Skip to content

08-003 : Bukan Muslim Tidak Boleh Masuk Makkah?

Home Soal Jawab Feqah: Haji dan Umrah

Soalan:

1) Adakah kota Makkah kini sama sekali diharamkan bagi orang kafir masuk? Saya juga pernah terbaca banyak cerita2 dlm majalah tabloid tempatan yg berkisar tentang hal demikian, antaranya kalau orang kafir masuk, something wrong akan berlaku pd mereka~ hilang, jadi sewel, dsb.

2) Masalahnya saya juga pernah diberitahu oleh seorg pak Arab sendiri bahawa kat dalam Mekah tu ada sebuah hotel dipunyai oleh seorang hindu yg bebas keluar masuk. Camne tuh?

Jawapan:

بسم الله
والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Masalah adakah orang kafir boleh dibenarkan memasuki tanah haram? Ada khilaf di kalangan salaf. Sebahagian kata: boleh (Hanafiyyah) . Dan sebahagian mengatakan: tidak boleh (Malikiyyah) . Dan ada juga yang mengatakan: boleh sekiranya keperluan (Syafieyyah).

Kerana, perselisihan mereka dalam menafsir dan menanggung ayat Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلا يَقْرَبُوا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا
ertinya: Wahai orang2 beriman, Sesungguhnya orang2 musyrik adalah najis. Maka janganlah mereka mendekati masjidil haram selepas tahun ini. (Al-Taubah: 28).

Mereka yang membenarkan berhujah: ayat itu adalah larangan org musyrik mengerjakan haji dan umrah. Bukan larang masuk ke tanah haram.

Mereka yang melarang pula berhujah: ayat itu nas melarang memasuki masjidil haram. (Dan tanah haram keseluruhannya adalah masjid).

Mereka yang membenarkan ketika hajat, berhujah dengan beberapa athar, yg mengecualikan hamba sahaya, atau kafir zimmi.
Seperti athar Jabir r.a. katanya: “Kecuali hamba atau seseorang dari kalangan ahli zimmah”.
Dan hadith: “Tidak masuk ke masjid kami selepas tahun ini, seorang musyrik melainkan ahli zimmah dan khadam2 mereka”.

lihat: Tafsir Ibn Kathir 4/131, Tafsir Qurtubi 8/104-106

Manakala undang-undang KSA sekarang, memilih orang kafir tidak dibenarkan masuk ke dua tanah haram; Mekkah dan Madinah. Mereka hanya boleh sampai sebelum sempadan tanah haram. Jika anda dalam perjalanan ke Makkah atau Madinah, sebelum sampai ke sempadan, anda akan dapati papan tanda yg meminta bukan Islam hendaklah masuk ke susur, iaitu jalan yg tidak akan sampai ke dalam tanah haram.

2) Wallahu A’lam, kami tidak mempunyai maklumat tentang perkara ini

Advertisements
%d bloggers like this: