil kira harga jualan semasa. Jika modalnya 10,000 tetapi dia mahu menjualnya dengan harga 15,000, maka zakatnya ialah daripada 15,000.
Inilah yg dipilih oleh Dr Qardhawi dalam tesisnya: Feqh Zakat, dan juga ditarjih oleh Dr Syanqiti dalam syarah Zad Mustaqni’.
Diriwayatkan daripada seorang tabien, Jabir bin Zaid, bahawa beliau menyuruh supaya dinilai harga barangan berdasarkan harga semasa, kemudian dibayar zakat bedasarkan nilaian tersebut.
rujukan:
– Fiqh Zakat, Qardhawi m/s 336
– Syarah Syanqiti: http://audio.islamweb.net/audio/index.p … oid=127958
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net